AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ayu Khamilia - Bab 1

Bab 1

Ayu bersandar pada dinding dihadapan pintu bilik bersalin itu. Doanya pada tuhan tidak putus-putus minta supaya Kak Lina selamat bersalin. Pada masa yang sama juga, kesalnya menggunung. Kalaulah Kak Lina tidak mengambilnya di fakulti tadi, tentu Kak Lina masih sihat kerana Kak Lina dijangka hanya akan bersalin 3 minggu lagi. Kejadian dalam kerata tadi terlintas kembali diingatannya.

Ayu baru sahaja keluar dari dewan kuliah ketika dia terlihat kereta wira hijau metalik berhenti dihadapan perhentian bas berhadapan fakultinya. Kakinya melangkah menghampiri kereta tersebut.
"KakLina, kenapa datang sini? Kak drive sorang ke?"
"Masuklah dulu" Lina membuka pintu disebelahnya."Akak dari Purtajaya tadi, dah terlajak sampai sini, singgah lah sekejap ambik Ayu"
"Laa... Ayu boleh balik sendiri kak, tak payah jemput. Akak ni, tengah sarat pun nak drive sorang-sorang jugak. Kalau Abang Johan tahu macam mana.."
"Dia tahu akak datang sini. Lagipun belum masa lagi Ayu, ada 3 minggu lagi" Lina tersenyum.
Ayu memeboloskan dirinya ke tempat duduk penumpang bersebelahan Lina. Seketika kemudian dia menoleh memandang Lina, dahinya berkerut. "Kak, biarlah Ayu yang drive. Risaulah Ayu tengok kakak ni."
"Boleh ke? Tak takut kalau Asrul marah"
"Tak kak, Ayu lagi takut kalau akak yang bawak. Akak duduk sini, biar Ayu yang pandu"
Lina yang baru sahaja hendak masuk gear memberhentikan keretanya semula dan stereng bertukar tangan.
"Semua persiapan dah siap ke kak?"
"Barang-barang semua mak dah beli, tinggal nak masak je esok."
"Ramai ke yang dijemput?"
"Tak lah ramai sangat, adalah dalam 50 orang"
"Ramai lah tu..nak buat kenduri doa selamat je kan."
"Ayu tau jelah mak tu, alang-alang nak jemput orang biar jemput ramai-ramai"
Ayu tersenyum mengingatkan bakal mak mertuanya. Ayu membelok keretanya menghala ke Klang menuju ke rumah ibu saudaranya yang juga bakal menjadi ibu mertuanya tidak lama lagi. Ketika kereta tersebut mengambil jalan di lorong sebelah kanan, tiba-tiba sebuah motosikal dengan laju memotong kereta yang dipandu Ayu. Ayu hilang kawalan namun dia sempat memijak brek. Kereta itu terbabas sedikit kerana brek mengejut. Lina disebelahnya terhumban ke hadapan dan kedengaran dia menjerit kesakitan. Ayu menoleh. Dia terkejut apabila terlihat Lina memegang perutnya yang sarat. Darah pekat mula membasahi baju mengandung yang dipakai Lina.
"Kak...Sabar kak, kita pergi hospital." Dan Ayu terus memejut laju.


"Ayu dah petang sangat dah ni, pergilah balik dulu. Biar mak sahaja yang tunggu Lina di sini” Pn.Saerah menegur Ayu. Ayu yang mengelamun jauh terkejut, namun dia cepat tersenyum bagi menutup tingkah lakunya.
“Takpe lah, Mak Uda. Biarlah Ayu temankan MakUda kat sini”
Ketika itu Asrull melangkah masuk menghampiri mereka yang menunggu di situ. Asrul mencapai tangan ibunya lalu dikucup, kemudian dia mendapatkan Johan, abang iparnya yang berada berhampiran. Dia hanya menoleh sepintas lalu memandang wajah Ayu dan Ayu menyedari keadaan itu.
“Dari mana ni? ” Johan menegur.
“Dari Johor, bang Johan. Baru je sampai. Teruk ke Kak Lina?” Asrul duduk disebelah Johan.
“Tak tahu lagi macam mana. Tapi tadi, doktor cakap, dia tak apa2. Mintak-mintak dua-dua selamat.” Johan menyandarkan kepalanya ke dinding. Dia mengeluh.
“Sabarlah, bang. Insyaallah semua selamat….. Abah mana mak” Asrul memandang ibunya pula.
“Abah dah datang tadi, dia balik office sekejap. Ada hal katanya. “
Ayu hanya berdiam diri, hanya menjadi pendengar. Namun hatinya tetap berasa bersalah yang menggunung, apalagi ketika mendengar kata-kata Johan tadi. Hatinya menyesali kesalahannya.
“Rul, pergilah balik rumah dulu. Bawak Ayu balik sekali. Dari tadi lagi dia tunggu kat sini” Pn.Saerah berpaling pada Asrul.
“Eh, takpelah MakUda. Ayu nak tunggu kat sini sekejap lagi” belum sempat Asrul membalas kata-kata ibunya, Ayu mencelah.
“Dah lama sangat Ayu tunggu kat sini, pergilah balik dulu” Pn.Saerah masih memujuk.
“Takpelah. Ayu nak tunggu berita KakLina”
“Pergilah balik dulu Ayu. Nanti datang balik. Kalau ada berita nanti, abang telefon rumah” Johan pula menyuruh Ayu beredar.
“Pergilah, Ayu”
Ayu terpaksa juga melangkah walaupun hatinya berat untuk meninggalkan tempat itu. Dia berjalan mengekori Asrul. Memang benar, dari pagi tadi dia menunggu di situ, menunggu berita mengenai Lina. Ayu memasuki kereta peugeot keemasan milik Asrul dan kereta itu bergerak meninggalkan kawasan hospital berkenaan, namun hatinya masih tidak putus2 memohon supaya Kak Lina dan anaknya selamat. Sepanjang perjalanan, Ayu hanya berdiam diri. Dia tahu Asrul tidak suka kalau dia memandu dan dia bersedia menerima kemarahan Asrul.
“Kenapa diam je “ Asrul memula bicara.
“Hmm... takde ape”
“Macam mana boleh accident tadi tu? ”
“Tiba-tiba je tak boleh control kereta tu.”
“Kenapa suruh Kak Lina jemput. Tak tau ke yang Kak Lina tu tengah sarat mengandung. Tak boleh balik sendiri ke?” Nada suara Asrul tinggi menahan ledakan, tapi cuba dikawal kemarahan. Ayu hanya bersabar.
“Ayu tak suruh pun Kak Lina jemput, dia yang datang sendiri ke kampus.”
“Yalah, Dah tahu kan yang mak nak buat kenduri esok lusa, balik lah awal sikit. Ni dah nak dekat kenduri tak jugak sampai-sampai, memanglah akan ada orang yang datang jemput.”
“Bukan Ayu taknak datang awal, Ayu ada kelas lagi pagi tadi” Tersentuh sedikit hati Ayu dengan kata-kata Asrul itu. Sepanjang pertunangannya dengan Asrul tak pernah sekali pun dia bercakap kasar dengan tunangnya itu. Pertunangan mereka atas hubungan keluarga, bukan atas dasar suka sama suka.
“Macam mana bawak kereta. Macam tu pun boleh accident. Kalau takut nak bawak, jangan bawak. Jangan gatal-gatal nak bawak kereta, tengok tak pasal-pasal KakLina masuk wad. Abang rasa kalau Kak Lina yang bawak, tak kan jadi macam ni.”
Ayu hanya mendiamkan diri, memendam rasa.
“Kereta KakLina teruk ke?”
“Tak. Tercalar sikit je.”
“Lain kali kalau nak balik rumah mak, balik sendiri, tak payah nak menyusahkan orang. Bas banyak, teksi pun banyak.” Kemudian Asrul menyambung. “Kalau apa-apa jadi kat Kak Lina, jangan harap abang dapat maafkan Ayu. Walaupun mak, abah atau semua orang lain maafkan kesalahan Ayu ni.” Asrul berkata seakan memberi amaran. “Faham!!” Dengan suara yang masih tegas, Asrul menoleh sekilas.
Ayu terus membisu. Malas nak menjawab, malas nak membela diri. Biarlah, kata apa saja. Telinganya hanya menadah kemarahan Asrul. Memang salah dia. Namun hatinya menangis mendengar kata-kata Asrul tu tapi dia cuba menahan air mata daripada gugur. Takkan sekali-kali dia menitiskan airmata dihadapan Asrul. Melihat Ayu yang membisu seribu bahasa, Asrull juga mendiamkan diri. Dan perjalanan mereka sunyi sepi tanpa sepatah kata. Ayu hanya melayan perasaan. Asrul pula tekun memandu.


Sampai di kawasan perumahan Pn Saerah, Asrul membelokkan keretanya memasuki kawasan halaman rumah mewah yang terletak di hujung sekali dan apabila keretanya berhenti Ayu berjalan pantas keluar menuju pintu masuk.
“Assalamualaikum, KakYani” Ayu bersalam dengan Yani yang menjemputnya dimuka pintu.
“Waalaikumusalam. Masuklah.”
“Apa khabar, Kak Yani.” Asrul pula mencapai tangan kakaknya.
“Baik. Bila sampai dari johor?”
“Tadi. Pergi hospital dulu tengok KakLina. Abang Sham mana?”
“Pergi office. Tadi dia dah balik. Pergi tengok KakLina sekejap. Berapa lama kau cuti ni?” Yani membalas.
“Seminggu kak. Ada Abang Johan telefon?”
“Ada. Baru sekejap tadi. Katanya KakLina dah selamat. Dapat anak perempuan.”
“Iya ke, kak. Alhamdulillah” Gembiranya Ayu mendengar berita itu. Rasa syukurnya dipanjatkan. Gembiranya bukan kepalang. Hilang sedikit rasa bersalahnya. Asrul hanya menjeling melihat Ayu yang tersenyum lebar dan melangkah naik ke tingkat atas menuju biliknya. Ayu pula berlalu ke dapur. Membancuh air. Memang dah jadi kebiasaan baginya.
“Buat apa, Ayu?”
“Buat air je,Kak. Akak masak apa tadi?” tangannya menyelak tudung saji di atas meja.
“Tak masak apa pun. Tadi tu, Abang Sham beli kuih sikit.”
Setelah siap menghidang minuman petang, Ayu membawanya ke hadapan dan membiarkannya disitu dengan harapan Asrul akan datang sendiri tanpa dipanggil. Rasa tersentuhnya masih terasa. Dan Ayu terus berlalu ke dapur.
“Banyak ke yang nak kena masak untuk esok, kak?”
“Banyak lah, jugak. Akak nak buat sorang tak larat, Yu. Nasib baik Ayu datang. Nak harapkan mak, tahu jelah. Mak pun tak berapa sihat. KakLina pulak tengah sarat mengandung, kalau dia tak bersalin pun hari ni, bukannya boleh buat banyak kerja pun ” KakYani juga sebenarnya tengah mengandung tetapi baru bulan yang keempat.
“Kenapa tak cari pembantu rumah je KakYani, kan senang sikit.”
“Ayu bukan tak tahu mak tu. Kalau boleh semua dia nak buat sendiri.”
“Ayu bukan tak nak datang awal, kak. Ayu ada kuliah lagi pagi tadi.”
“Takpe lah,Ayu. Akak faham. Dulu akak pun macam Ayu jugak, sibuk dengan assignment, kuliah, nak study lagi. Rasa macam tak cukup je 24 sehari tu.”
“Eh, dah 6.15 lah kak. Ayu pergi sembahyang asar jap.” Ayu bergegas bangun dan berlalu menuju kebilik di tingkat atas. Semasa melintas ruang tamu, dia melihat hidangan yang dibuatnya tidak disentuh. Ayu berpaling mencari kelibat Asrul dan matanya terpandang Asrul yang leka menonton televisyen. Rasa marahnya tiba-tiba datang. Bukannya tak tahu aku dah letak minuman dia kat sini. Dan nak tak nak Ayu membuka mulut.
“Abang, minum petang Ayu dah siapkan ”
Asrul masih menonton tanpa menghiraukan panggilan Ayu.
“Abang…” Ayu meninggikan suaranya.
“Abang dah kenyang.” Tanpa berpaling, Asrul menjawab.
Terkedu Ayu mendengar. Membuak rasa marahnya. Namun dipujuk hati supaya bersabar, dan hidangan tadi diangkat semula kedapur. Selalunya Asrul akan makan apa saja yang dimasaknya, Asrull akan minum apa saja yang dibuatnya. Dan yang paling Ayu ingat, Asrul tak pernah lupa minum petang. Bila masanya dia minum. Hatinya tertanya-tanya. Agaknya dia masih marah kan aku lagi. Bencinya dia kat aku... hati Ayu menangis.

1 comments:

Anonymous said...

hmmm.....