AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Chempaka Aleeya - Bab 3

Bab 3


“Awalnya kau balik Lin? Kata nak shopping dengan Shafik.” Aleeya melangkah masuk. Beg tangan diletak disofa sebelum dia menghempaskan badannya disebelah Salina. Tudung ditanggalkan dan diletak atas beg tangan disebelah.
“Tak jadi. Shafik kene kerja hari ni. Ada case urgent. Malam nanti kot keluar” Sekadar menoleh sekilas memandang teman rumahnya, Salina kembali menatap muka televisyen. Aleeya mengangguk sambil bibirnya terbentuk sebutan ‘O’ namun tiada suara yang terkeluar. Pandangan dibawa melepasi langsir tingkap, Perdana milik Amir beransur meninggalkan perkarangan rumahnya.
“Yang kau ni dari mana?”
“Keluar lunch tadi dengan Amir”
“Owh..keluar lunch je. Tak pergi dating ke?” Salina tersenyum nipis.
“Apa kau mengarut ni Lin. Dating dengan siapa. Amir? Dia tu dah ada makwe lah”
“Yelah. Kau lah tu makwe dia.”
“Lin, aku ni kawan baik dia je. Tak lebih dari tu. Ok?”
“Leeya, kalau setakat kawan baik, tak kan lah hari ahad pun dia ajak kau keluar jugak. Dah lah tiap-tiap hari lepas kerja kau jumpa dia. Hari ahad pun nak spend masa dengan dia lagi. Tak yah nak tipu lah Leeya. Aku tau kau dengan dia bukan setakat kawan baik kan?”
“Ntah lah Lin.” Aleeya mengeluh perlahan.
“Apsal kau mengeluh pulak ni.” Salina memandang wajah Aleeya.
“Betul. Aku dengan dia tak de apa-apa. Dia dah ada buah hati.”
“Siapa? Bukan kau?” Berkerut dahi Salina.
“Bukan.”
“Habis tu?”
“Ntah. Aku pun tak kenal. Dia cakap budak tu kerja satu company dengan dia tapi cawangan Johor Bahru”
“Dia cerita kat kau?”
“Yelah. Kalau tak takkan lah aku tahu”
“So. Kau macam mana?”
“Macam mana apa?”
“Kau tak rasa apa-apa ke bila dia cerita pasal budak perempuan tu?”
“Aku rasa sedih sangat-sangat. Rasa macam hati aku ni kene panah dengan panah berduri. Hancur berkecai kau tau macam gelas kristal jatuh dari tingkat 26 pejabat aku tu. Hancur berkecai takde apa pun yang tinggal.”
Salina sengih. Dah boleh baca isi hati Aleeya. “Itu maknanya kau memang ada hati kat dia. Kau jangan tipu diri sendiri.”
“Masalahnya dia tak suka aku Lin. Dia anggap aku ni kawan dia je” Aleeya mencapai bantal kecil dan memeluk erat bantal itu. Nafasnya dihela panjang. Seperti melepaskan satu beban yang teramat sangat.
“Mungkin dia tak sedar lagi hati dan perasaan dia pada kau. Sabarlah. Mungkin satu hari nanti bila dia rasa yang dia tak boleh kehilangan kau, masa tu baru dia sedar siapa sebenarnya yang dia cinta.”
“Ntah lah Lin. Mungkin jugak hari tu tak kan muncul.” Pandangan dibawa menatap muka televisyen. Tapi bukan memandang apa yang disaji disitu, pandangannya tembus kesbalik dinding. Cuba memerhati kemungkinan yang berlaku masa nanti.
“Kenapa kau cakap macam tu?”
Aleeya diam. Masih mencari kebarangkalian hubungannya dengan Amir. Sejauh mana mungkin akan berahkirnya hubungan atas dasar teman ini. Dia menghela nafas panjang.
“Pantang berundur sebelum bertempur. Jangan cepat mengalah, Leeya. Usaha dulu baru tahu berjaya ke tak”
Membalas pandangan Salina, Aleeya tersenyum segaris. “Amboi, kau ni Lin.. bersemangat semacam. Dah lah. Aku nak naik lah.”

Aleeya menyertai teman-teman serumahnya bersama-sama menghabiskan malam yang terluang. Apa lagi yang bak dibuat, duduk mengadap televisyen je lah. Sambil mengambil tempat bersebelahan Maisara, Aleeya meneguk milo panas ditangannya.
“Kau buat segelas je ke Leeya?” Maisara beralih sedikit memberi tempat pada Aleeya. Matanya terarah pada mug ditangan Aleeya.
“Apa? Milo? Yup. Kau tak pesan pun”
‘Alah..buat kan je lah. Kalau kau buat banyak bukan rugi pun” Muncung dah ditarik.
“Tak rugi tapi membazir kalau tak siapa yg minum.”
“Aku minum lah. Takde membazir nya.”
“Sara, esok lah aku buat untuk kau ek. Sekarang ni aku nak tengok tv”
“Tak kira. Aku nak jugak. Bagi aku sikit” Pantas sahaja tangan Maisara mencapai mug di tangan Aleeya lalu diteguk perlahan. Ahh!! Nikmatnya. Aleeya hanya menjeling memandang Maisara.
“Kau ni Sara, perangai macam budak-budak. Cubalah bawak-bawak berubah sikit. Rajin-rajin sikit diri pergi dapur bancuh air sendiri.” Aleeya dah mula membebel. Pantang betul dia kalau ada orang yang tau keja nak senang je.
“Aku kalau bancuh air, tak sesedap air yg kau buat leeya” Maisara tersengih
“Sudahlah kau, Sara. Malas aku nak layan.” Aleeya mencebik. Maisara ketawa
“Korang ni. Pasal air pun nak bergaduh.” Salina yang dari tadi diam bersuara.
“Lin, kata nak keluar malam ni.” Aleeya mencapai remote televisyen dari tangan Salina. Menekan button nombor 3. Buletin utama sedang bersiaran.
“Tak jadi lah. Shafik busy.”
“Patutlah monyok semacam je. Tak dapat keluar dating rupanya” Maisara menyampuk.
“Nasib aku la kot Sara. Dapat pakwe busy 24 jam.”
Telefon Aleeya tiba-tiba berbunyi. Lagu dealova pantas sahaja berkumandang. Melihat nama yang tertera, cepat saja panggilan dijawab.
“Assalamualaikum”
“Waalaikumusalam. Awak tengah buat apa?”
“Tak de apa. Lepak-lepak tengok tv dengan housemate ni.”
“Saya pergi rumah awak sekejap lagi. Kita keluar jap.”
“Nak pergi mana?” Dahi Aleeya dah berkerut. Matanya menoleh muka jam dinding. Lapan sepuluh minit malam. Malasnya nak keluar.
“Pergi Shah Alam. Rumah Mak Lang saya.”
“Huh? Nak buat apa?” lagi bertambah kerut di dahi Aleeya. Siang tadi jumpa mak dengan adik dia dah. Ni apahal nak jumpa Mak Lang dia pulak ni. Maisara dan Salina serentak berpaling memandang Aleeya. Agaknya terkejut dengan suara yang terperanjat macam beruk nampak hantu.
“Mak saya ajak awak datang.”
“Tadi siang kan dah jumpa mak awak.” Lagi bertambah banyak kerutnya. Kalau nak luruskan balik mau kene seterika rasanya ni. Pelik. Memang pelik. Kenapa banyak sangat benda pelik yang awak buat hari ni Amir?
Salina dan Maisara dah memasang telinga. Dah jumpa dengan mak Amir. Biar betul Aleeya ni, dah naik satu level tak bagitau member pun. Sama je dalam kepala otak budak-budak berdua tu. Buletin Utama di televisyen bersiaran sendiri.
“Itu siang. Lain”
“Apa yang lain nya?”
“Leeya, jangan lah banyak tanya. Siap ya. Nanti saya sampai.”
“Eh, tak nak lah.” Kepala digeleng laju. Gaya macam Amir tu ada depan mata je.
“Kenapa pulak?”
“Ada apa-apa function ke kat rumah Mak Lang awak tu?”
“Takde. Saja berkumpul dgn family buat makan-makan.”
“Owh..kalau macam tu tak yah lah saya join sama. Family je kan.” Bibir menarik senyum. Idea yang bernas untuk menolak.
“Aleeya, jangan lah macam tu. Mak saya ajak awak datang sama.”
Pulak dah. Apa lagi aku nak jawab ni. “Malas lah wak, nak keluar malam-malam ni. Lagipun saya dah makan tadi”
“Sekejap je Aleeya. Nanti saya hantar awak balik.”
Ya Allah. Tolong lah aku. Apa lagi alasan nak bagi ni. Aleeya garu kepala yang tak gatal. Matanya memandang Salina mengharap kot-kot ada bantuan yang dihulur. Tapi hanya sengihan yang Salina lemparkan bersama pandangan yang membawa maksud ‘Pergilah, jumpa bakal keluarga mertua. Bukannya ada apa pun’.
“Aleeya, awak dengar tak ni?” Amir bersuara di hujung talian.
“Ya. Saya dengar. Kenapa sebenarnya mak awak nak jumpa saya ni?”
Pecah ketawa halus Amir disebelah sana. Apa yang kelakarnya? Kepala Aleeya tiba-tiba jadi gatal.
“Yang awak ketawa ni kenapa?”
“Takde apa. Awak ni gabra semacam. Macam nak jumpa mak mertua pulak.”
Dush..huh? ambik kau Aleeya. Kan dah kena perli. Tiba-tiba terasa hangat je wajahnya. Kau pun leeya yang gelabah semacam ni kenapa? Amir tu dah ada pilihan hati lah untuk dibawa mengadap sebagai calon menantu. Dah tu, pergi lah bawa pilihan hati dia tu. Asal yang sibuk sangat nak ajak aku.
“Aleeya, siap ya” Amir disana masih memujuk. Aleeya kembali ke alam nyata.
“Tak nak lah. Malas lah nak keluar. Sampaikan je lah salam saya pada mak awak ya.”
“Aleeya, jangan lah macam ni”
“Tak nak lah wak. Malas lah nak keluar malam-malam ni. Esok pagi kerja.”
“Aleeya, please. Mak saya dah nak pergi johor esok. Lepas tu dia terus balik Sarawak. Bila lagi dia nak jumpa awak. Sekejap je, promise. Please.”
Aduhai. Lemah betul lah bab-bab kene pujuk ni.
“Awak kat mana sekarang ni?”
“Dah lepas stesen LRT Setiawangsa. Nak sampai rumah awak dah ni. Awak siap ya.”
“Dah nak sampai baru nak call. Bila masa nya saya nak bersiap.”
“Alaa..siap ala kadar je. Saya tunggu awak kat luar ni.”
Aleeya berkalih pantas tangannya menyelak kain langsir memandang ke luar. Benar. Perdana hitam milik Amir terparkir di luar rumahnya.
“Tunggu jap. Saya siap.”
“Ya..sayang. Saya tunggu. Lama pun saya tunggu.”
Aleeya mematikan talian. Terukir segaris senyuman di bibir. Rasa bahagia menyelinap dalam hatinya mendengar perkataan sayang dari Amir.
“Nak keluar ke?” Maisara bertanya sambil lehernya panjang mencuri pandang keluar. Mengintai si gerangan yang memandu Perdana V6 hitam metalik diluar pintu pagar rumah mereka. Salina pula merenung wajah Aleeya, menanti jawapan yang sama.
“Amir kat luar tu. Ajak pergi rumah mak saudara dia kat Shah Alam” Aleeya menjawab pertanyaan Maisara dan renungan Salina.
“Budak pejabat kau ke Aleeya?” Maisara bertanya lagi. Dia memang tak kenal sangat dengan teman tapi mesra Aleeya yang bernama Amir tu. Selalu dengar namanya sahaja disebut-sebut oleh Aleeya atau Salina.
“Tak lah. Pejabat lain-lain. Kawan je.”
“Macam mana kau boleh kenal dia?” Maisara bertanya lagi.
Aleeya garu kepala. Banyak pulak soalan si Maisara ni. Dah lah aku tengah susah hati. Tak pasal-pasal kene mengadap kaum kerabat si Amir pulak. “Lama dah. Dulu, masa aku pergi interview kat syarikat feca.”
“Dia kerja syarikat feca ke?”
“Sara, kau ni banyak tanye lah. Kot yer pun nak interview Aleeya ni, tunggu lah esok-esok. Kan pakwe dia tengah tunggu kat luar tu. Aleeya, yang kau duduk kat sini lagi kenapa? Pergi lah siap cepat. Dia dah tunggu tu.” Salina mencuit lengan Aleeya. Mengarahkan supaya beredar dari sofa panjang tu sambil bibirnya tersenyum. Aleeya yang memandang senyuman itu menjeling geram tapi dalam masa yang sama masih berterima kasih pada kawannya yang satu tu kerana menyelamatkan dia dari serangan soalan Maisara. Maisara kalau dah stat mengajukan soalan memang tak tahu nak berhenti. Selagi dia tak berpuas hati, dan selagi dia rasa ada lagi yang disembunyikan dari pengetahuannya, memang dia kan terus mengajukan soalan demi soalan. Maisara mencebik memandang Salina. Kecil hati lah tu. Dan melemparkan pandangan hampa dengan pemergian Aleeya.
“Asal pulak kau buat muka dengan aku macam tu.” Salina membaling bantal kecil ke arah Maisara.
“Kau lah. Aku tanya pun salah. Aku bukan tanya kat kau, aku tanya kat Aleeya.”
“Yelah, esok-esok bukannya tak boleh tanya.”

0 comments: