AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Chempaka Aleeya - Bab 4

Bab 4


Tak sampai dua puluh minit kemudian, Aleeya turun dari biliknya. Bersiap pun ala kadar je, dengan jeans dan t-shirt lengan panjang serta tudung bercorak abstrak. Dah tak sempat nak melawa lagi, Amir dah menunggu kat luar tu. Berpaling memandang dua orang teman rumahnya, Aleeya bersuara.
“Aku keluar dulu ya. Aku bawak kunci rumah, korang tak yah tunggu aku balik lah.”
Berkerut Salina memandang Aleeya. “Macam ni je kau pakai Aleeya?”
“Kenapa?” Aleeya pelik. Dia kembali meneliti baju di tubuhnya. Tadi sebelum turun dari bilik dia dah puas meneliti di cermin, rasanya tak ada apa yang dia lupa. Apa lagi yang tak kena.
“Kau nak pergi jumpa bakal mak mertua kan, pakai lah elok sikit. Ni kenapa pakai jeans dengan t-shirt je? Macam nak pegi pasar je kau tengok.”
“Lin, first thing aku bukan nak jumpa bakal Mak Mertua. And second thing, apa masalah nye jeans dengan t-shirt. Bukannya aku pakai bikini. Kau nak suruh aku pakai apa, baju kebaya dengan batik lepas.”
“Aleeya, jagalah sikit penampilan kau tu. Pakai lah blouse ke, yg elok sikit lah daripada t-shirt ni.” Salina memang seorang yang sangat sangat mementingkan penampilan. Baginya asal keluar je dari rumah, yang paling penting penampilan harus dijaga daripada pakaian, solekan, dan segala-gala lah yang berkaitan dengan penampilan. Aleeya dengan Maisara memang dah sedia maklum akan perangai teman yang sorang ni.
“Dah tak sempat lah Lin, nak bergaya sakan. Dah lambat ni.” Aleeya memandang jam didinding. Lapan empat puuh lima minit malam. “Ha, dah dekat kul 9. Aku pergi dulu lah ya. Bye” laju sahaja langkah kaki diatur ke muka pintu. Tak sedap pulak rasa buat orang menunggu dia lama-lama.

Melihat Aleeya keluar dari rumah, Amir menolak pintu tempat duduk penumpang disebelahnya. Bibirnya terukir dengan senyuman. Susah payah tadi dia memujuk Aleeya untuk mengikutinya. Bukan pujuk Amir, kau tu tadi macam dah memaksa gayanya. Amir tersengih. Paksa-paksa pun berjaya jugak dia nak bawak Aleeya mengadap ibunya buat kali kedua. Tapi yang betulnya dia tak tipu. Memang masa telefon ibunya petang tadi untuk memaklumkan kedatangan dia malam ni, ibu berpesan agar datang sekali dengan Aleeya. Tak habis lagi berkenalan katanya.
“Pukul berapa Amir nak datang nanti. Kalau datang malam boleh makan sekali.”
“Lepas isyak kot ibu. Tunggu Bad balik rumah dulu, dia tak bawak kunci rumah keluar tadi.”
“Yelah. Bawak lah Aleeya datang sekali nanti.”
“Hah. Tadi siang kan ibu dah jumpa dia.”
“Apa salahnya kalau jumpa lagi. Boleh berkenalan lebih sikit.”
“Nak berkenalan lebih sikit? Ibu nak interview apa lagi kat dia?”
“Interview apa. Berkenalan lebih sikit pun salah ke. Esok-esok nak jadi menantu ibu jugak kan.”
Amir ketawa senang dihujung talian. Menantu ibu. Ibu ni. Dia pun tak cakap apa-apa lagi kat Aleeya. Ibu dah plan nak buat menantu. “Lambat lagi lah ibu. Amir dengan dia takde hubungan istimewa lagi. Kawan biasa je.”
“Kamu jugak dulu yang beria-ria surah ibu kenal dengan dia.”
“Memang lah. Tapi Amir tak cakap apa-apa pun kat dia lagi. Amir bawak dia jumpa ibu pun dia tak tau atas sebab apa. Sebab tu lah siang tadi masa ibu jumpa dia, muka dia dah semacam bila ibu tanya dia macam-macam.”
“Jangan tunggu lama-lama Mir, nanti kalau melepas, menyesal pun tak guna dah.”
“Iya bu. Amir tunggu masa yang sesuai nak propose.”
“Sukati kamu lah. Nanti malam jangan lupa ajak Aleeya sekali.”
“InsyaAllah. Amir tak janji ya.”

“Jom lah, tunggu apa lagi.”
Amir tersentak. Perbualannya dengan ibu petang tadi hilang. Dia menoleh sekilas memandang Aleeya sebelum keretanya bergerak meninggalkan halaman rumah Aleeya.
“Maaf lah, lama menunggu.” Aleeya bersuara.
“Takpe.”
“Kenapa tak bagitau awal-awal nak ajak saya pegi rumah Mak saudara awak ni? Kalau bagitau awal-awal tak de lah lama sangat menunggu.”
“Kalau saya bagitau awal-awal, awak nak ke ikut saya?”
Aleeya diam. Nak ke dia ikut kalau Amir ajak dia awal-awal. Tak kot. Tapi kalau dah kena paksa, kene pujuk beria-ria, nak tak nak ikut jugak lah kan.
“Bukan saya tak tau awak tu. Payah sangat kalau nak ajak keluar malam. Sebab tu dah nak sampai baru saya call.” Amir bersuara. Menjawab balik soalannya tadi.
Aleeya berpaling mengadap Amir. Mukanya dah merah menahan geram.
“Awak tu memang kan. Sejak bila suka paksa-paksa orang ni.” Suaranya tinggi sedikit menahan geram.
“Sori ok. Lain kali saya tak buat lagi. Ibu saya yang beria suruh ajak awak tadi. Kalau saya, saya pun tahu awak tak suka keluar malam-malam ni.”
“Kenapa yang ibu awak sibuk sangat nak jumpa saya ni.”
“Mana lah saya tahu.”
Aleeya mendengus perlahan. Menyesal pulak rasanye dia mengikut Amir ni. Ntah apa pulak yang aku kene interview lagi karang ni. Aleeya mengeluh.
“Kenapa ni. Sori lah. Kita pergi sekejap je. Jumpa ibu, makan. Lepas tu balik. Ok?” Amir berpaling menentang sebentar wajah Aleeya. Terdengar keluhan Aleeya tadi, serba salah pulak rasa hatinya.

0 comments: