AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ayu Khamilia - Bab 9

Bab 9

Ayu merenung nota kuliah dihadapannya. Hendak membaca pun, tiada yang masuk ketika itu. Bunyi suara-suara yang bising di sekeliling mengganggu konsentrasi dia untuk mentelaah. Sudahnya nota kuliah itu diselak-selak perlahan. Suraya di sebelah sedang sibuk membalas SMS. Dikerling jam dipergelangan, menghampiri sebelas lima belas minit pagi. Bayang pensyarah yang sepatutnya masuk jam sebelas masih tidak kelihatan.

Lima minit berlalu, tiba-tiba pintu utama dewan kuliah itu ditolak perlahan dan seorang wanita separuh usia melangkah masuk terus menuju ke hadapan. Berpaling menghadap para pelajarnya, wanita itu bersuara. Kelas senyap serta merta.

“Assalamualaikum. Selamat pagi semua.” Dr Hasni, wanita yang anggun dan cantik bergaya itu berdiri tegak dihadapan dewan.

Kedengaran perlahan salam dijawab.

“Pertama nya saya hendak mohon maaf diatas kelewatan yang berlaku hari ini. Tak dapat dielakkan, something coming up at my office this morning. Ada sesuatu urgent yang perlu saya selesaikan segera. So saya minta maaf sekali lagi kerana terpaksa batalkan kelas hari ni. Suppose today I will cover chapter eight. So I hope you all can read chapter eight first, then in the next class I will go through this chapter before we continue to chapter nine. Is it okey?”

Rata-rata pelajar dalam kelas itu mengangguk. Ada juga yang menjawab ‘okey doc’.

“Okey. So, I will see you all next Tuesday ya.. Assalamualaikum.” Serentak dengan ucapan terakhir dari Doktor Hasni itu, para pelajar mula bergerak keluar dari dewan.

Ayu dan Suraya melangkah seriringan.

“Aku nak pergi library lah. Kau nak ikut.”

“Kau sorang ke?”

“Tak lah. Dengan Shafik. Aku tak kisah pun kalau kau nak join. Jom lah.”

“Korang..” Ntah dari mana, Gee muncul disebelah Ayu.

“Kau ni tak reti nak bagi salam ke Gee?” Ayu mengurut dada. “Kau dari mana ni, tadi tak nampak pun dalam kelas?”

“Kuliah Doktor Hasni cancel ke?” Tercungap-cungap dia bertanya.

“Ha’ah. Kau dari mana ni?” Suraya mengulang soalan Ayu tadi.

“Aku pergi pejabat pentadbiran tadi. Risau dah aku, ingatkan dah lambat masuk.”

Ayu menggeleng kepala. Kadang-kadang dia tak faham dengan perangai teman-temannya. Kenapa tidak diaturkan masa itu sebaik mungkin. Kalau dah tahu ada kelas jam sebelas, janganlah buat apa-apa yang boleh mengganggu waktu kuliah tersebut. Kan masih boleh pergi pejabat pentadbiran dimasa lapang yang lain, bukannya lagi lima minit sebelum kuliah bermula.

“Ada kelas ganti ke?” Gee bertanya lagi.

“Takde. Tapi dia suruh baca bab lapan.”

“Okey.” Gee mengangguk. “Korang nak pergi mana ni.”

“Aku nak pergi library. Cari bahan.” Suraya menjawab seraya memulakan langkah seiringan dengan temannya yang berdua itu.

“Ayu?” Gee memandang Ayu.

Ayu diam. Berfikir sejenak. Hendak ke mana ya. Kalau balik terus, bosan jugak. Awal lagi ni. Ha. Tiba-tiba muncul sesuatu difikirannya. Projek tahun akhir, nak tunjuk progress pada penyelia, minta pendapat mana yang perlu diperbaiki. “Aku nak pergi fakulti lah.”

“Buat apa? Pergi lab?”

“Tak. Ingat nak jumpa Dr Fatimah. Pasal final projek aku tu.”

“Owh.. Kau cakap pasal final projek ni, baru aku teringat. Aku punya projek pun dah lama tak tunjuk progress pada Dr Amir.”

“Esok-esok kau free, pergi lah jumpa dia. Gee, kau nak ikut aku ke?”

“Tak pe lah. Aku nak balik bilik. Petang nanti aku ada kelas Japanese.”

“Okey.”

“Aku jalan dulu ya. Babai.” Gee melangkah ke perhentian bas.

Ayu dan Suraya juga berpisah di persimpangan. Ayu melangkah ke arah yang bertentangan. Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat terletak bertentangan dengan Fakulti Pendidikan, dan dipisahkan dengan Bangunan Dewan Kuliah Pusat. Berjalan kaki lebih kurang sepuluh minit, Ayu sudah berada di hadapan FSKTM. Dan dia terus sahaja melangkah mendaki tangga ke tingkat dua. Sesampai depan bilik yang tertera nama Prof Madya Dr Fatimah Hamzah, dia bersedia memberi ketukan sebelum menyedari bahawa bilik itu gelap gelita, yang menunjukkan tiada orang didalam. Sekadar memerhati jadual waktu di hadapan pintu bilik itu, dia berfikir, mungkin sedang dalam kuliah. Mencari-cari hari dan waktu ketika itu, tangannya sama menunjuk jadual dihadapan.

Day : Thursday,
Time : 10 – 12
Remark : Consultation Hour

Betul lah masa aku sekarang ni, tapi kenapa takde. Cuti kut. Lain kali buat appointment Ayu. Dia mengingatkan diri sendiri. Sejurus kemudian, Ayu melangkah untuk beredar dari hadapan bilik itu. Menuruni anak tangga, tiba-tiba ada suara yang menegur.

“Ayu Khamilia!”

Spontan Ayu menoleh. Wajah En Shahrul tersenyum memandangnya. “En Shah.” Perlahan tanpa sedar suara dia menutur. Pelik? Mungkin. Pelik bagaimana pensyarah dia yang sorang ni kenal dia. Terkejut? Tepat sekali. Terkejut dengan panggilan yang tiba-tiba itu. Terkejut bagaimana En Shahrul tahu nama dia. Siap nama penuh lagi. Terkesima? Sedikit. Melihatkan senyum dibibir itu yang boleh membuatkan waktu bagai terhenti.

“Saya. Dari mana ni?” Ramah En Shahrul menyoal. Senyum masih tak lekang dibibir.

“Dari atas.”

“Atas?” Wajah kekeliruan seperti terpancar di mukanya. Atas langit?

“Tingkat tiga.” Tingkat atas lah maksudnya. Tak akan atas langit pulak kut.

En Shahrul mengangguk perlahan seperti tersedar kecuaiannya berfikir dan bibir kembali mengukir senyum. “Cari siapa?”

“Dr Fatimah.”

“Dr Fatimah takde minggu ni. Dia ada kursus di USM, Penang. Sampai hujung minggu depan kalau tak salah saya.”

“Ooo…” Patutlah.

“Ada buat appointment ke?”

“Tak. Ingatkan dia ada.”

“Ada apa cari dia?”

Banyak pulak soalan pensyarah aku ni. “Nak tanya pendapat pasal final project. Dia project supervisor saya.”

“I see. Tahun akhir?”

“Saya.” Mengangguk.

“Buat tesis pasal apa?”

“Animasi.”

“Owh… Subject saya tu..”

“Ya.” Memang lah. Kan En Shahrul ni pensyarah subject Animasi.

“So, kalau ada apa-apa nak tanya, my door always open for my student. Datang lah bila-bila, biasanya waktu petang is my consultation hours.”

“Terima kasih, En Shah.”

“Tak perlu berterima kasih. Saya tak bantu apa-apa pun lagi.”

“Err..” Nak tanya ke?

“Ya?”

“Macam mana Encik kenal saya?” Eh, sejak bila otak aku boleh bercakap ni. Mulut lebih dulu menyoal sebelum akal habis berfikir.

En Shahrul ketawa kecil. “Awak kan student saya. Mesti lah saya kenal.”

Berapa ramai student yang encik ada. Encik ingat nama penuh setiap student encik ke? Namun soalan itu hanya berlegar dikepalanya sahaja. Mulutnya terkunci. Melihat senyuman di wajah itu. Mendengar ketawa dari bibir itu. Dia tak mampu bersuara lagi.

“Khamilia takde kuliah ke.”

Ha? Khamilia? Saya ke? “Apa dia?”

“Awak takde kuliah ke hari ni?”

“Ooo. Pagi tadi ada. Tapi sekarang ni dah free.”

“Okeylah. Saya beredar dulu ya.” Masih dengan senyuman yang menikam kalbu itu.

“Ya.” Ayu masih situ. Berdiri tegak melihat kelibat En Shahrul yang sudah menghilang. Sesaat sebelum dia tersedar apa yang berlaku. Kemudian spontan dia mengetuk kepala sendiri. Apa yang kau tercegat lagi ni Ayu. Jalan lah. Dan langkah kaki mula diatur menuju ke perhentian bas beserta kepala yang sarat dengan soalan tanpa jawapan.

0 comments: