AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ratna Sari Puteri I

I

“Ibu buat apa?” Anak kecil itu bertanyakan lagi soalan yang sama seperti tadi.

“Ibu buat kuih.” Dan si ibu juga tak jemu menjawab soalan si anak.

“Kuih apa?”

“Kuih Seri Muka.”

Berkerut dahi si anak mendengar jawapan ibunya. “Kenapa nama kuih ni seri muka?” Sudah acapkali dia bertanya soalan itu, tapi petang itu, soalan yang sama bermain dibibirnya lagi.

“Sebab bila makan kuih ni muka akan jadi berseri-seri.” Satu suara lain yang menjawab soalan si kecil. Si ibu ketawa mendengar jawapan anak sulungnya.

“Along ni main-main lah. Along tipu adik ya?”

Along ketawa mengekek melihat wajah adiknya yang mencuka. Ibu pula masih tersenyum sambil mengecilkan api dapur. “Sudah lah tu along, tak habis-habis nak usik adik.”

“Dah adik ni tanya banyak sangat.”

“Salah ke kalau adik tanya.”

“Yelah yelah, tak salah.”



“Weh, apa yang kau tenung kuih tu dari tadi?” Tiba-tiba satu tamparan hinggap kuat dibahunya. Semua lamunan mengenai ibu dan along hilang dari benaknya.

“Hah?… Eh, takde apa. Aku tak tau nak makan apa.”

“Kau tu pasal makan pun nak tenung lama-lama. Ambik je lah apa yang kau rasa nak makan.”

“Aku tengah pikir lah ni nak makan apa” Ratna menoleh sekali lagi ke arah pinggan yang berisi seri muka itu. Tiap kali dia terpandang kuih tersebut, pasti ingatan pasal ibu akan menjelma. Ibu suka buat kuih tu dulu sebab kuih itu kuih kegemaran ayah. Tapi itu kisah lima belas tahun lalu, kini yang tinggal hanya kenangan.

“Ratna, cepat sikit. Dah pukul berapa ni. Nanti lambat pulak masuk kelas.” Zulaikha mencuit lengan Ratna. Termenung lagi teman aku sorang ni.

“Iya.” Tangannya mencapai dua ketul karipap dan diletakkan dalam piring kecil. Menuju ke kaunter minuman, dia memesan milo panas. Setelah membuat bayaran, langkah kaki diatur ke meja yang diduduki teman-temannya, Zulaikha dan Amirah.

“Kau makan kuih je Ratna, kenyang ke sampai tengah hari nanti? Kelas kita hari ni sampai pukul 12 tau.” Amirah mengingatkan.

“Aku tak lapar sangat pun.”

Amirah jongket bahu. Ratna mengintai sedikit jam dipergelangan, lapan lima puluh minit pagi. Lagi sepuluh minit sebelum kuliah Multimedia Application bermula.

“Dah? Jom.” Zulaikha terlebih dulu bersuara apabila melihat pinggan teman-temannya telah licin.

Melangkah masuk ke dewan kuliah itu, Ratna memandang sekeliilng. Hanya separuh sahaja dari teman sekursusnya yang tiba, yang lain mungkin dalam perjalanan. Mengambil tempat duduk sebelah kanan baris ketiga dari depan, Ratna melabuhkan punggungnya disitu. Zulaikha dan Amirah disebelah kiri dan kanannya seperti biasa. Beberapa minit berlalu, Doktor Noridayu muncul dari balik pintu. Ditangannya fail hitam dibimbit kemas. Penuh gaya pensyarah muda itu berjalan ke hadapan dewan.

“Assalamualaikum. Salam Sejahtera semua. Saya akan edarkan handout for your project.” Dan tangannya kemudian mengeluarkan sejumlah kertas A4 dari fail hitamnya tadi dan mula mengedarkan kertas tersebut ke seluruh isi dewan. “Have a look first, saya akan terangkan kemudian selepas semua dapat handout ni nanti.”

Setelah berpuas hati yang semua pelajarnya menerima handout yang diedarkan, Doktor Noridayu kembali ke hadapan kelas.

“Okey. The next assignment for this course, you all need to do one multimedia presentation, which is the theme have been chosen. You guys need to make a kids story. Boleh pilih apa-apa cerita kanan-kanak, kemudian jadikan cerita tersebut sebuah tontonan selama 15 hingga 20 minit. Semua elemen multimedia mesti ada dalam cerita tersebut ya. Which means your presentation will include the graphic, animation, sound, text and some video if needed. The graphic means the character that you create for your story. The animation is the movement of your character. The sound here is your dubbing voice for the character. The text, maybe you can write the subtitle when the character speaks. Or maybe you can write the synopsis or the ‘moral of the story’ at the end of your presentation. I will consider it as text element too. The last one is video. If not necessary, I don’t mind if you not include this element. This project will contribute 30 percent for your final. So make sure you do the best as you can. Make it in group of course, in 5 people. And in our last class there will be the presentation of your work. Is that understood? Any question?”

Kelas senyap. Rata-rata hanya mengangguk tanda faham.

“I will show here some example from the last semester student for you to get some idea to start.” Laptopnya disambungkan dengan LCD. Kemudian skrin di monitor laptop Doktor Noridayu terpapar jelas di skrin putih di hadapan dewan. Lampu dibahagian hadapan dimatikan. Tetikus yang kelihatan di skrin putih itu bergerak-gerak membuka beberapa folder. Seolah-olah mencari file yang ingin dibuka. Seketika tetikus tadi berhenti di suatu file mpg yang berjudul Cinderella. Dan kemudian cerita Cinderella versi melayu itu berlangsung. Seorang watak anak gadis sedang dikerah oleh ibu tirinya membersihkan lantai.


“Akhirnya Cinderella hidup bahagia aman dan damai setelah berkahwin dengan putera raja itu. Tamat..” Buku besar itu ditutup rapat. Wajah comel sang anak dipandang.

“Wah, Cinderella jadi puteri ke ayah?”

“Hmm…dia jadi isteri kepada Putera Raja yang menari dengan dia malam tu.”

“Tapi Cinderella bukan tuan puteri kan ayah.”

“Nak kahwin dengan putera raja tak semestinya kena jadi tuan puteri, adik.”

“Adik nak jadi macam Cinderella lah, ayah.”

Ayah ketawa. “Nak jadi Cinderella? Nak buat apa?”

“Nak jadi tuan puteri…” Spontan Ratna menjawab. “Adik boleh jadi puteri tak ayah.”
Ayah ketawa lagi. “Kenapa pulak Adik nak jadi puteri?”

“Yelah. Kalau jadi puteri boleh pakai baju cantik-cantik. Boleh duduk rumah besar. Ada taman besar.”

Ayah mencuit hujung hidung Ratna. “Adik tak perlu jadi tuan puteri sebab adik selalu jadi puteri kat hati ayah.” Ayah mengucup lembut dahi Ratna. “Dah, tidurlah. Dah malam ni. Along pun dah lena tu.” Selepas menyelimuti Ratna dan mengemaskan selimut yang menyelimuti along, ayah keluar dari bilik itu. Ratna hanya memerhati pintu yang sudah tertutup rapat itu. Hati kecilnya berdetik. Jadi puteri kat hati ayah, mana sama dengan jadi puteri betul-betul.


“Ratna!” Amirah mencuit lengan Ratna.

Ratna pantas menoleh. Terkejut dengan panggilan yang agak kuat disebelah telinganya walaupun tuan punya suara yang memanggil tadi mengawal kadar kekuatan suaranya. Serentak dengan itu semua lamunan dengan ayah pergi. “Apa?” Dia menoleh memandang Amirah.

“Kau ni berangan ke?”

“Eh..tak lah.” Pandangan dibawa ke hadapan. Cerita Cinderella versi melayu tadi telah tamat dan kini Doktor Noridayu sedang meneruskan kuliahnya. Dia mencari-cari nota dalam fail yang bawa.

“Apasal, Ratna. Ada masalah ke?” Zulaikha pula menegurnya.

“Tak lah. Aku okey jer.” Ratna cuba berlagak biasa. Amirah dan Zulaikha memandangnya. Curiga. Baru dia sedar yang kedua-dua temannya itu seperti tidak mempercayai kata-katanya tadi. “Apasal yang korang pandang-padang aku semacam ni?”

“Kau ni kenapa sebenarnya?” Amirah berbisik perlahan padanya.

“Aku tak apa-apa. Dah lah korang ni. Diam. Pandang depan. Aku tengah cuba nak concentrate ni.” Dia cuba menerima pengajaran Doktor Noridayu di hadapannya ketika itu. Tapi kata-kata Doktor Noridayu bagai angin yang lalu. Satu pun tak lekat dikepalanya. Yang ada dalam benaknya ketika itu hanya wajah ibu, ayah dan along. Pagi tadi dia teringatkan ibu dan along. Setiap kata-kata ibu, setiap gurauan along bagai terngiang-ngiang ditelinganya. Baru sekejap tadi kenangan dengan ayah pula menjelma. Kenapa? Dia sendiri tak tahu kenapa sekarang kerap kali dia akan teringat ahli keluarga nya. Ahli keluarga yang telah pergi meninggalkan dia sebatang kara. Teringatkan mereka bertiga, hatinya jadi sayu tiba-tiba.

“Okey, kelas. Sampai sini sahaja hari ini ya. Remember to start your project now. I don’t be compromise if any of you came to me and ask for extra time. You all can dismiss now. Assalamualaikum.”

Kata-kata Doktor Noridayu ketika itu segera menerpa dalam benaknya. Pantas dia berkemas apa yang patut sebelum melangkah keluar mengekori Amirah.



***
“Ada cadangan tak korang?” Zulaikha memandang teman-temannya.

“Takde idea lah Zul. Kepala otak aku dah tepu dah ni.” Ratna menutup buku dihadapannya.

“Ha’ah lah. Aku pun sama. Banyak betul assignment minggu ni. Mana nak kejar tutorial lagi, lab lagi, projek lagi. Tak tidur lah nampaknya aku hujung minggu ni.” Amirah menyandar di kerusinya.

“Sebab tu lah aku ajak korang diskus sekarang pasal projek multimedia application ni. Kita ni tajuk pun takde lagi tau.”

“Tapi satu aku tak faham lah. Group kita bukan ada lima orang ke. Mana lagi dua orang ni?”

“Tak tau lah Ratna. Kau jangan tanya aku. Ira, kau bagi tau tak budak-budak tu discussion kita ni.” Wajah Amirah dipandang.

“Sudah. Aku siap bagi reminder lagi pagi tadi.”

“Habis tu mananya. Batang hidung pun tak nampak.”

“Siapa yang korang ambik masuk group kita ni?” Ratna bertanya lagi.

“Ala…Ridzuan. Korang kenal kan, yang tinggi-tinggi tu. Selalu kalau dalam kelas duduk line belakang sekali.”

Ratna mengangguk. Cuba mengingati lelaki yang dimaksudkan. Zulaikha pula masih berfikir-fikir, mencari kalau-kalau ada bayangan lelaki tersebut dalam terdaftar ruang ingatannya.

“Sorang lagi?”

“Kawan dia. Ntah. Aku pun tak kenal sangat kawan dia ni. Tapi kalau tak silap nama dia Aliff.”

“Kau ni, ntah sapa-sapa, kau main ambik je ke masuk group kita. Boleh bagi komitmen ke tak nanti ni.” Ratna dah membebel. “Tengok, first discussion pun datang lambat.”

“Relaks lah Ratna. Kau ni kalau dapat membebel, macam mak aku je. Ridzuan tu aku kenal lah. Dia tu ok, bab bab nak bagi komitmen ni, korang jangan risau lah.”

“Assalamualaikum. Sorry ladies…Kitaorang lambat.” Terdengar suara menegur. Mereka bertiga pantas menoleh. Dua lelaki tersenyum, sambil yang sorang menarik kerusi dihadapan Ratna dan sorang lagi menarik kerusi sebelah rakannya.

“Sorry erk. Kuliah kita orang tadi lambat habis lah.” Temannya yang berbaju merah itu bersuara.

“Tak pe. Ni aku kenalkan. Ratna dan Zulaikha.” Sambil menunjukkan sedikit ibu jarinya kehadapan Ratna dan kemudian Zulaikha. “Korang, ni Ridzuan dan …” Ratna memalingkan mukanya ke arah lelaki yang berbaju biru itu dan kemudian dia terhenti.

“Owh. Kawan aku, Aliff.”

“Okey. Aku Amirah. Panggil Ira je.”

“Okey. sesi suai kenal dah habis kan. Boleh kita start?” Zulaikha memandang semua yang berada di meja bulat itu. Zulaikha memang begitu, selalu bertindak selaku ketua. Suasana di dalam kafe Kolej itu agak bising dengan para pelajar yang lalu lalang.

“Korang dah ada idea ke nak buat cerita apa?” Ridzuan bersuara, selakigus menjawab soalan Zulaikha.

“Belum lagi.” Zulaikha menggeleng.

“Tunggu korang lah ni. Kalau ada idea yang menarik dan senang nak buat.” Amirah menyampuk.

“Ira ni, tau kerja nak senang jer.” Zulaikha menjeling Amirah.

“Aku rasa takde istilah senang dalam assignment ni Ira. Kita masih kena create character, masih kena buat animasi, dubbing suara, sound effect, kena ada plot, kena ada storyline, dan yang segala-gala lagi yang sewaktu dengan nya.” Ratna bersuara sambil tangan menyelak-nyelak handout Doktor Noridayu. “So, kita nak buat cerita apa?” Kepala diangkat, memandang wajah teman disekeliling.

“Aku rasa Cinderella should be nice.” Aliff menyuarakan pendapatnya.

Ratna pula tiba-tiba menunduk perlahan. “Adik nak jadi macam Cinderella lah, ayah.” Mendengar pendapat dari Aliff tadi, ada ingatan yang ingin menjengah dibenaknya. Suara ayah ternginang-nginang. “Nak jadi Cinderella? Nak buat apa?” Seperti terdengar suara ketawa ayah ditelinga. Ratna memejam mata. Ditutup rapat-rapat. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu melayan perasaan ketika ini. Pergilah wahai ingatan, pergi jauh-jauh. Dia beristigfar dalam hati. Tidak mahu sayu bertamu lagi.

“Last semester dah ada student yang buat cerita tu kan. Cerita lain lah.”

“Aku setuju dengan wan. Tak mau cerita Cinderella. Apa kata kita buat cerita Puss In The Boot. Cerita pasal kucing tu. Korang pernah dengar kan cerita tu.” Ira memandang wajah yang lain.

“Puss in the boot. Owh.. kisah tiga orang beradik tu ya. Lepas ayah dia meninggal, anak yang sulung dapat tanah ladang, anak yang tengah dapat keldai dan anak yang bongsu dapat kucing. Cerita yang itu kan?”

“Ha..Pandai pun kau Zul . Kau rasa macam mana?”

“Okey.” Zulaikha mengangguk.

“Korang?”

“Tak kisah lah. Aku ikut je.” Ridzuan menjawab.

“Sure?”

“Yes, I am…. Tapi yang lain, aku tak tau lah. Aliff, ada cadangan lain ke?”

“Aku setuju je apa-apa pun. Cerita tu pun watak tak banyak sangat kan. Ok lah tu.”

“Alright. Empat dah setuju. Ratna, kau macam mana?” Ira memaling memandang Ratna, namun Ratna dilihat tak berganjak dari kedudukannya. Masih menunduk seperti tadi. Dia memegang lengan Ratna. “Ratna? Kau ok tak ni?”

“Ha?... Eh, aku okey.. Kau tanya aku apa tadi?” Empat pasang mata memandang tepat ke arahnya. “Sorry guys. Aku pening..sikit. Kau tanya apa Ira?”

“Kita buat cerita Puss in the Boots. Kau setuju tak?”

Kepala diangguk perlahan. “Aku tak kisah. Okey jer.”

“Alright…semua setuju.” Amirah tersenyum lebar.

“Aku rasa better kalau kita separate work. Senang sikit nak buat kerja, dah ada tugas masing-masing. Lagipun kita tak ada masa nak buat discussion selalu kan.” Aliff memandang teman lain.
Ratna mengangguk perlahan. “Yup, separate work Zul.”

“Okey. Tapi kalau dah ada tugas masing-masing pun, aku taknak korang lengah-lengah kan tau. Make sure we finish at least two weeks before presentation. Sekurang-kurangnya ada masa nak alter apa-apa nanti.”

“Iya, Cik Zul.. Kitaorang pun tau lah benda tu.” Ridzuan bersuara perlahan sambil memadang tepat wajah Zulaikha.

Zulaikha membalas pandang, dengan riak tak puas hati. “Aku ingat kan jer…”

“Guys…tak payah nak gaduh-gaduh. Let me became the graphic artist. I do all the character creation.” Aliif bersuara, menenangkan keadaan.

“Aku setuju, kau kan suka lukis kartun. I take the animation part.” Ridzuan menyahut.

“Okey, aku dgn Ira handle sound effect and dubbing. Ratna, kau lukis latar belakang utk setiap scene, boleh kan.”

“Okey.” Ratna mengangguk.

“Storyline, nanti aku siapkan, then aku past kat kau. Kau punya scene background nanti base on storyline.”

Ratna mengangguk lagi.

“Kau punya part ni kena berkerjasama dengan Aliff tau. Character Aliff nanti kena masuk dgn kau punya background.”

Lagi kepala diangguk.

“Okey…ada apa-apa lagi?”

“Are you sure you want do the storyline on your own? Tak nak kitaorang tolong” Ridzuan memandang wajah Zulaikha.

“Aku boleh mintak tolong dgn Ratna dan Ira nanti. Lagipun nak buat storyline ni tak banyak kerja sangat. So, no need to worry, okey?”

“Kalau kau dah cakap macam tu. Ok lah, kalau takde apa-apa lagi, kitaorang nak balik dah ni.”

“Okey.”

“Jom, Liff.” Ridzuan dah menangkat punggung.

“Gerak dulu ya. Assalamualaikum.” Aliff menurut langkah Ridzuan.

“Zul, jom lah kita pun gerak. Ira, jom.” Ratna dah mengemas barang-barang yang bersepah atas mejanya.


***
Bunyi beep atas meja menarik perhatian Ratna. Pantas dia mencapai handphone berkenaan, dan membaca mesej yang masuk.

From : 0123456789
Salam, buat apa? Knp ptg tadi nampak macam ada masalah je. Are’u ok?

Berkerut dahi Ratna membaca mesej yang tertera di skrin segi empat itu. Siapa ni? TIba-tiba pintu dikuak dari luar. Zulaikha melangkah masuk. Tuala ditangannya yang lembab sedikit itu disidai di hujung katil.

“Kenapa Ratna. Berkerut semacam je dahi kau tu?”

“Kau kenal tak nombor ni Zul?” Sambil menghulur telefon ke arah Zulaikha yang sedang menyikat rambut. Zulaikha mencapai telefon Ratna, dan berfikir sejenak.

“Macam familiar lah nombor ni. Nanti jap aku check dalam phone aku.” Dia duduk di birai katil, sambil tangannya mencari-cari nombor dalam buku telefon. Apabila terhenti pada suatu nama, spontan senyum terukir dibibir. “Ahh…dah jumpa. Nombor Aliff. Dia contact kau ke?”

“Aliff? kawan Ridzuan tu?”

“Yup..”

“Bila masa dia ambik no phone aku?”

“La…tadi lah. Masa discussion ptg tadi. Derang mintak no phone kita. Senang sikit nak contact lepas ni.”

Ratna menggangguk perlahan sambil mulutnya membentuk huruf ‘O’ tanpa bunyi.

“Dia call kau ke?”

“Mesej.”

“Dia nak apa?”

“Ntah. Bacalah.” Lagi sekali telefon tadi dihulur kepada Zulaikha.

“Nampak macam ambik berat jer..” Sengihan mula terukir dibibir Zulaikha.

“Hisy..kau ni jangan mengarut lah Zul.”

“A’ah lah. Aku pun nak tanya jugak kat kau ni, sebenarnya kau kenapa. Dari hari tu lagi aku tengok kau macam tak okey jer. Kau sakit ke.”

“Tak lah.”

“Habis tu?”

Ratna terdiam sejenak. Sejenak baru dia membuka mulut. “Aku teringat kat family aku.” Perlahan dia menuturkan.

Zulaikha mengalih tempat. Duduk disebelah Ratna, dia menggenggam erat tangan Ratna. “Ratna, jangan lah macam ni. Aku tak suka lah tengok kau sedih-sedih macam ni. Macam mana nak studi kalau kau asyik sedih je. ”

“Aku tak apa-apa lah. Kau jangan risau.” Ratna mengukit segaris senyuman dibibir. Senyum tawar, sekadar hendak menyedapkan hati Zulaikha. “Aku bukannya sedih sangat sampai tak boleh nak studi. Kadang-kadang jer teringat kat ibu, ayah dengan along aku, biasa lah tu. Kau tak payah risau lah, aku okey.”

“Betul ni.”

Ratna mengangguk. Meyakinkan Zulaikha. Zulaikha tersenyum. “Oklah. Balas lah mesej Aliff tu. Lama pulak cik abang tu menunggu.”

Ratna memandang telefon. Perlu ke balas?







p/s: Salam readers.. Idea nak menaip cerita ni datang tiba-tiba masa tengah nak cari idea untuk cerita lain. Layan jer lah erk... Sorry kalau tak best... pada yang sudi membaca, saya mengharapkan komen dari anda.
Terima Kasih..
Salam sayang
~~ AriSSa ~~
:)

0 comments: