AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ratna Sari Puteri II

II


Langkah kaki dihayun perlahan menyusuri deretan buku-buku disitu. Pandangan mata jatuh pada buku yang bertimbun. Dalam kepala masih memikir tajuk buku yang patut dicari. Macam mana lah boleh lupa nak bawak tajuk buku tu tadi. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Alang-alang dah sampai sini tak kan nak balik dengan tangan kosong je kut.

Dia berjalan lagi ke rak sebelah. Rak buku yang terletak berhadapan dengan cermin kedai itu. Sejenak kepalanya diangkat, pandangannya dijamu dengan kelibat seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang berbual mesra di luar kedai buku tersebut. Jantungnya seakan berhenti berdegup. Aliff. Tanpa sedar sepatah kata itu meluncur dari bibirnya. Hatinya bagai disiat, pedih yang terasa bukan sedikit. Tersedar akan perbuatannya memerhati perlakuan orang itu bukan lah sesuatu yang baik, segera dia angkat kaki.

Bergerak di rak buku di bahagian belakang kedai itu, Ratna menarik nafas panjang. Kenapa aku rasa macam ni. Kenapa aku rasa sedih tengok dia begitu mesra dengan perempuan itu. Siapa perempuan tu. Matanya jatuh pada susunan buku disitu tapi fikirannya masih terbayangkan Aliff dengan temannya tadi. Hatinya jadi semakin tak tentu. Dia pejam mata, tangan dibawa pegang dada, dalam hati beristigfar berulang kali.

“Hai..”

Terdengar ada suara yang menegur, Ratna pantas menoleh. Aliff sedang berdiri berhadapan dengannya sambil tersenyum.

Ratna terpaku.

“Buat apa?”

“Cari buku”

“Kenapa tak balas mesej saya hari tu?”

“Err…hari tu…ha, kredit saya habis. Lupa nak top up.” Ratna berjalan perlahan menyusuri deretan buku yang pelbagai di situ. Yang sebenarnya malam itu dia memang tak berniat nak berbalas mesej dengan Aliff.

“Owh… So, awak okey ke?”

Berkerut dahi Ratna. “Kenapa? Saya nampak macam tak okey ke?”

“Honestly, yes.” Jujur dia menjawab.

Ratna senyum paksa. Jujur betul mamat ni.

“Sorry lah kalau awak rasa saya ni menyibuk.”

Tau takpe. Dia senyum lagi.

“Saya tengok awak ni selalu sangat termenung. Ada masalah apa sebenarnya awak ni.”

Ratna angkat kening. Sape mamat ni yang sibuk-sibuk nak tau masalah aku.

“Weyh.. sini rupanya kau. Penat aku tunggu kat luar.” Tiba-tiba satu tamparan hinggap di bahu Aliff. Spontan mereka berdua berpaling. “Eh, Ratna pun ada. Datang dengan siapa?” Ramah Ridzuan menegur.

“Sorang. Cari buku. Nak balik dah pun.”

“Kita orang pun nak balik jugak ni. Nak tumpang, jom lah. Aku drive dengan Aliff tadi.”

“Tak pe lah. Aku dah janji dengan Zul.”

“Tadi kata sorang.”

“Kat kedai buku ni memang lah datang sorang. Zul drop aku kat sini tadi. Dia pergi Seri Kembangan, nanti kejap lagi dia ambik aku kat sini.”

“Owh…okey lah. Aliff, jom. Bye Ratna.”

Ratna mengangguk.

“Ahh..sebelum terlupa..” Ridzuan berpaling semula menghadap Ratna. “Nak tanya, kau punya background scene macam mana. Kalau ada yang dah siap, aku ingat nak combine kan dengan character yang Aliff buat. So aku dah boleh start buat animation.”

“Ada certain background yang dah siap. Nanti aku past kat kau ek.”

“Bila?”

“Mmm… Jumaat petang. Kat kafe.”

“Jumaat petang aku tak free lah. Ada training. Aliff, kau free? Jumpa Ratna petang jumaat boleh?”

Aliff mengangguk dan pandangan dibawa ke wajah Ratna. Ratna lantas berpaling, menunduk. Ada rasa yang menjalar dihati apabila menentang pandangan itu.


***
“Ratna”

“Hmm…” Ratna masih menunduk. Tekun memandang skrin monitor notebooknya.

“Ratna. Saya cakap dengan awak ni.”

“Hmm..” Masih lagi memandang monitor dihadapan.

“Ratna Sari Zulkifli!” Aliff meninggikan sedikit suara

“Saya dengar. Cakap jelah.” Memandang sekilas wajah Aliff. Kemudian kembali mengadap skrin monitor.

“Ratna!”

“Yes..?” kali ini dia menutup terus monitor dihadapan, dan pandangan ditala pada wajah Aliff.

“If I ask you something, can you answer me sincerely?”

Ratna angkat kening. Apahal soalan tahap serius semacam je ni. Pandangan masih pada wajah Aliff.

“Boleh tak?” Aliff bertanya lagi.

“Bergantung pada jenis soalan.”

Aliff diam. Tidak meneruskan niatnya.

“Apa yang awak nak tanya saya ni?”

“Takpelah. Lain kali je. Saya dah copy everything. Here, your pendrive.” Sambil menutup notebooknya, dia menyua pendrive pada Ratna.

Ratna memandang tingkah Aliff. Pelik. Curiga. Apehal mamat ni? Tadi iya-iya panggil aku.

“Cakap pada Zul, nanti lepas Wan siapkan animation, saya past kat dia utk masukkan sound effect.”

“Okey.”

“Saya balik dulu. Assalmualaikum.”

Ratna hanya memandang Aliff berlalu meninggalkan kafe itu. Kemudian muncul Zulaikha dari arah yang bertentangan.

“Eh, Aliff mana.” Zulaikha mengambil tempat berhadapan Ratna, sambil meletakkan gelas berisi air tembikai yang dibawa.

“Baru je balik.”

“Cepatnya.”

“Hmm…ada hal kut. Dia pesan lepas Ridzuan siapkan animation, dia orang past kat kau untuk masukkan sound effect.”


***
Dia bungkam disitu. Hujan makin menggila turun menyimbah bumi. Ratna hanya merenung langit yang semakin gelap. Melihat jam ditangan. Lapan sepuluh malam. Lagi sekali dia melepas nafas. Macam mana boleh tak terfikir nak bawak payung tadi. Tapi kalau bawak payung pun, boleh membantu ke. Gila punya lebat macam ni. Sudah lah Zulaikha dengan Amirah pun tiada di sini, dua-dua pulang ke kampung minggu ni. Siapa lagi aku nak mintak tolong ni.

Dipandang lagi langit yang mencurah-curah. Tiada tanda hujan akan berhenti dalam waktu terdekat ni. Kalau redah je pergi perhentian bas, bukan setakat basah, malah lebih dari lenjut. Mau demam pulak seminggu dua. Ratna menghela nafas lagi. Dia berganjak kedalam sedikit cuba mengelak dari dibasahi tempias hujan yang menggila.

Pandangan dibawa ke sekeliling. Mencari kalau-kalau ada insan yang dia kenal. Boleh juga harapkan pertolongan. Tiba-tiba pandangannya singgah pada seorang anak kecil yang dalam pelukan bapanya sedang melintas jalan menuju ke kereta. Ingatannya melayang lagi.

“Ayah, lebatnya hujan…” Ratna menggenggam erat tangan ayah. Ketika itu mereka berada diluar sebuah pasaraya, sedang menunggu ibu dan along selesai membeli barang. “Kenapa mesti hujan, macam mana nak pergi umah tok macam ni. Macam mana nak ikut tok pergi kebun.” Mulut anak kecil itu merungut lagi.

“Adik, tak elok cakap macam tu. Hujan itu rahmat.”

“Rahmat?” Wajah ayah dipandang. Tidak faham.

“Rahmat untuk semua makhluk yang hidup diatas muka bumi ini. Cuba adik bayangkan kalau tidak ada hujan, bumi kita ni akan jadi kering, kemarau, panas dan semua hidupan tak akan mampu hidup. Sebab itu Tuhan turunkan hujan untuk suburkan tanaman, sebagai minuman pada haiwan dan tumbuhan. Malah pada kita juga. Kalau adik nak tahu, banyak rahmat yang Allah turunkan sekali semasa hujan. Salah satunya, pintu langit terbuka luas ketika hujan, jika kita berdoa InsyaAllah akan dimakbulkan.”

Ratna masih menatap wajah ayah. Sukar baginya untuk memahami maksud kata ayah. Dia diam. Pandangan dibawa pula ketengah jalan raya yang sedang sesak ketika itu dengan hujan yang masih lebat, langsung tidak memberi tanda akan reda.

Setengah jam kemudian, ibu dan along selesai membeli barang dan mereka sekeluarga berada didalam kereta untuk pulang ke rumah tok. Ratna yang paling gembira.

“Ayah, nanti bila sampai rumah tok, kita ikut tok pergi kebun ya.”

“Ya.”

“Pastu kita pergi padang pulak ya, adik nak ajak tok main layang-layang.”

“Ya, sayang. Tapi tak boleh lama-lama tau, kita balik ni sekejap je. Esok pagi-pagi dah nak balik KL balik.” Ayah mengerling wajah puteri kesayangannya dari cermin pandang belakang.

“Alaa…sekejap jer dapat jumpa tok.”

“Nanti kalau ada masa kita balik lah lagi.”

“Ibu, kalau adik nak duduk dengan tok boleh tak?”

“Kenapa adik nak duduk dengan tok. Dah tak nak duduk dengan ibu ayah lagi.” Ibu memandang wajah Ratna dari tempat duduk hadapan.

“Adik nak temankan tok. Kesian tok duduk sorang-sorang kat kampong.”

“Alah. Adik tipu.. Yang sebenarnya ibu, adik ni nak main dengan budak Aiman yang duduk kat hujung simpang tu. Budak Aiman tu kan suka tengok adik. Along rasa budak tu suka kat adik lah.” Along yang dari tadi hanya diam, bersuara sambil bibirnya mengukir sengih lebar.

“Mana ada. Bukanlah..” Ratna bersuara kuat. Bibir dah menarik muncung. Ibu dan ayah ketawa dari tempat duduk hadapan. “Ibu, adik tak kawan pun dengan budak Aiman tu.” Kepala Ratna disua diantara dua tempak duduk dihadapan, mencari wajah ibu. Ibu menghabiskan sisa ketawanya.

“Yelah. Ibu tak cakap apa pun.” Tangan ibu memegang lembut pipi Ratna.

“Along ni jahatlah.” Ratna kembali ke tempat duduk asalnya. Tangan kanan mencubit lengan Along.

“Lepas ni adik tinggal terus dengan tok. Tak de siapa nak kisah.” Along masih tersengih.

Ratna menarik muncung panjang. Orang bukan nak tinggal terus dengan tok, orang nak tinggal sekejap je kat sana. Tapi kalau nak tinggal sana terus pun, apa salahnya, Tok kan duduk sorang-sorang. Nanti hujung minggu, ayah datang lah ambil adik balik rumah. Pandangan dibawa keluar. Hujan masih menggila menyimbah bumi.

Tiba-tiba ayah brek mengejut. Dia dan along terhumban kehadapan. Jeritan ibu kedengaran kuat. Selepas itu dia tidak tahu apa yang terjadi. Sedar-sedar dia terbaring atas katil di hospital. Wajah tok menyapa saat dia buka mata. Tok tersenyum memandangnya dan kemudian tok kucup lembut dahinya. Wajah tua itu kelihatan bersyukur yang teramat.

“Tok…” Ratna bersuara lemah.

“Ya sayang. Adik nak apa-apa.”

“Kenapa adik ada kat sini.”

“Adik tak sihat. Nanti bila adik dah sihat kita balik rumah tok ya.”

Dua hari dia terlantar. Kemudian dia pulang ke kampong tok. Yang peliknya dia tidak nampak langsung kelibat ibu, ayah dan along. Bila ditanya pada tok, tok hanya diam sambil menahan esakan. Dia semakin pelik.

Saat dia pulang ke kampong tok, dia dibawa ke suatu tempat. Tanah perkuburan islam. Dia diam. Hanya mengikut langkah kaki tok. Tiba di suatu tempat, tok berhenti, kemudian tok duduk menghadap tiga kubur disitu. Ratna ikut sekali duduk. Tok membuka sebuah kitab kecil dan mula membaca perlahan. Ratna hanya diam, duduk tak berkutik. Perasaannya ketika itu tak dapat nak dijelaskan. Bagai ada suara mengatakan orang-orang yang dia sayang berada dekat dengannya ketika itu.

“Adik, ini kubur arwah ayah. Sebelah sana kubur arwah ibu dan along. Masa dalam perjalanan balik kesini minggu lepas, kereta ayah kemalangan semasa perjalanan balik sini. Hanya adik seorang sahaja yang selamat.” Tok bersuara perlahan sambil menutup kitab yang dibacanya tadi. Kepala Ratna diusap perlahan.

Ratna memandang wajah tok. Fahamkah dia akan kata-kata yang keluar dri mulut tok. Dia tidak tahu.

“Adik, kita tak boleh jumpa ayah, ibu dengan along lagi.” Tok bersuara lagi. Cuba untuk menerangkan keadaan yang sebenarnya pada anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu.
Ratna memandang pula kubur-kubur dihapadannya. Hatinya tiba-tiba jadi sedih. Sedih yang bukan sedikit. Perlahan air mata mula membasahi pipi. Adakah tok nak cakap, ahli keluarganya telah pergi jauh meinggalkannya.

Tok menarik Ratna dalam pelukan. Faham dengan apa yang dirasa anak kecil itu. “Adik, jangan sedih. Kan tok ada. Lepas ni adik tinggal dengan tok ya.”

Ratna diam. Air mata terus berlumba-lumba keluar. Terngiang kata-kata ayah. “..pintu langit terbuka luas ketika hujan, jika kita berdoa InsyaAllah akan dimakbulkan…” Adakah doa dia telah dimakbulkan. Dia meminta untuk tinggal dengan tok, dan kini memang dia akan tinggal terus dengan tok. Terngiang juga kata-kata Along “Lepas ni adik tinggal terus dengan tok. Tak de siapa nak kisah.” Esakannya semakin kuat. Pelukan tok juga semakin erat.

Dumm..

Ratna tersentak. Segera dia tertarik ke alam nyata. Hujan masih menggila seperti tadi. Tapi kini disertai juga dengan adik-beradiknya yang lain, guruh dan petir. Dia memeluk tubuh, membuang semua ingatan yang menjelma. Dia memandang sekeliling. Takde ke siapa-siapa yang aku kenal lalu sini.

“Ratna!”

Alhamdulillah. Ada juga makhluk tuhan yang kenal aku. Ratna berpaling. Spontan dahinya berkerut. Takde orang lain ke yang nak tegur aku. Aliff semakin menghampiri dengan payung ditangan.

“Awak tunggu apa ni?”

“Tunggu hujan berhenti.”

“Lama lagi lah kalau nak tunggu hujan berhenti.”

Ratna sengih. Aku tau.

“Jom lah, saya hantar awak balik.”

“Eh, tak payah lah. Menyusahkan je.”

“Tak susahnya. Jom lah. Sampai bila nak tunggu kat sini.”

Ratna hanya membatu disitu.

“Jom. Kereta saya kat sana.” Jari ditunjuk ke satu arah.

Ratna, sekarang ni bukan masa kau nak jual mahal. Pergi je lah. Bukan jual mahal lah, tapi segan, janggal sangat-sangat rasanya. Hati ni pulak dah rasa macam berlari 1500m je lajunya. Dia masih tercegat disitu.

“Apa lagi tu, Jom lah.”

Dan sudahnya dia menurut juga langkah Aliff. Berpayung bersama menuju ke Saga hitam milik Aliff.


***
Ratna duduk menopang dagu. Sekilas matanya terarah pada jam di pergelangan. Dia mengeluh. Sejenak pandangan mata diangkat, kelibat Amirah muncul dari arah tangga. Dia melepas nafas. Sampai pun makcik nih. Penat aku menunggu.

“Sorry, lambat…”

“Kalau lagi lima minit kau tak sampai, memang aku tinggalkan je kau.”

“Sorry lah. Aku naik bilik balik tadi, tertinggal phone. Zul mana?” Amirah memandang sekeliling.

“Zul suruh kita pergi dulu. Dia lambat sikit.”

“Okey. Jom.” Mereka berdua menapak menuju ke perhentian bas. Sedang menunggu bas tiba, Amirah mencuit lengan Ratna. “Ratna, itu Aliff kan..”

“Hmm.. mana?”

“Yang drive proton saga hitam tu.”

Ratna turut berpaling melihat arah yang ditunjuk Amirah. Betul lah tu. Dia kenal sangat kereta yang ditumpanginya malam semasa hujan lebat tempoh hari. Dan dia kenal pemandu yang memandu kereta tersebut.

“Ada budak perempuan lah dalam kereta tu. Siapa erk? Girlfriend dia ke?” Amirah bersuara lagi.

Ratna diam. Dia hanya memerhati budak perempuan yang dimaksudkan. Tak tahu kenapa, tiba-tiba dia rasa sedih. Rasa seperti hatinya baru sahaja hancur berkecai. Pedih dalam erti kata pedih yang sebenar. Kenapa?





p/s: Salam semua... Here, Ratna bab 2... Bab 3, minggu depan ya...
Selamat bercuti hujung minggu.
Salam sayang
~~ AriSSa ~~

0 comments: