AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ratna Sari Puteri III

III


Ratna mengatur langkah ke arah meja yang diduduki Zulaikha dan Amirah. Kelihatan juga Aliff bersama mereka. Mungkin dia baru sahaja tiba disitu, kerana sebelum dia beredar ke tandas tadi, hanya mereka berdua di meja itu. Tak lama kemudian, belum pun langkah kaki Ratna tiba disitu, Aliff lebih dulu beredar pergi. Ratna hanya memerhati dari jauh. Tiba-tiba hatinya jadi terkilan. Tak nak tunggu aku sampai ke. Agaknya dia tak nak jumpa aku kot.

“Ha, Ratna.. Aliff baru je pergi tadi.” Zulaikha menegur ketika Ratna melabuhkan punggungnya di kerusi.

Aku nampak. “Ya ke?”

“Haah. Dia pulangkan buku kau.”

Spontan Ratna berpaling, Ahh… buku Multimedia Application miliknya terletak elok di tepi nota-nota kuliahnya.

“Ratna, Zul, jom lah balik. Aku dah lapar ni.” Amirah mengemas buku-buku yang bersepah dihadapannya.

“Jom.” Zulaikha turut sama mengemas barangannya.

Dalam perjalanan menuruni tangga diluar Perpustakaan Sultan Abdul Samad itu, mereka bertembung lagi dengan Aliff. “Eh, dah nak balik?” Aliff yang ramah menegur. Disisinya berdiri seorang gadis yang manis pada pandangan mata Ratna.

“Ha’ah. Dari pagi tadi lagi kita orang bertapa kat sini.” Amirah yang lebih dulu menjawab.

“Kenalkan, ni Sofea..junior kita.” Berpaling pula pada gadis disebelahnya. “Yang ni Amirah, Zulaikha dan Ratna, my coursemate..”

“Panggil Ira je.. tapi kalau rasa-rasa muda lagi dari kita orang, panggil Kak Ira. Semester berapa?” Sikap semulajadi Amirah, mulutnya memang ramah tak kira siapa.

Ratna sekadar tersenyum memandang gadis bertudung ayu itu. Spontan dia mengerut dahi. Macam pernah nampak lah budak nih… kat mana ya? Owh, yang berbual mesra dengan Aliff kat luar kedai buku hari tu. Dan dalam kereta Aliff hari tu. Yup, that’s her.

Sofea tersenyum manis. “Saya semester satu, Kak Ira. Akak semua tahun akhir ya?”

“Yup. Kita orang sem lima.” Zulaikha pula bersuara. Ratna hanya membisu. Tidak berminat hendak bersuara sama. Hatinya rasa pedih melihat gadis manis itu berdiri bersebelahan Aliff.

“Sofea tinggal kat mana?”

“Saya tinggal dengan family dekat Seri Kembangan.”

“Datang kuliah macam mana?” Amirah menyoal lagi. Ratna menjeling Amirah yang semakin rancak menjalankan sesi temuduga. Memang tak boleh jumpa orang lah makcik sorang nih.

“Kadang-kadang abang hantar, kadang-kadang kakak hantar. Tak pun kadang-kadang minta tolong Abang Aliff ambil kat rumah.”

Abang Aliff? Abang? Siapa budak ni. Ratna terus membatu tapi pandangannya tak jatuh dari memerhati raut wajah gadis itu. Rasa sedih datang bertimpa-timpa. Kemudian dia membawa pula pandangan ke jalan raya. Dengan harapan perasaannya boleh kembali normal seperti biasa.

“Owh… Ni kira teman istimewa Aliff la ni.”

“Eh, tak lah kak..”

“Apa kau merepek ni Ira.. Sofea ni baru lagi kat sini. Tak biasa lagi dengan tempat ni.”

“Aku faham…” Bersama senyuman yang penuh makna.

“Ira, Sofea ni dah macam adik aku. Kau jangan nak pikir lain.”

“Aku tak pikir apa-apa pun..” Amirah masih tersengih.

“Malas lah aku nak layan korang.”

“Kita orang pun nak balik dah ni. Sofea, jumpa lagi ya.”

“InsyaAllah kak Ira.”

“Kalau bertembung kat mana-mana, fakulti ke, library ke, tegur-tegur lah. Akak ni kadang-kadang tak perasan orang.” Zulaikha pula menyampuk.

“Ya, kak…” Sofea masih tersenyum.

“Eh, Ratna lupa nak cakap.. Thank you for the book.” Aliff membawa pandangan ke wajah Ratna yang sedari tadi hanya membisu seribu bahasa.

Ratna tersentak. Menentang pandangan mata Aliff. “Yeah.” Seketika cuma, dan dia kembali mengadap jalan. Hatinya semakin tidak keruan. Dan selebihnya, perasaan yang terkilan. Kenapa aku rasa dia macam tidak berminat nak bercakap dengan aku.


***

Tudung dikepala disangkut dipintu almari. Buku-buku yang dipegang diletak atas meja. Tangan menghidupkan plug komputer. Baru teringat yang handout kerja khusus diselitkan dalam buku rujukan Multimedia Application. Dicapai buku rujukan tersubut dan diselak, pantas matanya tertancap pada sehelai post it note warna kuning yang dilekatkan pada muka surat pertama. Note apa pulak ni. Dahi dah mula berkerut.

‘Saya tak kenal awak. Saya tak cukup mengenali diri awak. Kadang-kadang awak senang didekati. Tapi ada masanya awak dingin. Apapun, saya nak tanya awak satu soalan. I know my question is a bit crazy. But I need to ask. Sudi tak awak jadi puteri di hati saya? Be a queen in my heart?’
-Ikhlas-
Aliff

Ratna terkedu. Terpaku sekejap ditepi meja. Sesaat, senyum mula terukir dihujung bibir. Ada rasa indah dalam hatinya ketika itu. Ada kupu-kupu yang berterbangan dalam perutnya ketika itu. Bagai ada pelangi yang menghiasi laman hatinya. Dan tanpa sedar ada titis jernih yang menitis dari kelopak matanya.

Tapi perasaan itu seketika cuma, sebelum bayangan Aliff dan Sofea menjelma depan mata. Apa maksudnya. Jika firasatnya benar Sofea teman istimewa di hati Aliff, apa perlu dia untuk bertakhtah di hati lelaki itu.

Dia mencapai telefon. Membuka ruang sms, dan mula menaip.

I need an explanation…

Butang send ditekan. Dia duduk dibirai katil. Beberapa saat kemudian, telefon nya berbunyi. Bukan ada sms yang masuk, tapi panggilan dari Aliff yang masuk. Ratna sekadar memandang telefon itu sejenak. Kenapa kenal call, sms je tak boleh ke. Namun butang hijau itu ditekan juga.

“Hello?”

“I guess you already read my note.”

“Yes. Apa maksudnya???”

“I think I fall in love with you..”

Lagi sekali Ratna terkedu. Lama dia terdiam sebelum tersedar ada seseorang yang menanti jawapannya di hujung sana.

“Come again.”

“Either you not hear me or you don’t want to hear me. I said I fall in love with you, Ratna.” Lembut suara itu menusuk masuk ke perdengaran telinga Ratna.

“And how about Sofea.”

“Sofea? Kenapa dengan dia?”

“Aliff, jangan bagi harapan palsu pada orang. Jangan main-mainkan hati dan perasaan orang.”

“Ratna, awak cakap apa ni.”

“People talking Aliff. Saya sendiri pernah nampak awak dengan Sofea mesra bukan main. Jangan cakap dengan saya yang awak dan dia sekadar kawan biasa.”

“Saya dengan dia memang bukan sekadar kawan biasa.”

Ya Allah, not again. Rasa macam ada panah berduri yang menusuk hatinya. Hampir menitis airmatanya mendengar perkatan Aliff ketika itu. “See, awak sendiri mengaku. Habis tu kenapa awak boleh cakap yang awak jatuh cinta dengan saya. Ada hati nak main-mainkan perasaan saya ke?” Suaranya sudah mula serak. Sudah.. jangan lah. Bawak bersabar hati. Ingat tuhan.

“Ratna, saya rasa awak dah salah faham.”

“Apa yang saya tak faham.”

“Saya dengan Sofea bukan kawan biasa because we are cousin.”

“Apa dia.”

“Sofea sepupu saya. Mama dia adik mama saya. Saya anggap dia macam adik saya sendiri since dia sebaya dengan adik perempuan saya. I treat her like my own sister. Not more than that.”

“Ya ke?”

“Ya.”

“Saya tak tahu.”

“Sebab awak tak pernah nak tanya.”

“Sorry.” Apa lagi nak dikata. Dah tadi pandai-pandai bagi nasihat percuma kat dia.

“Its okay. Lain kali tanya dulu, jangan terus dengar cakap orang.”

“Ya.” Dia malu sendiri. Tak pasal-pasal dia pulak dapat nasihat percuma dari Aliff.

“So, I was waiting for your answer.”

My answer? What should I say.. Dia menarik nafas panjang. “Sepanjang hidup saya ini, saya hanya puteri dalam hati seorang lelaki. He is my beloved ayah. I don’t mind if you want me to be queen in your heart too. But with one condition..”

“Anything…”

“If and only if you could promise me that you won’t leave me alone.”

“I won’t”

“Promise?”

“Awak takut saya main-mainkan awak ke?”

“My father died after he says I was the queen of his heart. Ibu dan along juga pergi tinggalkan saya.” Perlahan Ratna menutur kisah hidupnya. Ada rasa sedih yang menusuk kalbu setiap kali berbicara soal ayah, ibu dan along. Dia diam sebelum air mata nya mengalir keluar.

“Sorry… Okey, no tears please."

Ratna mengukir senyum. "Saya tak nangis lah.."

"Saya janji hanya awak seorang puteri dihati saya dan saya akan terus berada disamping awak, Ratna Sari Puteri ku.”

Ratna senyum lagi. Bahagianya rasa. “Thanks” Dia pernah rasa bahagia bersama ayah. Dia pernah rasa gembira menjadi puteri dihati ayah. Doanya semoga dia akan terus bahagia menjadi puteri di hati lelaki ini pula walaupun mungkin bahagia nya tidak sama seperti memiliki kembali ayah tetapi cukup sekadar dia tahu ada orang lain yang menyayanginya.



~ TAMAT ~

0 comments: