AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ayu Khamilia - Bab 17

Bab 17


“Weyh!!”

Ayu menoleh. “Assalamualaikum..” Dia mengesot sedikit memberi ruang pada Fauziah.

Fauziah tersengih sendiri. Tersedar kesilapan diri. “Waalaikumusalam Cik Ayu.” Dah selalu sangat kena tegur dengan Ayu. Bagi salam tu kan lebih baik dari cara teguran yang lain. Tapi selalu sangat terlupa. Dia duduk mengambil tempat bersebelahan Ayu. Suraya sekadar berbalas pandang, kemudian kembali tekun mengadap helaian-helaian nota kecil yang semakin bercelaru pada pandangannya.

“Apahal yang kau turun padang pun bawak nota ni Sue.” Dicuit sedikit lengan Suraya yang sedang khusyuk itu.

“Jangan bising lah Gee, aku nak studi ni.”

“Takde maknanya studi tepi padang ni Suraya oii..”

“Shush..” Suraya menyelak lagi sehelai nota kecil ditangan. Kertas A4 yang dilipat empat, dan mengandungi tulisan-tulisan yang sarat itu adalah nota yang telah diringkaskan daripada nota kuliah dan buku rujukan. Kertas A4 ditangan itu hanya mengandungi nota-nota yang penting sahaja bagi satu-satu bab. Setiap tulisan dibaca dan seboleh mungkin cuba dilekatkannya dalam otak.

Fauziah memandang Ayu, dan hujung matanya menjeling sedikit ke arah Suraya sambil kening diangkat dua kali. Pandangan mata menghantar soalan, ‘Apahal makcik sorang ni?’

Ayu jungkit bahu. “Semalam sibuk sangat pergi meeting, tak ingat dunia uruskan aktiviti MPM. Itu lah jadinya.”

“Aku lupa lah. Serius, aku tak ingat langsung pasal test esok, kalau tak, takde lah aku duduk sampai malam kat pejabat mahasiswa tu.” Suraya mengeluh. Tangan dibawa ke kepala. Sakit dah kepala aku ni. Sungguh lah dia menyesal, kalau naik bilik awal sikit semalam, sempat lah jugak nak studi dengan Ayu.

“Kau dah habis studi Gee.”

“Habis tu habis lah. Tapi tak tahu lah esok boleh jawab ke tidak. Kadang-kadang apa yang aku baca mesti tak masuk, apa yang aku tak baca lah yang selalu masuk.”

“Bukan kadang-kadang, memang selalunya macam tu. Aku pun sama.”

“Eh, korang turun sini kenapa sebenarnya. Nak duduk tepi padang ni je. Tak main ke.”

“Ikutkan aku tak nak turun pun. Si Ayu ni lah, sibuk sangat ajak aku turun jugak.” Suraya mengomel dalam pada mata masih melekat pada helaian nota ditangan.

“Yelah. Kepala otak aku ni dah naik tepu tau, asyik mengadap buku je. Nak lah jugak sedut udara segar.”

“Cik kak, nak sedut udara segar, pagi-pagi. Bukannya dah petang nak masuk maghrib ni.”

“Itulah yang aku cakap kat dia dari tadi Gee. Tapi Si Ayu ni degil, nak jugak turun.”

Ayu ketawa. Memang tadi dia yang beria mengajak Suraya turun. Hendak joging lah konon nya. Tapi Suraya duk angkut segala jenis nota yang dia buat malam tadi. Bila masa nak joging nya kalau tangan dah penuh dengan segala jenis ‘toyo’. Sudahnya mereka berdua hanya duduk buang masa tepi padang tengok orang lain main bola jaring.

“Eh, aku nak bagi tau ni..”

“Hmm..” Ayu sekadar memandang sekilas wajah Gee, kemudian pandangan dibawa ke tengah padang. Gol shooter pihak lawan sebelah sana sedang cuba menjaringkan gol.

“Aku dah dapat tapak stall kita nanti, belakang Dewan Kebudayaan. Stall No 6.”

“Stok bunga macam mana?”

“Itu kau jangan risau. Sepupu aku hantar nanti, dia florist.”

“Okey..”

“So, minggu depan, start hari Jumaat pukul sembilan pagi okey..”

“Pukul 9? Tak lambat sangat ke.”

“Okey lah tu. Kalau kau nak datang pukul lapan lebih pun tak pe, boleh bukak gerai awal. Tapi sepupu aku tu sampai sini pukul sembilan.”

“Barang-barang yang lain dah ada ke. Segala jenis reben, renda, organza, dawai, teddybear…”

“Itu pun aku dah order dengan sepupu aku tu.”

“So, maknanya kerja kita nanti jual je lah.”

“Yes, absolutely right. Cuma nanti kalau ada customer request nak bouquet yang special, nak bunga ros 20 kuntum ke, nak ros campur carnation ke, nak ros merah campur ros putih ke atau apa-apa je, kita buat time tu lah.”

Ayu menganggukkan kepala tanda faham. Senang je kalau kerja macam tu.

“Studi ke?” Tiba-tiba satu suara lelaki kedengaran di sebelah mereka.

Ayu hanya buat tak tahu dengan teguran itu. Biarlah, biasanya kalau coursemate mereka atau sesiapa sahaja yang menegur tiba-tiba macam ni, Gee atau Suraya yang selalu terlebih ramah melayan. Pandangan masih di tengah padang.

Gee sudah tersenyum ramah pada pemilik suara yang menegur tadi. “Tak lah, saja duduk-duduk tengok orang lain main netball. Jogging ke.”

“Ha’ah, tadi join student lain main bola kat padang sebelah sana.”

“Owh..”

“Cik Suraya, tekun nya studi.”

Suraya angkat muka. Eh! dan spontan dia tersipu. Dia juga sebenarnya tadi tidak menghiraukan kedatangan lelaki itu. Dalam fikirannya sama macam dalam fikiran Ayu, mungkin coursemate mereka yang datang menegur. Biarlah, Gee ada hendak bertegur sapa.

“Masa riadah tak perlu lah nak studi juga. Kena balance masa studi dengan masa riadah.”

Suraya hanya mengangguk. Sebab saya belum studi lagi, sebab tu saya studi sekarang ni.

Ayu pula semakin pelik dengan suara yang kedengaran di cuping telinga. Kalau coursemate dia, tak kan lah nak berceramah sampai macam tu. Perlahan kepala ditoleh menghadap tuan punya suara, dan spontan darah merah menyerbu naik ke wajah. Allah.. kenapa dia.

En Shahrul tersenyum padanya.



***

Helaian-helaian kertas A4 itu ditatap. Cuba menghafal point-point penting. Namun yang terbayang diingatannya kini cuma wajah Asrul. Wajah Asrul yang sedang serius memarahinya, wajah Asrul yang tegang, wajah Asrul yang tenang, wajah Asrul yang tersenyum penuh makna dan wajah Asrul yang memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan maksudnya.

Astagfirullahalazhim. Ayu meraup muka. Kenapa aku asyik ingat kat abang Asrul je ni. Sudahnya dia bangun, keluar dari bilik itu, menuju ke bilik air. Ingin mengambil wuduk agar dia boleh menumpukan perhatian pada ulangkajinya malam ini.

Dipaling ke arah Suraya, temannya itu sedang tekun mentelaah sambil telinga masih tersumbat dengan earphone MP3. Begitulah Suraya, katanya dia tak kan boeh belajar kalau suasana terlampau sunyi sepi.

Seketika kemudian, kerusi di meja studi itu diduduki semula. Cuba memberi sepenuh tumpuan pada nota kuliah di hadapan. Dia memujuk hati, mengusir semua wajah yang datang bertandang, mengingati kembali kata-kata arwah tok suatu ketika dahulu. Belajar itu pun ibadah. Jadi, belajarlah dengan hati yang ikhlas.

Tiba-tiba telefon bimbit disebelahnya berlagu. Diintai skrin segi empat itu. Dahi dah berkerut, tapi senyum nipis spontan terukir dihujung bibir. Sebab dia nak call ke yang aku asyik teringat kat dia je.

“Assalamualaikum.” Ayu menjawab panggilan yang berlagu riang itu. Seraya matanya menjeling ke arah Suraya, Suraya masih seperti tadi. Tekun mengadap notanya, mungkin juga dia tak kan dengar perbualan ini.

“Waalaikumusalam. Tengah buat apa?”

“Studi. Esok ada test.”

“Abang mengganggu ke?”

“Eh, tak lah..”

“Ok lah. Abang tak lama. Just nak tanya. Hujung minggu depan free tak? Balik rumah mak boleh.”

“Minggu depan? Tak free lah bang. Ayu dah janji nak tolong member jual bunga. Minggu depan ada pesta konvo kat sini.”

“Oo… Ya ke..”

“Ada apa bang?”

“Ada hal abang nak bincang dengan Ayu.”

“Hal apa?”

“Ada lah.”

“Cakap je lah. Ayu dengar ni.”

“Nanti lah. Kita jumpa, abang cakap”

Hal apa ni? Kenapa dada aku rasa macam nak meletup je. “Abang balik sini ke minggu depan?” sedaya upaya dia menyembunyikan gusar dihati.

“Tak jadi lah, dah Ayu pun tak free. Minggu lagi satu free tak.”

“Hmm…” Dia berfikir sejenak. Ada apa-apa program ke minggu tu. Dipandang planner besar yang ditampal didinding atas meja studinya. “Rasanya minggu tu free. So far takde apa-apa lagi.”

“Ok. So minggu lagi satu abang jumpa Ayu. Kita balik rumah mak.”

“Okey.” Sambil kepala diangguk. Macam dia sedang berhadapan dengan Asrul ketika itu.

“Okey, sambung lah studi tu. Assalamualaikum. Take care ya.”

“Waalaikumusalam.”

Talian diputuskan, tapi dia masih memandang telefon hitam ditangan. Hal apa yang abang Asrul nak bincang? Terpandang nota kuliah yang terselak atas meja, dia kembali meletak telefon ke tepi. Sabar lah hati, lupakan sekejap hal abang Asrul itu. Dipaling selagi lagi memandang teman biliknya, Ayu menarik nafas puas hati yang Suraya tidak mendengar perbualannya sebentar tadi. Dan kemudian mata, fikiran, otak dan hati seboleh mungkin ditumpukan pada nota kuliah atas meja.



p/s: Salam Semua..
Sori, n3 pendek jer...
~SmILe~

2 comments:

anakamal said...

waaaahhhhhhhhhhhhhh...tak sabarnye..berdebar2 lak nak tgk reaksi ayu kalau tau asrul nak keje jauh..huhu.asrul nak ajak kawen ke??

aqilah said...

tak puas!!!!!!!!!!!apapun, nak asrul dgn ayu tau!!!!!!!!!!!!!!!