Indah Cahaya Fatihah
II
“Abang anggap In macam adik abang
sendiri. Tak lebih dari tu.”
Indah diam. Ada rasa pedih yang
menyucuk tangkai hati. Namun dikawal agar tidak terserlah diwajah, walau waktu
itu tiada siapa dihadapannya untuk dia mengawal riak.
“Lagipun, abang tak ada niat nak
kahwin dalam masa terdekat ni.”
Tanpa sedar Indah ketawa kecil.
“Siapa pulak yang ajak abang kahwin..?”
Sejenak Abang Luqman terdiam. Jeda.
Akhirnya dia ketawa sendiri sebelum kedua-duanya kembali menyepi.
Sesaat..
Dua saat…
Tiga saat..
Hanya kebisuan
yang menghuni bicara.
Abang
Luqman berdehem perlahan. “In tak menaruh apa-apa harapan pada abang kan.”
Lambat-lambat dia menyoal. Menyambung bicara tujuan asal.
“Abang jangan risau. In pun anggap
abang macam abang In sendiri.” Dia menipu diri sendiri. Rasa ngilu kembali
bertalu. Mampukah dia untuk menganggap begitu, bila mana hati tidak bersetuju.
“So, apa yang abang dengar semua ni
tak betul kan..?”
“Apa yang abang dengar?”
“Pasal Indah..dengan abang. Pasal
kita.”
“Kenapa pasal kita.”
“Orang bercakap In. Kak Mas, Kak
Aishah, Abang Sham dan semua..”
“Biarlah orang nak bercakap. In tak
kisah.”
“Ok. Abang harap In tak termakan
cakap orang. Abang cuma harap In kekal jadi adik abang sampai bila-bila.”
“Anggaplah harapan abang dah
tercapai bila abang cakap macam tu.”
“Good. Abang tau In faham abang.”
Indah mengangguk lemah. “Hmm..”
“Ok lah. Abang nak letak dah ni.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.” Talian dimatikan.
Dia merenung kosong Samsung hitam ditangan. Tanpa sedar ada air jernih yang
mengalir dipipi. Sengaja dibiarkan menitis terus. Kenapa nasibnya selalu
begini. Tak layak sangat kah dia untuk bertahtah dihati lelaki itu.
Baru
semalam dia memasang angan-angan agar dirinya dapat bersemi di hati lelaki itu.
Baru semalam dia berhasrat agar hubungan itu terus kekal terbina atas ikatan
yang abadi. Baru semalam dia bermimpi semoga bahagia yang dirasai terus kekal
selama-lamanya. Baru semalam… dan hari ini semuanya sekadar tinggal angan-angan…
hatinya berkecai bagai tercampak ke lembah yang paling dalam.
“Innn….” Bersama panggilan yang
panjang itu, pintu biliknya diketuk bertalu-talu. Cepat-cepat dia menyeka pipi
yang kebasahan. Tak nak nanti kecoh pulak satu rumah kalau nampak dia menangis.
“Innn…”
“Ya.. Masuklah Mira, pintu tak kunci
pun.”
“Laa..aku ingat kunci.
Bersungguh-sungguh aku ketuk panggil kau.” Amira bersandar di pintu bilik yang
telah dibuka luas.
“Kau tu memang macam tu. Suka buat
kesimpulan sendiri kan. Kenapa ni?”
“Aku dengan Jiha nak keluar makan.
Kau nak ikut tak?”
“Macam malas la.”
“Ala..jom lah. Kau duduk rumah pun
buat apa, nak mengadap kerja yang tak habis-habis tu.” Bibir dah menjuih pada
kertas-kertas kerja yang bertimbun atas meja kerja Indah.
Indah
turut sama membawa pandang pada kertas kerja yang baru dibawa pulang petang
tadi. Pada mulanya memang dia bersemangat nak menyiapkan semua kerja yang
tertangguh, tetapi kesedihan yang dikhabarkan oleh abang Luqman tadi, mematikan
terus niat murninya itu. Teringat ayat abang Luqman, hati kembali seperti mahu
menangis, dan sebelum hati yang rawan terus berlagu hiba, ada baiknya dia
keluar untuk melupakan seketika kisah sedih itu.
“Ok
lah, aku ikut. Tunggu aku siap kejap.”
Amira
sengih, sambil ibu jari diangkat tinggi membawa tanda ‘Ok’. “Aku tunggu kat
bawah.”
*****
Selepas perbualan melalui telefon
tempoh hari, dia terus menyepi diri. Baik Indah mahupun abang Luqman,
kedua-duanya seperti tidak mengenali antara satu sama lain lagi. Dari sudut
ruangan kerjanya, Indah menjeling ke meja tempat duduk Abang Luqman. Lelaki itu
sedang tekun dengan tugasannya. Meja kerjanya dan meja kerja orang yang disana
hanya dipisahkan dengan beberapa ruang kerja rakan-rakan yang lain. Indah hanya
perlu menegakkan kepalanya sahaja untuk melihat lelaki itu.
Kalau dulu dia sering berbalas
pandang, bertukar senyum setiap kali pandangan mata bertaut. Belum lagi chit
chat bersama lelaki itu yang selalu sahaja menemani hari-harinya. Kini semua
itu hanya tinggal kenangan, walaupun yang mencipta kenangan itu masih wujud di
depan mata. Abang Luqman seolah-olah membuat dirinya bagai tidak wujud lagi.
Indah faham maksud permainan itu. Lelaki itu tidak mahu lagi dilihat sangat
rapat dengan dirinya, sebab itu jurang antara mereka sengaja diwujudkan.
Indah menarik nafas panjang, Dalam.
Sabarlah wahai hati, redha lah dengan keadaan yang telah ditentukan ini. Dia
bukan milikmu, Indah. Dan tidak mungkin akan menjadi milikmu.
“In, makan jom.”
Indah tersentak, tersedar dari
lamunan yang panjang. Melihat Mira yang sudah bersiap sedia, dia menghantar
isyarat tunggu sekejap. Laptop dimatikan, purse dicapai, dan dia terus bangun
berlalu dari situ. Membiarkan kenangan yang menghantuinya tadi tertinggal
disudut ruangan kerjanya itu.
Mengambil tempat disuatu sudut
direstoran, hatinya berdegup laju, bagai ada sesuatu yang tidak enak bakal
berlaku. Indah tidak mengerti. Dia membuang pandang ke sekeliling, sebelum
pandangannya terhenti pada punca hatinya tidak berdegup sempurna. Abang Luqman sedang
enak menjamu selera dengan seorang wanita cantik, cukup sempurna pada pandangan
mata.
“In.” Mira mencuit lengannya.
“Jangan fikir lain lah, client abang Luqman kot tu.”
Indah senyum segaris, sambil menggeleng
perlahan. Mira tidak tahu kisah yang berlaku minggu lalu. “Tapi instinct aku
cakap bukan teman biasa Mira.”
“Apa kau merepek ni..?”
Dan kisah pada malam hatinya
dilenyek dengan lori 100 tan sebelum dicucuk-cucuk dilukai diperdengarkan
kepada teman baiknya itu. Air mata perlahan menitis.
Amira terkesima mendengar cerita
Indah. Tidak percaya mungkin. “Tapi…”
Pandangan mata Amira dibawa sejenak kepada pasangan dihujung sana,
sebelum kembali melihat wajah Indah. “Tapi, aku tengok dia rapat sangat dengan
kau.. Tak kan lah..” Amira terdiam lagi. Tidak tahu bagaimana untuk meluahkan
rasa.
“Dia anggap aku macam adik dia je
Mira.” Sambil menyeka air mata yang mengalir, Indah bersuara perlahan.
Amira menggeleng. Sukar untuk
memahami situasi yang sedang dialami oleh teman karibnya tika itu. “Aku tak
faham. Korang bergaduh ke?”
Indah geleng. “Pernah ke kau nampak
kita orang gaduh.” Dia diam. Menarik nafas dalam, mencari kekuatan untuk
bertenang, sebelum bicara disambung kembali. “Kalau kau tak faham, aku lagi tak
faham Mira. Dia layan aku baik sangat. He
treats me like I’m special. But end of the day, I’m just like his sister.”
Air mata yang telah surut sebentar tadi kembali bergenang. “Seriously, aku tak faham, tapi siapa aku
nak tanya soal hati dan perasaan dia. Lagipun kita orang tak pernah sekali pun
bercakap soal hati dan perasaan sebelum ni.”
Amira mengusap lembut bahu Indah,
memberi ketenangan buat temannya itu, memberi kekuatan untuk Indah terus
bersabar. “Sabar In. Sooner or later you
will find the answer.”
“Aku sayang dia Mira.” Perlahan
bawah sedar ayat itu meluncur dari bibir Indah. Sedalam mana dia cuba berlagak
biasa, namun sepotong hakikat itu benar-benar menyesakkan hatinya.
“Just
let it go.”
“Just
can’t.”
“Let if go, In..”
*****
Melangkah mendekati sudut kerja,
sekeping sampul surat berwarna kuning keemasan menarik perhatiannya. Kening
mula terangkat sedikit. Apakah..
Sampul surat itu dibuka perlahan.
Bau harum wangi mula menerpa saluran pernafasan. Ditarik keluar isinya, spontan
jantung mula bergerak laju. Nama yang tertera bagai menghentikan waktu tika
itu. Adam Luqman – Sarah Aishah. Tangkai hati mula terasa dicucuk kembali.
Tidak cukupkah hati ini dilukai, kenapa perlu dihiris lagi.
“In.”
Indah berpaling. Segera ditarik diri
kembali berpijak dibumi nyata.
“Abang nak jemput In ke majlis
perkahwinan abang hujung bulan ni. In datang nanti ye.”
“InsyaAllah.” Hanya itu yang mampu
diungkap.
“Dah lama abang tak berbual dengan
In kan.”
“In faham abang sibuk.”
Dari hujung mata Indah lihat Abang
Luqman mengangguk perlahan. “Betul abang sibuk sikit sekarang ni. Dengan kerja,
dengan majlis kahwin lagi. In tak pernah jumpa dengan Sarah lagi kan. Nanti
datang ke majlis abang nanti, boleh lah abang kenalkan.”
Indah hanya diam. Membiarkan sahaja
abang Luqman yang berbicara.
“Abang tak plan pun nak kahwin
sebenarnya. Kali pertama jumpa dengan Sarah dulu, abang terus jatuh hati. Tak
pikir panjang pun, balik kampong jumpa mak ayah Sarah dan that its, kami bertunang dan bakal berkahwin. Tak sangka pun akan
berkahwin secepat ini.”
“Bila abang jumpa dengan Sarah.”
Abang Luqman diam sejenak, seperti
sedang mengira sesuatu. “Hmm..dua bulan lepas kalau tak silap.”
Zapp…dua bulan lepas. Indah pula
terdiam sendiri. Bukankah dua bulan yg lalu adalah kejadian dimana hatinya
dilenyek dengan lori 16 tayar. Indah seperti mula memahami sesuatu.
*****
Dari jauh dia melihat pasangan
bahagia itu bergembira. Dia cuba mengajar hati agar terima dengan redha segala
yang berlaku. Dari abang Luqman, dia belajar erti bahagia. Dari abang Luqman dia
belajar berkasih. Dari abang Luqman dia rasa diri disayangi. Dari abang Luqman
juga dia rasa pintu hatinya diketuk buat pertama kali. Tapi siapa sangka, kasih
sayang abang Luqman rupanya bukan seperti yang diharapkan. Sayang abang Luqman
padanya cuma sayang seorang abang pada seorang adik, walau hatinya sendiri
berperang hebat mengatakan cintanya hanya untuk lelaki itu seorang.
Dalam sendu dia menarik nafas dalam,
cuba mengusir semua kesengsaraan yang mula mahu bertapak dihati. Kenapa walau
bibir berkata tidak, namun hati gagal menurut rentak. Kenapa walau mulut
berkata tiada apa-apa, namun hati bagai sedang dilanda gelora. Ya Tuhan..beri
aku kekuatan. Mata dipejam rapat.
“In..kau ok?” Amira menggengam erat
bahu Indah.
Indah berpaling. Senyum diukir
segaris. Kepala diangguk perlahan.
“Sure?”
Diam. Betulkah dia ok. Dia
sepatutnya ok sewaktu empat bulan yang lalu, sewaktu ayat pertama yang diucap
oleh abang Luqman.
“Kau kene lepaskan, In. Sampai
bila…” Perlahan Amira bersuara. Namun suara yang perlahan itu membawa maksud
yang cukup mendalam. Cukup dia faham.
Dia memandang wajah Amira. Temannya
yang seorang ini cukup memahami. “Aku ok mira. Kau jangan risau. In fact, kalau
aku tak ok aku tak kan datang sini kan.” Dia senyum. Kening diangkat. “Kalau
aku tak ok, tak kan aku sanggup nak tengok dia bersanding kan. That means, aku
ok..”
Amira merenung tajam wajah Indah.
Kening sudah bertaut rapat. Betul ke kawan aku sorang ni. Indah yang dia kenal
tak kan semudah itu melupakan cintanya. Tapi kalau betul cinta itu telah pudar,
atau sedang dalam usaha untuk dipudarkan, dia sentiasa memberi sokongan pada
Indah.
Indah kembali membuang pandang pada
pasangan bahagia di hujung sana. Cinta pertama bukan untuk dilupakan. Walau
cinta itu tidak dimiliki, namun doa akan sentiasa mengiringi. Dia akan terus
berdiri. Walau indah cinta pertamanya tidak sempurna, namun itu bukan penamat
segala-gala. Aturan Ilahi itu lagi indah dari apa yang hamba-Nya inginkan. InsyaAllah…
~
T.A.M.A.T ~