AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Dia yang Maha Mengetahui

Kisah ini saya dapat dari rentetan emel kawan-kawan..

Tersebut kisah seorang makcik yang kerjanya menjual tempe. Hasil penjualan tempenya itulah yang menyara kehidupannya kerana makcik ini hidup sebatang kara. Makcik ini boleh la dikatakan kuat beribadah. Kehidupannya hanyalah merangkumi membuat tempe, menjualnya di pasar, balik ke rumah dan menghabiskan masa dengan beribadah. Setiap pagi, makcik ini akan bangun awal untuk memasak tempe-tempe yang akan dijual di pasar.

Pada suatu hari, seperti biasa, makcik ini bangun awal untuk menyediakan tempenya. Malangnya, tempe yang dibuat masih lembik walaupun hari sudah semakin cerah. Dia perlu ke pasar sebelum matahari meninggi. Dalam keadaan panik, makcik ini berdoa kepada Allah. "Ya Allah, aku bermohon kepadaMu, agar tempe ini masak segera." Tidak putus dia berdoa agar tempenya masak.

Setelah beberapa ketika, dia menekan-nekan tempe tersebut untuk melihat samada telah masak atau tidak. Namun, tempenya masih lembik. Maka berdoa lah dia lagi.."Ya Allah, aku adalah hambaMu yang tidak pernah lupa beribadah kepadaMu. Aku bermohon ya Allah, bantulah aku..Aku berdoa agar tempe ini masak". Namun, tempenya tetap tidak masak.
Apabila dilihat hari semakin cerah, makcik ini pun dengan hati yang penuh sedih, bertawakal kepada Allah. "Ah..dah lambat ni. Kena pergi pasar jugak ni. Kalau tak, tak makan lah aku hari ni. Takpe, dalam perjalanan, aku akan doa lagi. Aku yakin, Allah akan bantu aku. Mana tau, boleh masak masa tengah jalan nanti." Maka, makcik tersebut membungkus tempe-tempe yang separuh masak tadi. Sepanjang perjalanan, dia berdoa agar tempe-tempenya masak apabila tiba di pasar kelak.Setibanya di pasar, cepat-cepat dia menyelak bungkusan tempenya. Air matanya menitik apabila dilihatnya tempe-tempenya masih lembik.

Hati makcik semakin sayu apabila sorang demi sorang penjual tempe yang lain membungkus barang untuk pulang. Tiada pelanggan yang mahu membeli tempe yang lembik! Namun, hatinya masih tidak putus-putus berdoa agar tempenya masak. Kejap-kejap dia menekan-nekan tempenye untuk merasa samada tempe dah masak ke belum. Namun, setiap cubaannya membuatkan dia hampa.

"Makcik, makcik ada jual tempe yang separuh masak tak?" Makcik tersebut mengangkat mukanya ke memandang tuan punya suara yang bertanya. Seorang perempuan dalam lingkungan 40-an tercegat di hadapannya.

Dengan gembiranya, makcik ni menyahut, "Ada! Ada, nak! Berapa yang anak hendak?" Dalam hatinya, dia berkata, sekurang-kurangnya, ada juga pendapatannya hari ini. Bolehlah digunakan untuk makan nanti.

"Erm, saya nak semua lah makcik." Semakin berbunga hati makcik tersebut mendengar jawapan wanita tersebut.

"Semua? Boleh. Boleh," sambil dia memasukkan semua tempe ke dalam beg plastik. "Ni wangnya..Terima kasih. Susah betul saya nak cari tempe separuh masak. Dah nak balik dah. Makcik la yang last saya tanye." Kata wanita tersebut.

"Erm..Boleh makcik tanya? Kenapa anak nak tempe separuh masak? Tak pernah orang beli tempe separuh masa." tanya makcik dengan penuh minat.

"Makcik..anak saya baru berpindah ke Australia. Dia memang sukakan tempe. Saya ni, nak pos lah tempe pada dia. Kalau beli yang dah masak, takut-takut bila tiba di sana, dah buruk. Jadi, beli yang separuh masak, elok-elok sampai sana. Boleh disimpan lagi lama sikit." Jelas wanita tersebut.

Dengan rasa penuh kesyukuran, makcik tadi memanjat doa kepada Ilahi. Dia mula faham. Doanya agar tempenya masak tidak diperkenan Allah. Tetapi, Allah memberi ganjaran dari bentuk yang lain. Allah lebih mengetahui.




So, the moral of the story is....

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216


0 comments: