AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ayu Khamilia - Bab 20

Bab 20

“Ayu, ice lemon tea tak de lah. Aku beli kan kau teh crisantimum. Kau minum kan.” Suraya duduk di hadapanya sambil tangan menyua air kotak berwarna kuning itu.

“Tak kisah.” Air kotak itu dicapai. Straw yang dilekat di bahagian tepi ditangggalkan dan dicucuk kedalam kotak itu. “Kau tak makan ke Sue.”

Suraya juga sedang melakukan perkara yang sama dengannya. “Tak.”

“Kenapa tak makan? Nanti kalau kena gastric lagi kan susah.”

“Kau pun tak makan.”

“Aku tak makan takpe. Perut aku tak sensitive macam perut kau.”

“Nanti lah Ayu. Tak selera lah.” Suraya mempamirkan wajah muram depannya.

“Apa yang runsing sangat ni.”

“Paper animasi tadi. Soalan yang last aku tak dapat jawab.”

Ayu diam. Pasal paper tadi rupanya. Aku pun jawab ikut kata hati je. Betul ke tidak, ntah lah.

Suraya masih monyok.

“Relaks lah Sue. Dah lepas pun. Baik kau fikir paper lepas ni pulak.”

“Lepas ni aku nak prepare untuk project presentation aku.”

“Hai..”

Ayu menoleh dan kemudian tersenyum. Suraya juga tersenyum sama.

“Dari mana?” Suraya mengangkat beg atas bangku disebelahnya, memberi ruang pada Shafik untuk duduk disitu.

“Dari admin. Baru habis exam ke?”

“Haah.” Pendek je Suraya menjawab.

“Macam mana?”

“Jangan tanya lah. Tengah runsing ni.”

Shafik memandang Ayu sambil mengangkat sebelah kening. Ada masalah apa makcik ni. Ayu menggeleng perlahan. Biarlah dia.

Shafik angkat bahu. Kalau dah begitu, aku diam je lah. Kemudian pandangan dihala pada Suraya. “Saya nak pergi library. Nak ikut?”

“Boleh juga.” Tapi seketika baru tersedar Ayu yang duduk bersama mereka. Dari tadi dia dengan Ayu bersama, tak sampai hati pula tiba-tiba hendak ditinggalkan sahabatnya itu berseorangan. Suraya angkat muka memandang Ayu. “Ayu…”

“Pergilah.” Ayu yang seperti tahu dilemma Suraya ketika itu, bersuara terlebih dulu sebelum Suraya menyudahkan ayatnya.

“Takpe ke..”

“Aku nak balik pun lepas ni. Pergi je lah.”

“Betul ni.”

Ayu mengangguk dan bibir tersenyum sedikit. Memberi jaminan yang dia ok.

“Okey.. nanti jumpa kau kat bilik ya. Bye.”

“K.”

Ayu menghantar pemergian Suraya dan Shafik dengan pandangan mata. Apabila kelibat mereka berdua hilang dari pandangan, dia kembali menyedut air yang masih berbaki. Melihat sekeliling sekadar memerhati para pelajar lain yang berkeliaran disekitar kafe ketika itu.

Dia menarik nafas panjang, dan dilepas perlahan. Ada sesuatu yang masih menagih perhatiannya. Janjinya pada Abang Asrul. Sudah seminggu sejak dia pulang dari rumah Makuda Saerah minggu lepas.

Ayu membuang pandang, melihat jauh ke arah sana tapi yang dia lihat hanya dinding kafe yang menghalang pemandangan. Kalau pandangannya dapat menembusi dinding konkrit itu, pasti dia dapat melihat apa yang ada disebalik sana. Kalaulah dia ada kuasa untuk mengetahui apa yang bakal terjadi kelak, tentu tidak susah baginya untuk membuat keputusan sekarang. Tapi hakikatnya dia cuma manusia biasa, dia tidak ada kuasa untuk melihat apa yang berada disebalik dinding tebal itu bahkan dia juga tidak tahu apa ketentuan Tuhan yang telah tersurat untuknya. Sesunggguhnya kini, memang dia berada dalam dilemma yang teramat.

“Seorang?”

Terkejut dengan sapaan yang tiba-tiba itu, Ayu angkat muka. Dan bibir seboleh mungkin diukir senyuman walau payah. Kenapalah jumpa kat sini pulak.

“Boleh duduk sekali.”

Dalam terpaksa Ayu mengangguk. Tak baik pulak kalau dia menggeleng kan. “Duduklah.”

“Minum je. Tak makan ke?” En Shahrul melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Ayu.

“Tak.”

“Kawan awak mana?”

“Suraya pergi library. Gee pulak dah balik kolej. Encik dari mana?”

“Lepas habis paper tadi, saya naik bilik sekejap. Ni dari fakulti lah ni.”

“Oh.”

“Apa yang awak fikir? Jauhnya mengelamun.”

“Eh, takdelah.” Ayu malu sendiri. Dah berapa lama dia tengok aku.

“Kalau awak tak mengelamun, mesti awak dah perasan saya dari tadi. Saya kat sebelah meja awak je tadi.”

Lagi sekali dia malu sendiri. Dah lama lah maksudnya dia perhati aku. Ayu menunduk sambil tangan membetulkan hujung tudung dikepala. Aksi biasa yang dilakukan untuk menutup rasa hati. Macam mana boleh tak perasan En Shahrul kat sebelah, kalau tahu tadi, mesti dah angkat kaki balik kolej.

En Shahrul tersenyum nipis. Bagai tahu Ayu yang menahan malu ketika itu. “Khamilia.. er, tak pe kalau saya panggil awak Khamilia”

“Panggil saya Ayu je, encik.”

“Oh…Okey." Dia menarik nafas panjang. Seperti ada sesuatu yang bermain difikiran. "So, Ayu. Actually saya ada something nak cakap dengan awak.”

Wajah En Shahrul ditatap. “Apa dia?”

“Terpulang lah pada awak hendak percya atau tidak, tapi kalau boleh dengar dulu cerita saya.”

Ayu diam. Kepala diangguk perlahan. Cerita apa ni?

“Dulu, masa saya studi, saya ada seorang kawan. Kawan rapat. Sangat sangat rapat. Saya sayang dia lebih dari saya sayang diri saya sendiri.” En Shahrul terdiam, menarik nafas sebentar sebelum menyambung. “Tapi masa saya dalam tahun dua, dia accident dan meninggal dunia. Saya jadi hilang arah. Studi saya terabai, result saya down. Bila saya masuk tahun tiga, saya cuba belajar untuk terima ketentuan takdir. Saya redha dengan pemergian dia. I let her go.” En Shahrul terdiam lagi, seperti sedang melepaskan sesuatu beban dari bahunya.

Her? Perempuan? Tapi Ayu cuma diam, masih setia mendengar.

“And when first time I saw you, when you enter my fisrt lecture on that day, I thought she has come back to me. Memang saya terkejut sangat waktu tu. Tapi nasib baik saya dapat kawal diri.” Dia kemudian tersenyum kecil.

Ayu sekadar diam memerhati seperti tadi. Sedaya upaya dia cuba mencerna kata-kata En Shahrul itu. Ada lagi ke pelanduk dua serupa di zaman millennium ni. Kalau dulu boleh lah nak buat cerita macam ni.

“Mesti awak tak percaya kan?” En Shahrul menatap wajah Ayu.

Ayu diam lagi. Angguk tidak, geleng pun tidak. Yang pasti dia sedang cuba mentafsir maksud En Shahrul ketika itu.

“Terpulang pada awak hendak percaya atau tidak. Saya tidak paksa pun awak untuk percaya. But, here’s her photo. Just if you want have to look.” Telefon bimbitnya dihulur pada Ayu.

Ayu mencapai telefon berkenaan dan pandangan matanya jatuh pada skrin empat segi tepat itu yang menunjukkan gambar En Shahrul dan seorang perempuan. Pastinya wanita yang dicerita En Shahrul sebentar tadi. Ayu tergamam seketika. Memang gadis dalam gambar itu mirip seakan rupanya. Cuma mungkin senyumannya lebih manis.

Telefon itu dihulur kembali kepada En Shahrul. “Saya…saya tidak tahu nak cakap apa.”

“Tidak perlu cakap apa-apa. Dan satu lagi, mungkin juga kebetulan. Nama dia juga Camelia. Mungkin ejaannya lain sikit. Tapi sebutannya masih sama..Camelia.”

Sekali lagi Ayu tergamam. Banyak sangat kejutan yang diterima. Adakah kebetulan yang sebegitu.

“Yes.” Seperti tahu apa yang bermain dalam fikiran Ayu ketika itu. “Saya sendiri terkejut masa mula-mula saya tahu nama awak Khamilia. Tapi, itu lah. Allah tu maha besar kan.”

“Apa maksud encik?” Wajah En Shahrul direnung.

“I don’t know. Mungkin dia hantar awak pada saya untuk saya melupakan teman saya dulu.”

What? Heh. Mustahil. “Macam mana encik boleh terlalu yakin.”

“Saya tidak terlalu yakin. I said maybe. You heard my word right.”

“Mungkin. Mungkin juga tidak.”

“Kalau saya cakap saya nak bahagiakan hidup awak. Will you give me a chance?”

Ayu menunduk sambil kepala digeleng perlahan. Tidak mungkin. “Mustahil En Shah.”

“Kenapa?”

“Did you ask for my life?”

“I ask, if you will be a partner of my life”

“Kalau persahabatan yang encik minta, saya boleh pertimbangankan, malah dengan besar hati saya boleh terima encik sebagai teman. Tapi kalau hidup saya yang encik minta, minta maaf encik.” Ayu menunduk sebelum pandangannya dibawa ke arah lain.

En Shahrul diam. "Saya hormat keputusan awak. Maaf kalau saya terlalu berterus terang dengan awak."

Bibir diukir senyum segaris.

“Boleh saya tahu kenapa..” Dia mencari sepasang mata di wajah putih bersih di hadapannya.

“Saya tunangan orang encik.” Dalam tenang Ayu bersuara.

Hah? En Shahrul tergamam. Terkejut akan kenyataan itu. “Sungguh?” Ke alasan je.

Ayu mengangguk. Mengiakan. Biar lah. Sampai bila nak berahsia kan. Perkara yang baik seeloknya dihebahkan.

“Nampaknya saya ni dah terlewat kan.”

“Tidak. Mungkin encik belum jumpa orang yang sesuai dengan encik."

“Mungkin..” Dia tunduk.

“Boleh saya tanya satu perkara.”

En Shahrul mengangkat muka, memandang wajah Ayu sambil keningnya terangkat sedikit. “Tanyalah..”

“Dia tu teman wanita encik ke?”

En Shahrul tersenyum. Teman wanita ke? “Silap saya. Masa dia pergi, saya tak sempat beritahu dia isi hati saya. Saya tak sempat nak cakap betapa saya sayangkan dia. Dia pergi sebagai teman saya yang paling rapat.”

Ayu mengangguk perlahan. Cinta yang tidak kesampaian lah ni. “And now you regret on what was happen?”

“Saya tak nak guna perkataan menyesal. Sebab bagi saya perkataan itu terlalu menyakitkan. Saya rasa terkilan, terkilan yang teramat sebetulnya.”

Ayu membisu, wajah En Shahrul hanya dilihat dengan hujung mata. Cuba untuk merasai apa yang dirasakan oleh lelaki dihadapannya ini. Kemungkinan besar apa yang dirasakannya begitu menyakitkan. Tersangat pedih untuk ditelan, namun hidup harus diteruskan.

“So….friend?”

En Shahrul memecah lamuman Ayu. Ayu pantas angkat muka, mencari wajah lelaki yang berhadapan dengannya ketika itu. “Hah?”

Senyum sinis terukir dibibir En Shahrul. “Awak ni mengelamun lagi ke?”

“Eh, tak lah.”

Masih tersenyum dan kemudian dia menyambung. “Kita still boleh jadi kawan ke?”

“Ya. Kenapa tidak.” Ayu mengangguk perlahan.

“Thank you. So starting from now, just call me Shah. No more encik Shah.”

“Tapi selagi encik guru saya, saya akan tetap panggil dengan panggilan itu. Itu tandanya saya menghormati encik.”

“Okey, tapi dalam kampus je. Dan satu lagi..”

“Hmm…” wajah En Shahrul ditatap, menunggu ayat yang seterusnya.

“Kalau boleh tak payah lah nak lari atau mengelak kalau nampak saya..”

Ayu tunduk, darah merah serta merta menyerbu naik. Rasa macam kena simbah dengan minyak panas. Dia perasan ke aku selalu mengelak dari dia. “Bukan macam tu…”

“Saya faham. Mungkin awak rasa tak selesa kan, bila saya pandang awak. Yang sebenarnya, bila saya pandang awak, saya nampak teman saya itu. Maaf kalau buat awak rasa tak selesa.”

Err..




ps: Salam again...
Sorry kalau entry ni tak best...idea tidak menjelma..huhu

4 comments:

aqilah said...

nak ayu dgn asrul gak tau..........

Anonymous said...

sambung, sambung, tak sabar nak tahu cerita.

po0h... said...

sy da f0l0w kamu=)f0low me back..tq!

arissa said...

hai pooh..
if u leave ur blog addr, i can follow u back...tq..