AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ayu Khamilia - Bab 10

Bab 10

Bunyi pintu yang dibuka dari luar menarik perhatian Ayu. Dia menoleh walaupun dah tahu gerangan siapa yang bakal menjelma. Sesaat tubuh Suraya muncul dari balik daun pintu.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam. Lambat kau balik.” Menoleh pada jam kecil ditepi meja. Sepuluh empat puluh lima minit malam.

“Hmm…banyak sangat isu yang berbangkit.” Suraya menanggal tudung dan kemudian duduk dibirai katil.

“Isu apa?”

“Pasal student yang tak cukup merit. Start semester hadapan, semua student baru yang melapor diri disini diwajibkan untuk aktif dalam aktiviti kolej. Diaorang mesti kumpul merit yang cukup untuk terus stay kat sini pada semester yang berikutnya.”

“Owh. Peraturan baru?”

“Hmm.. Arahan dari pengetua. Yelah kalau tengok budak-budak junior sekarang ni, kebanyakkannya tak berminat nak ikut sama dalam aktiviti yang kolej buat. Sebab itu keluar peraturan yang macam tu.”

“Betul. Semangat kemasyarakatan pun tak takde, masing-masing buat hal sendiri je. Kalau nak kata sibuk dengan akademik, tahun pertama bukannya sibuk sangat kan.”

“Ha’ah. Lagi satu, pasal Majlis Ulangtahun Kolej. MPM dah setuju nak buat sambutan. So nanti akan ada gerai jualan, terbuka pada individu atau persatuan, then malamnya ada persembahan seni kebudayaan. Kalau ada individu yang nak buat persembahan kebudayaan pun dialu-alukan.”

“Bila?”

“Tarikh tak tetap lagi, hujung semester ni.”

“Hmm..makin sibuk lah kau nanti.”

“Tak lah. Aku bukan AJK untuk majlis tu nanti.”

“Eh, sejak bila pulak kau tak pegang apa-apa jawatan ni. Bukan kalau ada apa-apa, kau ke orang pertama yang volunteer.”

“Ikutkan tadi, memang lah aku nak volunteer. Tapi bila teringatkan final project aku 50% je yang baru siap, tak sampai hati aku nak volunteer. Lagi pun, majlis kali ni ramai junior yang handle.”

“Sedar pun yang kau tu dah final sem. Aku ingatkan kau duk perasan yang kau tu first year lagi.”

“Aku sedar lah Ayu. tapi dah diaorang panggil meeting, tak kan aku nak lari pulak, pergi jugak lah. Tanggungjawab aku kan.”

“Hmmm….”

“Aku nak pergi mandi lah. Berpeluh dah badan aku ni.” Suraya mencapai tuala. “Eh kau dah makan?” Baru teringat yang sepatutnya dia turun makan dengan Ayu pukul 9 malam tadi. Tapi tiba-tiba dapat panggilan dari Kak Husna, yang meminta dia untuk turut serta dalam mesyuarat Majlis Persatuan Mahasiswa pada malam ini. Hendak atau tidak, kena juga lah turun tunjuk muka. Tambah lagi jawatan yang disandang dalam Biro Keusahawanan menuntutnya untuk bersama-sama menglembeng tenaga bagi menjayakan aktiviti yang terakhir bersama MPM Kolej 12.

“Dah. Tunggu kau, boleh dapat gastric aku.”

“Kau makan apa?”

“Maggi.”

“Maggi je. Ala kesiannya. Lepas aku mandi nanti aku teman kau turun kafe ye.”

“Tak payah lah Sue, dah pukul sebelas pun. Kafe pun dah tutup.”

“Stall yang jual roti canai tu kan bukak.”

“Malas lah aku. Tak payah lah. Aku dah kenyang pun.”

“La..merajuk la pulak kakak sorang ni.”

Ayu ketawa. “Bila pulak aku merajuk. Kau ni dah makan ke belum?”

“Belum. Lapar ni. Nanti teman aku turun ya..” Suraya mempamir muka kesian.

“Yelah.”

“Tima kacih.” Suraya tersengih, mencapai baldi yang berisi barang mandian dan berlalu ke bilik air.

Ayu kembali menatap skrin monitor. Banyak lagi tugasan yang perlu disiapkan. Sementara menunggu Suraya selesai mandi, dia menyudahkan perenggan terakhir. Setelah ditekan butang save, skrin monitor sekadar di’off’, dan dia bangun menuju ke almari, mencari t-shirt lengan panjang.

Tiba-tiba telefon bimbit di atas katil berbunyi nyaring. Dicapai dan nombor yang kelihatan di skrin kecil itu diperhati. Nombor yang tidak dikenali. Dahinya berkerut. Siapa? Nak jawab ke? Namun belum sempat dia berfikir, tangannya dah lebih dulu menekan butang hijau. Dan nak tak nak telefon dibawa juga ke telinga.

“Hello?”

“Assalamualaikum.” Terdengar suara di hujung sana.

Ayu tersenyum simpul. “Abang..” Perlahan patah kata itu meluncur dari bibir.

“Hmm..abang ni. Ingat kan tak kenal.”

Dia tersenyum lagi. “Mana pulak tak kenal.”

“Nombor lain kan”

“Ayu kenal suara abang. Nombor baru ke?.”

“Tak. Nombor ofis.”

“Owh.”

“Ayu apa khabar?”

“Sihat. Alhamdulillah. Abang?”

“Abang pun sihat.”

“Kat mana ni?”

“Rumah. Baru balik kerja.”

“Rumah abang?”

“Yes. Soon to be rumah kita.”

Ayu diam. Tiba-tiba menyerbu naik darah kemuka. Rumah kita. Dia pegang pipi. Kalau tengok cermin, sure dah merah ni. Nasib baik bercakap dalam telefon.

“Ayu…still there.”

“Ya.”

“Kenapa tiba-tiba senyap ni?”

“Takde apa.” Dia pegang pipi lagi.

“Tengah buat apa?”

“Tengah bersiap, nak turun kafe.”

“Dah pukul sebelas baru nak turun kafe?”

“Tunggu roomate. Dia baru balik dari meeting persatuan. Sebab tu turun lambat hari ni.”

“Owh..Okey.”

“Abang telefon Ayu ni ada apa?”

“Takde apa. Saje nak dengar suara. Ok lah, abang pun baru nak makan.”

“Okey. Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam, sayang.”

Lagi sekali terasa darah menyerbu naik. Bertambah merah rasa pipinya kali ni. Cepat-cepat dia mematikan panggilan. Dia beku dihujung katil. Kenapa? Selepas sebulan lebih menghilang tiba-tiba malam ni Asrul menelefonnya. Dan berubah laku juga.

Tiba-tiba pintu terbuka. Ayu pantas bangun, pura-pura menyibukkan diri mencari sesuatu dalam almari pakaiannya. Niat sebenar tidak mahu Suraya perasan perubahan pada wajahnya.

“Kau cari apa tu?”

“Cari tudung aku.” Dari balik almari je dia menjawab.

“Tudung kau yang mana?”

“Tudung hitam. Yang selalu aku pakai tu.”

“Kat kerusi kau ni apa?” Suraya menuding jari ke kerusi Ayu.

Ayu berpaling, dan spontan dia menepuk dahi. “Haah. Aku lupa aku sangkut kat situ.” Dicapai tudung yang tersangkut elok di kerusinya. Dia menghadap cermin. Perasaan tak keruan masih berbaki. Abang Asrul ni memang bawa impak dalam hidup aku. Tak jumpa depan mata, dalam telefon pun boleh rasa perasaan tak keruan macam ni. Tanpa sedar dia mengeluh.

“Kau ni apa hal? Tiba-tiba mengeluh pulak ni.”

“Tak de apa lah. Cepat lah siap.”

Suraya menjeling dari hujung mata. Apa hal pulak kawan aku ni?



Sambil menunggu abang yang menebar roti canai itu menyudahkan pesanan Suraya, Ayu termangu dimeja paling hujung. Sekilas pandangan ditebar sekeliling kafe. Masih ramai lagi student yang menghabiskan masa dikafe ini walaupun jam dah menginjak ke sebelas lebih.
Suraya datang menghampiri. “Jom.”

“Aku ingatkan kau nak makan kat sini.” Sambil bangun dari kerusi yang didudukinya tadi, mata terarah pada beg plastic di tangan kanan Suraya.

“Tak nak lah. Kita makan kat bilik. Aku beli dua keping roti telur dan dua keping roti sardine.”

“Banyaknya.. Boleh habis ke?”

“Kita makan sama lah.”

“Tak nak lah, aku tak reti lah nak makan roti canai malam-malam.”

“Takde takde. Jangan banyak cakap. Aku dah beli, kau kena makan jugak.”

“Yang kau beli banyak-banyak tu kenapa?” Suara dah mula naik sikit, tak puas hati. Ingat perut aku ni peti sejuk ke, boleh masuk macam-macam. Tambah pulak dah tengah-tengah malam macam ni.

“Kau pun tak makan lagi kan…”

“Aku dah makan lah Sue. Kenyang lagi ni.”

“Woit.. Apahal bising-bising ni..”

Suraya mengangkat muka. Ayu juga.

“Weyh..” Suraya lebih dulu menyahut teguran tadi.

Ayu disebelah sekadar memaniskan muka. Macam mana pulak boleh jumpa orang yang kenal tengok dia tengah bertelagah dengan Suraya ni.

“Apahal korang ni? Bergaduh ke?” Faizal bersuara lagi. Shafik yang berdiri disebelahnya hanya tersenyum kecil.

“Takde lah. Korang turun makan ke?” Suraya hanya tersengih. Ayu diam seperti tadi. Kalau berada dengan Suraya atau Gee, memang dia akan jadi banyak cakap, tapi bila tiba keadaan yang sebegini, Suraya yang selalu ambil alih tugas beramah tamah dengan orang yang menegur. Dia lebih senang diam menjadi pendengar. Melainkan keadaan dimana dia seorang diri, hendak atau tidak terpaksa jugalah meringankan mulut.

“Yup. Sambil-sambil nak tengok bola.”

“Untuk dinner ke untuk supper tu? Banyaknya..” Shafik pula bersuara sambil pandangan mata jatuh pada plastik beg yang dijinjit Suraya.

“Dua-dua..” Suraya ketawa perlahan. Dalam hati dah berdetik, mana ada banyak. Empat keping jer. Mata menjeling pada Ayu disebelah. Ayu hanya berdiri tegak macam patung, sambil matanya menyambut juga jelingan Suraya. Kan aku dah cakap, beli lagi banyak-banyak. Malas nak hiraukan maksud pandangan Ayu itu, Suraya memandang kembali wajah-wajah yang berdiri dihadapannya. “Kita orang jalan dulu lah, dah lewat sangat ni.”

“Tahu pun, pergi lah naik. Time macam ni dah kurang siswi kat kafe.”

“Memang nak naik. Kalau kau orang tak tegur kitaorang tadi, rasanya kita orang dah sampai bilik pun. Ok lah, babai.” Suraya berpaling, menarik lengan Ayu dan bersedia untuk berlalu.

0 comments: