AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ayu Khamilia - Bab 19

Bab 19

Ayu mempercepatkan langkah. Sesampai di perhentian bas, dia tercari-cari kereta kepunyaan Asrul. Tadi mesej yang dihantar lelaki itu mengatakan yang dia sedang menunggu di perhentian bas. Mata memerhati sekeliling. Tiba-tiba bahunya dicuit seseorang, spontan dia menoleh.

“Aku ingatkan siapa tadi. Kau dari mana ni?”

“Dari kafe, nak naik bilik dah ni.”

“Kau sorang. Gee mana?”

“Gee tunggu Kak Husna. Sepupu kau dah sampai ke?”

“Dia kata dah sampai, tapi aku tak tau dia kat mana.”

“Call lah, tanya..”

Ayu memandang wajah Suraya bercahaya seperti Suraya baru sahaja memberikan buah fikiran dan berjaya menyelesaikan masalah soalan Statistik yang sangat complecated. Kenapalah aku tak terfikir. Dan kemudian pantas sahaja dia mencapai telefon bimbit dalam saku seluar jeans. Sedang jari mencari nama Asrul di contact list, bunyi hon kereta kedengaran diseberang jalan. Serentak kedua-dua mereka menoleh, Asrul melambai tangan.

“Sepupu kau ke?” Suraya menyoal dengan wajah kehairanan.

“Ha’ah. Kenapa kau pandang aku macam tu?”

“Aku ingat kan sepupu kau perempuan, yang hari tu.”

“Tak lah, yang hari tu kakak dia. Eh, aku pergi dulu ya.” ‘Hari tu’ yang dimaksudkan Suraya adalah ketika Kak Lina datang menjemputnya di Fakulti dulu, hari yang menyebabkan dia gagal mengawal kereta yang dipandu dan terbabas di pinggir jalan. Hari yang menyebabkan Kak Lina terpaksa ditahan di wad untuk melahirkan.


***

Kereta yang dipandu Asrul memasuki perkarangan kedai makan yang berderet di situ. Spontan dahi Ayu dah berkerut, pelik. Ditoleh sekilas memandang wajah Asrul disebelah.

“Nak pergi mana ni?”

“Makan dulu.” Pendek je jawapan Asrul sambil mematikan enjin.

“Kenapa tak makan kat rumah je?”

“Jom.” Soalan Ayu dibiarkan tergantung, Asrul dah keluar dari perut kereta itu.

Ayu hanya memandang. Semakin tidak faham dengan keadaan ketika itu. Namun lambat-lambat dia keluar juga dari tempat duduknya dan berjalan perlahan mengekori Asrul.

“Makan apa encik?” Pelayan itu berdiri tegak berhampiran mereka, sambil ditangannya tersedia sekeping kertas kecil beserta sebatang pencil.

“Nasi putih dua. Tomyam campur, kerabu mangga dengan ayam masak paprik.” Lancar Asrul memesan order. Seketika pandangan jatuh ke wajah Ayu. “Ayu nak tambah apa-apa lagi?”

Ayu menggeleng perlahan.

Wajah pelayan muda itu dipandang. “Tambah ikan masak tiga rasa sekali ya. Dan air tembikai.” Kemudian sekali lagi dia membawa pandangan ke wajah Ayu. “Ayu nak air apa?”

“Orange juice.”

“Orange juice satu.” Asrul memandang semula pelayan tadi. Palayan itu mengangguk dan berlalu pergi.

Ayu diam, pandangan dilemparkan sekeliling. Memerhati pelanggan lain yang sedang menjamu selera. Kebanyakkan yang datang adalah bersama kaum keluarga. Tapi dalam kepalanya ketika itu bukan memikirkan kedatangan pengunjung yang ramai bersama dengan anak-anak mereka itu, tetapi sikap Asrul yang tiba-tiba jadi bisu dihadapannya ketika ini. Sejak keluar dari Kolej Kediaman UPM tadi, Asrul memang membisu seribu bahasa. Ntah apa yang difikirkan, dia pun tidak tahu.

Sepuluh minit kemudian, makanan yang dipesan tadi terhidang atas meja mereka. Ayu hanya memandang pelayan tadi mengalihkan satu persatu piring berisi lauk pauk dari atas dulang ke atas meja.

“Makanlah.” Asrul bersuara apabila pelayan lelaki itu beredar meninggalkan mereka.

Ayu menarik pinggan berisi nasi putih menghampirinya. Asrul pula tidak semena-mena menceduk ayam masak paprik dan meletakkannya dalam pinggan Ayu. Ayu tergamam sejenak.

“Eh, takpe abang. Ayu boleh ambik sendiri.”

“Makan je lah.” Kemudian dia menceduk pula sesudu kerabu mangga dan diletakkan juga dalam pinggan Ayu. Kali ini Ayu sekadar memerhati.

“Abang ada apa-apa nak cakap dengan Ayu ke?” Ayu bersuara sambil pandangan masih merenung pinggan.

Asrul tersenyum mendengar soalan itu. She’s a smart girl. “Kenapa tanya macam tu?”

“Apa yang abang yang cakap?” Tidak berminat hendak menjawab soalan Asrul itu, baik fokuskan terus pada persoalan pokok. Penat rasanya menunggu orang ‘bisu’ hendak bersuara.

“Abang kena transfers ke China, dua bulan lagi.” Asrul memula bicara.

Ayu diam, memberi laluan untuk Asrul meneruskan kata-katanya.

“Kemungkinan besar abang akan menetap disana sekurang-kurangnya untuk dua tahun atau mungkin lebih..” Asrul memandang wajah Ayu.

Ayu diam lagi, masih samar dengan apa yang cuba disampaikan Asrul padanya.

“Abang nak Ayu ikut sama.” Wajah putih bersih dihadapannya masih ditatap.

Ayu terkejut. Tidak faham kehendak Asrul. “Hah? Macam mana Ayu nak ikut abang?”

Kelihatan Asrul mengeluh perlahan. Jelaslah gadis dihadapannya itu memang tidak faham maksud yang hendak dia sampaikan.

“Abang nak kita cepatkan majlis kita. Kita nikah sebelum abang pindah.”

Lagi sekali Ayu terkejut. Nasib baik pula tidak tersedak dibuatnya. “Nikah? Dalam masa dua bulan ni?”

“Hmm.. Ayu punya studi tinggal sebulan je lagi kan?”

“Memang lah. Tapi tak ke cepat sangat nak buat majlis.”

“Cepat? Kita bertunang nak dekat dua tahun dah Ayu.”

“Ayu dah nak final ni. Mana sempat nak buat persiapan. Nak studi lagi..”

“Ayu, bila abang dah transfer nanti, abang dah tak boleh nak balik selalu. Sebab tu abang nak cepatkan majlis ni.”

“Mak abang dah tau ke?”

Asrul mengangguk. “Mak lagi suka kalau kita nikah cepat.”

“Ibu Ayu?”

“Abang rasa mak tak cakap apa-apa lagi kat ibu Ayu. Apa pun abang nak dengar persetujuan dari mulut Ayu, bukan dari mak, ibu atau sapa-sapa.”

Ayu menarik nafas panjang. Susahnya rasa nak buat keputusan. “Bagi masa Ayu fikir dulu.”

“Fikir apa lagi. Dulu masa Ayu nak panjangkan tempoh pertunangan, Abang setuju tunggu Ayu habis studi. Sekarang Ayu dah nak habis studi kan. Nak tunggu apa lagi?”

“Tapi…”

Asrul mengeluh lagi. “Tapi apa Ayu?”

“Ayu tak bersedia lagi.”

“Sampai bila abang kena tunggu baru Ayu bersedia?”

Ayu diam. Sejujurnya dia pun tidak punya jawapan untuk soalan itu


***

“Ayu, buat apa duduk sorang-sorang kat sini. Tak sejuk ke?”

Ayu menoleh dan kemudian dia tersenyum melihat Kak Lina yang melabuhkan punggung berhadapan dengannya.

“Saja nak ambik angin. Aisya buat apa kak.”

“Dengan papa dia. Studi Ayu macam mana? Dah nak final kan.”

“So far, ok. Tapi nak dekat final ni stress jugak lah jadinya.”

“Jangan studi teruk sangat. Nanti jatuh sakit pula.”

Ayu mengangguk sambil tangan dah memeluk tubuh. Sejuk pulak malam ni.

“Ayu dah bincang dengan Asrul.”

Ayu memandang wajah Kak Lina. “Bincang apa kak?”

Kak Lina tersenyum. “Akak ni bukan nak masuk campur. Akak selalu doakan yang terbaik untuk kebahagiaan adik-adik akak. Ayu fikir lah masak-masak, jangan nanti sebab perkara ni, final Ayu terganggu pulak.”

Perlahan-lahan Ayu mengukir senyum. Faham sudah apa yang ingin disampaikan oleh Kak Lina padanya. Kak Lina memang begitu, selalu ambil berat soal dia walaupun hakikatnya dia belumpun lagi bergelar salah seorang dari ahli keluarga mereka. Dan dalam keluarga Mak Uda Saerah ini, Kak Lina lah yang selalu memahami tentang dirinya. Kak Lina tak ubah seperti Kak Long. “Terima kasih kak.”

“Kenapa nak berterima kasih pulak ni. Ayu pun adik akak jugak kan.”

Ayu tersenyum lagi. Tiba-tiba terdengar suara tangisan bayi dalam dalam rumah. “Aisya dah nangis tu kak.”

“Ha’ah. Akak masuk dulu lah.”

Ayu mengangguk. Melihat pemergian Kak Lina yang menghilang dari balik pintu. Kemudian dia menoleh kembali melihat ikan yang berenang dalam kolam itu. Ikan flowerhorn Makuda dah membesar nampaknya. Dan telah bertambah juga bilangannya. Semakin banyak daripada kedatangannya sebelum ini. Tiba-tiba Ayu terasa ada selendang yang disangkut dibahunya, pantas dia menoleh. Wajah Asrul terpamer diruang mata.

“Sejuk kat luar ni.” Asrul duduk di bangku yang dikosongkan Kak Lina sebentar tadi.

Memang pun. “Terima kasih.” Selendang panjang yang dibawa Asrul tadi dililit seluruh tubuh. Memberikan sedikit kehangatan pada tubuh yang kesejukkan.

“Menung apa?”

“Mana ada termenung. Saja je tengok ikan.”

“Tengok ikan waktu siang, bukan bila hari dah malam.”

“Makuda cakap apa.” Tadi sebelum dia menghilangkan diri, Makuda, Pakuda, Asrul dan Kak Lina sedang membincangkan sesuatu di ruang tamu. Pastinya perihal majlis mereka berdua. Tidak mahu turut serta dalam perbincangan keluarga itu, dia membawa diri keluar.

Asrul tersenyum. Faham sangat maksud soalan Ayu itu. “Mak, Ayu.. bukan Makuda lagi.”

Ayu tersenyum nipis. Sudah acapkali diperbetulkan orang, bila lagi nak biasakan diri. “Sorry, mak cakap apa?”

“Mak nak cakap apa lagi kalau dah bakal menantu kesayangan dia ni degil sangat.”

“Mak marah Ayu ke?”

Asrul menatap wajah Ayu. “Mak boleh ke nak marah Ayu. Dia sayang Ayu lebih dari dia sayang anak dia sendiri.”

Sesungguhnya dia tahu hakikat akan kebenaran itu. Tiba-tiba rasa bersalah mula menyerang diri. “Ayu bukannya tak setuju nak nikah awal, Ayu cuma mintak masa nak fikir dulu. Itu je.”

“Ayu tak percaya dengan abang ke?”

“Bukan.”

“Ayu tak yakin boleh bahagia dengan abang.”

“Tak.”

“Habis tu?”

Ayu diam. Sesungguhnya dia pun tak tahu apa yang dicari, kenapa susah sangat hendak memberi persetujuan.

“Kalau Ayu diam, perbincangan kita ni tak kan selesai Ayu.”

“Abang… Ayu janji, dalam masa yang terdekat ni Ayu akan bagi kata putus kat abang. Boleh?”

Asrul menarik nafas panjang. “Kenapa ya sejak akhir-akhir ni susah abang nak bertoleransi dengan Ayu. Dulu Ayu selalu dengar je cakap abang.”

Ayu ketawa tiba-tiba. “Sebab sekarang Ayu bukan budak-budak lagi macam dulu.” Dan perbincangan ini adalah berkenaan hidup Ayu, mestilah kena fikir masak-masak.

Asrul diam. Wajah Ayu hanya disapu bersih. “Abang pun tak nak paksa Ayu, nanti ganggu studi Ayu pulak kan. Dah lah, jom masuk.”

“Abang masuk dulu lah. Nanti Ayu masuk.”

“Sejuk kat luar ni Ayu. Jom masuk.” Suara Asrul sudah kedengaran tegas dalam tenang. Sebelum nada suara itu naik seoktaf dua, Ayu bangun dari duduknya dan berjalan beriringan dengan Asrul memasuki rumah.





Salam Semua...
Lama nya tak update blog ni.. Sorry sangat-sangat ya.
Selepas entry yang ini saya tak tahu bila lagi saya boleh update cerita ni. Mohon ampun sekali lagi ya. Saya terlibat dengan beberapa projek besar di pejabat, so.. I will be so busy until end of this year or maybe until early of next year. Walau bagaimanapun saya akan cuba mencuri masa menaip dan meng'update' laman ini. Tapi tak boleh nak janji bila the next entry will be uploaded (kene minta ampun lagi ke?).
Saya dah masukkan semula shoutbox di sebelah. So pada pengunjung yang sudi singgah, sudi-sudi kan lah tinggalkan jejak dan kesan ye.
Terima Kasih
Luv..
AriSSa

3 comments:

Anonymous said...

rasa macam tak puas pulak baca entry yg ni, macam pendek sikit. sambung lagi ye :)



ija

MaY_LiN said...

hrp ayu setuju

aqilah said...

follow lah ayu...................