AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

tiada apa-apa ...


(sambungan dari entri terdahulu)

... but how i could do that if idea tidak menjelma.
:(



tiada apa-apa


i wish that i can finish Ayu Khamilia as soon as possible....
:D

Ayu Khamilia - Bab 21

Bab 21


Ayu menghadap skrin monitor depan mata. Slide untuk presentation projek tahun akhir nya itu dibaca berulang kali. Bagai ada sesuatu yang kurang. Dia mencapai handout dari dalam fail. Kembali meneliti satu persatu senarai yang dikehendaki telah dimasukkan dalam slide berkenaan.

Tiba-tiba terdengar ketukan dipintu dan sesaat muncul tubuh Gee dari balik pintu. “Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam. Masuk lah.”

“Sorang? Sue mana?”

“Kat dewan. Ada persembahan kebudayaan malam ni kan.”

“Oh. Kau tak turun sekali ke?”

“Malas lah Gee. Kerja aku banyak tak siap lagi ni. Kau cari Sue ke?”

“Tak lah. Aku teman Kak Husna tadi, pergi bilik coursemate dia, kat aras empat. Alang-alang dah sampai sini, singgah lah bilik kau ni sekejap.”

“Owh..”

“Assalamualaikum.” Lagi sekali terdengar suara memberi salam. Ayu menoleh ke muka pintu. Wajah gadis manis bertudung labuh muncul dari balik daun pintu. Ayu tersenyum.

“Waalaikumusalam. Masuk lah kak.”

“Maaf lah. Ganggu ke?” Kak Husna menghampiri katil Ayu dan duduk bersebelahan Gee.

“Tak lah. Tak sibuk pun.”

Kak Husna tersenyum. Gadis ini memang murah dengan senyuman. “Akak ni datang nak menjemput Ayu dengan Suraya.”

“Akak nak buat kenduri ke?”

“Ha’ah. Kenduri kecil je. Lambat lagi sebenarnya, tapi sebab kita pun dah tak lama kat kolej ni kan, sebab tu akak bagi tau sekarang. Kad tak siap lagi, ni akak jemput mulut dulu lah ya.”

“Takpe. Buat majlis kat mana kak?”

“Sebelah akak kat Taiping. Belah lelaki kat Johor Bahru. Nanti akak pos kad pada Ayu. Ayu tolong sampaikan pada Suraya, beritahu dia yang jemput ke kenduri akak nanti. Akak tak sempat nak jumpa dia. Esok akak nak balik kampong dah.”

Ayu mengangguk. “InsyaALLAH, kalau ada rezeki, insyaAllah saya sampai.”

“Ok lah. Minta maaf ya kalau akak ada buat salah silap pada Ayu. Kirim salam pada Suraya.”

Ayu mengangguk lagi. Kak Husna adalah teman sebilik Gee, dan juga ahli jawatankuasa dalam MPM, sekaligus membuatkan dia rapat dengan Suraya. Dan disebabkan Gee dan Suraya adalah teman baiknya, secara tidak langsung dia juga baik dengan Kak Husna, walaupun jarang berjumpa.

Selepas Kak Husna dan Gee beredar dari biliknya, Ayu termangu sendiri. Bercakap soal perkahwinan, baru teringat yang dia masih belum lagi memberi kata putus pada Asrul. Telefon bimbit atas katil dicapai.

“Hello!” Dalam tiga deringan, sudah terdengar suara Asrul dihujung talian.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.”

“Abang, Ayu ni…”

“Ya. Ayu sihat?”

“Alhamdulillah. Abang sibuk ke?”

“Tak lah, baru sampai rumah.”

“Baru sampai?” Jam loceng dihujung meja dikerling, 11.30 malam. Lambatnya.

“Hmm. Ada problem kat site tadi.”

“Selalu ke abang balik lambat?”

“Kenapa?”

“Saja tanya..”

“Kalau ada orang tunggu abang balik, takde lah abang balik lambat..”

Ayu tersipu sendiri. Ini tak lain nak kena kan aku lah ni. Tiba-tiba akal nak menjawab menjelma. “Kalau abang apply transfer ke KL, mesti tiap-tiap hari Makuda tunggu abang balik.”

“Ayu, buat-buat tak faham ya..”

Dia tersengih sendiri. Sengaja tak nak faham. “Abang marah ke?”

“Keputusan kat tangan Ayu kan..kenapa abang nak marah.”

“Ayu call abang ni pasal nak cakap keputusan Ayu lah.”

“Abang ingat Ayu lupa.”

“Ayu tak lupa. Cuma sibuk sikit. Tengah final sekarang ni.”

“Okey… So. Apa keputusan Ayu?”

“Ayu ikut cakap abang.”

“Are you sure?”

“Very sure..”

“Alhamdulillah.” Kedengaran perlahan Asrul mengucap syukur sebelum dia menyambung. “Kenapa tiba-tiba setuju dengan abang?”

“Bukan tiba-tiba, Ayu dah habis fikir. Cepat ke lambat ke esok-esok pun kita kena langsung kan jugak kan.”

“Hmm.. Itu lah yang abang nak Ayu faham. Tapi kalau buat benda baik kan elok disegerakan.”

“Emm..”

“Itu je ke yang Ayu nak cakap.”

“Rasanya itu je..Kenapa?” Ada apa-apa lagi ke yang aku hutang dengan dia?

“Tak nak cakap yang Ayu rindu kat abang?”

Huh… Rindu ke. Tak semena-mena pipi tiba-tiba dah terasa merah.

“Ayu, kenapa senyap ni.”

“Err…”

“Takpe lah. Dah lewat ni, abang nak mandi. Letak telefon ya.”

“Okey..” Merajuk ke?

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam..”

“Ayu….”

“Hmm..”

“Abang sayang Ayu.”

Titt…

Talian dimatikan. Ayu terpana, memandang telefon ditangan. Tak sempat lagi dia hendak membalas, malah belum sempat pun dia mencerna kata-kata itu, Asrul lebih dulu mematikan perbualan. Telefon bimbit ditangan diperhati lagi. Ayu pun sayang abang. Perlahan ayat itu disemat dalam hati.



Lagi sekali pintu bilik dibuka. Segera dia menoleh. Wajah Suraya muncul. “Assalamualaikum. Tak tidur lagi.”

“Dah balik. Lambat nya kau balik.”

“Majlis lambat habis.” Tudung dikepala dah selamat digantung di kepala katil. Dia berbaring menghadap siling.

“Tadi Kak Husna datang. Dia kirim salam pada kau.”

“Ya ke, patut lah tak nampak pun dia kat bawah tadi.”

“Dia sibuk packing barang. Esok dah nak balik kampong.”

Suraya mengangguk.

“Dia jemput kita pergi kenduri kahwin dia nanti. Kad nanti dia pos.”

“Hmm..okey. Dah sampai jodoh dia kan..”

“Sue…” Ayu bangun dari kerusi tempat duduknya, beralih ke atas katil, bertentangan menghadap Suraya. “Sue, aku nak cakap dengan kau ni.”

“Apa?”

“Bulan depan aku pun mungkin akan ikut jejak Kak Husna..”

Suraya pantas bangun dari baring. Pandangan dah merenung wajah Ayu. “Maksud kau?”

“Aku dah bertunang sebelum ni Sue. Bila tamat pengajian aku nanti, aku akan berkahwin pulak.”

“Bila masanya kau bertunang?” Dahi Suraya semakin berkerut.

“Lama dah. Masa cuti semester tahun pertama.”

“Kau tak bagi tahu aku pun.”

“Aku bukan tak nak bagi tau. Tapi aku tak tau nak bagi tau macam mana sebab masa tu aku sendiri pun tak dapat nak terima kenyataan yang aku ni terpaksa bertunang.”

“Terpaksa?”

“Kisah keluarga Sue. Aku pernah cerita dengan kau kan, dalam family aku, bila tiba bab pasangan hidup, ibu dan ayah yang akan buat keputusan.”

“Tapi kau langsung tak cerita kat aku. Aku bukan kawan kau ke?” Suraya bersuara perlahan. Betul-betul dia terasa jauh hati.

“Sue, jangan lah macam ni. Bukan sebab aku tak anggap kau kawan aku. Kau memang kawan aku, kawan yang paling baik. Tapi bab-bab pilihan keluarga ni, aku tak tau nak cerita macam mana. Sue, jangan ambik hati ya. Aku minta maaf.”

Suraya diam. Cuba memujuk hati sendiri. Memang dia teman baik Ayu, tapi kalau fikirkan balik, bukan semua benda sesuai dikongsi bersama. Mungkin bagi Ayu itu adalah urusan keluarganya, tak sesuai dia sebagai orang luar hendak ambil tahu. Dia menarik nafas panjang.

“Sue..” Ayu bersuara lagi. Tangan kanan mencapai tangan Suraya.

Suraya mengukir senyum. “Aku tak ambil hati pun. So, dengan siapa kau bertunang. Patutlah bukan main lagi kau reject En Shah tu ya.”

“Sepupu aku. Kau pernah nampak dia hari tu.”

“Sepupu kau?” Suraya mengamati wajah Ayu. Cuba membayangkan semula gerangan yang dimaksudkan Ayu.

Ayu mengangguk.

“Asrul? Yang datang ambik kau kat kolej hari tu.”

“Yes. That’s him”

“Kau suka dia ke.”

“What do you mean by ‘suka’?”

“Yelah. Maksud aku macam mana kau boleh terima dia.”

“Mula-mula memang susah, yelah sepupu sendiri kan. Tapi aku serah semua tu pada takdir. Perlahan-lahan aku belajar untuk terima keadaan. Even sekarang pun aku masih dalam proses nak terima dia.”

Suraya merenung wajah Ayu. Mencari ketabahan yang tersembunyi. “You know what. Apapun yang kau lalui, you always have my prayer.”

“Thanks Sue. Kau memang kawan aku yang paling baik kan.” Tanpa sedar dia meraih tubuh Suraya dalam pelukannya.

“Eh, kau nak dengar satu berita lagi tak?”

“Ada lagi? Berapa banyak kisah hidup kau yang kau rahsia dari aku ni.”

Ayu ketawa. “Ini kisah lain lah.”

“Apa?”

“Pasal En Shahrul.”

En Shahrul. Macam menarik je kisah ni. “Kenapa dengan dia?”

“Actually, dia tu bukan suka kat aku. So teori kau hari tu 100% is wrong.”

“Owh..” Sebelah keningnya dah terangkat sedikit. “Really? So apa yang betulnya?”

“Dia cakap muka aku sama macam muka arwah kawan baik dia masa dia belajar dulu. So, setiap kali dia pandang aku, actually dia terpandang special friend dia tu.”

Kening Suraya terangkat lebih tinggi dari tadi. “Boleh percaya ke kisah macam ni. Macam drama dalam tv je.”

“Ntah lah Sue. Mulanya aku pun susah jugak nak percaya. Tapi bila dia tunjuk gambar perempuan tu, Nampak cerita dia macam kisah benar. Anyway, kalau dia reka cerita sekali pun, biarlah, aku tak rugi apa pun kan.”

Suraya diam. Cuba mencerna cerita yang disampaikan Ayu tadi.

Ayu pula bangun dari duduknya dan berlalu ke meja studi. Menyambung kembali kerja yang terbengkalai tadi.

“Presentation kau esok pukul berapa Ayu?”

“Pukul sepuluh. Kita sama sesi kan.”

“Yup.. Minta presentation aku esok berjalan lancar lah hendaknya.”

“Amin…”





p/s: Salam,
berkurun dah rasaya tak update blog ni...berhabuk sudaa...huhu...
~~AriSSa~~

Ayu Khamilia - Bab 20

Bab 20

“Ayu, ice lemon tea tak de lah. Aku beli kan kau teh crisantimum. Kau minum kan.” Suraya duduk di hadapanya sambil tangan menyua air kotak berwarna kuning itu.

“Tak kisah.” Air kotak itu dicapai. Straw yang dilekat di bahagian tepi ditangggalkan dan dicucuk kedalam kotak itu. “Kau tak makan ke Sue.”

Suraya juga sedang melakukan perkara yang sama dengannya. “Tak.”

“Kenapa tak makan? Nanti kalau kena gastric lagi kan susah.”

“Kau pun tak makan.”

“Aku tak makan takpe. Perut aku tak sensitive macam perut kau.”

“Nanti lah Ayu. Tak selera lah.” Suraya mempamirkan wajah muram depannya.

“Apa yang runsing sangat ni.”

“Paper animasi tadi. Soalan yang last aku tak dapat jawab.”

Ayu diam. Pasal paper tadi rupanya. Aku pun jawab ikut kata hati je. Betul ke tidak, ntah lah.

Suraya masih monyok.

“Relaks lah Sue. Dah lepas pun. Baik kau fikir paper lepas ni pulak.”

“Lepas ni aku nak prepare untuk project presentation aku.”

“Hai..”

Ayu menoleh dan kemudian tersenyum. Suraya juga tersenyum sama.

“Dari mana?” Suraya mengangkat beg atas bangku disebelahnya, memberi ruang pada Shafik untuk duduk disitu.

“Dari admin. Baru habis exam ke?”

“Haah.” Pendek je Suraya menjawab.

“Macam mana?”

“Jangan tanya lah. Tengah runsing ni.”

Shafik memandang Ayu sambil mengangkat sebelah kening. Ada masalah apa makcik ni. Ayu menggeleng perlahan. Biarlah dia.

Shafik angkat bahu. Kalau dah begitu, aku diam je lah. Kemudian pandangan dihala pada Suraya. “Saya nak pergi library. Nak ikut?”

“Boleh juga.” Tapi seketika baru tersedar Ayu yang duduk bersama mereka. Dari tadi dia dengan Ayu bersama, tak sampai hati pula tiba-tiba hendak ditinggalkan sahabatnya itu berseorangan. Suraya angkat muka memandang Ayu. “Ayu…”

“Pergilah.” Ayu yang seperti tahu dilemma Suraya ketika itu, bersuara terlebih dulu sebelum Suraya menyudahkan ayatnya.

“Takpe ke..”

“Aku nak balik pun lepas ni. Pergi je lah.”

“Betul ni.”

Ayu mengangguk dan bibir tersenyum sedikit. Memberi jaminan yang dia ok.

“Okey.. nanti jumpa kau kat bilik ya. Bye.”

“K.”

Ayu menghantar pemergian Suraya dan Shafik dengan pandangan mata. Apabila kelibat mereka berdua hilang dari pandangan, dia kembali menyedut air yang masih berbaki. Melihat sekeliling sekadar memerhati para pelajar lain yang berkeliaran disekitar kafe ketika itu.

Dia menarik nafas panjang, dan dilepas perlahan. Ada sesuatu yang masih menagih perhatiannya. Janjinya pada Abang Asrul. Sudah seminggu sejak dia pulang dari rumah Makuda Saerah minggu lepas.

Ayu membuang pandang, melihat jauh ke arah sana tapi yang dia lihat hanya dinding kafe yang menghalang pemandangan. Kalau pandangannya dapat menembusi dinding konkrit itu, pasti dia dapat melihat apa yang ada disebalik sana. Kalaulah dia ada kuasa untuk mengetahui apa yang bakal terjadi kelak, tentu tidak susah baginya untuk membuat keputusan sekarang. Tapi hakikatnya dia cuma manusia biasa, dia tidak ada kuasa untuk melihat apa yang berada disebalik dinding tebal itu bahkan dia juga tidak tahu apa ketentuan Tuhan yang telah tersurat untuknya. Sesunggguhnya kini, memang dia berada dalam dilemma yang teramat.

“Seorang?”

Terkejut dengan sapaan yang tiba-tiba itu, Ayu angkat muka. Dan bibir seboleh mungkin diukir senyuman walau payah. Kenapalah jumpa kat sini pulak.

“Boleh duduk sekali.”

Dalam terpaksa Ayu mengangguk. Tak baik pulak kalau dia menggeleng kan. “Duduklah.”

“Minum je. Tak makan ke?” En Shahrul melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Ayu.

“Tak.”

“Kawan awak mana?”

“Suraya pergi library. Gee pulak dah balik kolej. Encik dari mana?”

“Lepas habis paper tadi, saya naik bilik sekejap. Ni dari fakulti lah ni.”

“Oh.”

“Apa yang awak fikir? Jauhnya mengelamun.”

“Eh, takdelah.” Ayu malu sendiri. Dah berapa lama dia tengok aku.

“Kalau awak tak mengelamun, mesti awak dah perasan saya dari tadi. Saya kat sebelah meja awak je tadi.”

Lagi sekali dia malu sendiri. Dah lama lah maksudnya dia perhati aku. Ayu menunduk sambil tangan membetulkan hujung tudung dikepala. Aksi biasa yang dilakukan untuk menutup rasa hati. Macam mana boleh tak perasan En Shahrul kat sebelah, kalau tahu tadi, mesti dah angkat kaki balik kolej.

En Shahrul tersenyum nipis. Bagai tahu Ayu yang menahan malu ketika itu. “Khamilia.. er, tak pe kalau saya panggil awak Khamilia”

“Panggil saya Ayu je, encik.”

“Oh…Okey." Dia menarik nafas panjang. Seperti ada sesuatu yang bermain difikiran. "So, Ayu. Actually saya ada something nak cakap dengan awak.”

Wajah En Shahrul ditatap. “Apa dia?”

“Terpulang lah pada awak hendak percya atau tidak, tapi kalau boleh dengar dulu cerita saya.”

Ayu diam. Kepala diangguk perlahan. Cerita apa ni?

“Dulu, masa saya studi, saya ada seorang kawan. Kawan rapat. Sangat sangat rapat. Saya sayang dia lebih dari saya sayang diri saya sendiri.” En Shahrul terdiam, menarik nafas sebentar sebelum menyambung. “Tapi masa saya dalam tahun dua, dia accident dan meninggal dunia. Saya jadi hilang arah. Studi saya terabai, result saya down. Bila saya masuk tahun tiga, saya cuba belajar untuk terima ketentuan takdir. Saya redha dengan pemergian dia. I let her go.” En Shahrul terdiam lagi, seperti sedang melepaskan sesuatu beban dari bahunya.

Her? Perempuan? Tapi Ayu cuma diam, masih setia mendengar.

“And when first time I saw you, when you enter my fisrt lecture on that day, I thought she has come back to me. Memang saya terkejut sangat waktu tu. Tapi nasib baik saya dapat kawal diri.” Dia kemudian tersenyum kecil.

Ayu sekadar diam memerhati seperti tadi. Sedaya upaya dia cuba mencerna kata-kata En Shahrul itu. Ada lagi ke pelanduk dua serupa di zaman millennium ni. Kalau dulu boleh lah nak buat cerita macam ni.

“Mesti awak tak percaya kan?” En Shahrul menatap wajah Ayu.

Ayu diam lagi. Angguk tidak, geleng pun tidak. Yang pasti dia sedang cuba mentafsir maksud En Shahrul ketika itu.

“Terpulang pada awak hendak percaya atau tidak. Saya tidak paksa pun awak untuk percaya. But, here’s her photo. Just if you want have to look.” Telefon bimbitnya dihulur pada Ayu.

Ayu mencapai telefon berkenaan dan pandangan matanya jatuh pada skrin empat segi tepat itu yang menunjukkan gambar En Shahrul dan seorang perempuan. Pastinya wanita yang dicerita En Shahrul sebentar tadi. Ayu tergamam seketika. Memang gadis dalam gambar itu mirip seakan rupanya. Cuma mungkin senyumannya lebih manis.

Telefon itu dihulur kembali kepada En Shahrul. “Saya…saya tidak tahu nak cakap apa.”

“Tidak perlu cakap apa-apa. Dan satu lagi, mungkin juga kebetulan. Nama dia juga Camelia. Mungkin ejaannya lain sikit. Tapi sebutannya masih sama..Camelia.”

Sekali lagi Ayu tergamam. Banyak sangat kejutan yang diterima. Adakah kebetulan yang sebegitu.

“Yes.” Seperti tahu apa yang bermain dalam fikiran Ayu ketika itu. “Saya sendiri terkejut masa mula-mula saya tahu nama awak Khamilia. Tapi, itu lah. Allah tu maha besar kan.”

“Apa maksud encik?” Wajah En Shahrul direnung.

“I don’t know. Mungkin dia hantar awak pada saya untuk saya melupakan teman saya dulu.”

What? Heh. Mustahil. “Macam mana encik boleh terlalu yakin.”

“Saya tidak terlalu yakin. I said maybe. You heard my word right.”

“Mungkin. Mungkin juga tidak.”

“Kalau saya cakap saya nak bahagiakan hidup awak. Will you give me a chance?”

Ayu menunduk sambil kepala digeleng perlahan. Tidak mungkin. “Mustahil En Shah.”

“Kenapa?”

“Did you ask for my life?”

“I ask, if you will be a partner of my life”

“Kalau persahabatan yang encik minta, saya boleh pertimbangankan, malah dengan besar hati saya boleh terima encik sebagai teman. Tapi kalau hidup saya yang encik minta, minta maaf encik.” Ayu menunduk sebelum pandangannya dibawa ke arah lain.

En Shahrul diam. "Saya hormat keputusan awak. Maaf kalau saya terlalu berterus terang dengan awak."

Bibir diukir senyum segaris.

“Boleh saya tahu kenapa..” Dia mencari sepasang mata di wajah putih bersih di hadapannya.

“Saya tunangan orang encik.” Dalam tenang Ayu bersuara.

Hah? En Shahrul tergamam. Terkejut akan kenyataan itu. “Sungguh?” Ke alasan je.

Ayu mengangguk. Mengiakan. Biar lah. Sampai bila nak berahsia kan. Perkara yang baik seeloknya dihebahkan.

“Nampaknya saya ni dah terlewat kan.”

“Tidak. Mungkin encik belum jumpa orang yang sesuai dengan encik."

“Mungkin..” Dia tunduk.

“Boleh saya tanya satu perkara.”

En Shahrul mengangkat muka, memandang wajah Ayu sambil keningnya terangkat sedikit. “Tanyalah..”

“Dia tu teman wanita encik ke?”

En Shahrul tersenyum. Teman wanita ke? “Silap saya. Masa dia pergi, saya tak sempat beritahu dia isi hati saya. Saya tak sempat nak cakap betapa saya sayangkan dia. Dia pergi sebagai teman saya yang paling rapat.”

Ayu mengangguk perlahan. Cinta yang tidak kesampaian lah ni. “And now you regret on what was happen?”

“Saya tak nak guna perkataan menyesal. Sebab bagi saya perkataan itu terlalu menyakitkan. Saya rasa terkilan, terkilan yang teramat sebetulnya.”

Ayu membisu, wajah En Shahrul hanya dilihat dengan hujung mata. Cuba untuk merasai apa yang dirasakan oleh lelaki dihadapannya ini. Kemungkinan besar apa yang dirasakannya begitu menyakitkan. Tersangat pedih untuk ditelan, namun hidup harus diteruskan.

“So….friend?”

En Shahrul memecah lamuman Ayu. Ayu pantas angkat muka, mencari wajah lelaki yang berhadapan dengannya ketika itu. “Hah?”

Senyum sinis terukir dibibir En Shahrul. “Awak ni mengelamun lagi ke?”

“Eh, tak lah.”

Masih tersenyum dan kemudian dia menyambung. “Kita still boleh jadi kawan ke?”

“Ya. Kenapa tidak.” Ayu mengangguk perlahan.

“Thank you. So starting from now, just call me Shah. No more encik Shah.”

“Tapi selagi encik guru saya, saya akan tetap panggil dengan panggilan itu. Itu tandanya saya menghormati encik.”

“Okey, tapi dalam kampus je. Dan satu lagi..”

“Hmm…” wajah En Shahrul ditatap, menunggu ayat yang seterusnya.

“Kalau boleh tak payah lah nak lari atau mengelak kalau nampak saya..”

Ayu tunduk, darah merah serta merta menyerbu naik. Rasa macam kena simbah dengan minyak panas. Dia perasan ke aku selalu mengelak dari dia. “Bukan macam tu…”

“Saya faham. Mungkin awak rasa tak selesa kan, bila saya pandang awak. Yang sebenarnya, bila saya pandang awak, saya nampak teman saya itu. Maaf kalau buat awak rasa tak selesa.”

Err..




ps: Salam again...
Sorry kalau entry ni tak best...idea tidak menjelma..huhu

Salam Aidilfitri


Salam Semua,

1 Syawal bakal tiba dalam beberapa hari lagi. Selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia terutamanya kepada pengunjung yang tidak jemu mengunjungi laman ini. Mohon maaf andai ada tersalah tutur bicara, tersilap madah kata atau terlambat mengupdate cerita.. mohon diampunkan semua.

Salam Sayang
~AriSSa~

Salam Ramadan


Salam Semua,
Dalam beberapa hari lagi kita semua akan menyambut bulan ramadan sekali lagi.
Tak sedar masa berlalu...
Harapnya Ramadan kali ini akan lebih bererti pada kita,
isikan mana yang kosong,
penuhkan mana yang kurang,
hapuskan dosa sebanyak mana yg boleh,
topup pahala sebanyak mungkin,
dan dalam apa jua yang kita lakukan
semoga semuanya mendapat keredhaan dari-Nya..
Amin..

Ayu Khamilia - Bab 19

Bab 19

Ayu mempercepatkan langkah. Sesampai di perhentian bas, dia tercari-cari kereta kepunyaan Asrul. Tadi mesej yang dihantar lelaki itu mengatakan yang dia sedang menunggu di perhentian bas. Mata memerhati sekeliling. Tiba-tiba bahunya dicuit seseorang, spontan dia menoleh.

“Aku ingatkan siapa tadi. Kau dari mana ni?”

“Dari kafe, nak naik bilik dah ni.”

“Kau sorang. Gee mana?”

“Gee tunggu Kak Husna. Sepupu kau dah sampai ke?”

“Dia kata dah sampai, tapi aku tak tau dia kat mana.”

“Call lah, tanya..”

Ayu memandang wajah Suraya bercahaya seperti Suraya baru sahaja memberikan buah fikiran dan berjaya menyelesaikan masalah soalan Statistik yang sangat complecated. Kenapalah aku tak terfikir. Dan kemudian pantas sahaja dia mencapai telefon bimbit dalam saku seluar jeans. Sedang jari mencari nama Asrul di contact list, bunyi hon kereta kedengaran diseberang jalan. Serentak kedua-dua mereka menoleh, Asrul melambai tangan.

“Sepupu kau ke?” Suraya menyoal dengan wajah kehairanan.

“Ha’ah. Kenapa kau pandang aku macam tu?”

“Aku ingat kan sepupu kau perempuan, yang hari tu.”

“Tak lah, yang hari tu kakak dia. Eh, aku pergi dulu ya.” ‘Hari tu’ yang dimaksudkan Suraya adalah ketika Kak Lina datang menjemputnya di Fakulti dulu, hari yang menyebabkan dia gagal mengawal kereta yang dipandu dan terbabas di pinggir jalan. Hari yang menyebabkan Kak Lina terpaksa ditahan di wad untuk melahirkan.


***

Kereta yang dipandu Asrul memasuki perkarangan kedai makan yang berderet di situ. Spontan dahi Ayu dah berkerut, pelik. Ditoleh sekilas memandang wajah Asrul disebelah.

“Nak pergi mana ni?”

“Makan dulu.” Pendek je jawapan Asrul sambil mematikan enjin.

“Kenapa tak makan kat rumah je?”

“Jom.” Soalan Ayu dibiarkan tergantung, Asrul dah keluar dari perut kereta itu.

Ayu hanya memandang. Semakin tidak faham dengan keadaan ketika itu. Namun lambat-lambat dia keluar juga dari tempat duduknya dan berjalan perlahan mengekori Asrul.

“Makan apa encik?” Pelayan itu berdiri tegak berhampiran mereka, sambil ditangannya tersedia sekeping kertas kecil beserta sebatang pencil.

“Nasi putih dua. Tomyam campur, kerabu mangga dengan ayam masak paprik.” Lancar Asrul memesan order. Seketika pandangan jatuh ke wajah Ayu. “Ayu nak tambah apa-apa lagi?”

Ayu menggeleng perlahan.

Wajah pelayan muda itu dipandang. “Tambah ikan masak tiga rasa sekali ya. Dan air tembikai.” Kemudian sekali lagi dia membawa pandangan ke wajah Ayu. “Ayu nak air apa?”

“Orange juice.”

“Orange juice satu.” Asrul memandang semula pelayan tadi. Palayan itu mengangguk dan berlalu pergi.

Ayu diam, pandangan dilemparkan sekeliling. Memerhati pelanggan lain yang sedang menjamu selera. Kebanyakkan yang datang adalah bersama kaum keluarga. Tapi dalam kepalanya ketika itu bukan memikirkan kedatangan pengunjung yang ramai bersama dengan anak-anak mereka itu, tetapi sikap Asrul yang tiba-tiba jadi bisu dihadapannya ketika ini. Sejak keluar dari Kolej Kediaman UPM tadi, Asrul memang membisu seribu bahasa. Ntah apa yang difikirkan, dia pun tidak tahu.

Sepuluh minit kemudian, makanan yang dipesan tadi terhidang atas meja mereka. Ayu hanya memandang pelayan tadi mengalihkan satu persatu piring berisi lauk pauk dari atas dulang ke atas meja.

“Makanlah.” Asrul bersuara apabila pelayan lelaki itu beredar meninggalkan mereka.

Ayu menarik pinggan berisi nasi putih menghampirinya. Asrul pula tidak semena-mena menceduk ayam masak paprik dan meletakkannya dalam pinggan Ayu. Ayu tergamam sejenak.

“Eh, takpe abang. Ayu boleh ambik sendiri.”

“Makan je lah.” Kemudian dia menceduk pula sesudu kerabu mangga dan diletakkan juga dalam pinggan Ayu. Kali ini Ayu sekadar memerhati.

“Abang ada apa-apa nak cakap dengan Ayu ke?” Ayu bersuara sambil pandangan masih merenung pinggan.

Asrul tersenyum mendengar soalan itu. She’s a smart girl. “Kenapa tanya macam tu?”

“Apa yang abang yang cakap?” Tidak berminat hendak menjawab soalan Asrul itu, baik fokuskan terus pada persoalan pokok. Penat rasanya menunggu orang ‘bisu’ hendak bersuara.

“Abang kena transfers ke China, dua bulan lagi.” Asrul memula bicara.

Ayu diam, memberi laluan untuk Asrul meneruskan kata-katanya.

“Kemungkinan besar abang akan menetap disana sekurang-kurangnya untuk dua tahun atau mungkin lebih..” Asrul memandang wajah Ayu.

Ayu diam lagi, masih samar dengan apa yang cuba disampaikan Asrul padanya.

“Abang nak Ayu ikut sama.” Wajah putih bersih dihadapannya masih ditatap.

Ayu terkejut. Tidak faham kehendak Asrul. “Hah? Macam mana Ayu nak ikut abang?”

Kelihatan Asrul mengeluh perlahan. Jelaslah gadis dihadapannya itu memang tidak faham maksud yang hendak dia sampaikan.

“Abang nak kita cepatkan majlis kita. Kita nikah sebelum abang pindah.”

Lagi sekali Ayu terkejut. Nasib baik pula tidak tersedak dibuatnya. “Nikah? Dalam masa dua bulan ni?”

“Hmm.. Ayu punya studi tinggal sebulan je lagi kan?”

“Memang lah. Tapi tak ke cepat sangat nak buat majlis.”

“Cepat? Kita bertunang nak dekat dua tahun dah Ayu.”

“Ayu dah nak final ni. Mana sempat nak buat persiapan. Nak studi lagi..”

“Ayu, bila abang dah transfer nanti, abang dah tak boleh nak balik selalu. Sebab tu abang nak cepatkan majlis ni.”

“Mak abang dah tau ke?”

Asrul mengangguk. “Mak lagi suka kalau kita nikah cepat.”

“Ibu Ayu?”

“Abang rasa mak tak cakap apa-apa lagi kat ibu Ayu. Apa pun abang nak dengar persetujuan dari mulut Ayu, bukan dari mak, ibu atau sapa-sapa.”

Ayu menarik nafas panjang. Susahnya rasa nak buat keputusan. “Bagi masa Ayu fikir dulu.”

“Fikir apa lagi. Dulu masa Ayu nak panjangkan tempoh pertunangan, Abang setuju tunggu Ayu habis studi. Sekarang Ayu dah nak habis studi kan. Nak tunggu apa lagi?”

“Tapi…”

Asrul mengeluh lagi. “Tapi apa Ayu?”

“Ayu tak bersedia lagi.”

“Sampai bila abang kena tunggu baru Ayu bersedia?”

Ayu diam. Sejujurnya dia pun tidak punya jawapan untuk soalan itu


***

“Ayu, buat apa duduk sorang-sorang kat sini. Tak sejuk ke?”

Ayu menoleh dan kemudian dia tersenyum melihat Kak Lina yang melabuhkan punggung berhadapan dengannya.

“Saja nak ambik angin. Aisya buat apa kak.”

“Dengan papa dia. Studi Ayu macam mana? Dah nak final kan.”

“So far, ok. Tapi nak dekat final ni stress jugak lah jadinya.”

“Jangan studi teruk sangat. Nanti jatuh sakit pula.”

Ayu mengangguk sambil tangan dah memeluk tubuh. Sejuk pulak malam ni.

“Ayu dah bincang dengan Asrul.”

Ayu memandang wajah Kak Lina. “Bincang apa kak?”

Kak Lina tersenyum. “Akak ni bukan nak masuk campur. Akak selalu doakan yang terbaik untuk kebahagiaan adik-adik akak. Ayu fikir lah masak-masak, jangan nanti sebab perkara ni, final Ayu terganggu pulak.”

Perlahan-lahan Ayu mengukir senyum. Faham sudah apa yang ingin disampaikan oleh Kak Lina padanya. Kak Lina memang begitu, selalu ambil berat soal dia walaupun hakikatnya dia belumpun lagi bergelar salah seorang dari ahli keluarga mereka. Dan dalam keluarga Mak Uda Saerah ini, Kak Lina lah yang selalu memahami tentang dirinya. Kak Lina tak ubah seperti Kak Long. “Terima kasih kak.”

“Kenapa nak berterima kasih pulak ni. Ayu pun adik akak jugak kan.”

Ayu tersenyum lagi. Tiba-tiba terdengar suara tangisan bayi dalam dalam rumah. “Aisya dah nangis tu kak.”

“Ha’ah. Akak masuk dulu lah.”

Ayu mengangguk. Melihat pemergian Kak Lina yang menghilang dari balik pintu. Kemudian dia menoleh kembali melihat ikan yang berenang dalam kolam itu. Ikan flowerhorn Makuda dah membesar nampaknya. Dan telah bertambah juga bilangannya. Semakin banyak daripada kedatangannya sebelum ini. Tiba-tiba Ayu terasa ada selendang yang disangkut dibahunya, pantas dia menoleh. Wajah Asrul terpamer diruang mata.

“Sejuk kat luar ni.” Asrul duduk di bangku yang dikosongkan Kak Lina sebentar tadi.

Memang pun. “Terima kasih.” Selendang panjang yang dibawa Asrul tadi dililit seluruh tubuh. Memberikan sedikit kehangatan pada tubuh yang kesejukkan.

“Menung apa?”

“Mana ada termenung. Saja je tengok ikan.”

“Tengok ikan waktu siang, bukan bila hari dah malam.”

“Makuda cakap apa.” Tadi sebelum dia menghilangkan diri, Makuda, Pakuda, Asrul dan Kak Lina sedang membincangkan sesuatu di ruang tamu. Pastinya perihal majlis mereka berdua. Tidak mahu turut serta dalam perbincangan keluarga itu, dia membawa diri keluar.

Asrul tersenyum. Faham sangat maksud soalan Ayu itu. “Mak, Ayu.. bukan Makuda lagi.”

Ayu tersenyum nipis. Sudah acapkali diperbetulkan orang, bila lagi nak biasakan diri. “Sorry, mak cakap apa?”

“Mak nak cakap apa lagi kalau dah bakal menantu kesayangan dia ni degil sangat.”

“Mak marah Ayu ke?”

Asrul menatap wajah Ayu. “Mak boleh ke nak marah Ayu. Dia sayang Ayu lebih dari dia sayang anak dia sendiri.”

Sesungguhnya dia tahu hakikat akan kebenaran itu. Tiba-tiba rasa bersalah mula menyerang diri. “Ayu bukannya tak setuju nak nikah awal, Ayu cuma mintak masa nak fikir dulu. Itu je.”

“Ayu tak percaya dengan abang ke?”

“Bukan.”

“Ayu tak yakin boleh bahagia dengan abang.”

“Tak.”

“Habis tu?”

Ayu diam. Sesungguhnya dia pun tak tahu apa yang dicari, kenapa susah sangat hendak memberi persetujuan.

“Kalau Ayu diam, perbincangan kita ni tak kan selesai Ayu.”

“Abang… Ayu janji, dalam masa yang terdekat ni Ayu akan bagi kata putus kat abang. Boleh?”

Asrul menarik nafas panjang. “Kenapa ya sejak akhir-akhir ni susah abang nak bertoleransi dengan Ayu. Dulu Ayu selalu dengar je cakap abang.”

Ayu ketawa tiba-tiba. “Sebab sekarang Ayu bukan budak-budak lagi macam dulu.” Dan perbincangan ini adalah berkenaan hidup Ayu, mestilah kena fikir masak-masak.

Asrul diam. Wajah Ayu hanya disapu bersih. “Abang pun tak nak paksa Ayu, nanti ganggu studi Ayu pulak kan. Dah lah, jom masuk.”

“Abang masuk dulu lah. Nanti Ayu masuk.”

“Sejuk kat luar ni Ayu. Jom masuk.” Suara Asrul sudah kedengaran tegas dalam tenang. Sebelum nada suara itu naik seoktaf dua, Ayu bangun dari duduknya dan berjalan beriringan dengan Asrul memasuki rumah.





Salam Semua...
Lama nya tak update blog ni.. Sorry sangat-sangat ya.
Selepas entry yang ini saya tak tahu bila lagi saya boleh update cerita ni. Mohon ampun sekali lagi ya. Saya terlibat dengan beberapa projek besar di pejabat, so.. I will be so busy until end of this year or maybe until early of next year. Walau bagaimanapun saya akan cuba mencuri masa menaip dan meng'update' laman ini. Tapi tak boleh nak janji bila the next entry will be uploaded (kene minta ampun lagi ke?).
Saya dah masukkan semula shoutbox di sebelah. So pada pengunjung yang sudi singgah, sudi-sudi kan lah tinggalkan jejak dan kesan ye.
Terima Kasih
Luv..
AriSSa

Ayu Khamilia - Bab 18

Bab 18

“Ayu, kakak kat depan tu nak ros merah sepuluh kuntum. Tolong siapkan. Bouquet yang tadi dah habis lah.” Suara Gee kedengaran dari hadapan gerai. Sejurus kemudian dia kembali sibuk melayan pelanggan yang semakin ramai.

“Okey.” Ayu pantas sahaja mencapai sepuluh tangkai bunga ros berwarna merah yang sedang mekar dari dalam bekas berair, organza berwarna merah jambu dan putih dan juga reben berwarna merah. Tak sampai lima minit jambangan yang diminta dah siap depan mata. Kehandalan Ayu dalam menggubah bunga memang tidak dinafikan. Suraya disebelah kagum sejenak.

“Boleh tahan jugak tangan kau ni, Ayu.”

“Well, tengok orang lah.” Ayu tersengih bangga. Kehandalan jari jemari Ayu adalah diwarisi dari bakat ibu yang gemar menggubah bunga. Jambangan tadi bertukar tangan.

“Sue, minta tolong.” Suara Gee kedengaran lagi. Suraya menoleh, menanti pertuturan Gee yang seterusnya. “Carnation warna pink campur dengan putih, enam kuntum, letak teddy bear kecil sekali ya.”

“Okey, siap.” Tangannya dah mencapai bunya carnation dan teddy bear bersaiz kecil serta organza dan reben. Kemudian semua yang berada ditangannya dibawa pada Ayu. Berkerut dahi Ayu melihat.

“Eh, bukan Gee minta kau siapkan ke?”

“Alaa…aku tak pandai lah nak balut-balut bunga ni. Kau kan pakar, kau je lah siapkan.” Bunga ditangannya tadi diletak atas meja berhadapan Ayu.

“Sue, dah ke?” Suara Gee kedengaran lagi.

“Sekejap, Ayu tengah siapkan ni.” Suraya berpaling semula muka menghadap Ayu. “Cepatlah Ayu. Customer dah tunggu tu.”

“Yelah.” Dan kemudian tangannya cekap bekerja. Seketika, gubahan bunga carnation dan teddy bear ditengah-tengahnya itu cantik terletak atas meja. Suraya tersenyum puas hati dengan hasil kerja tangan Ayu, sambil kaki melangkah ke hadapan gerai.

Tak sampai lima minit dia kembali berdiri disebelah Ayu. “Ayu, kalau aku nak kahwin nanti, aku upah kau je lah gubah kan hantaran aku ya.”

Ayu ketawa. “Huh? Kau ingat aku buka butik pengantin ke.”

“Takde lah. Kau buat kan special untuk aku sorang cukup lah. Tak payah lah sampai nak kena buka butik, baru aku boleh tempah.”

“Kau ni ada-ada je lah Sue. Aku mana reti nak gubah hantaran..” Ayu masih tersenyum. Kadang-kadang idea Suraya memang selalu di peringkat petala kelapan.

“Alah.. Special request untuk sahabat dunia akhirat kau ni, tak kan tak boleh.”

Kepala digeleng perlahan. “Jangan mengarut lah Sue.” Ingat gubah hantaran sama ke macam balut-balut bunga. Masa Kaklong kahwin dulu pun, semua hantaran Ibu tempah dari Mak Cik Zana. Kata ibu gubah hantaran mana sama macam gubah bunga walaupun nampak macam lebih kurang sama, tapi kemahirannya lain.

Menjelang jam lima setengah petang, sesi petang majlis konvokesyen itu tamat dan pelanggan yang datang juga semakin berkurang. Baru lah mereka bertiga boleh bernafas seperti biasa.

“Macam mana Gee. Ada untung tak?” Suraya menghampiri Gee dan Ayu.

“Baru first day Sue, sabar lah dulu.”

“Yelah, ada dua hari lagi kan. Kau ni kira nak untung je.”

“Laaa…dah nama nya pun berniaga. Mesti lah nak untung.”

“Memanglah. Tapi baru first day, mana boleh dapat untung lagi. Kalau dapat pulang modal pun, dah cukup baik dah.”

Suraya mengangguk. Kalau pasal bisnes, Fauziah memang pakar. “Boleh tahan jugak lah sambutan kan.”

“Hmm…betul. Tak menang tangan aku dengan Sue kat belakang tu.” Ayu menyampuk.

“Assalamualaikum.”

Spontan mereka bertiga menoleh. Gee tersenyum ceria, peraturan pertama melayan pelanggan adalah senyuman yang ceria sebagai tanda menyambut kedatangan mereka, itu yang selalu dipesannya kepada Ayu dan Suraya. Suraya tersenyum penuh makna, bagai ada sesuatu maksud tersirat akan kedatangan lelaki ini. Ayu pula sekadar tersenyum maniskan muka, dalam hati dah beristigfar, kenapa lah mana-mana aku pergi mesti ada wajah ini.

“Waalaikumusalam. Masuklah En Shah, nak cari bunga?” Gee yang lebih dahulu menyapa. Melayan pelanggan itu penting. Itu prinsipnya yang kedua selepas mempamirkan senyuman yang ceria.

“Tak lah. Saja datang melawat. Saya lalu sini tadi, tengok gerai you all ni macam meriah je.”

“Memang lah meriah encik, macam-macam jenis bunga ada ni. Cakap je encik nak bunga apa.” Suraya pula menyampuk.

En Shahrul ketawa kecil. Tiada niat pun hendak membeli sebenarnya. “Takpe lah, saya beli pun nak buat apa.”

“Eh, nak buat apa pulak encik. Bagi kat buah hati lah. Kita orang boleh buat special delivery untuk encik, tapi dalam kawasan kampus ni je lah.” Gee masih dengan senyuman ramahnya.

En Shahrul ketawa lagi. “Awak ni, pandai-pandai je.”

“Salah ke saya cakap. Betul lah. Kalau ada kawan-kawan yang konvo hari ni, boleh lah beli untuk dia, tapi kalau takde, boleh beli untuk bagi kat buah hati. Bunga-bunga yang kami jual ni bukan untuk student konvo je.”

Masih dengan senyuman dibibir. “Ada ke bunga yang saya hendak kat sini. Saya tak pandai bagi roses kat orang ni.”

“Bunga apa yang encik nak tu?” Suraya menyoal. Semakin rancak pula dia dan Gee melayan En Shahrul.

“Tulip.”

“Kalau bunga tu mintak maaf lah encik. Tunggu saya balik dari Holland nanti, boleh lah saya bawak kan untuk encik.” Sambil mulut menjawap, mata dah menyoroti Ayu yang diam dari tadi.

En Shahrul ketawa lagi. “Tak pe lah, saya main-main je.”

“Bunga lain tak nak ke encik? Carnation ke?” Gee masih hendak menjual.

“Takpe Fauziah. Minta maaf ya.”

“It’s ok, En Shah”

“Encik memang suka bunga tulip je ke?” Tiba-tiba Suraya menyoal. Bukan niat hendak menjual juga bunga di gerai mereka itu tetapi tak tau lah kenapa hati bagai ditarik-tarik hendak tahu jawapannya.

En Shahrul memandang wajah Suraya. “Awak nak suruh saya beli ros awak jugak ke?”

“Eh, bukan.”

“Takpe lah, kalau awak nak saya beli juga…”

“Tak Encik… Bukan nak suruh encik beli juga, tapi saja tanya. Just general question.”

“Oh. Tak. Saya tak minat bunga. Tadi tu saja je nak mengusik.”

“Owh..” Sedikit hampa sebenarnya mendengar jawapan itu.

“Oklah girls. Saya nak balik dah ni. Pukul berapa you all tutup?”

“Sekejap lagi. Dalam pukul enam. Kita orang pun nak kemas-kemas dulu.”

“Okey. Jalan dulu ya. Assalamualaikum.”

Suraya mengangguk. Gee sekadar menjawab salam dalam hati, dan kemudian dia beredar ke belakang gerai. Suraya datang menghampiri Ayu yang berdiri disebelah besen berair yang berisi bunga-bunga hidup .

“Ayu, kau dengar tak.”

Wajah Suraya direnung. Nak mula lah tu makcik nih.

“Dia pun suka bunga tulip. Kau pun suka tulip jugak kan.”

“Suraya, bukan kau dah janji dengan aku ke?”

“Aku…yaaaa..aku tau.. tapi aku bukannya nak cakap pasal dia datang cari kau ke apa ke. Aku cuma nak cakap yang dia pun suka tulip. Tu je.”

“Apa yang aku dengar tadi. Dia tak cakap pun yang dia suka tulip. Dia cakap macam tu sebab nak mengusik kau, tu je.”

“Maksudnya kau dengar lah.”

“Kau nak mula lagi ke Sue?” Ayu dah angkat kening, mata merenung tajam wajah Suraya.

“Tak.. okey.. sorry. Aku nak tolong Gee kemas kat belakang tu.”

Ayu tarik nafas dan dihela perlahan. Melihat Suraya berlalu pergi. Dan kemudian berpaling semula ke jalan raya, melihat kelibat En Shahrul yang sudah lama menghilang. Kadang-kadang dia pun pelik, bagai ada sesuatu yang misteri berkenaan lelaki itu.



***

“Kau menung apa tu Sue.” Kain telekung ditanggal, dilipat dan digantung dikepala katil.

“Lagi sebulan je kita kat sini kan Ayu.” Menyedari Ayu selesai menunaikan solat Isyak, Suraya bangkit dari baringnya, duduk bersila menghadap katil Ayu. Teddy bear besar dihujung katil ditarik dalam pelukan.

“Ha’ah. Sekejap je kan.” Ayu duduk birai katil, menghadap Suraya.

“Rasa macam baru semalam je aku jejak kaki kat bilik ni.” Suraya menyambung.

“Sudah lah Sue. Yang kau tiba-tiba nak emosi ni apahal.”

“Hmm… ntah lah Ayu. Tiba-tiba rasa sayu pulak hati ni.”

“Alaa.. Kalau kau sayang nak tinggalkan UPM tercinta ni, lepas ni kau sambung lah Master.”

“Tapi dah tak sama Ayu.”

“Apa yang tak sama?”

“Kau dah tak de.”

“Sue, apa pun, hidup kena diteruskan. Tak payah lah fikir benda-benda ni. Biarkan je masa tu berlalu, tapi dalam masa yang sama kau hargai lah setiap detik yang berlalu tu.”

Suraya memandang wajah Ayu. “Dah macam professor je kau ni.”

“Dah kau tak pasal-pasal nak emosi. Aku tahu lah, mesti kau tak sampai hati nak berpisah dengan Shafik kan. Tu yang menung sana menung sini.”

“Apa ke situ pulak kau ni.”

“Dah tu?”

Suraya tarik muncung.

“Laa.. terasa ke? Sori lah cik kak. Eh, sebelum terlupa. Esok aku balik rumah mak saudara aku tau.”

Hilang terus wajah Suraya yang mencuka tadi.

“Kat Klang tu ke?”

“Yup.”

“Kau balik macam mana?”

“Esok petang sepupu aku datang ambik.”

“Hmm…hujung minggu ni aku tinggal sorang lah nampaknya.”

“Ajak lah Gee datang sini.”

“Hmm. Eh, aku dah janji nak jumpa Shafik lah malam ni. Kau nak join aku tak.”

“Tak nak lah. Buat apa aku join orang dating ni.”

“Bukan dating lah. Dia nak pass kat aku minit mesyuarat MPM hari tu. Jom lah turun sekali, dinner.”

“Malas lah Sue. Kau dinner dengan Shafik je lah.”

“Kau nak kirim apa-apa tak?”

“Hmm… kau beli je lah apa-apa.”

“Aku belikan kau Nasi Goreng Pattaya ya.”

“Boleh jugak.”


p/s: Salam semua..
Sorry, update lambat kali ni...mohon ampun banyak-banyak.
So, hope you all enjoy reading dan jangan lupa tinggalkan komen ya.
Terima Kasih
~~SmiLe~~

Ayu Khamilia - Bab 17

Bab 17


“Weyh!!”

Ayu menoleh. “Assalamualaikum..” Dia mengesot sedikit memberi ruang pada Fauziah.

Fauziah tersengih sendiri. Tersedar kesilapan diri. “Waalaikumusalam Cik Ayu.” Dah selalu sangat kena tegur dengan Ayu. Bagi salam tu kan lebih baik dari cara teguran yang lain. Tapi selalu sangat terlupa. Dia duduk mengambil tempat bersebelahan Ayu. Suraya sekadar berbalas pandang, kemudian kembali tekun mengadap helaian-helaian nota kecil yang semakin bercelaru pada pandangannya.

“Apahal yang kau turun padang pun bawak nota ni Sue.” Dicuit sedikit lengan Suraya yang sedang khusyuk itu.

“Jangan bising lah Gee, aku nak studi ni.”

“Takde maknanya studi tepi padang ni Suraya oii..”

“Shush..” Suraya menyelak lagi sehelai nota kecil ditangan. Kertas A4 yang dilipat empat, dan mengandungi tulisan-tulisan yang sarat itu adalah nota yang telah diringkaskan daripada nota kuliah dan buku rujukan. Kertas A4 ditangan itu hanya mengandungi nota-nota yang penting sahaja bagi satu-satu bab. Setiap tulisan dibaca dan seboleh mungkin cuba dilekatkannya dalam otak.

Fauziah memandang Ayu, dan hujung matanya menjeling sedikit ke arah Suraya sambil kening diangkat dua kali. Pandangan mata menghantar soalan, ‘Apahal makcik sorang ni?’

Ayu jungkit bahu. “Semalam sibuk sangat pergi meeting, tak ingat dunia uruskan aktiviti MPM. Itu lah jadinya.”

“Aku lupa lah. Serius, aku tak ingat langsung pasal test esok, kalau tak, takde lah aku duduk sampai malam kat pejabat mahasiswa tu.” Suraya mengeluh. Tangan dibawa ke kepala. Sakit dah kepala aku ni. Sungguh lah dia menyesal, kalau naik bilik awal sikit semalam, sempat lah jugak nak studi dengan Ayu.

“Kau dah habis studi Gee.”

“Habis tu habis lah. Tapi tak tahu lah esok boleh jawab ke tidak. Kadang-kadang apa yang aku baca mesti tak masuk, apa yang aku tak baca lah yang selalu masuk.”

“Bukan kadang-kadang, memang selalunya macam tu. Aku pun sama.”

“Eh, korang turun sini kenapa sebenarnya. Nak duduk tepi padang ni je. Tak main ke.”

“Ikutkan aku tak nak turun pun. Si Ayu ni lah, sibuk sangat ajak aku turun jugak.” Suraya mengomel dalam pada mata masih melekat pada helaian nota ditangan.

“Yelah. Kepala otak aku ni dah naik tepu tau, asyik mengadap buku je. Nak lah jugak sedut udara segar.”

“Cik kak, nak sedut udara segar, pagi-pagi. Bukannya dah petang nak masuk maghrib ni.”

“Itulah yang aku cakap kat dia dari tadi Gee. Tapi Si Ayu ni degil, nak jugak turun.”

Ayu ketawa. Memang tadi dia yang beria mengajak Suraya turun. Hendak joging lah konon nya. Tapi Suraya duk angkut segala jenis nota yang dia buat malam tadi. Bila masa nak joging nya kalau tangan dah penuh dengan segala jenis ‘toyo’. Sudahnya mereka berdua hanya duduk buang masa tepi padang tengok orang lain main bola jaring.

“Eh, aku nak bagi tau ni..”

“Hmm..” Ayu sekadar memandang sekilas wajah Gee, kemudian pandangan dibawa ke tengah padang. Gol shooter pihak lawan sebelah sana sedang cuba menjaringkan gol.

“Aku dah dapat tapak stall kita nanti, belakang Dewan Kebudayaan. Stall No 6.”

“Stok bunga macam mana?”

“Itu kau jangan risau. Sepupu aku hantar nanti, dia florist.”

“Okey..”

“So, minggu depan, start hari Jumaat pukul sembilan pagi okey..”

“Pukul 9? Tak lambat sangat ke.”

“Okey lah tu. Kalau kau nak datang pukul lapan lebih pun tak pe, boleh bukak gerai awal. Tapi sepupu aku tu sampai sini pukul sembilan.”

“Barang-barang yang lain dah ada ke. Segala jenis reben, renda, organza, dawai, teddybear…”

“Itu pun aku dah order dengan sepupu aku tu.”

“So, maknanya kerja kita nanti jual je lah.”

“Yes, absolutely right. Cuma nanti kalau ada customer request nak bouquet yang special, nak bunga ros 20 kuntum ke, nak ros campur carnation ke, nak ros merah campur ros putih ke atau apa-apa je, kita buat time tu lah.”

Ayu menganggukkan kepala tanda faham. Senang je kalau kerja macam tu.

“Studi ke?” Tiba-tiba satu suara lelaki kedengaran di sebelah mereka.

Ayu hanya buat tak tahu dengan teguran itu. Biarlah, biasanya kalau coursemate mereka atau sesiapa sahaja yang menegur tiba-tiba macam ni, Gee atau Suraya yang selalu terlebih ramah melayan. Pandangan masih di tengah padang.

Gee sudah tersenyum ramah pada pemilik suara yang menegur tadi. “Tak lah, saja duduk-duduk tengok orang lain main netball. Jogging ke.”

“Ha’ah, tadi join student lain main bola kat padang sebelah sana.”

“Owh..”

“Cik Suraya, tekun nya studi.”

Suraya angkat muka. Eh! dan spontan dia tersipu. Dia juga sebenarnya tadi tidak menghiraukan kedatangan lelaki itu. Dalam fikirannya sama macam dalam fikiran Ayu, mungkin coursemate mereka yang datang menegur. Biarlah, Gee ada hendak bertegur sapa.

“Masa riadah tak perlu lah nak studi juga. Kena balance masa studi dengan masa riadah.”

Suraya hanya mengangguk. Sebab saya belum studi lagi, sebab tu saya studi sekarang ni.

Ayu pula semakin pelik dengan suara yang kedengaran di cuping telinga. Kalau coursemate dia, tak kan lah nak berceramah sampai macam tu. Perlahan kepala ditoleh menghadap tuan punya suara, dan spontan darah merah menyerbu naik ke wajah. Allah.. kenapa dia.

En Shahrul tersenyum padanya.



***

Helaian-helaian kertas A4 itu ditatap. Cuba menghafal point-point penting. Namun yang terbayang diingatannya kini cuma wajah Asrul. Wajah Asrul yang sedang serius memarahinya, wajah Asrul yang tegang, wajah Asrul yang tenang, wajah Asrul yang tersenyum penuh makna dan wajah Asrul yang memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan maksudnya.

Astagfirullahalazhim. Ayu meraup muka. Kenapa aku asyik ingat kat abang Asrul je ni. Sudahnya dia bangun, keluar dari bilik itu, menuju ke bilik air. Ingin mengambil wuduk agar dia boleh menumpukan perhatian pada ulangkajinya malam ini.

Dipaling ke arah Suraya, temannya itu sedang tekun mentelaah sambil telinga masih tersumbat dengan earphone MP3. Begitulah Suraya, katanya dia tak kan boeh belajar kalau suasana terlampau sunyi sepi.

Seketika kemudian, kerusi di meja studi itu diduduki semula. Cuba memberi sepenuh tumpuan pada nota kuliah di hadapan. Dia memujuk hati, mengusir semua wajah yang datang bertandang, mengingati kembali kata-kata arwah tok suatu ketika dahulu. Belajar itu pun ibadah. Jadi, belajarlah dengan hati yang ikhlas.

Tiba-tiba telefon bimbit disebelahnya berlagu. Diintai skrin segi empat itu. Dahi dah berkerut, tapi senyum nipis spontan terukir dihujung bibir. Sebab dia nak call ke yang aku asyik teringat kat dia je.

“Assalamualaikum.” Ayu menjawab panggilan yang berlagu riang itu. Seraya matanya menjeling ke arah Suraya, Suraya masih seperti tadi. Tekun mengadap notanya, mungkin juga dia tak kan dengar perbualan ini.

“Waalaikumusalam. Tengah buat apa?”

“Studi. Esok ada test.”

“Abang mengganggu ke?”

“Eh, tak lah..”

“Ok lah. Abang tak lama. Just nak tanya. Hujung minggu depan free tak? Balik rumah mak boleh.”

“Minggu depan? Tak free lah bang. Ayu dah janji nak tolong member jual bunga. Minggu depan ada pesta konvo kat sini.”

“Oo… Ya ke..”

“Ada apa bang?”

“Ada hal abang nak bincang dengan Ayu.”

“Hal apa?”

“Ada lah.”

“Cakap je lah. Ayu dengar ni.”

“Nanti lah. Kita jumpa, abang cakap”

Hal apa ni? Kenapa dada aku rasa macam nak meletup je. “Abang balik sini ke minggu depan?” sedaya upaya dia menyembunyikan gusar dihati.

“Tak jadi lah, dah Ayu pun tak free. Minggu lagi satu free tak.”

“Hmm…” Dia berfikir sejenak. Ada apa-apa program ke minggu tu. Dipandang planner besar yang ditampal didinding atas meja studinya. “Rasanya minggu tu free. So far takde apa-apa lagi.”

“Ok. So minggu lagi satu abang jumpa Ayu. Kita balik rumah mak.”

“Okey.” Sambil kepala diangguk. Macam dia sedang berhadapan dengan Asrul ketika itu.

“Okey, sambung lah studi tu. Assalamualaikum. Take care ya.”

“Waalaikumusalam.”

Talian diputuskan, tapi dia masih memandang telefon hitam ditangan. Hal apa yang abang Asrul nak bincang? Terpandang nota kuliah yang terselak atas meja, dia kembali meletak telefon ke tepi. Sabar lah hati, lupakan sekejap hal abang Asrul itu. Dipaling selagi lagi memandang teman biliknya, Ayu menarik nafas puas hati yang Suraya tidak mendengar perbualannya sebentar tadi. Dan kemudian mata, fikiran, otak dan hati seboleh mungkin ditumpukan pada nota kuliah atas meja.



p/s: Salam Semua..
Sori, n3 pendek jer...
~SmILe~

Ayu Khamilia - Bab 16

Bab 16

Butang di pergelangan tangannya dirungkaikan. Memberi sedikit udara dalam keadaan yang agak tertekan ini. Tangan dibawa ke belakang tengkuk, mengusap perlahan pangkal leher.
Perbualan bersama Tn Hj Ahmad sebentar tadi kembali terngiang. “Cuma you the only staff yang qualified for that position Is. I can’t find another guy.”

“But, there already have the person right.”

“Not anymore.”

“How about Lim.”

“Kontrak dia tamat hujung bulan depan, dan he doesn’t wish to continue the contract with us. Is, I really need your help.”

Asrul menarik nafas panjang sebelum dihembus perlahan. "Berapa lama?”

“Kalau tak ada apa-apa masalah lagi, insyaAllah dalam masa dua tahun ni boleh siap. Tapi kalau projek tu delay lagi, maybe it will extend another years.”

“Dua tahun? And will extend another years?” God. Dia meraup wajah.

“I said maybe. Kalau takde aral yang melintang, mungkin boleh siap dalam masa dua tahun atau mungkin kurang.”

“Tuan Haji..”

“Iskandar, saya bercakap dengan awak sekarang ni bukan sebagai majikan dan staf. Anggap saya minta pertolongan dari awak sebagai seorang kawan. Boleh?”

Dia diam. Lama, sebelum Tuan Haji Ahmad kembali bersuara. “Just think about it first. And let me know the answer by next week.”

“Okey. I will think about it first.”

“Hope you don’t disappoint me.”

“Is that mean that I cannot say ‘no’. Right?”

Hj Ahmad tersenyum, menyembunyikan maksud sebenarnya. Tapi Asrul lebih dulu faham senyuman yang terukir. It’s means that I have to go.

“Saya cuma berharap yang awak tidak akan menghampakan saya. That’s all.” Dia mengulang ayatnya tadi.

Asrul pula tersenyum nipis. “Hopefully not.” Tapi nanti akan ada hati lain yang akan kecewa kalau keputusannya menyebelahi majikannya itu.


“Woit…”

Terasa bahunya ditampar seseorang. Dia menoleh.

“Apasal kau ni? Muka semacam jer aku tengok.” Fariz melabuhkan punggung di kerusinya. Workstationnya memang berjiran dengan Asrul, cuma bezanya tempat dia kemas sedikit dari meja Asrul yang bersepah dengan segala sampah sarap pada tanggapannya. Sampah sarap itu adalah segala macam pensil, pembaris dan alatan lain yang digunakan untuk melukis pelan.

“Kau dari mana?”

“JB. Tengok projek perumahan fasa satu tu.”

“Apasal kau pulak yang pergi. Bukan projek tu dah start ke?”

Fariz sengih. “Buat pemantauan sekali sekala apa salahnya.”

“Huh..nak ngelat lah tu.”

“At least aku masih masuk ofis, walaupun lambat sikit.”

Asrul angkat bahu. “Suka hati kau lah, Fariz.”

“Eh, apahal Haji Ahmad panggil kau pagi tadi?” Pandangan dibawa kembali ke wajah Asrul.

“Pasal projek yang kat China tu.”

“Kenapa?”

“Dia nak aku take over.”

“Wah.. Really. Great.”

“Great?” Dia menatap wajah Fariz. “Aku kena stay kat sana sekurang-kurangnya dua tahun tau. Apa yang ‘great’ nya?”

“Bagus lah. Tambah pengalaman handle perojek kat luar negara, balik sini nanti senang lah naik pangkat.”

“Masalahnya dua tahun Fariz. Kalau dua hari ke dua minggu ke takpe lagi.”

“Aku tak nampak pun apa masalahnya. Dua tahun ke dua bulan ke, sama jer. Kau bukan tak biasa kerja luar kan.”

Asrul diam. Macam mana nak cakap.

“Ke kau risau nak tinggalkan tunang tersayang kau tu.” Fariz menjeling wajah Asrul. Wajah itu kembali kosong tak beriak, dan spontan tercetus tawa dari bibir Fariz. Dia menggeleng kepala. “Is, Is. Itu lah, orang bertunang tak sampai setahun, lepas tu terus kahwin. Kau ni, dah nak dekat dua tahun pun tak kahwin-kahwin lagi. Kalau dah kahwin kan senang, angkut je si Ayu tu kemana kau pergi.”

Asrul menjeling tajam wajah Fariz. “Aku tengah serabut ni, kau lagi nak gelak-gelakkan aku.” Tak membantu punya kawan.

“Sorry bro…”



***

“Nak tangguh lagi?”

“Mak rasa macam mana?”

“Dah lama sangat Rul. Kalau tangguh lagi bilanya kamu nak menikah. Mak takut nanti…”

“Mak, jangan cakap macam tu.” Pantas dia memotong kata-kata Pn Saerah. Sesungguhnya dia faham apa yang difikir ibunya itu. Pernah juga terlintas dibenaknya kalau-kalau pertunangannya putus ditengah jalan. Tapi kalau itu yang berlaku, siapa dia hendak melawan kehendak-Nya.

“Tak boleh ke kalau kamu tak pergi.”

“Kerja Rul mak, tanggungjawab Rul. Dah syarikat minta Arul pergi sana, kena lah pergi.”

Terdengar keluhan Pn Saerah dihujung talian. “Dulu pun kerja kamu macam tu jugak. Selalu keluar jauh-jauh. Kalau kerja dengan abah je kan senang. Boleh duduk kat rumah ni balik.”

“Mak….” Mak ni time ni lah pulak nak membebel pasal hal dulu-dulu. Telefon yang tadi ditelinga kiri dibawa ke telinga kanan pula.

“Mak dah bincang pun dengan abah, nak pergi rumah Mak Ngah hujung bulan depan. Boleh tetap tarikh. Ayu pun dah nak habis studi tak lama lagi. Tapi sekarang kamu cakap nak kena kerja luar pulak. Tak kan nak tangguh lagi.”

“Bukan Rul yang minta nak kerja luar ni mak.”

“Memang lah.”

“Dua tahun tak lama mak.” Tak lama? Ya ke? Bukan kat ofis tadi dia juga yang cakap dalam masa dua tahun itu macam-macam boleh berlaku. Kini dia cuba menyedapkan hati mak dengan berkata dua tahun itu tidak lama. Atau sekadar hendak menyedapkan hati sendiri.

“Bagi mak dua tahun tu lama Rul. Kalau umur mak tak panjang, tak sempat nak tunggu kamu balik sini, macam mana?”

“Apa mak cakap ni.”

“Kamu nak mak buat apa?”

Dia melepas nafas. Nak buat apa? Kalaulah dia punya jawapan.

Masalahnya dia bukan bertunang dengan anak kucing. Kalau anak kucing senang je ceritanya, bawak je sekali pergi ke China. Masalahnya sekarang dia bertunang dengan anak Mak Ngah yang dah sah-sah hidup lagi ibu dan bapanya. Dan bukan dia tidak tahu Mak Ngah dan Pak Ngah nya itu memang sangat menjaga anak-anaknya.

Dia masih ingat ketika Ayu hendak melanjutkan pelajaran, Ayu pernah menyatakan hasrat untuk belajar di luar negara. Ketika itu para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang mudah mendapat tajaan dari pihak MARA untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Tapi malangnya hasrat Ayu mendapat tentangan yang bukan sedikit dari Mak Ngah. Dan kesudahannya gadis itu hanya melanjutkan pelajaran dia Kuala Lumpur sahaja.

Dia membuang pandang. Berdiri di balkoni rumahnya. Memandang jauh ke arah sana. Terasa lembut angin Selat Tebrau yang bertiup malam ini. Perbualan dengan mak sebentar tadi berakhir dengan pesanan supaya dia memutuskan apa keputusan yang hendak dibuat. Mak lepaskan pada dia bulat-bulat untuk buat keputusan dengan syarat keputusan itu tidak akan mengecewakan hati mak. Apa pun keputusan yang akan dibuat mesti mengambil kira hati bakal ibu bapa mertuanya juga. Ya, dan juga hati Ayu, tunangnya yang satu itu.

Teringat pada Ayu, terkenang kali terakhir dia bertemu dengan gadis itu. Dua minggu lalu, ketika dia buat keputusan secara tiba-tiba untuk pulang ke KL. Fariz pun terkejut tiba-tiba pagi Sabtu itu dia cakap hendak balik KL.

“Mimpi apa kau malam tadi?” Soalan pertama yang meluncur dari mulut Fariz, sebaik melihat dia bersiap awal pagi itu.

Mimpi jumpa Ayu. Dalam hati je dia menjawab. Luarannya, hanya sengihan yang terpamir buat temannya itu.

“Kau ni sihat ke tidak Is?”

“Aku sihat walafiat. Yang kau tengok aku pelik sangat ni kenapa?”

“Takdelah. Kau tu kalau takde hal biasanya susah nak tengok kau balik.”

“Aku balik sekejap je. Esok aku balik sini balik.”

“Kenapa tiba-tiba nak balik ni?”

“Saja. Dah lama tak jumpa mak aku.”

Saat itu bibir Fariz mula terukir sengihan penuh makna. “Nak jumpa mak kau ke, nak jumpa Ayu.”

“Diam lah.”

Dan dari sengihan yang makin melebar tercetus tawa dari bibir Fariz. “Angau rupanya kawan aku ni.”

Dan hari itu bila sampai di KL, apa yang terjadi, satu lagi pertelingkahan terjadi antara mereka. Bukan dia sengaja, tapi ntah kenapa ada sahaja dugaan yang menekan butang amarahnya. Biasanya tahap kesabarannya bukan senipis kulit bawang. Kebiasaannya dia boleh bersabar walau apa jua keadaan yang datang, tapi ntah kenapa bila berhadapan dengan Ayu waktu itu, ada bara yang ingin membara.

Kebiasaannya dia tidak akan mudah melenting, tapi hari itu ntah dimana duduk tahap kesabarannya. Perasaan cemburunya naik mendadak tiba-tiba. Lewat hari tu, perasaan kesal mula terbit. Kasihan gadis itu. Dia tidak punya hak untuk marah sebetulnya. Ayu masih bebas untuk keluar dengan sesiapa sahaja selagi dia tahu menjaga batas-batas dalam perhubungan.

Asrul menarik nafas panjang. Bunyi anak kunci yang berlaga sesama sendiri ketika salah satu darinya dicucuk pada tombol pintu menarik perhatiannya. Dia beredar dari ruang balkoni itu, menutup rapat sliding door dan berlalu ke ruang tamu. Seketika tubuh Fariz muncul dari balik pintu utama rumah itu. Apartment tiga bilik yang dihuninya itu adalah milik dia sebetulnya, tapi sebabkan rasa sunyi tinggal seorang diri, dia mempelawa Fariz untuk tinggal bersama dirumah itu.

“Lewat kau balik?” Dia menegur terlebih dahulu.

Fariz menjeling jam dipergelangan. Melepasi tengah malam. “Hmm..penat lah.” Fariz berlalu ke dapur. Asrul sekadar memerhati dari ekor mata sambil tangan mencapai remote TV. Seketika tangan mula menekan butang remote controller itu mencari saluran yang menarik untuk ditonton.

“So, apa cerita?” Fariz kembali semula diruang tamu, sambil tangan memegang mug berisi Nescafe panas.

“Cerita apa? Takde cerita best malam ni.” Jari masih menekan butang next, menziarahi saluran di TV satu persatu.

Spontan Fariz menepuk dahi. Haila, kawan aku ni. “Aku bukan tanya cerita apa yang ada kat TV tu. Aku tanya pasal kau. Kau dah jumpa Hj Ahmad ke pasal projek kat China tu?”

“Oh. Lain kali cakap terang terang. Belum lagi, dia pun tak masuk ofis hari ni. Tengok lah esok ke lusa.”

“Ayu dah tahu pasal kau kena transfer ni?”

Geleng. “Belum.”

“Kenapa tak bagi tahu.”

“Aku tak tahu nak cakap macam mana.”

Fariz menggeleng. “Tak paham lah aku kau ni. Susah sangat ke nak cakap.”

“Aku memang nak call dia. Tunggu masa sesuai.”

Fariz mamandang wajah Asrul. Kadang-kadang dia sendiri tak paham. Apa yang susah sangat nak bercakap. Walaupun dia tahu hubungan Asrul dan Ayu bagai ada satu tembok besar diantaranya, tapi komunikasi itu masih perlu dalam perhubungan. Bukan dia tidak tahu sejarah hubungan mereka berdua. Persahabatan dengan Asrul lebih enam tahun lalu menjadikan dia mengetahui keseluruhan sejarah kekeluargaan lelaki bernama Asrul Iskandar.

Ayu Khamilia - Bab 15

Bab 15


“Okey kelas, setakat ini sahaja untuk hari ini ya. Boleh bersurai…dan jangan lupa kalau ada masa tolong baca bab yang berikutnya, prinsip-prinsip dalam animasi. In our next class, I will go through this chapter, and will show you some project from last semester student.” En Shahrul diam sebentar. Matanya meneliti sesuatu di lecture schecule sebelum kembali menyambung. “On next Monday I will do some test. The test will contribute 10% of your final mark. So be prepared. Kalau ada pelajar yang hendak bertanyakan soalan berkenaan your assignment or anything, I will be here in ten or fifteen minute more. So, thank you everyone. Assalamualaikum.” Dia mematikan laptopnya dan mula mengemas meja pensyarah.

Serentak dengan itu, para pelajar mula beransur-ansur keluar meninggalkan dewan. Ada juga yang menuju ke depan dewan bertanyakan soalan pada En Shahrul.

“Ayu, aku nak pergi toilet sekejap.”

“Pergilah.”

“Pegangkan barang aku. Tunggu aku kat luar ya.”

“Okey.”

Dan Suraya berlalu meninggalkan Ayu yang masih mengemas nota-nota yang bersepah atas meja. Setelah memasukkan semua barang dalam beg, dan nota kuliah dipegang ditangan kiri, Ayu bergerak menuju ke pintu utama. En Shahrul masih di meja pensyarah, sedang tekun berbincang sesuatu dengan seorang pelajar. Ayu melangkah kaki keluar dari situ dan berlalu ke bangku di hadapan dewan kuliah itu, menanti Suraya.

Sepuluh minit berlalu, Ayu menjeling jam ditangan. Mana makcik nih. Kalau dapat tengok cermin, inilah jadinya, tak ingat dah orang lain tengah menunggu ke apa ke.

“Ayu Khamilia!”

Ayu terpaku. Macam tahu je siapa yang menegur aku ni. Dia menoleh. Senyum diukir. “En Shah.” Kan betul. Memang tak de orang lain dah yang suka panggil aku dengan nama penuh. Dia ni sorang je dalam dunia.

“Tunggu siapa?” En Shahrul tersenyum.

“Tunggu Suraya.”

“Owh. Ingat kan tunggu saya.”

Ayu tersenyum. Buat lawak ke pensyarah aku ni.

“Suraya dalam dewan lagi ke. Rasanya dah takde orang dalam sana.”

“Tak. Dia pergi toilet.”

“Ooo… So, hari tu siapa? Maaflah kalau saya bertanya ni macam menyibuk pulak.”

Ayu angkat kening. Siapa? “Yang mana?”

“That guy, yang tegur awak kat Mid Valley tempoh hari..”

Owh.. “Dia…sepupu saya.”

“Really? Saya ingatkan teman lelaki awak.”

Ayu menunduk. Bukan teman lelaki, tunang sebenarnya. My future husband.

“En Shah.”

Kedua mereka menoleh. Suraya melangkah menghampiri.

“Tak habis lecture lagi ke encik.” Sengihan terpamer bibirnya Suraya.

En Shahrul ketawa perlahan. “Tunggu awak, lama sangat.”

“Maaf lah, ramai pulak orang dalam toilet tu tadi.”

En Shahrul tersenyum. Dan pandangannya kembali jatuh pada wajah Ayu. Sinar mata yang dihantar seperti membawa maksud betapa senangnya dia memandang wajah Ayu ketika itu.

Ayu segera menunduk. Tak sedap hati dengan pandangan maut En Shahrul itu padanya.

“Okey lah. Saya pergi dulu ya. Assalamualaikum.” Tersedar akan keterlanjuran pandangan matanya, En Shahrul pantas sahaja meminta diri.

Ayu hanya memandang pemergian En Shahrul. Terimbas kembali kejadian di MidValley tempoh hari. Terbayang wajah Asrul yang seperti menahan ledakan, cemburu melihatkan dia bersama lelaki lain, sesiapa sahaja akan menduga begitu. Suraya yang tegak berdiri disebelahnya menyiku lengan Ayu.

“Jom lah. Tunggu apa lagi ni. Perut aku lapar dah.”

“Hmm…” Langkah kaki mula diatur.

“Dia sembang apa dengan kau tadi?”

“Dia tanya apa aku buat kat situ?”

“Kau jawab apa?”

“Laaa…apa jenis soalan kau tanya aku ni Sue, aku jawab tunggu kau lah, tak kan tunggu dia pulak kut.”

Suraya diam. Kaki yang diatur itu berhenti. Ayu yang tiba-tiba terasa Suraya tidak lagi melangkah seiringan dengan dia turut berhenti dan dia menoleh ke belakang. Suraya telah tertinggal beberapa langkah darinya.

“Apahal yang kau tiba-tiba berhenti ni Sue?”

“Ayu, kau rasa tak apa yang aku rasa?”

“Sekarang apa yang aku rasa, aku tengah lapar. Jom.” Tangan Suraya ditarik supaya kembali bersaing langkah dengannya.

“Ayu, kau tak rasa ke?”

“Apa?”

“Kau tak rasa apa yang aku rasa?”

“Boleh tak kau cakap je apa yang kau nak cakap ni.”

“Aku rasa kan En Shahrul tu bukan nak berkenalan dengan kau. Aku rasa dia suka kat kau lah.”

“Kau nak mula lagi ke Sue?”

“Kau tak nampak ke cara dia pandang kau tadi.”

Ayu diam. Malas hendak menjawab. Pintu kafe itu ditolak, terus menuju ke kaunter makanan. Pinggan kosong dicapai, tangan mula menceduk nasi, sesenduk cukup lah. Dan kemudian dia beralih ke bahagian yang menghidang lauk-pauk. Selesai, pinggan hampir penuh dengan ikan tenggiri masak sambal. Ayu menuju ke kaunter minuman.

“Limau suam kak.”

Kakak yang sedang membancuh air itu mengangguk sahaja. Dan tak sampai lima minit limau suam dah ada depan mata. Bergerak pula ke kaunter bayaran.

“Berapa kak?”

“Tiga ringgit semua sekali.”

Tiga helai duit kertas seringgit dihulur. Terus sahaja dia bergerak ke meja yang kosong berhampiran sinki. Suraya membontoti dari belakang. Ayu menarik kerusi. Bismillah..

“Ayu, aku tak habis lagi cakap dengan kau ni.” Suraya yang duduk menghadap dia memandang wajah Ayu.

“Sue, aku dah cakap dengan kau kan. Aku tak nak dengar dah kau punya teori mengarut ni.”

“Ini bukan pasal teori. Okey, mungkin sebahagian daripada teori tersebut. Tapi apa yang aku nampak tadi betul. Aku tahu aku tak silap. Aku nampak cara dia pandang kau lain. Aku rasa dia ada hati kat kau.”

Ayu membisu. Suapan diteruskan. Dah tiada makna kalaupun tanggapan Suraya itu betul.

“Ayu…”

“Enough, Suraya. Kau ingat aku ni apa. Kalau pun tanggapan kau tu betul, dan kalaupun aku ada pilihan untuk memilih sendiri bakal pasangan hidup aku, aku tak kan buat hubungan dengan orang yang mencurahkan ilmu mengajar aku. Okey?”

Suraya terkedu. “Apa maksudnya kalau kau ada pilihan untuk memilih sendiri bakal pasangan hidup kau?”

Ooops. Ayu telan liur. Aku terlepas cakap ke. Err… “Takde apa.” Air limau suam dihirup perlahan.

“Kau nak sorok sesuatu dari aku ke?”

“Mana ada.”

“You know me, Ayu. I will not stop asking, until I get the answer.”

Ayu menghela nafas panjang. Inilah padahnya kalau mulut main cakap ikut sedap je. Tak fikir panjang. Nak pulak terlepas cakap dengan Suraya, orang yang tak reti berputus asa selagi dia tak dapat jawapannya.

“Kau tahu kan ibu dengan ayah aku macam mana.” Ayu memulakan.

Suraya menggeleng. “Maksud kau.”

“Kaklong aku, dia kahwin dengan lelaki pilihan ibu aku. Dan aku nanti pun macam tu jugak lah. Ibu aku tak suka anak-anak dia cari sendiri pasangan hidup. Pada dia, biar dia dan ayah yang nilai dahulu orang tu sesuai ke tidak untuk anak dia.”

“Ooo.. Macam tu ke.”

“Hmm…” Ayu sekadar mengangguk perlahan. Memang hakikat itu adalah benar sebenar benarnya, cuma lari sikit dari kenyataan asal kata-katanya tadi.

“Kahwin dengan orang yang kita tak kenal?”

“Hmm…” Lagi kepala diangguk.

“Boleh bahagia ke kalau macam tu?”

“Kaklong aku bahagia je. Dah ada dua orang anak pun.” Tiba-tiba teringat Tilla, anak Sarah yang sulung. Rindu pula rasanya pada keletah anak kecil itu.

“Tapi itu dah macam perkahwinan ala-ala zaman 60-an. Ada lagi orang sekarang yang ikut adat macam tu.”

Kata-kata Suraya memecah lamunannya. Segera dia kembali ke alam nyata sebelum bersuara. “Family aku macam tu.”

“Kalau tak bahagia macam mana?”

“Itu semua ketentuan Tuhan Sue. Kalau kau redha, benar-benar redha, insyaAllah kau akan jumpa juga kebahagiaan tu.” Betul ke? InsyaAllah. Aku sendiri pun berserah pada-Nya.

Suraya terdiam. Mungkin terkejut. Mungkin pelik. Tiba-tiba dia tersedar, seperti ada sesuatu yang menjentik fikirannya, dia memandang wajah Ayu.

“Maksudnya En Shahrul takde harapan lah.”

Ayu memandang tajam wajah Suraya. “Aku ingat, dah tak kan ada soalan lagi pasal En Shahrul.”

“Last question regarding him. En Shahrul takde harapan ke?”

“Takde.”

“Langsung langsung takde.”

“Sue…”

“Okey. Enough. No more word about him.”

Ayu mengangguk puas hati. Akhirnya dapat jugak dia membuatkan Suraya berhenti bercakap mengenai En Shahrul. Bukan untuk masa ini sahaja, tapi sampai bila-bila.






ps : Salam semua,
Salam Kak Haskandi...entri kali masih pasal ayu. huhu.. maaflah, tak berjaya lagi penuhi permintaan akak. Tapi, InsyaAllah, saya akan selitkan juga sedikit pasal asrul...
hopefully, ada idea yg datang..
~~SmILe~~

Langkawi .... Perhentian Terindah

Salam Semua,

Entry hari ni lari sikit dari biasa.. no new chapter hari ni ya but nak share percutian saya dengan anda semua. Langkawi....perhentian terindah.

Ini Jeti Kuala Perlis. Perjalanan dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi memakan masa lebih kurang 45 minit. Bagi yang dah biasa naik feri, 45 minit mungkin sekejap tapi bagi yang tak biasa berada di tengah-tengah laut dengan keadaan ombak yang kadang-kala melambung-lambung dan kepala mula terasa pening (seperti saya) 45 minit terasa seperti tiada penghujung.







Ini dataran helang. Tak lengkap rasa percutian ke langkawi kalau tak singgah sini. Tapi apa nak buat, masa yang ada memang sangat terhad. Gambar ini hanya berjaya di'snap' dari jauh setelah fokus lensa kamera di'zoom' in beberapa kali.




Walaupun masa yang ada sangat terhad untuk bersiar-siar (banyak tempat lain tak dapat pergi, dan memang rasa sangat terkilan..shopping pun bukan dalam erti kata real shopping..) tapi at least sempat jugak naik cable car, dan tengok pemandangan dari atas sana..Subhanallah..sangat sangat sangat cantik.. Ini sedikit gambar dari Langkawi Cable Car. Cerita pasal gayat..jangan cakap lah..memang sangat gayat, berada di atas 705 meter dari aras laut..tapi melihat keindahan ciptaan tuhan, sedikit sebanyak perasaan ini berkurang.















Crystal Blowing... tempat penghasilan barangan crystal.





Ada beberapa lagi tempat yang saya sempat pergi seperti Galeri Perdana, Karangkraf, Perusahaan Batik dan Pekan Kuah, tapi gambar tak dapat nak upload disini. Huhu..maaf ya. No reason why I upload this picture here (not at facebook), just want to share with my visitor.

Thank you,
~~AriSSa~~

Haven't Met You Yet


video



I'm not surprised, not everything lasts
I've broken my heart so many times, I stopped keeping track
Talk myself in, I talk myself out
I get all worked up, then I let myself down

I tried so very hard not to lose it
I came up with a million excuses
I thought, I thought of every possibility

And I know someday that it'll all turn out
You'll make me work, so we can work to work it out
And I promise you, kid, that I give so much more than I get
I just haven't met you yet

I might have to wait, I'll never give up
I guess it's half timing, and the other half's luck
Wherever you are, whenever it's right
You'll come out of nowhere and into my life

And I know that we can be so amazing
And, baby, your love is gonna change me
And now I can see every possibility

And somehow I know that it'll all turn out
You'll make me work, so we can work to work it out
And I promise you, kid, I give so much more than I get
I just haven't met you yet

They say all's fair
In love and war
But I won't need to fight it
We'll get it right and we'll be united

And I know that we can be so amazing
And being in your life is gonna change me
And now I can see every single possibility

And someday I know it'll all turn out
And I'll work to work it out
Promise you, kid, I'll give more than I get
Than I get, than I get, than I get

Oh, you know it'll all turn out
And you'll make me work so we can work to work it out
And I promise you kid to give so much more than I get
Yeah, I just haven't met you yet

I just haven't met you yet
Oh, promise you, kid
To give so much more than I get

I said love, love, love, love
Love, love, love, love
(I just haven't met you yet)
Love, love, love, love
Love, love
I just haven't met you yet










Ayu Khamilia - Bab 14

Bab 14


“Assalamualaikum..” Ayu menolak daun pintu. Eh, gelap. Suraya tak balik lagi ke? Suis lampu dipetik dan kaki melangkah masuk. Mana pulak pergi makcik ni. Sejurus kemudian terdengar pintu dibuka. Ayu menoleh.

“Assalamualaikum.. Dah lama kau sampai.” Suraya menutup kembali daun pintu, berlalu melintasinya, menanggalkan tudung dan duduk di hujung katil.

“Baru je. Kau pergi mana.”

“Pergi blok sebelah tadi. Pass lecture note statistic pada Gee. Dia nak pinjam.”

“Ooo…. Kau dah makan?”

“Dah. Eh, kau pergi mana ni. Dah malam baru balik.”

“Singgah rumah Mak saudara aku. Aku sms kau tadi kan.”

“Hmm… Yang kat Klang tu ke?”

“Ha’ah.”

“Ooo…” Suraya menghidupkan komputernya. “Ayu, esok kau pegi mana?”

“Takde plan lagi. Kenapa?”

“Jom pergi library nak? Aku nak cari bahan.”

“Okey. Shafik mana?”

“Dia pergi rumah abang dia.”

“Patutlah..”

“Apa?”

“Patut lah kau ajak aku. Kalau tak kau tu asyik berkepit dengan Shafik je.”

Suraya sengih. “Bukan macam tulah. Aku memang plan nak kau pun esok. Kalau Shafik takde hal pun, memang aku nak ajak kau teman aku.”

“Yelah lah tu.”

“Betul lah.. Ayu, aku takde apa-apa lah dengan Shafik tu.”

“Yelah Cik Suraya, aku nak pergi mandi ni.”


***

“Ayu, buku yang aku cari tu takde lah. Aduh…tensionnya aku macam ni.” Suraya menghempaskan badannya di kerusi berhadapan Ayu. Tangannya meraup muka.

“Kau dah check kat system?”

“Dah. Ada kat budak math.”

“Dah booking?”

“Booking pun tak guna Ayu, dah ada tiga orang lagi yang menunggu buku tu tau.”

“Cari buku lain lah macam tu”

“Tapi dalam buku tu yang banyak bahan yang aku nak.”

“Kalau macam tu kau booking jelah. Tak kisah lah ada empat orang ke lima orang ke yang menunggu. Nanti dapat jugak kat kau kan.”

Suraya mengeluh. “Aku pergi cari buku lain lah.” Dan dia bangun menuju ke rak-rak buku yang berderet disitu.



Dia membuang pandang. Melihat kereta yang memotong dari tepi. Tapi di kepalanya ketika itu, bukan pasal kereta yang memotong dari kiri itu tapi perselisihan yang terjadi antara mereka. Asrul masih diam membisu. Sejak keluar dari rumah Makuda Saerah tadi, tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulutnya. Masih marahkan dia mungkin. Ayu menarik nafas, dan menghela perlahan. Cuba menyusun ayat yang sesuai.

“Apa yang abang nampak masa kat Mid Valley tadi, bukan seperti apa yang abang fikir.” Ayu menoleh sekilas, harapnya dapat lah respon dari Asrul. Jangan lah buat diam macam tunggul macam ni. Susah rupanya nak pujuk lelaki merajuk.

“Apa yang abang fikir?”

Alhamdulillah. Nak pun bercakap pakcik nih. “Abang salah faham. Sungguh, masa Ayu keluar dari kolej tadi pagi, memang Ayu keluar sorang. Masa kat Mid Valley Ayu terserempak dengan En Shah tu.”

“Habis tu, macam mana boleh berjalan berdua pulak. Siap gelak ketawa lagi.”

“Sebab…”

“Sebab apa?”

“Sebab Ayu seorang, dan dia pun seorang. Jadi, apa salah nya kalau jalan sekali. Tapi masa tu Ayu dah nak balik dah.” Silapnya mungkin dia keluar seorang hari ini. Kalau lah dia ditemani Suraya, takde lah timbul salah faham macam ni.

“Ayu cakap tak salah?” Suara Asrul dah mula meninggi. “Ayu cakap kat abang, kalau seorang perempuan tu yang dah jadi tunangan orang, cuma menunggu masa je untuk disatukan, keluar dengan lelaki lain, yang dah tentu-tentu bukan muhrim. Tak salah ke tu? Cakap, tak salah buat perangai macam tu?”

“Tapi Ayu bukan keluar dengan dia.” Rasa sebak dah mula terasa di dada. “Sungguh.” Beratnya tuduhan Asrul. Dia sedar dirinya tunangan orang. Dan atas rasa kesedaran itulah, sejak dirinya diikat dengan hubungan yang dia sendiri tak rela dengan sepenuh hati tu, tak pernah terfikir pun dia hendak menjalinkan hubungan istimewa dengan lelaki lain walaupun ada yang menghulurkan salam perkenalaan. Tetapi malam ini, sampainya hati Asrul suka-suka menuduh dia buat perangai macam tu.

Asrul menarik nafas panjang dan dihela perlahan. Cuba menenangkan hati yang kian membara. Dia beristighfar berulang kali. Kenapa kesabarannya sering saja roboh apabila berhadapan dengan Ayu. Niatnya balik kesini untuk melepas rindu, tak sangka lain pulak yang jadi. Apabila akal kembali menguasai emosi, dia bersuara lagi. “Abang harapkan kejujuran Ayu.”

“Ayu memang selalu berlaku jujur dengan Abang.”

Asrul mengeluh. Jahatnya dia. Sesuka hati mengata Ayu begitu. Hatinya berbisik mustahil gadis sebaik Ayu akan mencari lelaki lain. Ntah kenapa emosinya menjadi-jadi hari ini.

Kereta diberhentikan di depan pondok guard Kolej 12. Bawah sinaran lampu yang terang benderang. Waktu malam selepas jam lapan, orang luar memang tidak dibenarkan masuk ke kawasan kolej. Cermin kereta diturunkan. Jangan nanti ada pula yang salah faham mereka berdua berkelakuan sumbang didalam kereta yang bertutup. Dia memandang ke luar.

“Abang tak percaya Ayu ke?” Ayu memandang wajah Asrul.

“Promise me, you won’t do that again!”

“Do what?”

“Ayu!!” Wajah Ayu disebelah direnung tajam. “Sengaja nak naikkan darah abang lagi ke?”

Ayu tersentak. Dahi dah mula berkerut. Bila masanya pulak aku sengaja nak naikkan darah dia ni. Aku salah cakap ke? “Abang.. Ayu minta maaf. Ayu janji tak kan keluar sorang-sorang lagi. Ayu janji tak kan tegur atau beramah mesra dengan sesiapa pun walaupun orang tu Ayu kenal. Ayu janji tak kan buat abang salah faham lagi.”

Terukir senyum halus di hujung bibir Asrul. Kepala diangguk perlahan. “Okey. Jangan sesekali buat lagi.”

“Tak.” Ayu angkat tangan kanan, seperti orang yang sedang membaca ikrar semasa perhimpunan.

Asrul mengukir senyum. Ikhlas dari hati.

“Boleh Ayu tanya satu perkara?”

“Hmm..” Asrul kembali memandang wajah Ayu. Kening dah terangkat sedikit.

“Kenapa abang balik tiba-tiba hari ni?” Satu soalan yang dari tadi asyik bermain dalam benaknya.

“Saja..nak jumpa Ayu.”

“Kenapa tak bagi tahu?”

Tiba-tiba Asrul ketawa kecil. “Ingat nak buat surprise, tapi abang pulak yang dapat surprise.”

Ayu turut ketawa halus. “Sorry bang.” Faham apa surprise yang dimaksudkan.

“Bila abang dah letak Ayu dalam hati abang, abang harap ianya akan kekal disitu, sampai bila-bila. Dan abang tak nak ada apa-apa yang mengganggu kedudukan nya disitu. Jadi, boleh tak janji supaya kedudukannya akan terus kekal disitu.”

Ayu diam. Apa yang Asrul cuba sampaikan. Adakah dirinya sudah bertakhtah dihati Asrul. Namun dalam diam dia melirik senyum. Kalaulah itu benar, sesungguhnya dia bahagia.

“Ayu..” Wajah Ayu dipandang.

Ayu hanya mengangguk perlahan, sambil senyuman masih dibibir. Tak perlu berkata-kata, anggaplah anggukkan itu satu janji darinya.



Tanpa sedar senyum nipis terukir dihujung bibir. Kenangan malam tadi sangat bermakna.
Kata-kata Asrul bagai membawa isyarat, dirinya disayangi. Sungguh kah?

“Nasib baik jumpa buku ni.”

Ayu tersentak. Terkejut dengan teguran Suraya itu. Hilang terus senyum yang terukir. Wajah Asrul juga terbang pergi. Dia memandang Suraya.

“Kau ni berangan ke?” Suraya menegur.

“Tak de lah.”

“Habis tu kenapa terkejut”

“Tak de apa lah. Kau nih…”

“Kau pikir apa ni Ayu. Baik kau cakap.”

“Aku tak pikir apa-apa lah. Kau ni kan.”

“Alah…Sudah lah Ayu. Aku kenal kau bukannya sehari dua, dah bertahun-tahun. Aku kenal sangat riak muka kau tu.”

Ayu angkat kening. “Riak muka aku yang macam mana?”

“Riak muka kau yang cuba nak sembunyikan sesuatu dari aku.”

“Ada-ada je lah kau ni Sue..”

“Betul kan…”

Ayu diam. Malas nak melayan bebelan Suraya. Earphone MP3 disumbat ke telinga. Lagu When You Tell Me That You Love Me nyanyian Diana Rose berkumandang. Spontan senyum nipis tersungging di hujung bibir. Terasa seperti diri dibawa terbang ke langit luas menyusuri pelangi indah. Memanglah Asrul tidak mengatakannya, tapi tak tahu kenapa dia dapat rasa kebahagiaan itu.

Tapi sesaat cuma, apabila tersedar pandangan Suraya yang mencurigakan itu menusuk masuk ke dalam anak matanya, Ayu kembali tekun mengadap buku rujukan depan mata.

Suraya dihadapannya pula menjeling dengan pandangan tak puas hati bercampur curiga. Makcik ni mesti nak sorok apa-apa dari aku ni. Namun tangannya menyelak juga buku yang baru dijumpainya itu.






p/s: Salam Semua,
Ayu Khamilia 14......Buah tangan buat semua untuk cuti hujung minggu... I will be on leave for long weekend...holiday in Langkawi.. hehe...Bestnyer.... :)

Luv,
~~AriSSa~~