AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ayu Khamilia - Bab 2

Bab 2

Kenduri kesyukuran yang dirancang diteruskan juga. Majlis berjalan seperti yang dirancang walaupun Lina masih berada dalam wad.
“MakUda, esok Ayu nak balik kolej.”ketika membasuh pinggan didapur, Ayu berkata kepada Pn. Saerah. En. Ismail dan Asrul sedang menonton tv ketika itu. Yani, Shamsul dan Johan pula melawat Lina di hospital.
“Cepatnya nak balik.”Pn.Saerah tak bersetuju. “Duduklah sini 2-3 hari lagi, temankan mak. Kan Ayu cuti seminggu.”
Walaupun Ayu belum lagi menjadi menantunya, tapi Pn.Saerah sudah membahasakan dirinya ‘mak’ dengan Ayu. Tapi Ayu yang tak biasa dengan panggilan tersebut.
“Ayu banyak kerja lah, MakUda. Naik cuti nanti nak kena hantar assignment.”
“Buatlah kat sini, guna komputer Asrul tu.”
“Takpelah. Lagipun Ayu tak bawak banyak kain baju.” Ayu masih berdalih. Baginya biarlah cepat-cepat dia beredar dari rumah itu. Tak tertahan rasa hatinya bila melihat Asrul yang masih tak menegurnya. Mungkin Asrull masih lagi marah padanya.
“Nanti mak suruh Rul bawak Ayu balik kolej ambik kain baju Ayu, ye. Lepas tu balik lah sini balik” Pn Saerah masih memujuk. “Lagipun Lina nak keluar wad dalam sehari dua ni.”
“Ha…”Ayu terkejut dengan cadangan Mak Uda nya itu. “Eh, takpelah Mak Uda. Tak payah lah susahkan Abang Asrull. Hmm… Ayu duduk lah dulu kan sini lagi 2-3 hari lagi, tapi tak boleh lah lama-lama sangat Mak Uda”
Ayu akhirnya terpaksa mengalah dengan cadangan mak saudaranya itu. Lagipun apabila teringat kesalahannya yang menyebabkan Kak Lina kemalangan, hatinya jadi serba salah. Kalau dia boleh luangkan masa menjaga Kak Lina dalam beberapa hari, mungkin dia boleh menebus kesalahannya. Takpelah dua tiga hari tak lama. Ayu memujuk hatinya sendiri.
“Mak Uda, semalam Ayu dah telefon ibu kat kampung bagitau tentang KakLina. Kemungkinan ibu akan datang sini dalam sehari dua lagi.”tangannya kembali ligat membasuh pinggan mangkuk. Ibu dengan Ayah kat Ipoh sudah dimaklumkan mengenai kenduri yang diadakan dan juga tentang KakLina. Mulanya ibu tak berhajat nak datang ke Klang untuk menghadiri kenduri yang dibuat oleh adiknya sendiri. Jauh katanya tapi bila mengetahui tentang kemalangan yang menimpa Kak Lina, ibu dengan ayah berubah fikiran.
“Ha, eloklah tu. Mak pun dah lama tak jumpa dengan ibu ayah Ayu tu.” Pn. Saerah terdiam sekejap, kemudian dia menyambung. “Ayu, kalau mak nak cakap sikit, Ayu jangan terasa ye.”
Ayu berhenti membuat kerjanya dan pantas berpaling pada Pn Saerah yang berada di rak pinggan sedang mengemas punggan mangkuk yang sudak siap dibilas.
“Nak cakap apa MakUda.” Hatinya rasa tak sedap seketika.
“Ayu dan Asrull kan dah lama bertunang. Tak lama lagi dah nak kahwin pun. Kenapa Ayu nak panggil mak dengan panggilan Mak Uda lagi. Kalau Ayu panggil dengan panggilan ‘mak’ kan lagi elok.” Pn Saerah berkata seakan menegur.
Ayu tersenyum mendengar kata-kata itu. Ingat kan Mak Uda nak cakap pasal ape tadi. Lega sikit rasa hatinya. “Ayu tak biasa lagi Mak Uda. Nantilah pelan-pelan Ayu biasakan diri ye. Lagipun Ayu tak nikah lagi dengan Abang Asrull.”
“Memang lah, Ayu belum sah lagi jadi menantu mak tapi mak dah anggap Ayu macam menantu mak dah. Kalau tak biasakan sekarang ni bila lagi.”
Ayu hanya diam dan tersenyum.
“Lagi satu, mak tengok Ayu dengan Asrull ni lain macam sekarang ni. Ayu bergaduh dengan dia ke?”
Tersentak Ayu mendengar kata-kata Pn Saerah. Hilang terus senyuman dibibirnya. “Eh, takdelah MakUda. Ayu baik-baik je dengan Abang Asrul.” Ayu cuba berdalih.
“Asrul marah Ayu ke pasal kemalangan hari tu?” Pn Saerah terus menyelidik.
“Takde lah. Abang Asrul tak marah Ayu pun ”
“Hmmm…. Mak ni dah lama hidup. Hati mak cakap kamu berdua ni macam perang dingin. Lagipun Asrul tu anak mak, Ayu. Tadi pun masa Ayu panggil dia makan malam, dia buat tak tahu je.”
“Mak Uda, kami baik-baik je. Mak Uda jangan lah pikir bukan-bukan.”
“Tak apalah, kalau Ayu dah cakap macam tu.” Pn Saerah berlalu ke sinki membasuh tangan. “Ayu, mak naik atas dulu, nak sembahyang isyak. Ayu pun tinggal lah dulu kerja tu, berehat kejap.”
“Sikit je lagi ni ” dan tangannya terus ligat menyambung kerja yang terbengkalai tadi.


Ayu mengeluh. Tak disangka Pn Saerah perasan dengan hubungan dia dan Asrull yang tegang ketika itu. Macam manalah MakUda boleh tahu. Dia mengeluh lagi. Hubungan Ayu dengan Asrul memang tak pernah mesra sebelum ni, tapi tak pernah pulak setegang hari ini. Asrul langsung tak menegur dia sejak dia dimarahi semasa dalam kereta tempoh hari. Selalunya kalau mereka berjumpa dirumah Mak Uda ataupun di rumah ibunya di kampung, Asrul tak pernah tidak mengendahkannya. Sekurang-kurangnya Asrul akan bertanya khabar atau perkembangan pelajarannya. Walaupun mereka tidak pernah berbual panjang lebar atau bergurau senda, tetapi Asrul akan memberi respons kalau ditanya. Tapi hari ini, kalau ditegur Asrul buat tak tahu je. Tadi pun ketika diajak untuk makan malam, beberapa Ayu memanggil, Asrul hanya khusyuk menonton televisyen dan sedikit pun menendahkan dia yang tercegat kat belakangnya. Sakit juga hati Ayu melihat perangai Asrul itu, tapi memikirkan dia berada di rumah orang tua Asrul, Ayu hanya memendam rasa. Tabahkan hati, banyakkan sabar.
Hubungan Ayu dengan Asrul memang tidak seperti pasangan kekasih yang lain. Tiada gurau senda. Tiada gelak ketawa. Tiada perbualan mesra. Tiada panggilan telefon setiap hari bertanya khabar. Jauh sekali hendak menerima pesanan sms untuk melepas rindu. Ayu berjumpa dengan Asrul hanya beberapa bulan sekali. Itupun kalau Asrul balik bercuti, kalau tidak langsung dia tak tahu khabar Asrul. Ayu tidak tahu bagaimana alam perkahwinannya nanti. Mungkin tidak sebahagia pasangan lain. Mungkin juga dia akan hidup dengan caranya sendiri dan Asrul dengan hidupnya sendiri. Kalau begitu mana mungkin dia akan punya cahaya mata sebagai pelengkap rumahtangga. Sudah 9 bulan Ayu mengikat tali pertunangan dengan Asrul dan dalam masa 9 bulan lagi dia akan bernikah pula dengan anak mak udanya itu.
Pertunangan dia dan Asrul diikat atas kehendak keluarga mak udanya. Pn Saerah dan En Ismail yang berkenan sangat nak mengambil dia sebagai menantu. Ibu dan Ayahnya pula hanya bersetuju memandangkan anak MakUda dan PakUda pun bukannya orang lain, malah dah disayangi seperti anak sendiri. Asrul dikatakan boleh menjadi suami yang sempurna, hormat orang tua, tahu adab sopan dan segala-galanya yang dikehendaki sebagai seorang menantu. Tapi Ayu tak nampak lagi macam mana Asrul boleh membahagiakannya nanti. Mungkin hanya MakUda dan PakUda serta ibu dan ayah saja yang akan rasa bahagia apabila mendapat menantu idaman. Sebenarnya ikatan itu telah dirancang bertahun lamanya, cuma baru 9 bulan lepas dia selamat bertunang. Kalau diikutkan kemahuan kedua-dua keluarga mungkin mereka telah pun berkahwin tapi pelbagai alasan yang Ayu beri supaya menangguhkan dahulu perkahwinannya. Alasan yang kuat yang Ayu ada ialah dia masih lagi belajar dan tak mahu pelajarannya tergendala dan dia bernasib baik apabila semua setuju. Asrull pula hanya mengikut kata-kata mak dan abahnya. Nampaknya hanya Ayu sahaja yang tidak sepenuh hati bersetuju dengan hubungan itu tapi dia tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan hubungannya dengan keluarga PakUda sangat rapat. Tak sampai hatinya hendak mengecewakan harapan MakUda dan PakUda serta ibu dan ayahnya. Jadi hanya satu jalan yang dia ada iaitu menangguhkan perkahwinan tersebut. Ayu mengeluh lagi.
“Termenung ape? ”
Terkejut Ayu mendengar suara yang tiba-tiba dibelakangnya dan hampir terlepas pinggan ditangan. Ayu menoleh dan melihat Asrull berdiri tidak jauh darinya. Hilang semua lamunannya.
“Termenung apa? ” Asrul kembali menyoal dengan nada yang masih mendatar.
“Takde apa.”
“Mak mana? ” dia bertanya lagi.
“MakUda dah naik atas tadi.” Ayu kembali menyambung kerjanya. Langsung tak toleh melihat Asrul tapi dari ekor matanya dia tahu Asrull masih disitu memerhatikannya. Lama Asrul berdiri disitu dan Ayu rasa tidak selesa tapi hanya berdiam diri dan tidak mengendahkan kehadiran Asrul disitu. Biar dia tahu macam mana rasa kalau orang buat tak tahu.
“Tadi mak cakap Ayu nak balik kolej esok.” Akhirnya Asrul bersuara.
“Tak jadi. ” pendek je dia membalas. Tangan pantas membersihkan sinki yang telah kosong dari pinggan-pinggan kotor.
Asrul menarik kerusi dimeja makan dan melabuhkan punggungnya disitu. Ayu semakin tidak keruan. Tak tahu kenapa hatinya bergolak dengan bermacam-macam perasaan. Tapi dia hanya buat tak tahu dan cuba menyiapkan kerjanya secepat mungkin. Tapi apabila Asrul hanya berdiam diri sahaja disitu, dia pulak yang jadi serba salah.
“Abang nak minum ke? ” akhirnya nak tak nak Ayu terpaksa juga menegur.
“Tak.”
Ayu terus berlalu untuk pergi sebelum Asrul kembali bersuara.
“Ayu nak ke mana? ” Asrul memandang tepat muka Ayu.
“Naik atas.”
“Tak nak duduk dulu dengan abang ke? ”
“Takpelah. Ayu dah mengantuk.” Dan dia pantas melangkah sebelum Asrul memanggilnya lagi. Rasa marah belum surut lagi. Sakit hatinya dengan kata-kata kasar Asrul semalam belum hilang lagi. Sedihnya masih terasa. Ditambah pulak lagi apabila Asrul tidak endahkannya setiap kali dia menegur. Lagi bertambah sakit hati Ayu mengingatkan perangai Asrul terhadapnya.


Ayu menoleh jam didinding biliknya, tepat jam 12.30 malam. Patutlah PakUda pun dah takde kat ruang tamu dah tidur agaknya. Ketika Kak Yani, Abang Shamsul dan Abang Johan balik tadi pun, dia tak perasan. Tu lah mengelamun lagi. Dia teringatkan tingkahlakunya tadi, dah lama agaknya Asrul berdiri memerhatikannya. Ayu mengeluh lagi. Dia mengunci pintu bilik dari dalam dan berlalu ke tingkap ingin melihat bintang. Dari tingkap bilik Ayu, dia dapat melihat bilik Asrul yang berada bertentangan. Tiba-tiba lampu bilik itu menyala dan dia dapat melihat kelibat Asrul walaupun tidak sepenuhnya, melangkah masuk. Ayu terlihat Asrul melintas tingkap yang berada betul-betul bertentangan dengan tingkap yang dia sedang berdiri ketika itu. Asrul yang mungkin perasan kelibat seseorang melihatnya pantas menoleh. Mereka bertentang mata seketika dan kemudian Ayu cepat-cepat menutup tingkap tersebut, menarik langsir, mematikan lampu dan berlalu ke katil. Tetapi Asrul masih lagi berada disitu memerhatikan tunangnya sendiri.

2 comments:

ieyna_cute said...

bila nak sambung nie...huhu

Anonymous said...

cpt la sambung...da lama tunggu n3 baru tuk cite ni...