AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ayu Khamilia - Bab 15

Bab 15


“Okey kelas, setakat ini sahaja untuk hari ini ya. Boleh bersurai…dan jangan lupa kalau ada masa tolong baca bab yang berikutnya, prinsip-prinsip dalam animasi. In our next class, I will go through this chapter, and will show you some project from last semester student.” En Shahrul diam sebentar. Matanya meneliti sesuatu di lecture schecule sebelum kembali menyambung. “On next Monday I will do some test. The test will contribute 10% of your final mark. So be prepared. Kalau ada pelajar yang hendak bertanyakan soalan berkenaan your assignment or anything, I will be here in ten or fifteen minute more. So, thank you everyone. Assalamualaikum.” Dia mematikan laptopnya dan mula mengemas meja pensyarah.

Serentak dengan itu, para pelajar mula beransur-ansur keluar meninggalkan dewan. Ada juga yang menuju ke depan dewan bertanyakan soalan pada En Shahrul.

“Ayu, aku nak pergi toilet sekejap.”

“Pergilah.”

“Pegangkan barang aku. Tunggu aku kat luar ya.”

“Okey.”

Dan Suraya berlalu meninggalkan Ayu yang masih mengemas nota-nota yang bersepah atas meja. Setelah memasukkan semua barang dalam beg, dan nota kuliah dipegang ditangan kiri, Ayu bergerak menuju ke pintu utama. En Shahrul masih di meja pensyarah, sedang tekun berbincang sesuatu dengan seorang pelajar. Ayu melangkah kaki keluar dari situ dan berlalu ke bangku di hadapan dewan kuliah itu, menanti Suraya.

Sepuluh minit berlalu, Ayu menjeling jam ditangan. Mana makcik nih. Kalau dapat tengok cermin, inilah jadinya, tak ingat dah orang lain tengah menunggu ke apa ke.

“Ayu Khamilia!”

Ayu terpaku. Macam tahu je siapa yang menegur aku ni. Dia menoleh. Senyum diukir. “En Shah.” Kan betul. Memang tak de orang lain dah yang suka panggil aku dengan nama penuh. Dia ni sorang je dalam dunia.

“Tunggu siapa?” En Shahrul tersenyum.

“Tunggu Suraya.”

“Owh. Ingat kan tunggu saya.”

Ayu tersenyum. Buat lawak ke pensyarah aku ni.

“Suraya dalam dewan lagi ke. Rasanya dah takde orang dalam sana.”

“Tak. Dia pergi toilet.”

“Ooo… So, hari tu siapa? Maaflah kalau saya bertanya ni macam menyibuk pulak.”

Ayu angkat kening. Siapa? “Yang mana?”

“That guy, yang tegur awak kat Mid Valley tempoh hari..”

Owh.. “Dia…sepupu saya.”

“Really? Saya ingatkan teman lelaki awak.”

Ayu menunduk. Bukan teman lelaki, tunang sebenarnya. My future husband.

“En Shah.”

Kedua mereka menoleh. Suraya melangkah menghampiri.

“Tak habis lecture lagi ke encik.” Sengihan terpamer bibirnya Suraya.

En Shahrul ketawa perlahan. “Tunggu awak, lama sangat.”

“Maaf lah, ramai pulak orang dalam toilet tu tadi.”

En Shahrul tersenyum. Dan pandangannya kembali jatuh pada wajah Ayu. Sinar mata yang dihantar seperti membawa maksud betapa senangnya dia memandang wajah Ayu ketika itu.

Ayu segera menunduk. Tak sedap hati dengan pandangan maut En Shahrul itu padanya.

“Okey lah. Saya pergi dulu ya. Assalamualaikum.” Tersedar akan keterlanjuran pandangan matanya, En Shahrul pantas sahaja meminta diri.

Ayu hanya memandang pemergian En Shahrul. Terimbas kembali kejadian di MidValley tempoh hari. Terbayang wajah Asrul yang seperti menahan ledakan, cemburu melihatkan dia bersama lelaki lain, sesiapa sahaja akan menduga begitu. Suraya yang tegak berdiri disebelahnya menyiku lengan Ayu.

“Jom lah. Tunggu apa lagi ni. Perut aku lapar dah.”

“Hmm…” Langkah kaki mula diatur.

“Dia sembang apa dengan kau tadi?”

“Dia tanya apa aku buat kat situ?”

“Kau jawab apa?”

“Laaa…apa jenis soalan kau tanya aku ni Sue, aku jawab tunggu kau lah, tak kan tunggu dia pulak kut.”

Suraya diam. Kaki yang diatur itu berhenti. Ayu yang tiba-tiba terasa Suraya tidak lagi melangkah seiringan dengan dia turut berhenti dan dia menoleh ke belakang. Suraya telah tertinggal beberapa langkah darinya.

“Apahal yang kau tiba-tiba berhenti ni Sue?”

“Ayu, kau rasa tak apa yang aku rasa?”

“Sekarang apa yang aku rasa, aku tengah lapar. Jom.” Tangan Suraya ditarik supaya kembali bersaing langkah dengannya.

“Ayu, kau tak rasa ke?”

“Apa?”

“Kau tak rasa apa yang aku rasa?”

“Boleh tak kau cakap je apa yang kau nak cakap ni.”

“Aku rasa kan En Shahrul tu bukan nak berkenalan dengan kau. Aku rasa dia suka kat kau lah.”

“Kau nak mula lagi ke Sue?”

“Kau tak nampak ke cara dia pandang kau tadi.”

Ayu diam. Malas hendak menjawab. Pintu kafe itu ditolak, terus menuju ke kaunter makanan. Pinggan kosong dicapai, tangan mula menceduk nasi, sesenduk cukup lah. Dan kemudian dia beralih ke bahagian yang menghidang lauk-pauk. Selesai, pinggan hampir penuh dengan ikan tenggiri masak sambal. Ayu menuju ke kaunter minuman.

“Limau suam kak.”

Kakak yang sedang membancuh air itu mengangguk sahaja. Dan tak sampai lima minit limau suam dah ada depan mata. Bergerak pula ke kaunter bayaran.

“Berapa kak?”

“Tiga ringgit semua sekali.”

Tiga helai duit kertas seringgit dihulur. Terus sahaja dia bergerak ke meja yang kosong berhampiran sinki. Suraya membontoti dari belakang. Ayu menarik kerusi. Bismillah..

“Ayu, aku tak habis lagi cakap dengan kau ni.” Suraya yang duduk menghadap dia memandang wajah Ayu.

“Sue, aku dah cakap dengan kau kan. Aku tak nak dengar dah kau punya teori mengarut ni.”

“Ini bukan pasal teori. Okey, mungkin sebahagian daripada teori tersebut. Tapi apa yang aku nampak tadi betul. Aku tahu aku tak silap. Aku nampak cara dia pandang kau lain. Aku rasa dia ada hati kat kau.”

Ayu membisu. Suapan diteruskan. Dah tiada makna kalaupun tanggapan Suraya itu betul.

“Ayu…”

“Enough, Suraya. Kau ingat aku ni apa. Kalau pun tanggapan kau tu betul, dan kalaupun aku ada pilihan untuk memilih sendiri bakal pasangan hidup aku, aku tak kan buat hubungan dengan orang yang mencurahkan ilmu mengajar aku. Okey?”

Suraya terkedu. “Apa maksudnya kalau kau ada pilihan untuk memilih sendiri bakal pasangan hidup kau?”

Ooops. Ayu telan liur. Aku terlepas cakap ke. Err… “Takde apa.” Air limau suam dihirup perlahan.

“Kau nak sorok sesuatu dari aku ke?”

“Mana ada.”

“You know me, Ayu. I will not stop asking, until I get the answer.”

Ayu menghela nafas panjang. Inilah padahnya kalau mulut main cakap ikut sedap je. Tak fikir panjang. Nak pulak terlepas cakap dengan Suraya, orang yang tak reti berputus asa selagi dia tak dapat jawapannya.

“Kau tahu kan ibu dengan ayah aku macam mana.” Ayu memulakan.

Suraya menggeleng. “Maksud kau.”

“Kaklong aku, dia kahwin dengan lelaki pilihan ibu aku. Dan aku nanti pun macam tu jugak lah. Ibu aku tak suka anak-anak dia cari sendiri pasangan hidup. Pada dia, biar dia dan ayah yang nilai dahulu orang tu sesuai ke tidak untuk anak dia.”

“Ooo.. Macam tu ke.”

“Hmm…” Ayu sekadar mengangguk perlahan. Memang hakikat itu adalah benar sebenar benarnya, cuma lari sikit dari kenyataan asal kata-katanya tadi.

“Kahwin dengan orang yang kita tak kenal?”

“Hmm…” Lagi kepala diangguk.

“Boleh bahagia ke kalau macam tu?”

“Kaklong aku bahagia je. Dah ada dua orang anak pun.” Tiba-tiba teringat Tilla, anak Sarah yang sulung. Rindu pula rasanya pada keletah anak kecil itu.

“Tapi itu dah macam perkahwinan ala-ala zaman 60-an. Ada lagi orang sekarang yang ikut adat macam tu.”

Kata-kata Suraya memecah lamunannya. Segera dia kembali ke alam nyata sebelum bersuara. “Family aku macam tu.”

“Kalau tak bahagia macam mana?”

“Itu semua ketentuan Tuhan Sue. Kalau kau redha, benar-benar redha, insyaAllah kau akan jumpa juga kebahagiaan tu.” Betul ke? InsyaAllah. Aku sendiri pun berserah pada-Nya.

Suraya terdiam. Mungkin terkejut. Mungkin pelik. Tiba-tiba dia tersedar, seperti ada sesuatu yang menjentik fikirannya, dia memandang wajah Ayu.

“Maksudnya En Shahrul takde harapan lah.”

Ayu memandang tajam wajah Suraya. “Aku ingat, dah tak kan ada soalan lagi pasal En Shahrul.”

“Last question regarding him. En Shahrul takde harapan ke?”

“Takde.”

“Langsung langsung takde.”

“Sue…”

“Okey. Enough. No more word about him.”

Ayu mengangguk puas hati. Akhirnya dapat jugak dia membuatkan Suraya berhenti bercakap mengenai En Shahrul. Bukan untuk masa ini sahaja, tapi sampai bila-bila.






ps : Salam semua,
Salam Kak Haskandi...entri kali masih pasal ayu. huhu.. maaflah, tak berjaya lagi penuhi permintaan akak. Tapi, InsyaAllah, saya akan selitkan juga sedikit pasal asrul...
hopefully, ada idea yg datang..
~~SmILe~~

0 comments: