AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ayu Khamilia - Bab 24

Bab 24

Dia memanjat kesyukuran dalam hati. Alhamdulilah. Rahmat Tuhan kerana menghantar penyelamat padanya ketika itu. Pautan masih belum dilepaskan. Takut kalau-kalau dia terjatuh disitu. Hendak menjawab panggilan gerangan yang menegurnya tadi, rasa seperti tidak terdaya. Denyutan dikepala masih menjadi-jadi.

“Ayu, awak tak apa-apa ke?”

Suara itu semakin hampir. Betul-betul disebelahnya. Perlahan Ayu menoleh. Spontan dahinya berkerut. Ya Allah, kenapa dia?

“Kenapa ni? Muka awak pucat.” Suara En Shahrul kedengaran cemas.

“Tak ada apa-apa Encik Shah. Saya sakit kepala je.” Sakit kepala je. Je. Dalam kepala ni dah rasa macam ada bom jangka yang bakal meletup bila-bila, kau boleh cakap sakit kepala je, Ayu. Ayu menyumpah dalam hati.

“Awak nak pergi mana ni? Marilah saya hantar kan.”

“Tak apa encik. Saya sakit sikit je ni. Saya boleh balik sendiri.” Ayu, kenapa ego sangat ni. Nak berdiri tegak pun tak mampu, lagi ada hati nak balik sendiri. Dalam hati menyumpah lagi.

“Saya tengok awak nak berdiri pun tak boleh, macam mana nak balik. Nak naik apa ni. Naik bas? Naik cab?”

Ayu senyum tawar. Sakit dikepala masih tak berkurang. Dia tak ada hati nak beradu suara dengan sesiapa ketika itu.

“Marilah saya hantarkan. Hujan ni, susah nak dapat cab waktu macam ni.”

Ayu diam. Masih kaku disitu.

“Awak nak pergi klinik ke?”

Ayu menggeleng. “Tak. Sekejap lagi baik lah.” Dia menipu diri sendiri. Dalam keadaan denyutan yang seperti tiada tanda akan berkurang itu, dia sendiri sedia maklum sakitnya tidak akan berhenti dalam waktu yang terdekat ini. Hendak menyedapkan hati siapa dengan berkata begitu Ayu, hati Encik Shahrul yang kelihatan cemas dan risau itu atau hatinya sendiri yang mengharapkan keajaiban Tuhan agar sakitnya beransur pergi saat ini juga.

“Tak apa lah kalau awak tak nak pergi klinik. Awak nak balik mana? Saya hantar.” Dia membuka payung dan mengarah supaya Ayu berjalan seriringan dengannya.

Tapi Ayu diam kaku ditempatnya, tidak berganjak seperti tadi.

“Ayu, hujan semakin lebat. Lagi lama awak tunggu, lagi lah susah awak nak balik.”

Ayu, kalau ini penyelamat yang dihantar Tuhan untuk membantu ketika ini, kenapa hendak ego tidak kena tempat. Sudahnya dia mengangkat kaki bergerak masuk kedalam kereta Encik Shahrul yang diparkir betul-betul disebelah perhentian bas itu. Sekali lagi kepalanya ditimpa hujan yang turun, namun kebasahan yang dialami tidak seteruk tadi. Payung yang dihulur En shahrul sedikit sebanyak membantunya dari basah kuyup.

“Awak nak balik mana?”

“Klang. Encik turunkan saya kat mana-mana perhentian bas utama pun boleh. Saya boleh ambil cab.” Perhentian bas utama hanya ada satu sahaja di dalam kampusnya. Semua bas yang pergi ke KL berhenti disitu. Teksi juga lebih mudah didapati disitu berbanding depan kolej nya.
“Tak. Saya hantar awak terus ke Klang. Klang kat mana?”

Wajah Encik Shahrul disebelah dipandang sekilas. Malas hendak menyesakkan kepala yang sudah sedia sakit itu, Ayu tidak mahu fikir banyak. “Taman Intan Baiduri.” Suka hati lah. Malas sudah dia hendak menolak. Kemudian dia memejam mata. Cuba melawan sakit dikepala.

En Shahrul tenang meneruskan pemanduan. Tetapi ketenangannya ketika itu hanya terserlah diwajah, tidak di hati yang semakin banyak tanda tanya. Setahunya Ayu berasal dari Perak. Kenapa nak balik Klang. Rumah siapa?

“Rumah siapa?” Tanpa sedar soalan itu terkeluar dimulutnya.

“Rumah mak saudara.”

“Owh. Tak balik kampung ke?”

“Balik. Hujung minggu ni.” Kepala aku rasa macam dah nak pecah ni, dia lagi nak soal macam-macam. Ayu pejam mata, tangan kanan dibawa ke kepala, memicit-micit perlahan.

En Shahrul diam. Memberi ruang pada Ayu untuk bernafas dengan aman. Sampai di persimpangan taman yang disebut Ayu tadi, En Shahrul bersuara lagi. “Lorang berapa?”

Ayu tersedar dalam diamnya. Dia membuka mata. Hujan masih renyai-renyai. “Lorong lima. Rumah hujung sekali.”

Perlahan kereta yang dipandu menyusur masuk ke dalam kawasan rumah mewah dua tingkat itu.

“Terima kasih, encik Shah.” Dia keluar dari perut kereta itu. Sedaya upaya kakinya dihayun sebaik mungkin menuju ke muka pintu. Yang terbayang dikepalanya ketika ini hanya katil. Baru beberapa langkah menapak, tiba-tiba muncul Pn Saerah di muka pintu utama.

“Eh, Ayu. Mak ingatkan siapa yang datang tadi.”

“Mak, Ayu naik atas ya. Nak baring sekejap.” Selepas bersalaman dengan Pn Saerah, dia segera meminta diri.

“Kenapa ni? Tak sihat ke?” Wajah Pn Saerah sudah terserlah kerisauan.

Tak terdaya rasanya dia hendak menjawab soalan itu. Hanya senyuman yang dilemparkan dan dia mula mendaki anak tangga. Sebelum dia tumbang di lantai marmar rumah mewah ini, lebih baik dia tiba dibilik tidurnya secepat mungkin.


***

“Ayu!”

Sayup-sayup dia terdengar namanya dipanggil. Kepala dirasakan amat berat. Dengan susah payah dia cuba membuka mata. Wajah Pn Saerah menjelma di pandangan.

“Ayu, bangun nak.”

“Mak.” Saat matanya terbuka luas, bukan Pn Saerah sahaja yang berada disitu, tetapi En Ismail dan Asrul juga. Serba salah jadinya dia. “Pukul berapa dah ni mak. Lama ke Ayu tertidur.”

“Badan Ayu panas. Ayu demam.”

Rasa begitu susah hendak mencerna kata-kata Pn Saerah ketika itu. Yang dirasakan, kepala yang masih berat dan tubuh yang kesejukan. Dia terdiam sejenak seperti terlupa apa yang sudah berlaku. Otaknya seperti tidak dapat mentafsir. Demam? Oh. Aku kena hujan petang tadi, semasa hendak balik ke sini.

Tapi Abang Asrul, kenapa dia pun ada di sini? Bukan dia sepatutnya berada di Johor ke?

“Kita pergi klinik ya.”

Dia mencari wajah Pn Saerah. “Tak payah lah mak. Sikit je. Nanti baik lah.”

“Pergi klinik lah Ayu. Nanti takut melarat.” Pn Saerah memujuk lagi.

“Tak nak mak.” Nak angkat kepala pun tak larat, macam mana nak bawa tubuh badan pergi klinik.

“Biarlah Erah. Jangan paksa dia. Biar dia tidur dulu.” En Ismail bersuara.

Terima kasih Abah. Dalam hati dia bersuara.

“Tak apa lah kalau Ayu tak nak pergi klinik. Nanti sekejap lagi mak bawak kan bubur untuk Ayu.” Pn Saerah beredar dari bilik itu. En Ismail juga beredar dari situ.

“Ayu, ikut abang pergi klinik.” Asrul mengambil tempat yang ditinggalkan ibunya tadi.

“Ayu tak apa-apa. Demam biasa je.”

“Ayu, jangan degil.” Suara Asrul sudah mula kedengaran tegas.

“Abang, Ayu nak tidur sekejap je lagi.” Dia memandang wajah Asrul. Mengharapkan simpati lelaki itu. Tolong lah, Ayu tak larat sangat nak bertekak sekarang ni. Tolong lah jangan nak guna kuasa veto abang masa ni. “Please.”

“Makan bubur ni sikit Ayu, lepas ni makan ubat.” Pn Saerah tiba kembali disisi katil itu. Tangannya menatang dulang berisi semangkuk bubur nasi dan segelas air.

Baru dua suap menjamu bubur nasi itu, tekaknya terasa perit dan dia menolak mangkuk itu menjauhinya.

“Ayu, makan lah lagi sikit.”

Kepala digeleng perlahan.

Pn Saerah menarik nafas panjang. “Takpelah lah, nanti makan lagi ya.” Dipandang wajah Ayu yang pucat lesi. Anak saudaranya itu dah dianggap seperti anak sendiri. Dia mncapai pula dua biji panadol yang dibawa bersama atas dulang tadi. “Makan ubat ni.” Gelas berisi air pula dihulur.

Ayu hanya diam sambil menyambut, dan butiran ubat itu ditelan juga walau payah.


***

Dia tersedar tiba-tiba. Tekaknya terasa kering. Menoleh ke arah tingkap disisi, hari di luar sudah gelap gelita. Ayu bangun dari baringnya, dan apabila berpaling ke sisi katil, dia terkejut melihat Asrul yang tertidur atas kerusi di tepi katil itu. Hatinya jadi terharu tiba-tiba. Wajah Asrul ditatap lama.

Seperti menyedari ada seseorang yang memerhati, Asrul terjaga dari tidurnya. Pandangan matanya menjamu wajah Ayu.

“Kenapa abang tidur sini?”

“Sakit kepala lagi?”

Ayu geleng.

“Demam lagi?”

Spontan tangan kanannya menyentuh dahi. Panas ke? “Tak.” Ubat yang ditelan sebelum dia terlena tadi betul-betul memberi kesan.

“Betul ni?”

Dia mengangguk memberi kepastian sebelum tersedar sesuatu yang bermain di mindanya. “Bila abang balik?”

“Petang tadi.”

“Hari tu abang cakap tak balik minggu ni.”

“Mak cakap Ayu demam.”

“Oh.” Hanya itu yang mampu diucap. Keadaan otak masih dibawah separa sedar.

“Nak pergi mana ni?”

“Dapur. Haus lah.”

“Nak air apa?”

“Nak minum air kosong je.”

“Ayu tunggu sini, biar abang ambil kan.”

Ayu diam. Pandangannya menghantar pemergian Asrul keluar dari pintu bilik itu yang sememangnya terbuka luas sedari tadi. Kemudian mata berpaling pula pada muka jam di dinding. Satu empat puluh lima minit pagi. Beberapa ketika, Asrul muncul kembali sambil menatang satu gelas air. Gelas itu dihulur pada Ayu.

“Terima kasih.” Gelas yang dihulur dicapai. “Abang pergilah balik bilik abang. Ayu tak apa-apa.”
Asrul mengangguk. “Tidur lah balik.” Dan kemudian dia berlalu dari bilik itu, sebelum menarik rapat daun pintu.



6 comments:

Kak Sue said...

Baik sungguh hati Asrul...
kalau dah sayang lah...
Ayu buka lah pintu hatui untuk Asrul..

Kak Sue said...

Baik sungguh hati Asul...
Ayu sayangilah Asrul sepenuhnya

Kak Sue said...

Baik sungguh Asrul....
Ayu sayangilah Asrul...

Kak Sue said...

terbaikkk

MaY_LiN said...

alahai..asrul pun beli jiwa ayu la

MaY_LiN said...

alahai..asrul pun beli jiwa ayu la