AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ayu Khamilia - Bab 14

Bab 14


“Assalamualaikum..” Ayu menolak daun pintu. Eh, gelap. Suraya tak balik lagi ke? Suis lampu dipetik dan kaki melangkah masuk. Mana pulak pergi makcik ni. Sejurus kemudian terdengar pintu dibuka. Ayu menoleh.

“Assalamualaikum.. Dah lama kau sampai.” Suraya menutup kembali daun pintu, berlalu melintasinya, menanggalkan tudung dan duduk di hujung katil.

“Baru je. Kau pergi mana.”

“Pergi blok sebelah tadi. Pass lecture note statistic pada Gee. Dia nak pinjam.”

“Ooo…. Kau dah makan?”

“Dah. Eh, kau pergi mana ni. Dah malam baru balik.”

“Singgah rumah Mak saudara aku. Aku sms kau tadi kan.”

“Hmm… Yang kat Klang tu ke?”

“Ha’ah.”

“Ooo…” Suraya menghidupkan komputernya. “Ayu, esok kau pegi mana?”

“Takde plan lagi. Kenapa?”

“Jom pergi library nak? Aku nak cari bahan.”

“Okey. Shafik mana?”

“Dia pergi rumah abang dia.”

“Patutlah..”

“Apa?”

“Patut lah kau ajak aku. Kalau tak kau tu asyik berkepit dengan Shafik je.”

Suraya sengih. “Bukan macam tulah. Aku memang plan nak kau pun esok. Kalau Shafik takde hal pun, memang aku nak ajak kau teman aku.”

“Yelah lah tu.”

“Betul lah.. Ayu, aku takde apa-apa lah dengan Shafik tu.”

“Yelah Cik Suraya, aku nak pergi mandi ni.”


***

“Ayu, buku yang aku cari tu takde lah. Aduh…tensionnya aku macam ni.” Suraya menghempaskan badannya di kerusi berhadapan Ayu. Tangannya meraup muka.

“Kau dah check kat system?”

“Dah. Ada kat budak math.”

“Dah booking?”

“Booking pun tak guna Ayu, dah ada tiga orang lagi yang menunggu buku tu tau.”

“Cari buku lain lah macam tu”

“Tapi dalam buku tu yang banyak bahan yang aku nak.”

“Kalau macam tu kau booking jelah. Tak kisah lah ada empat orang ke lima orang ke yang menunggu. Nanti dapat jugak kat kau kan.”

Suraya mengeluh. “Aku pergi cari buku lain lah.” Dan dia bangun menuju ke rak-rak buku yang berderet disitu.



Dia membuang pandang. Melihat kereta yang memotong dari tepi. Tapi di kepalanya ketika itu, bukan pasal kereta yang memotong dari kiri itu tapi perselisihan yang terjadi antara mereka. Asrul masih diam membisu. Sejak keluar dari rumah Makuda Saerah tadi, tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulutnya. Masih marahkan dia mungkin. Ayu menarik nafas, dan menghela perlahan. Cuba menyusun ayat yang sesuai.

“Apa yang abang nampak masa kat Mid Valley tadi, bukan seperti apa yang abang fikir.” Ayu menoleh sekilas, harapnya dapat lah respon dari Asrul. Jangan lah buat diam macam tunggul macam ni. Susah rupanya nak pujuk lelaki merajuk.

“Apa yang abang fikir?”

Alhamdulillah. Nak pun bercakap pakcik nih. “Abang salah faham. Sungguh, masa Ayu keluar dari kolej tadi pagi, memang Ayu keluar sorang. Masa kat Mid Valley Ayu terserempak dengan En Shah tu.”

“Habis tu, macam mana boleh berjalan berdua pulak. Siap gelak ketawa lagi.”

“Sebab…”

“Sebab apa?”

“Sebab Ayu seorang, dan dia pun seorang. Jadi, apa salah nya kalau jalan sekali. Tapi masa tu Ayu dah nak balik dah.” Silapnya mungkin dia keluar seorang hari ini. Kalau lah dia ditemani Suraya, takde lah timbul salah faham macam ni.

“Ayu cakap tak salah?” Suara Asrul dah mula meninggi. “Ayu cakap kat abang, kalau seorang perempuan tu yang dah jadi tunangan orang, cuma menunggu masa je untuk disatukan, keluar dengan lelaki lain, yang dah tentu-tentu bukan muhrim. Tak salah ke tu? Cakap, tak salah buat perangai macam tu?”

“Tapi Ayu bukan keluar dengan dia.” Rasa sebak dah mula terasa di dada. “Sungguh.” Beratnya tuduhan Asrul. Dia sedar dirinya tunangan orang. Dan atas rasa kesedaran itulah, sejak dirinya diikat dengan hubungan yang dia sendiri tak rela dengan sepenuh hati tu, tak pernah terfikir pun dia hendak menjalinkan hubungan istimewa dengan lelaki lain walaupun ada yang menghulurkan salam perkenalaan. Tetapi malam ini, sampainya hati Asrul suka-suka menuduh dia buat perangai macam tu.

Asrul menarik nafas panjang dan dihela perlahan. Cuba menenangkan hati yang kian membara. Dia beristighfar berulang kali. Kenapa kesabarannya sering saja roboh apabila berhadapan dengan Ayu. Niatnya balik kesini untuk melepas rindu, tak sangka lain pulak yang jadi. Apabila akal kembali menguasai emosi, dia bersuara lagi. “Abang harapkan kejujuran Ayu.”

“Ayu memang selalu berlaku jujur dengan Abang.”

Asrul mengeluh. Jahatnya dia. Sesuka hati mengata Ayu begitu. Hatinya berbisik mustahil gadis sebaik Ayu akan mencari lelaki lain. Ntah kenapa emosinya menjadi-jadi hari ini.

Kereta diberhentikan di depan pondok guard Kolej 12. Bawah sinaran lampu yang terang benderang. Waktu malam selepas jam lapan, orang luar memang tidak dibenarkan masuk ke kawasan kolej. Cermin kereta diturunkan. Jangan nanti ada pula yang salah faham mereka berdua berkelakuan sumbang didalam kereta yang bertutup. Dia memandang ke luar.

“Abang tak percaya Ayu ke?” Ayu memandang wajah Asrul.

“Promise me, you won’t do that again!”

“Do what?”

“Ayu!!” Wajah Ayu disebelah direnung tajam. “Sengaja nak naikkan darah abang lagi ke?”

Ayu tersentak. Dahi dah mula berkerut. Bila masanya pulak aku sengaja nak naikkan darah dia ni. Aku salah cakap ke? “Abang.. Ayu minta maaf. Ayu janji tak kan keluar sorang-sorang lagi. Ayu janji tak kan tegur atau beramah mesra dengan sesiapa pun walaupun orang tu Ayu kenal. Ayu janji tak kan buat abang salah faham lagi.”

Terukir senyum halus di hujung bibir Asrul. Kepala diangguk perlahan. “Okey. Jangan sesekali buat lagi.”

“Tak.” Ayu angkat tangan kanan, seperti orang yang sedang membaca ikrar semasa perhimpunan.

Asrul mengukir senyum. Ikhlas dari hati.

“Boleh Ayu tanya satu perkara?”

“Hmm..” Asrul kembali memandang wajah Ayu. Kening dah terangkat sedikit.

“Kenapa abang balik tiba-tiba hari ni?” Satu soalan yang dari tadi asyik bermain dalam benaknya.

“Saja..nak jumpa Ayu.”

“Kenapa tak bagi tahu?”

Tiba-tiba Asrul ketawa kecil. “Ingat nak buat surprise, tapi abang pulak yang dapat surprise.”

Ayu turut ketawa halus. “Sorry bang.” Faham apa surprise yang dimaksudkan.

“Bila abang dah letak Ayu dalam hati abang, abang harap ianya akan kekal disitu, sampai bila-bila. Dan abang tak nak ada apa-apa yang mengganggu kedudukan nya disitu. Jadi, boleh tak janji supaya kedudukannya akan terus kekal disitu.”

Ayu diam. Apa yang Asrul cuba sampaikan. Adakah dirinya sudah bertakhtah dihati Asrul. Namun dalam diam dia melirik senyum. Kalaulah itu benar, sesungguhnya dia bahagia.

“Ayu..” Wajah Ayu dipandang.

Ayu hanya mengangguk perlahan, sambil senyuman masih dibibir. Tak perlu berkata-kata, anggaplah anggukkan itu satu janji darinya.



Tanpa sedar senyum nipis terukir dihujung bibir. Kenangan malam tadi sangat bermakna.
Kata-kata Asrul bagai membawa isyarat, dirinya disayangi. Sungguh kah?

“Nasib baik jumpa buku ni.”

Ayu tersentak. Terkejut dengan teguran Suraya itu. Hilang terus senyum yang terukir. Wajah Asrul juga terbang pergi. Dia memandang Suraya.

“Kau ni berangan ke?” Suraya menegur.

“Tak de lah.”

“Habis tu kenapa terkejut”

“Tak de apa lah. Kau nih…”

“Kau pikir apa ni Ayu. Baik kau cakap.”

“Aku tak pikir apa-apa lah. Kau ni kan.”

“Alah…Sudah lah Ayu. Aku kenal kau bukannya sehari dua, dah bertahun-tahun. Aku kenal sangat riak muka kau tu.”

Ayu angkat kening. “Riak muka aku yang macam mana?”

“Riak muka kau yang cuba nak sembunyikan sesuatu dari aku.”

“Ada-ada je lah kau ni Sue..”

“Betul kan…”

Ayu diam. Malas nak melayan bebelan Suraya. Earphone MP3 disumbat ke telinga. Lagu When You Tell Me That You Love Me nyanyian Diana Rose berkumandang. Spontan senyum nipis tersungging di hujung bibir. Terasa seperti diri dibawa terbang ke langit luas menyusuri pelangi indah. Memanglah Asrul tidak mengatakannya, tapi tak tahu kenapa dia dapat rasa kebahagiaan itu.

Tapi sesaat cuma, apabila tersedar pandangan Suraya yang mencurigakan itu menusuk masuk ke dalam anak matanya, Ayu kembali tekun mengadap buku rujukan depan mata.

Suraya dihadapannya pula menjeling dengan pandangan tak puas hati bercampur curiga. Makcik ni mesti nak sorok apa-apa dari aku ni. Namun tangannya menyelak juga buku yang baru dijumpainya itu.






p/s: Salam Semua,
Ayu Khamilia 14......Buah tangan buat semua untuk cuti hujung minggu... I will be on leave for long weekend...holiday in Langkawi.. hehe...Bestnyer.... :)

Luv,
~~AriSSa~~

1 comments:

hasna said...

geram sungguh dengan asrul tu....