AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Salam Buat Cahaya

Salam Cahaya,
Apa khabar kau sekarang. Aku doakan kesejahteraan kau disamping suami dan anak-anak. Lamanya aku tak dengar berita dari kau. Lama jugak kau menyepikan diri dari aku. Takpe, Cahaya..aku tak kisah. Aku tak pernah ambil hati dengan kau.

Cahaya,
Kalau kau masih ingat pertemuan kita tujuh tahun lepas, pertemuan pertama yang menjalinkan hubungan persahabatan. Kau dan aku ditempatkan dalam bilik yang sama di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, B02/023. Aku pelik bila kau perkenalkan diri kau Cahaya Fatihah Abdul Rahman. Dalam kepala aku ketika itu, ‘ada ke orang nama cahaya?’. Tapi kau pantas je menangkap apa yang bersarang dalam kepala aku, dan kau jawab ‘Ibu aku yang pilih nama tu, maksudnya sama lah macam NurFatihah. Cuma nak nampak lain sikit, ibu aku letak Cahaya Fatihah. Nur tu kan bawak maksud cahaya.’ Aku hanya senyum kecil dengar penjelasan dari kau. Dan selepas itu kita jadi rapat macam dah kenal sejak kecil. Kebetulan kelas kita pun banyak yang sama, lagi lah persahabatan kau dan aku jadi macam belangkas. Kat mana ada kau, mesti ada aku. Kat mana ada aku, mesti ada kau.

Cahaya,
Kau ingat tak masa tamat semester dua, masa ibu bapa datang nak ambil kita, aku sempat berkenalan dengan adik-adik kau. Bahagianya aku tengok kau adik-beradik. Aku anak tunggal, Aku takde kakak, takde abang ataupun adik. Tapi kau faham je perasaan aku waktu tu, dan kau layan aku macam aku ni adik kau jugak. Terima kasih Cahaya, kau buat aku rasa macam aku ada seorang kakak.

Cahaya,
Masa kita semester tiga, aku berkenalan dengan seorang pelajar dari kelas akaun..dia sebaya dengan kita. Aku selalu nampak dia kat library dan senyap-senyap aku mula menaruh minat kat dia. Nasib aku baik tau Cahaya, dia menghulurkan salam perkenalan dengan aku. Bahagianya aku rasa saat tu. Tapi silap aku, aku rahsiakan perkara ini dari kau. Aku tak cerita kat kau satu benda pun pasal dia sebab aku tau kau tak suka kita terlibat dengan kisah-kisah cinta remaja ni. Banyak kali kau cakap kat aku benda-benda macam tu akan melalaikan kita dari pelajaran. Aku ingat Cahaya. Aku tak pernah lupa. Dan sepanjang persabahatan aku dengan Imran, aku tak pernah abaikan pelajaran aku, malah Imran juga selalu meniupkan semangat pada aku.

Cahaya,
Masa kita masuk semester empat, kau bagitau aku yang kau minat kat seoarang pelajar ni. Kau mintak tolong aku kenalkan kau dengan dia. Bila aku tanya siapa, kau jawab Imran, pelajar kelas akaun II. Aku terkejut sangat waktu tu Cahaya, tapi aku tetap rahsiakan dari kau. Kau kawan baik aku, aku sayang kau sebagai sahabat aku, jadi sebagai sahabat juga aku tolong perkenalkan kau dengan Imran. Malam tu aku tengok kau happy sangat. Kau cakap Imran pun suka kat kau. Aku diam je. Aku dengar jer cerita kau sepanjang malam tu. Aku tak larang pun berkawan dengan Imran, walaupun sebelum ni kau banyak kali larang aku bila ada pelajar lelaki yang nak berkawan dengan aku. Cahaya, minggu berikutnya aku putuskan hubungan dengan Imran. Aku sedih sangat. Dua tiga malam aku menangis sorang-sorang. Tapi aku tak kisah, sebab kalau betul Imran pun suka kat kau, aku tau kau boleh bahagiakan dia. Aku lebih sayang persahabatan kita, Cahaya. Aku sanggup korbankan hati aku demi sahabat seperti kau. Aku tak menyesal dengan tindakan aku.

Cahaya,
Kau ingat tak seminggu sebelum kita exam akhir sem, kau balik ke bilik dalam keadaan marah-marah. Bila aku tanya kenapa, kau cakap Imran tipu kau, kau cakap Imran main-mainkan perasaan kau. Aku diam jer. Esoknya, Imran datang jumpa aku lepas lab Kimia. Dia cakap yang sebenarnya kau salah faham dengan kebaikkan dia. Cahaya, Imran tak pernah pun kata yang dia suka kan kau. Kau je yang salah faham, Imran terima kau sebagai seorang sahabat, tak lebih dari tu. Imran sendiri yang mengaku dia layan kau dengan baik sebab kau kawan aku. Aku terkedu waktu tu, aku tak tau macam mana nak betulkan balik keadaan. Aku sedar aku tak boleh paksa orang yang kita suka untuk terima kita. Walaupun aku dah tarik diri dari hidup Imran, tapi aku tak boleh paksa Imran untuk terima kau. Tapi kau macam tak boleh terima kenyataan, kau marah-marah, kau tuduh Imran saja nak main-mainkan kau.

Akhirnya kisah tu berlalu begitu sahaja. Bila kita duduki exam akhir, masing-masing sibuk tumpukan perhatian dalam peperiksaan. Syukur Alhamdulillah, kisah itu tak merosakkan keputusan peperiksaan kita. Kau masih maintain dengan 4.00 pointer kau. Dan aku masih dengan anugerah dekan aku.

Cahaya,
Melangkah ke alam universiti, belajar bergelar mahasiswa, tanggungjawab kita semakin berat. Tapi aku bersyukur kita masih ditempatkan di unversiti yang sama, malah kolej kediaman yang sama dan blok yang sama juga, cuma aras yang berbeza. Aku di aras lima, dan kau di aras empat. Tapi itu tak menghalang untuk kita teruskan keakraban kita. Pantang ada waktu yang terluang, mesti kau akan datang bertandang ke bilik aku, ada sahaja cerita yang kau nak kongsi dengan aku. Kisah coursemate kau yang tersilap kuliah, kisah kau dan kawan-kawan kau yang tersalah masuk lab, kisah lecturer kau yang mengajar bercakap dengan whiteboard jer. Hahaha, tak pernah lagi aku dengar ada lecturer yang malu nak mengadap anak murid sendiri, sampai kan tiap kali kuliah, lecturer tu syok sendiri dengan whiteboard. Setiap kali malam khamis kau akan datang ke bilik aku membebel-bebel pasal lecturer kau yang sorang tu, ayat yang sama kau ulang ‘sampai sekarang aku tak paham macam mana dia boleh jadi lecturer’. Cahaya, persahabatan kita waktu tu masih indah.

Cahaya,
Kau ingat lagi tak hujung tahun pertama, kita join kem binadiri, anjuran Persatuan Mahasiswa. Aku yang beria ajak kau ikut sama. Tapi kau pun excited gak waktu tu. Kononnya nak releasekan tension. Kita camping kat Batu Hampar, Johor. Kau ingat tak masa aktiviti burung hantu, aku dengan kau kena jalan dari checkpoint 1 sampai ckeckpoint 10. Satu-satunya benda yang kita bawak ialah lampu suluh, itupun dibenarkan sebab malam tu bulan tak terang. Takutnya aku malam tu, tuhan je yang tahu. Tapi kau, aku tengok kau steady jer. Aku tau sebenarnya kau pun takut jugak, tapi kau cuba kuatkan semangat. Tiba kat checkpoint 6, kau menjerit bila ternampak benda putih atas pokok. Kalau kau yang nampak macam steady boleh menjerit kuat bila tengok benda macam tu, aku yang sememangnya penakut ni lagi lah. Sudahnya kita berdua tak tamatkan aktiviti tu. Keesokkan paginya, bila sedar, aku kat atas katil dalam khemah bulan sabit merah. Khemah yang dikhususkan untuk peserta yang jatuh sakit. Aku tengok kau kat sebelah aku. Rupanya kita berdua pengsan malam tu. Dan rupa-rupanya benda yang kita nampak atas pokok tu adalah bantal yang diorang sengaja letak untuk takut-takutkan kita. Hahaha….malunya bila ingat kisah tu balik.

Cahaya,
Masuk tahun kedua, semester keempat, kita dah mula kurang berhubung. Aku faham kau makin sibuk dengan tugasan kau. Aku pun sibuk dengan tugas aku, nak kejar kuliah, lab, assignment, tutorial, projek, exam dan aktiviti kolej. Semuanya nak kena buat. Kau dah jarang berkunjung ke bilik aku. Bila aku pergi bilik kau, roommate kau selalu cakap kau takde. Aku pun sibuk jugak, tapi aku tak paham apa yang menyebabkan kau tersangat sibuk. Dua minggu sebelum semester break, aku dapat berita yang kau tengah hangat bercinta dengan penyandang pengerusi persatuan mahasiswa kolej. Owhh…patutlah. Sekarang aku faham, apa yang menyebabkan 24 jam bagai tak cukup untuk kau. Aku tak terkilan sebab kau sembunyikan perkara itu pada aku. Malah aku tumpang bahagia andai engkau bahagia.

Cahaya,
Semester lima, menyaksikan kisah percintaan kau dengan Haris hangat diperkatakan. Engkau dah semakin jauh meninggalkan aku. Aku lihat kau lebih selesa menghabiskan masa dengan Haris, ke kafe pun kau dengan dia, ke library pun kau dengan dia, keluar outing pun kau hanya keluar dengan dia. Aku tak tau apa salah aku, kau semakin menjauhkan diri dari aku. Bila ada peluang, aku ajukan soalan tu pada kau, dan kau jawab.. ‘aku tak nak kau halang hubungan aku dengan Haris, macam mana kau halang hubungan aku dengan Imran dulu’ Astagfirullahalazim….mengucap panjang aku dengar kau jawab macam tu. Cahaya, demi Tuhan, aku tak pernah ada niat nak halang hubungan kau dengan sapa-sapa. Aku ingatkan bila kita semakin dewasa, engkau semakin matang menilai persahabatan dan perhubungan, tapi rupanya engkau tak pernah menghargai sahabat engkau sendiri.

Cahaya,
Malam tu aku turun ke pejabat mahasiswa kolej dengan Shiqin, coursemate aku. Shiqin nak buat permohonan untuk tukar bilik. Aku hanya temankan dia sebab aku kenal dengan Zakiah, exco kebajikan mahasiswa, jadi senanglah sikit Shiqin nak buat permohonan tu. Tapi malangnya bila kitaorang sampai kat pejabat, Zakiah takde kat situ, yang ada cuma Lisa, Haris dan Wai Ken. Masa Shiqin ikut Lisa masuk dalam bilik Pn Roslin untuk semak rekod penempatan mahasiswa, Wai Ken pula keluar untuk beli makanan malam, tinggal aku dengan Haris kat situ. Esoknya, tak tau makhluk tuhan mana yang bawak cerita, tiba-tiba tersebar berita aku ber 'dating' dengan Haris dalam pejabat mahasiswa. Dan malam tu, kau datang bilik aku marah-marah. Kau tampar muka aku, kau tuduh aku nak rampas kekasih kau, kau cakap aku tak sedar diri, kau tuduh aku tak tau malu dan macam-macam lagi kau tuduh aku. Kau langsung tak bagi aku peluang untuk bela diri. Kau langsung tak nak dengar penjelasan dari aku. Sedihnya aku rasa waktu tu, kawan baik aku sendiri tak percaya dengan aku. Shiqin yang menenangkan aku malam tu.

Cahaya,
Semester enam, kau semakin melupakan aku. Aku kehilangan seorang kawan. Takpe Cahaya, aku tak kisah, pergilah kau cari teman lain yang boleh jadi teman baik kau dunia akhirat. Walaupun tanpa engkau, aku masih dikelilingi teman-teman baik yang lain, yang masih tahu menghargai erti sebuah persahabatan. Hanya kerana seorang lelaki engkau buang aku sebagai kawan kau. Majlis konvokesyen di universiti, aku lihat engkau gembira dengan teman-teman engkau. Aku ketepikan rasa sedih dihati aku, aku mengatur juga langkah kaki bertemu kau untuk ucapkan tahniah, tapi kau palingkan muka dan terus berlalu pergi. Sampai hati kau Cahaya. Mudahnya kau meletakkan noktah dalam persahabatan kita.

Cahaya,
Dah lama kita tinggalkan alam universiti. Apa yang kau buat sekarang. Kau tinggal dimana. Hujung tahun lepas aku dapat berita dari Dila, roommate kau dulu, yang kau dah mendirikan rumahtangga. Tahniah aku ucapkan. Aku doakan kau bahagia.

Cahaya,
Aku sakit. Lima bulan lepas aku disahkan mengidap barah otak. Hayat aku dah tak lama. Teman aku kini hanya ubat. Bila sakit kepala aku menyerang, sakitnya tak terkata. Aku lebih rela nyawa aku diambil daripada aku menderita kesakitan. Cahaya, aku rindukan kau. Aku teringin sangat bertemu dengan kau sebelum aku menutup mata. Sehingga ke saat ini, aku tak pernah lupakan kau. Andai ada salah silap aku pada kau, aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Yang benar,
Lily Amiera Majid



Kepingan-kepingan surat itu dilipat perlahan. Tanpa sedar titis-titis mutiara menitik dari tubir mata. Kejamnya dia gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sahabat. Penyesalan mula merajai hati. Perlahan dia menoleh ke meja kecil ditepi dinding. Gambar Lily tersenyum ceria memegang ijazahnya. Waktu itu dia hanya bergembira bersama teman-teman yang lain. Cahaya tersentak apabila terasa ada tangan yang menyentuh bahu. Kepalanya diangkat memandang wajah Pn Aliah. Belakang tapak tangan kanan mengesat hujung mata yang berair. Bibir diukir senyum segaris.

“Lily pesan kat makcik mintak serahkan surat tu pada Cahaya. Dia yakin sangat yang Cahaya akan datang sini cari dia.”

Cahaya masih tersenyum. “Dah tiga malam makcik, saya asyik mimpikan dia. Hati saya tak sedap, sebab tu saya datang sini. Ingatkan dapat jumpa dia.” Dia menarik nafas panjang. “Bila dia pergi makcik?”

“Dua bulan sudah. Dah lama Lily menderita. Sedih makcik tengok keadaan dia. Hari jumaat lepas subuh, dia menghembuskan nafas terakhir.” Tenang Pn Aliah bersuara menahan sebak didada.

Cahaya menahan sendu. Laju airmatanya mengalir dipipi. Wajah-wajah Lily satu persatu terlintas diingatan.

2 comments:

ieyna_cute said...

best...
kalau detailkan lagi kisah lily yg menderita barah otak tu mungkin akan lebih touching.

uyunadhwa said...

sgt sedey.