AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Chempaka Aleeya - Bab 2

Bab 2

“Maaflah kalau ibu saya tadi banyak tanya pulak. Maaflah kalau dia buat awak rasa kurang selesa. Sebenarnya saya pun tak sangka dia akan soal macam-macam.”
“Takpe. Awak pun, dah tahu nak jumpa ibu dengan adik awak, kenapa ajak saya keluar jugak?”
Amir ketawa kecil. “Kebetulan diorang baru sampai, dan kita pulak nak keluar makan..so makan lah sekali. Sambil tu boleh kenal-kenal.” Goreng Amir, goreng jangan tak goreng.
Aleeya diam, pandangannya dihalakan keluar tingkap, mencari kebenaran disebalik kata-kata Amir. Boleh percaya ke alasan dia ni?
Melihat Aleeya yang tidak yakin dengan alasan yang diberi, Amir menyambung bicara. “Kalau saya cakap ibu saya yg nak jumpa awak, awak nak ke jumpa dia?”
Dan sepantas mungkin Aleeya berpaling menatap wajah Amir. Dahinya berkerut. Namun Amir tenang sahaja meneruskan pemanduan, hanya sekali dia berpaling membalas pandangan Aleeya. “Kenapa pula ibu awak nak jumpa saya?”
“Saya cakap kalau.. kalau lah ibu saya yang jumpa awak, awak nak ke jumpa dengan dia?” Amir mengulangi kembali soalannya tadi.
“Dah ibu awak nak jumpa saya, jumpa je lah, kenapa saya nak elak pulak.”
“Tak takut ke?” Amir menduga.
“Nak takut apa? Tak kan lah saya nak menyombong pulak dengan ibu awak.” Aleeya menyembunyikan kekusutan di fikirannya. Teringat dia kembali macam mana dia terkejut bila diperkenalkan dengan Ibu Amir.
“Amboi.. Confident nya menjawab. So, bulan mac nanti bolehlah ikut saya balik kampung ya?”
“Eh..bila pulak saya cakap saya nak ikut awak balik kampung awak.”
“Eh..eh, tadi bukan awak dah janji dengan ibu saya ke. Dan kalau awak perasan, ibu saya memang menaruh harapan supaya awak dapat balik kampung dengan saya.”
“Hello cik abang. Rasanya saya tak berjanji apa-apa dengan ibu awak ya. Saya cakap tadi Insyaallah kalau ada rezki, kalau ada kesempatan, boleh lah saya ke sana.”
“Haha…” Lepas ketawa Amir. Buah hati aku nilah, tadi bukan main beria berani jumpa mak aku, tapi bila ajak balik kampung taknak pulak.
“Kenapa awak ketawa ni?” Aleeya menjeling geram. Melihat gelagat Amir seperti mempermainkan dia sahaja lagaknya.
“Sorry, sorry.” Tangan kirinya diangkat seperti pesalah menyerah diri. Amir meredakan tawanya bila melihat wajah Aleeya sudah merah mencuka. Mungkin menahan marah padanya. “Sorry, tak sengaja. Awak ada nak kemana-mana lagi ke?”
“Tak. Hantar saya balik boleh”
“Lah, merajuk ke?”
“Nak merajuk apanya. Takdelah. Cuma saya tak rasa nak pegi mana-mana, so saya nak balik. Boleh hantar saya balik?”
“Boleh, sayang.”
Aleeya menoleh memandang wajah Amir. Sesaat cuma. Kemudian cepat-cepat dia berpaling. Ada getar di dadanya mendengar perkataan sayang dari bibir Amir untuknya, ada rasa bahagia menjalar dihatinya mendengarkan ungkapan itu, namun segera dia menidakkan rasa itu, dilemparkan pandangan jauh ke luar. Mana mungkin dia dia boleh menaruh kasih pada sahabatnya sendiri. Mana mungkin dia menaruh hati pada teman baiknya sendiri sedangkan Amir sendiri hanya mengangapnya teman. Sekadar teman biasa, teman baik katanya. Perbualan antara mereka berdua beberapa bulan lalu kembali memenuhi ruang ingatannya.
“Aleeya, tengok lah gambar ni..lawa tak. Nama dia Marisha. Tengku Marisha Sofea. Cantik kan nama dia, secantik orangnya” Amir menunjukkan sekeping gambar dia bersama seorang wanita. Bersungguh-sungguh dia mahu Aleeya melihat gambar tersebut. Mahu tak mahu Aleeya menarik gambar diatas meja kecil itu dan diteliti wanita yg beria-ria dikatakan cantik oleh Amir. Memang cantik wanita tersebut, berkebaya merah dan beselendang hitam manakala Amir pula berbaju melayu merah hati. Nampak secocok sahaja mereka berdua bergambar semasa majlis sambutan raya syarikat Amir. “Awak rasa macam mana, cantik tak?”
“Hmm..cantik. Siapa ni?” Aleeya menolak kembali gambar itu ke hadapan Amir.
Amir mengambil gambar itu sambil mulutnya tidak berhenti dari mengukir senyuman. “Dia ni staf cawangan JB. Ini first time saya jumpe dia. She got a good personality, you know. She charming, peramah dan yg paling utama dia ada senyuman yg paling manis.” Menggunung pujian Amir pada wanita yg baru dikenalinya itu.
“Amboi, melampaunya awak puji dia. Kenapa ni? Jatuh cinta pandang pertama?”
Amir tersengih, fikirannya melayang mengingati kembali pertemuan dia dengan wanita cantik itu. “I don’t know but I think so” sengihannya makin panjang.
Aleeya terdiam. Tak tahu kenapa tiba-tiba hatinya jadi sedih, kecewa dan pilu. Kenapa dia perlu berperasaan sebegitu, dia sendiri tidak pasti. Sedih mendengar Amir jatuh hati pada wanita lain. Kecewa mengetahui temannya itu menaruh hati bukan padanya. Pilu mendengar jejaka pujaan memuji wanita lain dihapadannya. “So, kenapa awak cerita dengan saya ni?”
“Laa..awak kan teman baik saya, mestilah saya nak beritahu berita gembira ni kat awak dulu. Apa pendapat awak? Cantik tak?”
Teman baik? Sekadar teman baik? Setahun lebih dia berkawan rapat dengan Amir. Kemana sahaja pergi bersama macam belangkas dan hubungan ini hanya dinamakan sebagai teman baik? Hancur luluh hati Aleeya. “Hmm..cantik. Tapi kalau harap cantik je, boleh jamin bahagia ke? Awak baru je jumpe dia sekali Mir. Macam mana awak boleh yakin sangat yg dia pun akan suka kat awak.”
“Aleeya, when first time I look at her, I know that she was made for me. Saya dapat rasa yg dia ni memang ditakdirkan untuk saya. Menjawab soalan awak tadi, memang lah cantik saja tak cukup untuk menjamin bahagia tapi soalnya disini saya yakin yg dia memang dicipta untuk saya. Insyaallah saya akan bahagia dengan dia. You don’t have to worry.”
Bagai ada duri yang menusuk hati Aleeya ketika ini mendengarkan kata-kata Amir. Bagai ada panah yang menembusi hatinya lalu hatinya hancur berkecai seribu. Terus dia memalingkan mukanya ke arah lain. Hampir saja airmatanya menitis. ‘Hai hati, bawak bersabar’
“Kenapa awak ni Leeya?” Amir menegur bila melihat wajah Aleeya berubah.
“Eh…takde apa. Rasa pening tiba-tiba. Panas sangat hari ni.”

“Aleeya, termenung lagi.”
Aleeya kembali tersedar ke alam nyata. Tiba-tiba perasaan yg dirasakannya hampir dua bulan yg lalu kembali terasa. Hatinya tiba-tiba sayu. Bagai semalam hatinya hancur berkecai. Dia berpaling sekilas memandang Amir sebelum pandangannya dibawa kehadapan menghadap jalan raya yang penuh sesak dengan kenderaan.
“Awak ni kenapa Leeya. Marah dengan saya ke?” Amir menegur lagi.
“Takde apa-apalah.”
“Betul ke ni. Kenapa saya tengok awak ni lain macam je.” Amir menduga lagi.
“Betul. Takde apa-apa.”
“Kalau ada apa-apa nanti call saya.” Sempat Amir berpesan setelah memberhentikan keretanya betul-betul dihadapan rumah sewa Aleeya. Kenapa pulak dia ni? Tiba-tiba je monyok. Susah betul aku nak faham dengan perangai orang perempuan ni. Hanya pandangannya yang dilontar menghantar pemergian Aleeya.
“Hmm..Ok. Thanks for the lunch.” Tanpa menoleh Aleeya terus sahaja melangkah masuk. Membuka pintu pagar, perodua kelisa merah Salina damai terparkir di sebelah Persona miliknya. Kakinya diatur melangkah kedalam rumah.

0 comments: