AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Chempaka Aleeya - Bab 17

:: Bab 17 - END ::

“Gementar lah kak.”
“Laa…relaks lah. Takde apa lah.” Aleeya mencapai tangan Anna. Ya Allah, sejuknya. Takut sangat ke budak ni.
“Diorang tengah bincang apa kat depan tu kak.”
“Ntah lah Anna. Akak tak dengar sangat.” Memang tak dengar pun apa yang dibincangkan oleh kedua-dua keluarga diluar tu. Tambah pulak bilik itu terletak jauh sikit dari ruang tamu. Dalam bilik ketika itu hanya Anna yang telah siap didandan cantik menunggu cincin disarung oleh bakal mertua dan dirinya yang menemani bakal adik ipar.
“Nanti diorang masuk bilik kan nak sarung cincin?” Wajah Aleleya dipandang lagi.
“Kalau tak silap tadi ibu Anna cakap macam tu lah. Ibu Azlan akan masuk sini nanti.” Aleeya tersenyum memandang wajah Anna. Tangan Anna diusap perlahan. “Kenapa sejuk sangat ni. Tak payah lah takut sangat. Ibu dia nak sarung cincin je.” Cuba meredakan sedikit rasa gementar dihati gadis itu.
Serentak Anna ketawa perlahan. Cuba menutup gusar dihati mungkin. “Ntah lah kak, rasa berdebar semacam je.” Tisu ditangan diusap perlahan didahi. Kipas yang berpusing laju tak mampu menghilangkan debar dihati. “Akak dulu tak berdebar ke?” Dipandang lembut wajah Aleeya disebelah.
Aleeya pula ketawa kecil. Mengimbas kembali detik ikatan hubungannya dengan Amir. Maunya tak berdebar. Salina dengan Maisara yang menemaninya ketika itu pun turut terkena tempiasnya. Apapun, syukur yang tak terhingga kerana urusannya dipermudahkan. Semua berjalan lancar.


“Kamu pasti ke dengan keputusan kamu ni.” Tenang mak bertanyakan keputusannya. Lewat petang itu hanya mereka bertiga diruang tamu. Anissa masih belum pulang dari rumah kawannya. Hafez pula semakin sibuk dengan kuliahnya.
“InsyaAllah mak. Dia pilihan Leeya. InsyaAllah Leeya boleh bahagia dengan dia.”
Mak menarik nafas perlahan. Abah tenang meneguk kopi. “Kalau dah macam tu kata kamu, suruhlah dia bawak keluarga dia datang rumah.” Tenang juga abah bersuara.
Aleeya mengganguk perlahan. “Hujung minggu ni memang dia nak datang sini, jumpa mak dengan abah.”
Mak mengangguk. Abah diam.
“Mak..” terdiam sekejap. Macam mana nak cakap ya. “Pasal Idzuwan…”
“Tak payah lah kamu risau pasal Idzuwan. Nanti tahu lah kami bercakap dengan Pakcik Zahar tu.” Sebelum sempat dia menghabiskan ayat, abah lebih dulu menyelesaikan kekusutan.
“Harapnya mereka faham lah. Kita pun tak pernah berjanji apa-apa.” Mak pula menyambung.
Alhamdulillah, mak boleh terima keputusannya dengan Amir bukan Idzuwan. Dan mak dengan abah juga sanggup berdepan menerangkan keadaan yang sebenar pada Pakcik Zahar dan Makcik Ani. Tapi tak sedap pulak kalau mak dengan abah je yang bersemuka dengan mak ayah Idzuwan. Sudahnya malam itu, dia mencemar duli memberanikan diri mendail nombor telefon lelaki itu. Dan Alhamdulillah, Idzuwan juga faham akan keputusannya.
“Minta maaf lah rancangan ibu bapa kita tak kesampaian.”
Terdengar ketawa kecil di hujung talian. “Kenapa pulak awak nak minta maaf. Tak perlu. Kita pun baru je berkenalan kan. Tak jauh lagi pun hubungan tu.”
“Hmm… minta maaf kalau saya kecewa kan awak” tak tahu kenapa dia perlu menanggung rasa bersalah ni.
Lagi terdengar ketawa Idzuwan di sana. “Leeya, apa awak cakap ni. Saya tak kecewa pun. Pasangan hidup saya bukan awak. Ada orang lain diluar sana.”
“Ya. Ada yang lebih baik untuk awak.”
“Yup. Kita kena percaya tu. So, mungkin kita boleh berkawan kan.”
“Sure.”
“Nanti bila buat kenduri jangan lupa pulak jemput saya.”
“InsyaAllah.”


Dan seminggu selepas itu, rombongan Amir datang merisik. Alhamduliilah, mak dan abah beul-betul senang dengan Amir. Dan minggu depannya sekali lagi rombongan yang sama datang membawa cincin tunang. Majlis pertunangannya ringkas sahaja kerana masa yang ada untuk membuat persiapan tidak begitu mengizinkan, tapi syukurlah semua berjalan sempurna. Rupanya Amir telah membuat persiapan dari awal, cuma tunggu masa untuk melamarnya sahaja. Dan dipihak dia, mak dah buat persiapan serba sedikit untuk majlis pertunangannya dengan Idzuwan. Cuma majlis tersebut bukan pertunangannya dengan Idzuwan tapi dengan Amir.
“Takpa lah mak, majlis ni masih majlis pertunangan Leeya kan.” Mak senyum bila dia berkata begitu saat membantu mak menyusun sihir dalam tepak sihir sehari sebelum majlis bersejarah tu berlangsung. “Mak marah leeya ke tak dapat nak berbesan dengan Makcik Ani.” Aleeya bersuara lagi bila melihat mak hanya berdiam.
“Apa benda kamu mengarut ni leeya. Kenapa pulak mak nak marah kamu.”
“Yelah..mungkin sebab mak kecewa ke Idzuwan tak jadi menantu mak.”
“Leeya, kan mak pernah cakap dengan kamu dulu. Mak tak kisah pun sapa pilihan kamu. Kalau kamu boleh bahagia dengan Amir, mak doakan kamu bahagia sepanjang hayat kamu.”
“Terima kasih mak.”


“Ibu doakan Leeya bahagia dengan anak ibu.” Wajah lembut Pn Mastura, ibu Amir menyapanya selepas cincin disarung dijari manis. Kemudian kedua-dua belah pipinya dikucup perlahan. Aleeya tersenyum bahagia. Semoga doa ibu termakbul. Dan kemudian,
“Tahniah, Kak Leeya. Welcome to our family.” Anna pula memeluknya erat. Senyuman ceria terukir di wajah gadis itu.


Petangnya selepas rombongan lelaki berangkat pulang, semasa Aleeya membantu membersihkan dapur. Tarmizi datang menghampiri,
“That guy…yang kita jumpa kat sogo hari tu kan?”
Tercetus tawa Aleeya sebelum kepala diangguk mengiakan.
“Hmm…betul lah kau ada apa-apa dengan dia. Hari tu aku tanya beria-ia kau cakap takde apa-apa.”
“Sebelum ni aku memang takde apa-apa lah dengan dia. Kawan biasa je.”
Tarmizi diam berpeluk tubuh sambil bersandar ditepi sinki.
“Kau ni kenapa? Marah kat aku tak terima kawan kau eh?”
“Takde lah marah. Aku takde hak kan nak tentukan kau dengan siapa.”
“Betul. Dah tu, kenapa yang muka tu semacam je.”
Diam lagi.
“Mizi, soal hati dan perasan. Soal kasih dan sayang tak boleh nak diaturkan. Tak boleh nak ditentukan dengan siapa kau kena jatuh cinta, dengan siapa kau kena sayang. Benda tu semua datang dengan sendiri. Kau tak sedar pun. Aku dah cuba nak terima kawan kau tu, tapi hati aku kat orang lain. Kahwin bukan hal main-main, Mizi. Kau kena hidup dengan dia sampai mati. Aku rasa macam aku tipu diri aku sendiri kalau aku pilih Idzuwan. Kau faham tak.” Panjang lebar dia menerangkan.
“Aku faham lah Leeya. Aku tak terkilan pun. Idzuwan pun faham.”
“Habis, apa lagi yang kau tak puas hati ni?”
Nafas ditarik dan dihela perlahan. Tak kisah lah dengan siapa pun Aleeya bersama, janji sepupunya itu bahagia. “So, when the big days?”
“Kau janji kau balik nanti.”
Senyuman ikhlas diukir diwajah Tarmizi.
Enam bulan dari sekarang, sekiranya dipermudahkan segalanya, insyaAllah, ikatan pernikahan pula akan berlangsung.


Kini, Aleeya setia menemani Anna, bakal adik iparnya menempuh saat yang pernah dilaluinya dua minggu lalu. Rasa indah, bahagia, gembira, berdebar, gementar, semua bercampur menjadi satu. Pada mulanya niat nak datang ke rumah bakal mertua nya ini sekadar memenuhi permintaan Anna, tapi kemudian dia merasakan satu kewajipan pulak untuk turut serta bersama-sama melalui hari-hari yang bermakna dalam keluarga bakal mertuanya ini. Wajah manis gadis disebelah dipandang lagi. Jelas terbayang perasan tak keruan diwajah gadis itu. Dah macam menunggu masa dipanggil masuk ke bilik temuduga je lagaknya.
“Kak, tak selesai lagi ke perbincangan kat luar tu.”
“Sabarlah Anna. Akak rasa nak selesai dah tu.”
Lima minit kemudian, ibu Amir muncul dimuka pintu. “Anna, dah ready. Ibu Azlan nak masuk sarung cincin dah tu.”
“Ya, bu.” Anna membetulkan duduknya. Aleeya pula membetulkan kain Anna yang berjuntaian ditepi katil. Sesaat terdengar suara salam diberi sebelum wajah Pn Kamsiah muncul dibalik tirai. Disisinya dua wanita muda mengiringi. Seorang darinya membawa dulang berisi cincin pertunangan. Masing-masing tersenyum ceria.
Pn Mastura tersenyum senang melihat cincin disarung dijari manis anak gadisnya. “Lepas ni Anna dah kena ready lah nak jadi isteri orang.” Setelah Pn Kamsiah beredar dari bilik itu, Pn Mastura mendekap erat tubuh Anna.
Mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Pn Mastura, Aleeya pulak yang terasa ayat itu ditujukan juga kepadanya. Ya, dia pun perlu mempersiapkan diri untuk menjadi isteri yang baik. Bukan isteri je, menantu dan juga ibu yang baik kelak. Pandangan dilemparkan keluar, dari tingkap bilik Anna dapat dilihat rombongan keluarga lelaki tadi sedang menjamu selera. Dan matanya juga tak lepas pandang dari memerhatikan Amir yang turut sama sibuk melayan tetamu. Bagaikan terasa ada mata yang memandang, Amir menoleh. Serentak pandangan mereka bertaut. Aleeya mengukir senyuman, senyuman yang paling manis dihantar pada pemilik hatinya. Dan Amir juga turut membalas senyuman Aleeya. Tiba-tiba terasa bagai ada semangat yang membuatkan dia bersedia menggalas tanggungjawab yang bakal dilaluinya kekal.



-TAMAT-





Salam readers...as usual, Thank you for reading...
Fisrt of all...sori sangat-sangat sebab lambat update cerita ni. Tak tahu dan takde idea nak endingkan cerita ni macam mana. Cerita ni cerita yang simple je, takde apa yang nak disampaikan pun sebenarnya. Mulanya saja suka nak menaip. Apapun, cerita ni dah abis...terima kasih pada yang membaca.
:)SmILe...

~AriSSa~

8 comments:

epy elina said...

hohohoho....
napa express sngt ending dia...
apa pun best2x...

Anonymous said...

salam cerita yang best ... so kita menunggu cerita ayunpulak .. ngeee~~ ..

misz nana said...

abes dah..??
rasa x puas pulak..

Anonymous said...

errr .. bila nak start cerita ayu ... menunggu ni .... kat penulisan2u tu cuma ada 2 bab jek ...

farra ramli said...

best2!!walaupon ending dia agk ringkas tapi still puas hati..tq2!!hee~~

norsuriati said...

kalau ceta ni diterbitkan pasti menarik..cuma arissa perlu tmbhkan kemanisan dlm cerita ini...teruskn berkarya...

mira azam said...

salam...actually,,baru follow ur blog ni..ape2 pun,,cite ni best!sgt suke story ni,,cume mcm cpt sgt je ending die!ape2 pun,,congrates writer! :)

Anonymous said...

erm...da hbs ke? xde smbungan? heeee...