AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ayu Khamilia - Bab 23

Bab 23

Pandangan dilemparkan ke segenap penjuru bilik itu. Melihat buat kali terakhir bilik yang diduduki sepanjang tiga tahun dia disini. Bilik yang banyak menyimpan suka duka, susah senang yang dia lalui dalam proses menuntut ilmu. Pandangannya jatuh pula pada kerusi dan meja yang digunakan selama ini. Ada rasa sayu yang bertandang dihati. Tiga tahun selesai berlalu sudah, bilik ini akan menerima penghuni baru tak lama lagi.

“Ayu!”

“Sue, sedih rasanya nak tinggalkan tempat ni.”

“Aku pun. But, life must go on right.”

“Yup…”

“Barang kau dah siap.”

“Barang aku beg ni je. Barang yang lain ayah aku dah ambil kelmarin kan. Kau? Dah packing semua ke?”

“Dah. Mama aku dah tunggu kat bawah tu. Jomlah turun jumpa mama aku sekejap.”

“Okey..” Mereka beriringan menuruni tangga. Rata-rata hari itu kebanyakan mahasiswa akan meninggalkan kolej untuk memulakan cuti semester. Tapi bagi mereka berdua, tiada istilah cuti semester lagi. Pemergian dia dari kolej ini, adalah pemergian yang kekal. Mustahil dia akan kembali lagi. Kalau kembali pun, mungkin bukan lagi sebagai seorang mahasiswi.

“Ayu, sana..” Suraya menunjuk ke suatu arah. Kelihatan seorang wanita separuh usia sedang berdiri ditepi Honda City hitam metalik. Wanita itu tersenyum menyedari ada gadis yang mendekati.

“Apa khabar makcik?” Ayu mengucup tangan ibu Suraya. Tiga tahun berkongsi bilik dengan Suraya menyebabkan dia bukan sahaja mengenali Suraya tetapi turut mengenali wanita dihadapannya ini juga, Pn Julia.

“Khabar baik. Ayu apa khabar?”

“Sihat. Alhamdulillah.”

“Ibu dengan ayah dah sampai?”

“Ibu dengan ayah dah datang kelmarin, ambil barang. Hari ni Ayu balik rumah Mak Saudara dulu, hujung minggu ni baru balik Ipoh.” Mungkin Pn Julia menyangka yang ibu dan ayah akan menjemputnya seperti selalu setiap kali cuti semester bermula.

“Owh… Nanti sampaikan salam Makcik pada ibu Ayu ya.”

“InsyaAllah.”

“Suraya cakap Ayu nak kahwin tak lama lagi.”

Ayu tersenyum. Pipi dah mula merah. Segan pula rasanya bercakap soal perkahwinan depan orang yang lebih berusia ni. “InsyaAllah, kalau semua berjalan lancar.”

“Alhamdulillah. Bagus lah tu. Orang perempuan ni tak elok kahwin lambat-lambat. Mendirikan masjid tu satu ibadah kan.” Pn Julia tersenyum.

Ayu mengangguk. “Nanti jemput lah datang makcik. Tarikh tak tetap lagi, tapi nanti saya beritahu Suraya.”

“InsyaAllah. Makcik doakan Ayu bahagia.”

“Terima kasih makcik.”

“Mudah-mudahan lepas ni makcik pun dapat terima menantu.” Pn Julia menjeling Suraya disebelahnya.

“Eh, apa ni mama. Sue muda lagi lah. Tak nak fikir soal kahwin ni lagi.”

“Masa muda lah kena fikir Sue, bukan bila dah tua baru nak fikir soal kahwin.”

Ayu ketawa kecil melihat telatah dua beranak dihadapannya itu. “Kalau macam tu makcik kena suruh Sue datang rumah Ayu tiga hari sebelum majlis. Ambil berkat. Mudah-mudahan lepas tu dia pula boleh naik pelamin.”

“Betul tu Ayu.”

“Mama…”

“Semua barang dah masuk dalam kereta ke. Mama pergi tengok papa kat sana sekejap.”
Sebaik Pn Julia berlalu, Suraya memandang tajam wajah Ayu. “Ayu, kau pun sama nak berkomplot dengan mama aku ya.” Wajah Suraya dah mencuka.

“Aku mendoakan yang terbaik untuk kau, tak salah kan.”

“I’m only twenty-two.”

“Aku pun twenty-two juga Sue. Tapi aku bakal menempuh alam baru dalam masa sebulan ni.”

“Kau lain. Sekarang ni aku nak cari kerja dulu, nak bina karier dulu, lepas tu baru nak fikir pasal nak mendirikan rumahtangga ke nak kahwin ke apa ke.”

“Okey Sue. Aku tak nak bertekak dengan kau last day kita kat sini.”

“Tau takpe. Dah nak berpisah pun, nak bergaduh jugak.”

Ayu tersengih. Salah dia juga sebenarnya. Yang pandai-pandai menyokong usul Pn Julia tadi tu kenapa. “Nanti kau jangan tak datang majlis aku ya.” Dia mengubah topik.

“Jangan risaulah. Kawan baik aku kahwin, mana boleh aku tak datang.”

“Ajak Gee sekali. Aku dah jumpa dia semalam. Dia cakap kalau tak ada hal nanti dia datang.”

“Okey.”

“Jadi pengapit aku.”

“For sure.”

“Sue, kita bertolak ya.” Pn Julia muncul kembali disisi Suraya. “Ayu, makcik nak balik dah. Jaga diri ya.”

“Baik Makcik.” Tangan wanita itu sekali lagi dikucup.

“Ayu, take care k.” Suraya memeluk erat tubuh Ayu.

“Ok. Kau pun take care. Jangan lupa aku.” Ada rasa sebak dalam hati.


***

Sebaik keluarga Suraya berlalu meninggalkan kawasan kolej ini, Ayu melangkah menaiki anak tangga menuju ke biliknya semula. Kembali menjejak kaki dibilik itu, hatinya dihambat sayu lagi. Kenangan demi kenangan datang menjelma dalam benak. Dia tersenyum sendiri. Semua itu mengajarnya erti kehidupan. Satu pengalaman yang sangat berharga untuk dilupakan.
Melihat jam dipergelangan. Menghampiri tiga petang. Beg sandang dicapai. Disangkut ke bahu. Dia juga perlu untuk bergerak segera. Takut nanti lambat pula sampai ke rumah Pn Saerah. Sudah lah kali ini, kepulangannya bersendirian. Tidak ada sesiapa yang akan menjemputnya disitu.

Itu kehendaknya sendiri semasa berbual dengan Pn Saerah di telefon malam tadi. Asalnya En Ismail hendak menjemputnya di kolej. Tapi dia menolak dengan cara baik. Tak perlu lah menyusahkan bapa saudaranya itu. Dia bukan budak kecil yang tidak tahu menaiki kenderaan awam.

“Petang esok, abah jemput Ayu di kolej ya. Mak tak boleh ikut sama, dah janji dengan Yani nak pergi ambil tempahan hantaran petang esok.” Itu yang dimaklumkan Pn Saerah semalam apabila Ayu bersetuju untuk pulang ke rumahnya dahulu sebelum pulang bercuti ke kampung.

“Tak payah susah-susah lah mak. Ayu boleh balik sendiri. Cakap dengan abah tak payah jemput Ayu.” Dia tahu hati wanita itu gembira menyambut kepulangannya.

“Tak apa ke Ayu balik seorang?”

“Tak apa. Mak jangan risau ya.”

“Kalau abah jemput kan senang sikit.”

“Tak usah lah mak. Menyusahkan abah je. Abah kan kerja esok.”

“Hmm.. kalau Ayu dah cakap macam tu. Tak apa lah. Ayu jaga diri ya.”

“Ya.”

Sebaik dia menamatkan perbualan, Kak Lina pula menghubungi.

“Ayu nak akak jemput Ayu ke?” Kak Lina juga bercakap perkara yang sama.

“Tak payah lah kak. Akak tak kerja ke esok.” Kenapa dia orang semua ni. Tak percaya ke yang aku boleh balik sendiri?

“Kerja. Tapi akak boleh ambil half day.”

“Tak apa lah kak. Menyusahkan akak je.”

“Kesian pula kat Ayu kena balik sendiri. Nak bawa beg kain baju lagi.”

“Barang Ayu tak banyak pun kak. Barang yang lain, ayah dah datang ambil semalam.”

“Sure ke boleh balik sendiri ni?”

“Ya kak. Jangan risau.”

“Okey. Esok kalau apa-apa call akak ya. Kalau hujan ke, akak jemput Ayu kat sana.”

“Okey.”

Dan kini, dia berdiri tegak melihat hari yang tadinya cerah sudah mula berubah corak. Kata-kata Kak Lina malam tadi nampaknya menjadi kenyataan. Bagai doa yang termakbul. Titis-titis gerimis sudah mula menyembah bumi. Mungkin dalam beberapa minit titis-titis ini akan bertukar pada gerimis kasar pula.

Ayu mengeluh sendiri. Apa aku nak buat ni. Sudah lah payung pun tiada. Nak telefon Kak Lina minta datang jemput. Tak payah lah, tak elok menyusahkan orang Ayu. Dan apa pilihan yang dia ada, melainkan meredah titis gerimis yang semakin galak kasarnya itu.

Gerak langkah kaki dihayun laju menuju ke perhentian bas yang terletak diluar kawasan kolej. Perjalanan dari blok kediamannya menuju ke perhentian bas yang sepatutnya memakan masa lebih kurang lima minit dirasakan seperti lima puluh lima minit jauh perjalanannya.

Sesampai di perhentian bas, dirinya sudah separuh lencun. Air hujan yang menimpa kepala terasa meresap kedalam tudung dan membasahi kulit kepala. Dan serentak kepalanya mula terasa berdenyut. Ah…sudah. Janganlah waktu ni nak sakit. Sebelah tangan memegang kepala, dan sebelah lagi berpaut pada tiang di tepi bangku. Penglihatannya mula berpinar. Ayu berishtigfar dalam hati. Mohon pertolongan dari Tuhan.

Hujan adalah suatu kepantangan baginya. Pernah suatu ketika dulu, dia jatuh demam sampai seminggu akibat terkena hujan. Selama seminggu juga ibu bersengkang mata menjaganya siang malam. Tak semena-mena wajah ibu terbayang diruang mata. Ibu, tolong Ayu… Dalam hati dia merintih.

Saat ini, doanya tak putus. Pada yang Maha Esa dipohon semoga perjalanannya selamat. Semoga dia selamat sampai ke rumah Pn Saerah.

Pautan pada tiang perhentian bas itu diperkemaskan. Dia berganjak berdiri kebahagian tengah, mengelak diri dari terkena tempias hujan yang semakin lebat. Rasa denyutan dikepala semakin menjadi-jadi. Ya Allah…

“Ayu! Kenapa ni?”





p/s : Salam,
Mohon ampun..lambat sangat update n3 baru..

3 comments:

fatim fatimah said...

lmanya tggu,,smbung cpt lg yer,,,plssss

Anonymous said...

...ayu....
aduiiii,mn lg ayu ni...?????
xsbo gler2 dh ni,huhuhu.....

MaY_LiN said...

br perasan ada smbgn..
sapa selamatkn ayu..