AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Chempaka Aleeya - Bab 16

:: Bab 16 ::

“Majlis pertunangan Anna dipercepatkan, bulan disember tahun ni.”
“Owh, iya ker. Tapi kenapa?”
“Pihak lelaki yang mintak dipercepatkan. Next year, on February majlis perkahwinan adik Azlan. So diaorang tak nak lah bertembung, nak buat majlis tunang lagi, nak prepare majlis kahwin lagi. Sebab tu diaorang mintak cepatkan.”
Aleeya mengangguk faham. Kuah tomyam dihirup perlahan. Azlan bakal tunang Anna. Aleeya pernah jumpa sekali semasa makan bersama kat Titiwangsa dulu. Amir yang beria nak perkenalkan bakal ahli keluarga dia.
“Preparation untuk majlis Anna tu nanti dah ready ke. Bulan disember tak lama dah.”
“Almost done. Nasib baik jugak ibu dah prepare awal-awal. Kalau jadi macam ni, tiba-tiba nak dipercepatkan pulak, tak lah masalah sangat. ”
“Betul. Kalau buat last minute kan susah.”
“Ibu saya nak awak ada sama masa majlis tu nanti.”
Huk huk huk. Aleeya mengurut dada. Tangan sebelah lagi dah menggagau mencari gelas.
“Makan perlahan-lahan lah. Awak ni.” Amir menggeleng sambil melihat Aleeya meredakan sedakan tadi. “Apa yang terkejut sangat ni?”
Awaklah. Mau tak terkejut aku. Apa hal pulak aku yang takde kena-mengena tiba-tiba wajib hadir sama majlis adik dia. “Apa awak cakap tadi.” Setelah pasti diri dah cukup bersedia, Aleeya mengajukan soalan. Bukan tak dengar ayat penyata Amir tadi, tapi saja nak pastikan yang dia tak silap dengar.
“Ibu saya nak awak ada sama masa majlis tu nanti. Dan bukan ibu je, Anna pun nak awak datang jugak.” Diulang lagi sekali ayatnya tadi.
Hah? Jatuh rahangnya. Betullah aku tak salah dengar. “Tak nak lah Amir. Segan lah saya.” Nak jumpa lagi saudara mara dia. Mintak simpang. Sungguh aku taknak dah. Terbayang peristiwa dia makan malam di rumah MakLang Ema, mak saudara Amir dulu.
“Nak segan apa. Bukan awak tak kenal Anna, ibu saya. Dah pernah jumpa sebelum ni kan?”
“Memang lah….”
“Habis tu?”
Aleeya menggaru kepala yang tak gatal. Macam mana aku nak cakap ya. Dia cuba menyusun ayat. “Tak elok lah Amir. Kita dah lah takde apa-apa hubungan. Tiba-tiba saya nak pergi rumah awak, bermalam pulak tu. Nanti apa pulak saudara mara awak cakap. Tak manis kan.” Lagipun kalau aku setuju dengan cadangan mak nak teruskan hubungan dengan Idzuwan, aku bakal jadi tunang orang tak lama lagi.
Amir menarik nafas panjang. Kukuh jugak alasan Aleeya tu. Suka-suka hati kau je Amir nak bawak anak dara orang kesana-kesini. Macam takde adat je. Tiba-tiba teringat pesanan ibu..

“Mir, kalau kamu serius dengan Aleeya tu, cepat-cepatlah pergi jumpa mak ayah dia. Kamu nak tunggu sampai bila?”
“Nanti lah ibu, Amir tak propose pun dia lagi.”
“Nak tunggu sampai bila Mir.”
“Amir sibuk sekarang ni. Tunggu lah, lepaskan dulu majlis Anna. Lepas tu baru lah nak fikir majlis Amir pulak.”
“Kalau buat majlis kamu dulu pun takpe Amir. Ibu tak kisah pun. Kita keluarga lelaki takde masalah sangat, bukannya nak siapkan majlis apa-apa, pergi bawak rombongan je. Kalau nak buat doa selamat pun, boleh buat sekali masa majlis Anna tu nanti. Cakap lah dengan dia, jangan buat dia tertunggu-tunggu.”

“Kalau macam tu, hujung minggu ni saya jumpa mak abah awak lah.”
Sekali lagi rahang Aleeya jatuh. Apa dia? “Nak buat apa?”
“Tak pun saya bawak sekali ibu dengan ayah saya jumpa mak dan abah awak.”
“Awak cakap apa ni Amir?”
“Awak free tak hujung minggu ni?”
“Kenapa?”
“Laaa..nak merisik lah, ke awak nak bertunang terus.”
“Amir, awak jangan buat lawak boleh tak.”
“Leeya, saya tak buat lawak. Saya serius..okey.”
Aleeya tercengang. Tak tahu nak cakap apa. Aku ni baru lepas kena propose ke??
“Leeya, awak pikir apa ni.”
Matanya mencari mata Amir. Direnung sedalam yang mungkin mencari kebenaran. “Awak cakap apa ni Amir.” Perlahan dia menuturkan.
“I was asking you to be a partner of my life. Will you?”
Nafas ditarik panjang kemudian dilepas perlahan. “Kekasih awak tu macam mana?”
“Zaman bila pulak saya ada kekasih?”
“Amir, jangan main-main boleh tak?”
“Okey…okey…saya serius ni. Siapa kekasih saya.”
“You did show her picture to me. Jangan nak buat-buat lupa pulak Amir.”
Amir merenung wajah Aleeya. Cuba mengimbas kembali. Ada ke? Siapa ya? Owh…mungkin. “Maksud awak Marisha ke?”
“Ha..ingat pun.”
“Leeya, dia bukan kekasih saya. Dia dah kahwin, dah ada anak pun.”
“Ha? Awak tipu saya ke. Habis yang awak beria-ria cakap awak dah jatuh hati dengan dia lah. Dia dicipta untuk awak lah. Semua tu apa?”
“Itu saja je. Nak tengok reaksi awak.”
“Apa dia?”
“Leeya, saya terima awak bukan sekadar kawan biasa. Saya sayang awak lebih dari sekadar teman rapat. Tapi masa tu saya tak tau penerimaan awak pada saya. Sebab tu saya buat macam tu, nak tengok reaksi awak. And luckily, I know that you have same feeling with me, right?”
Kepala hampir diangguk namun ditahan, senyuman dah terukir dibibir. Indahnya rasa. Dan air mata dah bertakung di birai mata. Terharu. “And why you take so long to tell this to me?”
“Tak tahu. Tak bersedia. Takut jugak risiko kena reject.”
“Sekarang tak takut ke risiko kena reject.”
Amir ketawa kecil. “Saya kena reject ke?”
Aleeya menggeleng perlahan. Macam mana saya nak reject awak?
“So, will you be my partner for this long journey to go? Sanggup rintangi apa saja. Susah senang dengan saya.”
Aleeya mengangguk. Hati dah berbunga bahagia.



“Woiit.. Kau tengok tv ke tv tengok kau?” Salina membaling kusyen kecil pada Aleeya sambil mengambil tempat bersebelahan Aleeya. Mug berisi milo panas diletak atas meja dan tangan mencapai remote control menukar channel.
“Lin..” Bibir mengukir senyuman.
“Hmm.” Salina berpaling sekilas. Pelik pulak aku dengan makcik sorang ni lah.
“Tadi Amir propose aku.”
“Apa dia? Wow…at last. Congratulation to you. Tengah bahagia lah ni?” Lengan Aleeya dicuit sedikit.
Bibir yang tersenyum bahagia tadi tiba-tiba pudar mengenang sesuatu. “Tapi aku ada masalah lain lah Lin.”
“Kenapa pulak kau ni? Family kau tak suka dia?”
“Bukan lah. Dia tak jumpa pun lagi family aku. Aku sebenarnya…” Erm..macam mana nak cakap ya?
“Apa leeya. Cakap je lah.”
“Dua bulan lepas ada rombongan merisik aku.”
Salina dah mengadap wajah aleeya. Bersedia mendengar cerita yang selanjutnya.
“Dan mak aku pun macam dah berkenan sangat kat Idzuwan tu. Dan….” Aleeya diam. “kau faham tak masalah aku?”
“Kau tak cerita habis pun lagi Leeya. Aku nak faham macam mana?”
Aleeya mengeluh. Tak tahu macam mana nak selesaikan masalah yang berserabut ni.
“Nama mamat tu Idzuwan ke?”
Angguk.
“Pilihan mak kau?”
Angguk lagi.
“Kau suka dia ke?”
“Aku dah ada Amir, Lin. Tapi sebelum Amir propose aku ni, memang lah aku dah bersedia nak terima dia. Tapi sekarang tak”
“Apa yang susah nya. Kau cakap je lah kat mak kau yang kau dah ada pilihan lain.”
“Dulu masa mak aku tanya aku dah ada pilihan sendiri ke takde, aku jawab takde, sebab masa tu aku ingat Amir tak serius dengan aku. Sebab tu bila mak aku cakap pasal Idzuwan ni, aku tak menolak pun. Tapi sekarang ni, aku nak buat macam mana. Macam mana aku nak cakap kat Idzuwan tu, kat mak aku. Aku buntu lah Lin.”
“Berterus terang lah Leeya. Jangan bagi harapan pada orang, kesian dia nanti.”
“Risau lah kalau mak aku tak suka aku dengan Amir.”
“Kau tak cerita pun lagi kat mak kau, mana kau tau mak kau suka ke tak dengan si Amir tu.”
“Aku nak balik Ipoh lah esok.”
“Esok? Kau tak kerja ke?”
“Lepas kerja lah.”
“Jumaat?”
“Hari jumaat aku apply cuti.”
“Sukati kau lah Leeya. All the best.”





Chempaka Aleeya - Bab 15

:: Bab 15 ::

“Assalamualaikum”
“Waalaikumusalam. Kau tengah break kan. Jom lunch dengan aku.”Suara Tarmizi ceria dihujung talian.
“Kau kat mana ni?” sebelah kening dah terangkat tinggi. Apa dibuat si Tarmizi ajak aku lunch tengah-tengah minggu ni. Ingat dekat ke Taiping dengan KL.
“Aku kat sogo..beberapa langkah je dari pejabat kau. Datanglah sini. Aku tunggu.”
“Kau buat apa kat sogo??”
“Settlekan urusan scholarship aku dengan MARA.”
“Owh..” Panjang mulutnya menjawab. Baru turun kening yang terangkat tinggi tadi. Refresh balik, Tarmizi dalam proses menyambung pelajaran ke UK, mestilah banyak hal yang nak diuruskan sebelum berangkat.
“Kau nak datang sini ke tak nak leeya?”
“Yelah, aku datang. Tunggu sekejap.”
“Okey.”
“Su, aku lunch kat luar..” dijenguk sedikit kiub jiran sebelah.
“Okey..aku pun banyak kerja ni. Tak lunch kot.” Suria memalingkan sedikit muka dari monitor. “Leeya!!” Baru beberapa langkah menatap, suara Suria nyaring memanggil. Aleeya menoleh. “Belikan aku buah mangga ya..”
“Okey..” Dan langkah kaki diatur kembali.



Menjejak ke tingkat 6 bangunan 8 tingkat itu, Aleeya memanjangkan leher memerhati. Mencari bayang Tarmizi dalam lautan manusia yang bersesak-sesak di food court tengah hari itu. Suatu sudut dihujung sebelah kanan depan kolam air terjun buatan, kelihatan tangan Tarmizi melambai-lambai. Aleeya mengatur langkah menghampiri. Ditarik kerusi bertentangan dengan sepupunya itu.
“Makanlah. Aku dah belikan. Tunggu kau sampai baru nak order, takut lambat pulak dapat makanan.” Panjang mukadimah Tarmizi menyambut kedatangan Aleeya sambil tangan menolak pinggan berisi nasi ayam dan jus oren ke arah Aleeya.
“Apa mimpi kau belanja aku ni?” Pelik pulak dia dengan sikap tiba-tiba Tarmizi.
“Takde mimpi apa lah. Saje nak buat amal.” Bibir tersenyum sumbing.
Tangan Aleeya mencapai sudu dan garpu sambil matanya tiba-tiba terperasan sesuatu. “Kau denagn siapa ni Mizi?” Matanya terarah pada pinggan berisi Nasi Goreng Kampung dan gelas Jus Tembikai yang tinggal separuh di sebelah Tarmizi. Dihadapan Tarmizi Nasi Ayam dan Jus Oren. Tak kan Tarmizi makan sampai dua pinggan kot.
Tarmizi tersenyum sinis. “Kawan aku. Dia pergi toilet sekejap.” Jus Oren disedut lagi.
“Kalau kau dah ada kawan, tak payah lah ajak aku makan sekali.”
“Apa salahnya. Kenal-kenal dengan kawan aku. Aku pun dah tak lama kat sini nak jumpa kau selalu.”
Aleeya mengangkat bahu. Suka hati kau lah. Tapi tak tahu kenapa tiba-tiba hatinya berdebar. Degup jantung dah tak teratur. Laju semacam. Apahal ni. Namun riak wajah dicuba sedaya upaya supaya tidak berubah. Tak sedar ada kaki yang diatur menuju ke meja mereka.
“Assalamualaikum. Maaf, lama menunggu.”
Aleeya mengangkat muka. Memandang wajah yang memberi salam. Lelaki dalam lingkungan lewat 20-an. Berkemeja putih dengan lengan disingsing sampai siku. Berkulit cerah dan berkaca mata. Si pemberi salam tadi menarik kerusi diantara dia dan Tarmizi. Owh, kawan Tarmizi mungkin. Aleeya tersenyum nipis.
“Tak lah. Aleeya pun baru je sampai.” Tarmizi yang menjawab walaupun sebenarnya teguran tadi lebih ditujukan kepada Aleeya.
“Surat kau dah dapat Mizi?” Lelaki tadi bersuara lagi.
“Dah..at last. Dekat 2 jam aku menunggu.”
Aleeya diam. Menyambung suapan. Malas dia nak campur perbualan mereka. Apatah lagi dia memang tak kenal dengan kawan si Tarmizi ni.
“Leeya, asal senyap je? Tak nak berkenalan ke dengan kawan aku ni?”
Pantas Aleeya angkat muka. Menentang wajah Tarmizi. Apahal kau ni MIzi, nak buat malu aku ke.
Faham dengan pandangan yang menusuk itu, Tarmizi ketawa kecil. “Leeya, kenalkan. Ni kawan aku, Idzuwan. Muhammad Idzuwan BIn Muhammad Zahar. Panggilan biasa Wan.” Siap nama penuh lagi aku bagi, kalau tak cam jugak tak tau lah. “Dan wan, ni sepupu aku. Chempaka Aleeya.” Tarmizi menyambung.
Whats??? Terbeliak mata Aleeya mendengar ayat Tarmizi. Rahangnya dah jatuh dari kedudukan asal.
Right. Your future fiancé. Tarmizi tersenyum lebar melihat reaksi Aleeya.
Aleeya cuba menutup reaksi keterlaluannya tadi. Dia mengurut dahi dan berusaha melukis senyuman diwajah. Matanya mencuri pandang wajah Tarmizi sambil menghantar pandangan maut. Apa yang kau buat ni Mizi? Dan Tarmizi yang sedia maklum pandangan mata yang dihantar, melebarkan lagi senyuman dibibir.
Berpaling memandang wajah Idzuwan, Aleeya menyusun ayat. “Err…hai..tak tahu nak cakap apa. surprise maybe. Tak sangka nak jumpa awak.” Bibir seboleh mungkin mengukir senyuman.
“Mizi yang punya idea tiba-tiba ni. Kebetulan saya pun memang ada area sini. So apa salahnya lunch sekali.”
“Yup. So that you two need to thank you me.” Tarmizi menyampuk. Kalau nak tunggu dua-dua makhluk tuhan ni bersedia nak jumpa, sampai aku habis master nanti pun tak jumpa lagi lah gamaknya.
“Right. A million thanks to you Mizi.” Sekali lagi Aleeya menjeling Tarmizi dihapadannya. Dah lah aku tak touch up pun sebelum keluar ofis tadi. Tengok cermin pun tak. Ntah ntah tudung aku ni dah senget benget ke apa ke. Memang hantu betul si Tarmizi ni. At least bagi tau lah.
Idzuwan ketawa kecil. Macam faham je maksud ayat Aleeya. “So, sibuk ke hari ni?” dia cuba mengubah topik.
“Tak lah. Biasa je.”
Idzuwan mengangguk perlahan.
“Awak tak outstation ke sekarang ni?”
“Masih outstation. Cuma hari ni je ada hal lain.”
Aleeya pula mengangguk perlahan. Kemudian senyap. Tak tahu nak cakap apa.
Idzuwan diam.
Tarmizi senyap seolah-olah memberi ruang kepada Aleeya dan Idzuwan berbual. Namum meja mereka itu hanya sunyi sepi dari perbualan walaupun berada ditengah-tengah tempat yang hingar bingar dengan suara manusia. Tiba-tiba,
“Leeya?!”
Serentak tiga kepala berpaling. Sekali lagi rahang Aleeya jatuh, terkejut. Hari ni memang semua orang kerja nak surprise kan aku ke. “Hai, buat apa kat sini?”
“Jumpa client. Saya call awak tadi. Kenapa tak jawab?”
“Awak call saya?” Rasanya tak dengar pulak bunyi ringing. Aleeya tercari-cari. Mana pulak handset aku ni. Allah.. “Phone saya tertinggal kat ofis. Terlupa pulak nak bawak sekali tadi.”
“Takpe lah. Your officemate ke?” Tangan dan berjabat dengan Tarmizi dan Idzuwan. Menyembunyikan rasa yang tak sedap dihati. Setahu aku si Aleeya ni jarang makan semeja dengan officemate lelaki dia.
“Tak lah. Ni sepupu saya, Tarmizi. Yang itu Idzuwan.” Berpaling pula pada Tarmizi dan Idzuwan, Aleeya bersuara. “Ini Amir.”
“Ok lah. Saya gerak dulu lah. Nak balik office.”
“Okey.”
“Ah..sebelum terlupa, ibu saya kirim salam.”
Bibir diukir senyum nipis sambil mulut menjawab salam.
“Pergi dulu. Assalamualaikum.” Amir berlalu.
Aleeya kembali menghadap pinggan. Debaran didada dah tak tau nak kata. Kencang yang teramat. Macam mana pulak boleh jumpa Amir kat sini. Sungguhlah… Seketika apabila debaran dihati sedikit reda, Aleeya mengangkat muka. Serentak terpandang sepasang mata yang merenung tajam wajahnya. Pandangan Tarmizi bersuara, Siapa tu? Aleeya mengeleng perlahan menghantar jawapan ‘Bukan sesiapa.’ Dan kerut diwajah Tarmizi menafikan jawapan yang diterima ‘jangan tipu aku leeya’. Aleeya berpaling. Bukan sekarang masanya nak bersoal jawab. Hujung tudung dibetulkan sedikit, sekadar membuat aksi mententeramkan hati yang kembali rancak berlagu rentak.
Idzuwan tenang menghabiskan makanan, cuba untuk berkecuali dari perbualan bisu Aleeya dan Tarmizi, namun dia tak lepas dari menyaksikan sandiwara yang berlaku depan mata. Hatinya berdetik.

Salam Aidiladha

Chempaka Aleeya - Bab 14

:: Bab 14 ::

Esoknya masing-masing sibuk mengemas barang untuk pulang. Hanya tinggal mereka sekeluarga sahaja yang masih bermalam di rumah Makngah. Keluarga Mak Teh, Mak Lang dan Mak Usu masing-masing dah pulang semalam selepas makan malam. Hari ini Aleeya terus kembali ke KL, manakala mak, abah dan Anissa pulang ke Ipoh. Hafez pula selepas sarapan pagi tadi sudah bertolak balik ke kolejnya di USM, Pulau Pinang. Katanya kalau tunggu sampai petang, takut hujan pulak. Memang lah Taiping dengan Pulau Pinang, perjalanan sejam sahaja. Tapi kalau naik motorsikal, nak pulak hari hujan, perjalanan sejam boleh jadi sampai dua tiga jam. Sebab tu selesai je sarapan pagi, dia dah berkemas handak bertolak pulang. Aleeya serta mak, abah dan Anissa pula menunggu selepas makan tengah hari baru berkemas barang untuk pulang. Semasa Aleeya sedang memasukan barang ke dalam bonet kereta, mak lagi sekali cuba membangkitkan soal Idzuwan. Sepanjang dua hari kat sini, takde lagi peluang untuk mak berbicara dengan dia, tinggal masa yang tak seberapa ni lah, mak cuba hendak merisik.
“Macam mana kamu ni leeya?” semasa dia memasukkan beg kain dalam kereta, mak datang menghampiri.
Dah faham sangat soalan mak ni. Tak payah nak huraikan panjang-panjang. Memang aku dah agak mak akan bertanya, cuma tunggu masa je. “Nantilah mak. Kalau nanti-nanti dia ajak leeya keluar, leeya pergi lah jumpa dia. Sekarang ni dia pun senyap je, tak kan lah leeya pulak nak mulakan dulu.” Alasan aku dah cukup bernas. Tolong lah mak, jangan desak leeya lagi. Mak diam. Agaknya tengah nak menerima alasan aku kut. Seketika Aleeya menyambung. “Mak, kalau dah memang tertulis jodoh leeya dengan si Idzuwan tu, leeya lari macam mana pun, leeya tangguh macam mana pun, leeya tetap akan bersatu jugak dengan dia. Tapi kalau dia tu bukan jodoh leeya, mak desak lah macam mana pun, tak jadi jugak mak. Mak tak yah lah desak-desak leeya. Leeya tahu apa leeya buat.”
“Pandai lah kamu bercakap leeya.”
“Betul lah.”
“Mak ni cuma nak ingatkan je. Kamu ni duduk kat Kl tu sorang-sorang, kamu ingat mak tak risau. Kalau kamu kahwin, dah tentu tentu ada orang yang jaga makan minum sakit pening kamu. Cuba lah pikirkan sikit masa depan hidup kamu leeya.”
“Mak, leeya bukan tak pikir masa depan hidup leeya mak. Leeya pikir. Memang selalu leeya pikir. Tapi kalau dah belum tiba masa nya lagi nak buat macam mana.”
Mak mengeluh. Susah betul nak berdiplomasi dengan anak yang sorang ni.
“Mak, ada ke leeya cakap leeya tak nak terima si Idzuwan tu? Takde kan. Cuma leeya belum berkesempatan lagi nak berkenalan dengan dia. Itu je. Kalau ada jodoh leeya mak, ada lah. Mak jangan risau. Kalau bukan dengan si idzuwan tu pun mungkin dengan orang lain.” Aleeya berpaling, tangan kembali pantas menyusun barang dalam bonet. Perlahan je suara dia menuturkan ayat yang terakhir tu. Dalam kepala dah teringat kat orang kat KL. Mungkin kah orang kat KL tu teringat kat dia.
“Dengan sape leeya. Kamu ada pilihan sendiri ke?”
Aduh!! Mak ni, macam tau je apa dalam kepala otak aku. “Mana ada mak. Kalau ada leeya dah bawak jumpa mak.”
“Kalau kamu dah ada pilihan sendiri, bagitau mak leeya.”
“Takde lah mak.”
Mak merenung tajam wajah Aleeya. Mencari kebenaran disebalik kata-kata anak sulungnya. Aleeya pulak yang resah ditentang pandangan tajam mata mak. “Mak, leeya gerak dulu lah. Nanti lambat pulak sampai KL.” Mencari alasan hendak menamatkan soal jawab perihal masa depannya. Tangan kanan mak diraih dan dikucup lembut. Kemudian Aleeya bergerak naik ke dalam rumah menemui abah, Makngah dan Pakngah. Sekadar memaklumkan yang dia hendak beransur pulang dan mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah atas jemputan yang diberi. Adatlah tu, adat orang melayu. Walaupun saudara sedarah sedaging, bila layanan yang diberi sangat memuaskan, masih perlu mengucapkan terima kasih.

Semasa dia melangkah keluar di pintu depan, Anissa dah tercegat ditangga paling bawah.
“Along! Along bila nak balik Ipoh.” Adik aku yang sorang ni memanglah. Nak menuntut janji lah tu.
“Kenapa? Along sibuk lah sekarang ni.”
“Takde apa. Nak ingatkan Along pasal Bukit Merah.” Anissa tersengih. Aleeya mencerun mata memandang. Kan dah kata.
Tarmizi yang sedang bersandar di tepi tiang tangga, yang memerhati dari tadi ketawa kecil. “Si nissa ni, selagi tak dapat apa yang dijanji, selagi itu lah dia akan tuntut.”
“Tau takpe, Mizi. Perangai adik aku yang sorang ni memang macam ni.”
“Mesti lah. Along dah janji apa.. Kena lah tunaikan.”
“Along janji, nissa kena dapat straight A’s dulu kan. Tunjuk dulu result kat along sebelum along tunai janji.”
“Alaa..minggu lepas kan nissa dah ambik PMR. Hujung tahun ni keluar lah result.”
“So…tunggu hujung tahun lah.”
Anissa mencebik. Along ni teruklah.
“Nissa!! Sudahlah tu. Tolong mak angkat beg ni.” Mak dah melaung dari atas rumah.
“Ya mak. Kejap.” Berpaling semula mengadap Aleeya. “Along….”
“Yelah…yelah…nanti along free, along balik.”
“Betul?”
“Ya.” Aleeya mengangguk sambil mengangkat tangan macam budak sekolah nak baca ikrar masa perhimpinan pagi Isnin, sebagai tanda berjanji sekali lagi.
“Okey.” Anissa tersenyum ceria. Dipeluk Aleeya sebentar sebelum dia berlari menaiki anak tangga.
“Apa yang kau bincang dengan Mak Long tadi, macam serius je aku tengok.” Tarmizi bersuara selepas Anissa beredar dari situ.
“Takde apa lah..Biasa lah mak aku tu. Banyak sangat pesanan dia.”
Tarmizi angkat bahu. “Takpe lah kalau taknak share dengan aku. Leeya, kalau kau nak jumpa Idzuwan, aku boleh tolong aturkan.”
“Ha? Eh, tak payah lah Mizi. Kenapa kau pulak yang kena bersusah payah.”
“Takde susahnya. Aku boleh je tolong aturkan pertemuan kau dengan dia sebelum aku berangkat ke UK.”
“Tak payah lah MIzi. Kau mimpi apa ni tiba-tiba nak jadi match maker pulak.”
“Aku ni setakat nak menolong kau je, leeya.”
“Terima kasih lah sebab niat baik kau tu. Tapi tak payah lah Mizi. Sampai masa nanti, aku jumpa lah dia. Kau tak payah lah risau. Kau ni nak jadi macam mak aku pulak ke.”
“Sukati kau lah kalau kau dah cakap macam tu.”
“Kau dah dapat tiket flight nanti, jangan lupa bagitau aku. Aku hantar kau kat KLIA.”
“Okey.”
“Aku gerak dulu lah..” Pintu kereta dibuka dan dia meloloskan diri kedalamnya.
“Baik-baik bawak kereta tu. Any news jangan lupa bagitau aku.”
“News about what?” Cermin tingkap diturunkan kebawah. Disua sedikit kepala keluar.
“You know about what leeya.” Keras sikit suara Tarmizi sambil bergerak menghampiri kereta Aleeya. Saja nak buat buat tak tau lah ni.
Aleeya ketawa kecil. Kepala digeleng perlahan. Sekarang ni mak dah ada partner baru, si Tarmizi. Dulu mak je yang sibuk bertanya perkembangan terbaru. Sekarang ni, tambah sorang lagi. Sabar je lah, leeya.
“Ok lah, Mizi. Assalamualaikum”
“Waalaikumusalam.”

Perlahan kereta Aleeya bergerak meninggalkan perkarangan rumah Makngah Rusnah. Dari side mirror sebelah kanan, kelibat Tarmizi masih berdiri tegak di halaman menghantar permergiannya. Perlahan-lahan kelibat itu semakin mengecil dan hilang terus dari pandangan. Aleeya kembali ke jalan raya, tenang meneruskan pemanduan. Dalam kepala terngiang-ngiang perbualan antara dia dengan Tarmizi semalam. Idzuwan tu baik orangnya. Itu jaminan yang diberi Tarmizi, dan dia pasti dia boleh pegang ayat tu seratus peratus. Mungkin sekarang dia perlu bagi ruang pada mereka untuk berkenalan, untuk mengenal hati budi masing-masing. Tak kenal maka tak cinta. Kena ketepikan rasa tak bersedianya itu. Tapi macam mana dengan Amir. Jauh dalam sudut hati, ada satu perasan yang membuatkan dia rasa bersalah pada Amir apabila dia seperti memberi ruang pada Idzuwan untuk muncul dalam hidupnya. Kenapa perlu wujud perasaan seperti itu. Cepat-cepat dia memujuk rasa, membawa hati kembali duduk ke alam realiti. Amir bukan miliknya, dia juga bukan milik Amir. Amir dah yang punya. Antara mereka tidak pernah terdapat apa-apa ikatan yang lebih dari seorang kawan. Jadi, dia masih bebas untuk memilih siapa yang berhak bertakhtah di hati.

Teringat pada Amir, agak lama juga mereka saling tidak berhubung. Sejak akhir-akhir ni, bila Amir turut sama sibuk membantu menguruskan hal pertunangan adik kesayangannya Anna. Telefon bimbit di tepi dashboard berbunyi nyaring, tanpa melihat siapa yang memanggil, Aleeya cepat menyumbat handfree ke telinga.

“Assalamualaikum”
“Waalaikumusalam. Awak kat mana?” suara Amir ceria dihujung talian.
“On the way nak balik KL.” Panjang umur pakcik ni. Baru je teringat kat dia.
“Balik Ipoh ke?”
“Tak lah. Pergi taiping. Mak saudara buat kenduri.”
“Ingat nak jumpa awak tonight. Ada hal sikit nak cakap.”
“Tak dapat lah Amir. Ini pun saya baru nak masuk tol Kamunting. Jauh lagi perjalanan nak sampai KL. Hal apa. Cakap je lah.”
“Tak pe lah. Susah pulak nak cakap kat telefon ni.”
“Awak kat mana?”
“Baru sampai KL. By the way esok saya nak balik Sarawak. Maybe a week.”
“Lamanya. Kenapa?” Ada apa-apa yang tak kena ke?.
“Ada hal sikit.”
Hal apa? “Owh. Okey. Kirim salam pada your mum.”
“Okey. Drive carefully ya. Assalamualaikum”

Salam Amir hanya dijawab dalam hati bila Amir lebih dulu mematikan talian. Mata masih di jalan raya tapi fikiran dah melayang ke lain. Dahi yang berkerut seribu masih tak surut. Apa halnya tiba-tiba Amir nak balik Sarawak, seminggu pulak tu.

Chempaka Aleeya - Bab 13

:: Bab 13 ::

Meriahnya petang itu di rumah Makngah. Hampir semua sanak saudara sebelah mak berkumpul di Taiping. Sama-sama melahirkan kesyukuran atas rezeki yang dinikmati anak Makngah. Memang dalam keluarganya belum ada lagi sesiapa yang berjaya menjejakkan kaki ke negara barat untuk menimba ilmu. Tarmizi, sepupunya itu yang pertama. Dia pun baru tiba pagi tadi dari KL. Mak, abah dan Anissa dah sampai semalam, petang jumaat. Kalau ikut perancangan asal, dia sepatutya balik ke Ipoh dulu lepas waku pejabat semalam, tapi sebabkan ada kerja yang tertangguh di pejabat, terpaksalah dia bertolak balik pagi tadi. Dan dikhabarkan pada mak yang dia terus menuju ke Taiping selepas subuh pagi tadi.
Tetamu yang hadir selepas zuhur tadi rata-rata telah pulang. Pinggan mangkuk periuk belanga yang bersepah kat dapur tadi pun dah siap berkemas. Dah macam nak tercabut bahu Aleeya dan Anissa menyental periuk yang digunakan untuk memasak tadi. Mak Usu dah tegur tadi tinggalkan jer kalau dah tak larat, tapi mereka hanya tersenyum sambil tangan masih ligat membersihkan kotoran degil. Kalau ditinggalkan nanti mahu bising pulak mulut mak membebel. Elok sangat anak dara buat kerja sekerat jalan.
Aleeya membuang pandang. Melabuhkan diri dikerusi kayu bawah pokok rambutan. Mak, Makngah, Mak Teh, Mak Lang dan Mak Usu tengah rancak berborak di dapur. Malas nak turut serta, dia membawa diri keluar.
“Duk pikir apa?”
Tersentak dia dengan teguran tanpa salam itu. Serentak dia berpaling. Tarmizi menayang sengih sambil tangan kiri menarik kerusi plastik mendekati Aleeya.
“Kau ni duk pikir apa leeya?” Sambil melabuhkan punggungnya, dia menyua piring berisi mempelam muda.
“Mana ada pikir apa. Saja ambik angin kat luar ni.”
Tarmizi tersenyum kecil sambil tangannya membawa hirisan mempelam ke mulut. Aleeya dan Tarmizi sebaya. Sejak kecil lagi memang dah rapat macam adik beradik, sebab tu panggilan pun kau aku jer.
“Berapa lama kau kat UK nanti?”
“Setahun mungkin atau lebih. Bergantunglah pada tesis aku nanti. Tapi shcolarship yang aku dapat cuma untuk setahun setengah je.”
“Kenapa tak sambung belajar kat sini jer. Kan senang.”
“Apa salahnya leeya. Bukan selalu cari pengalaman kat tempat orang.”
“Tak kesian ke nanti Makngah tinggal berdua je dengan Pakngah.”
“Setahun tak lama leeya. Sekejap je. Pejam celik pejam celik dah setahun.”
“Sampai jugak lah hajat kau nak merantau jauh-jauh ni ya.”
Kepala diangguk perlahan. Senyuman nipis terukir dibibir. Memang cita-cita dia sejak kecil nak melanjutkan pelajaran di negara Eropah tu. “Inilah masanya pun. Sambil menuntut ilmu, boleh jugak cari pengalaman belajar budaya orang.”
“Hmm…” Aleeya senyap sambil pandangan dibawa kehalaman rumah. Hafez dan Faizal, anak Mak Usu tengah rancak berborak sambil melihat-lihat motorsikal Lagendanya. Tak lain tak bukan tengah bersembang pasal motorsikal lah tu.
“Aku dengar cerita kau dah nak bertunang hujung tahun ni, betul ke?”
“Huh?!!” Tersentak Aleeya mendengar soalan cepumas tu. “Mana kau dapat cerita ni?”
“Leeya, tak yah lah terkejut sangat. Kalau kau rasa terkejut macam mana aku boleh tahu pasal ni, aku lagi terkejut masa aku mula-mula dapat tahu dulu.”
“Mana kau dapat tahu pasal ni?” soalan tak berjawab tadi diulang. Tak kan mak yang sebarkan kot. Kalau mak yang cerita, mestilah cerita kat Makngah. Tak kan hafez kut, hafez tu jenis yang tak kisah pasal hal sekeliling. Anissa? Lagi lah mustahil. Dia tu jenis yang tak mengikuti perkembangan semasa. Dah tu siapa?
“Idzuwan yang cerita kat aku.”
“Huh? Idzuwan? Kau kenal dia ke?”
“Kenal sangat. Dia tu dulu coursemate aku masa aku buat degree. Pernah jugak jadi roommate aku masa tahun akhir. Masa dia cerita kat aku yang mak dia dah merisik seorang perempuan untuk dia, tak terlintas langsung kat fikiran aku yang perempuan tu kau leeya. Bila dia sebut nama kau, siap nama penuh lagi, dua hari dua malam memang aku tak percaya. Macam mana lah kawan aku tu boleh tersangkut dengan kau..”
Aleeya melopong. Kecilnya dunia. Tiba-tiba dia tersedar sesuatu. “Heiii, En Tarmizi. Kenapa kau cakap macam tu? Ingat aku ni teruk sangat ke, tak boleh nak tersangkut dengan kawan kau?”
“Bukan tu lah maskud aku.”
“Dah tu?”
“Aku peliklah dalam banyak-banyak orang dalam dunia ni, macam mana dia tu boleh nak bersaudara pulak dengan aku.”
Kepala diangguk perlahan. Faham dengan ayat Tarmizi. Aku lagi lah terkejut. Macam tak dapat nak terima je kenyataan ni. Pandangannya dilempar jauh ke seberang tali air sana. Melihat beberapa orang anak kecil menaiki titi batang kelapa. Tiba-tiba sesuatu terlintas difikirannya. Pantas dia berpaling mengadap wajah Tarmizi. “Mizi, betul ke kau kenal dia?”
“Laa…betullah. Asal pulak aku nak tipu kau?”
“Dah berapa lama kau kenal dia?” sesi temuduga bermula.
“Lama lah jugak. Start dari mula-mula aku masuk uni dulu. Sampai sekarang pun aku masih contact lagi dengan dia.”
“Kira kau baik lah dengan dia?”
“Ha’ah. Apasal kau tanya ni?”
“Takde lah Mizi. Aku pun nak tahu jugak dia ni macam mana orangnya. Macam mana yang boleh tiba-tiba nak jalinkan hubungan kekeluargaan dengan aku ni. Macam mana yang dia ni boleh setuju pulak dengan mak ayah dia nak sehidup semati dengan aku.”
“Owh…ni kira nak soal selidik lah ni.” Spontan sengihan melebar dibibir.
“Aku tanya je…Kalau kau nak jawab, jawab. Kalau tak nak, aku tak kisah pun.”
“Laa..nak merajuk pulak ke?”
“Takde makna nya lah aku nak merajuk dengan kau Mizi.”
“Ok lah. Apa yang kau nak tau.”
“Kenapa dia setuju dengan mak ayah dia pasal aku?”
“Dia yang suruh mak dia carikan jodoh untuk dia.”
“Kenapa?” Ada lagi ke lelaki yang suruh mak ayah carikan pasangan hidup dia zaman sekarang ni.
“Macam mana aku nak terangkan kat kau ya?” Tarmizi mengaru dagu, cuba menyusun ayat. “Idzuwan yang aku kenal, dia ni jenis yang kuat belajar, kuat bekerja. Zaman aku degree dulu, dia ni takde masa nak lepak-lepak, buang masa. Yang dia tahu belajar, library, buku, lab, laptop. Dan sekarang ni pulak, hidup dia dengan kerja je. Hari sabtu ahad pun duk sibuk kerja jugak. Dia ni takde masa nak keluar berkawan, bercouple dengan perempuan. Sebab bagi dia kalau nak berkawan biarlah berkawan betul-betul sampai ke jinjang pelamin. Sebab tu sampai kitaorang grad, sampai dah kerja ni pun, dia tu masih solo lagi.”
“Owh…sebab tu ke dia setuju je dengan pilihan mak dia?”
“Yup. Kau jangan risau lah leeya. Idzuwan tu baik orangnya. Aku kenal sangat dengan dia.”
Aleeya menarik nafas panjang dan kemudian dilepas perlahan.
“Apa lagi yang kau pikir ni?”
“Ntah lah Mizi. Kau rasa kalau aku kahwin dengan dia, aku boleh bahagia ke. Aku tak kenal dia. Dia pun tak kenal aku.”
“Sebab tu kau kena kenal dia dulu.”
“Boleh ke aku nak terima dia dalam hidup aku?”
“Leeya, sayang tu boleh dipupuk. Cinta tu akan datang sendiri kalau kau bagi ruang. Bahagia tu insyaAllah, kau berdoa je pada Tuhan. Kau dah jumpa dia ke belum?”
Aleeya menggeleng perlahan. “Tak de masa lagi lah Mizi. Aku pun sibuk jugak.”
“Contact pun tak pernah? Kau nak no phone dia tak, aku boleh bagi.”
“Contact tu pernah lah. Dia call aku hari tu ajak keluar. Tapi masa tu aku sibuk.”
“Sekarang ni dia tak de kat sini. Outstation. Singapura. Baru dua minggu lepas dia call aku. Masa tu lah yang dia cerita pasal kau.”
Aleeya mengangguk lagi. Dia dah maklum pasal perkara itu, Idzuwan sendiri yang maklumkan padanya tempoh hari selepas perkhabaran yang sama mak sampaikan sebelumnya.
“Bila kau bertunang ke berkahwin ke dengan Idzuwan tu nanti, jangan kau tak bagitau aku pulak. Aku sanggup balik sini jadi best man pasangan kau.”
“Kau ni macam mendoakan jodoh aku dengan dia je.”
“Salah ke..kan baik mendoakan jodoh orang.”
“Abang MIzi!!” Tiba-tiba Anissa melaung dari pintu dapur. Aleeya dan Tarmizi sama-sama berpaling. Anissa menyarung selipar dan berjalan mendekati mereka berdua.
“Makngah panggil. Ada phone call.”
“Ok. Abang naik sekarang. Aku masuk dulu lah leeya.”
“Okey.”
Anissa mengambil tempat di kerusi kosong yang ditinggalkan Tarmizi. Aleeya mengiringi pemergian Tarmizi dengan pandangan mata. Tak tahu kenapa lega sikit rasa dihatinya. Sekurang-kurangnya dia tahu serba sedikit perihal Idzuwan. Dia pasti boleh letak kepercayaan seratus peratus pada cerita Tarmizi tadi. Dan yang penting persoalan yang sering bermain-main di fikirannya terjawab sudah.

Ayu Khamilia - Bab 3

Bab 3

Keesokannya Ayu sedar lebih awal dari biasa. Tepat pukul 6 pagi dia sudah terjaga, dan selepas itu matanya tidak mahu lelap lagi. Selepas subuh, Ayu masih bermalas-malasan atas katil, malas rasanya hendak turun ke tingkat bawah. Tidak mahu bertembung dengan Asrul. Namun akhirnya apabila jam menunjukkan pukul 7.45 pagi, dia memaksa jugak kakinya melangkah turun setelah berhias ala kadar selepas mandi. Ayu menjenguk ke ruang tamu, namun tiada sesiapa disitu dan dia meneruskan langkah kaki ke dapur. Di dapur Pn Saerah dan Kak Yani sedang menyiapkan sarapan pagi. Rasa bersalah pula tidak membantu.
“Selamat pagi, MakUda, KakYani.” Ayu menyapa. “Ada apa-apa lagi ke yang Ayu boleh tolong?”
“Takde apa dah, Ayu. Dah nak siap dah ni.” Yani pantas menjawab.
Ayu menarik kerusi dihapadannya dan duduk disitu.
“Ayu, tolong panggilkan Asrul makan sarapan sekali. Yani pergi panggil Shamsul dengan abah.” Pn Saerah mengarah.
Walaupun berat rasa hati Ayu untuk menurut namun diangkat juga kaki melangkah pergi. Ayu naik ke tingkat atas menuju ke bilik Asrul yang terletak di sebelah barat rumah tersebut. Mungkin dia masih lagi dalam bilik, fikirnya. Ayu mengetuk pintu bilik itu beberapa kali, tetapi tiada sahutan yang menyambut panggilannya. Ayu pelik kerana Asrul tiada didalam biliknya. Dia meninggalkan bilik itu dan beralih pula menuju ke ruang tamu, tetapi disitu juga Asrul tidak kelihatan. Ayu menuju pula kedapur, mungkin dia dah turun kot. Dan didapur,
“Mari sarapan sekali Ayu ” Johan menegur ketika Ayu tiba di dapur.
“Asrul mana, Ayu. Dia tak sarapan sekali ke?” En Ismail pula menegur.
“Dia takde pun kat tingkat atas, Ayu ingat dia dah turun. Takpelah, Ayu pergi tengok kat luar ”
Ayu melangkah pula menuju ke luar rumah. Kakinya dihayun ke taman belakang milik Pn Saerah. Disitu, dia melihat buaian kosong dan kerusi di taman itu juga tiada orang yang menumpang. Ayu mengeluh. Mana pulak pergi Asrul ni, keluar ke?. Tapi kereta Peugeot berwarna keemasan miliknya ada terparkir di perkarangan rumah. Ayu meneruskan langkah kaki ke kolam yang berdekatan disitu. Hajat hati ingin melihat aksi-aksi ikan emas di kolam itu. Malas sudah dia hendak meneruskan pencarian Asrul. Mungkin dia keluar kot, fikirnya. Ayu berdiri di pinggir kolam, melihat ikan emas berenang-renang dibalik batu. Senang hatinya. Sejenak kemudian, Ayu berpusing untuk masuk ke rumah. Dan sebaik dia menoleh, dia terkejut apabila terdapat sesusuk tubuh dibelakangnya. Dia hilang pertimbangan, kakinya tergelecek dan tubuhnya hampir jatuh ke dalam kolam ikan tadi tetapi tangan kanan Asrul pantas mencapai tangan Ayu dan tangannya yang sebelah lagi memaut pinggang Ayu supaya tidak jatuh.
Ayu tergamam seketika. Sesaat, setelah logik kembali ke akal, dia bersuara perlahan. “Abang, Ayu dah ok.” Dia cuba melepaskan diri daripada pautan Asrul. Risau jugak rasa hatinya kalau Pn Saerah atau sesiapa saja ternampak keadaan mereka. Apabila Asrul melepaskan pautan tangannya, Ayu pantas menjarakkan dirinya dengan Asrul. Janggal rasanya berada begitu rapat sekali.
“Ayu cari abang ke?” Asrul menyapu bersih wajah dihadapannya.
“MakUda panggil sarapan sekali.”
“Hmm” pendek sahaja Asrul menjawab dan pandangan dihalakan kedasar kolam. “Nanti abang masuk.”
Selepas itu Ayu meninggalkan Asrul berseorangan di situ dan dia melangkah ke arah rumah. Rasa terkejutnya masih berbaki lagi. Tak sedar bila masanya Asrul berdiri dibelakangnya. Dia cepat-cepat meninggalkan taman itu.


Ayu menarik kerusi di meja makan yang dapur. Kemudian tangannya menyenduk nasi goreng kedalam pinggan. Pn Saerah, En Ismail, Kak Yani dan Abang Shamsul masih makan sambil berbual. Abang Johan mungkin ditingkat atas, bersiap untuk kehospital. Ayu juga ingin sangat berjumpa dengan Kak Lina, memohon maaf selepas kejadian tempoh hari. Dan dia juga sebenarnya tak sabar hendak berjumpa dengan bakal anak saudaranya, anak Kak Lina dan Abang Johan. Bukan tidak mahu melawat KakLina, tetapi dia tidak mahu pergi bersama-sama dengan Asrul. Kalau dia hendak pergi, mesti Asrul yang akan hantarkan. Jadi selepas mengambil kira semua kemungkinan yang akan menyebabkan dia bersendirian dengan Asrul, dia membatalkan sahaja hasrat untuk berjumpa dengan Kak Lina.
“Erah, lepas ni terus bersiap. Nanti kalau lambat ramai orang pulak ” En Ismail berkata kepada isterinya. Ketika itu Asrul melangkah masuk dan mengambil tempat disebelah En Ismail. Pn Saerah menghulurkan pinggan kepada Asrul.
“Abah ngan mak nak pergi mana?” Asrul menyoal.
“Mak nak pergi pasar dulu. Beli lauk untuk tengahari nanti. Lepas tu baru ke hospital. Johan dah keluar pun sekejap tadi.” Pn Saerah pula yang menjawab.
“Mak, Yani nak balik rumah kat ampang hari ni.” Yani mencelah.
“Eh, cepatnya kamu nak balik.”
“Saya dah mula kerja, mak. Jauh kalau nak berulang alik ke sini.” Shamsul pula membalas.
“Hmm…yelah.” Pn Saerah hanya membalas sepatah. Sedih sedikit rasa hatinya. Jarang sekali semua anak-anaknya dapat berkumpul bersama. Semua dah ada kehidupan masing-masing.
“Ayu, nanti Ayu pergi ke hospital dengan Asrul ye. Abah ngan mak pergi lambat sikit.” En Ismail tiba-tiba bersuara.
“Baik, bah.” Asrul pula yang membalas selepas Ayu hanya diam.
“Hmm.. Ayu rasa Ayu tak payah ke hospital lah. Ibu cakap dia nak datang sini hari ni. Ayu duduk kat rumah jelah.” Akhirnya Ayu bersuara. Cuba berdalih. Hasratnya supaya dia tidak berduaan dengan Asrul. Asrul kelihatan terkejut dengan kenyataan Ayu itu. Dia memandang tajam wajah Ayu dan kemudian kembali mengadap makanannya.
“Ye ke Kak Ngah nak datang sini.” En Ismail terkejut.
“Ha’ah. Lupa pulak Erah nak cakap kat abang semalam. KakNgah telefon semalam, diaorang cakap nak datang hari ni.” Pn Saerah berkata.
“Kalau macam tu, esok kami balik sini baliklah, mak.” Yani bersuara sambil bangun dan menuju ke sinki.
“Takpe ke Ayu duduk kat rumah je. Nanti kalau Makngah sampai, takde orang pulak kat rumah ni.” En Ismail akhirnya bersetuju dengan cadangan Ayu.
“Takpe, Ayu tak kisah. Esok pun boleh lagi jumpa KakLina.” Ayu tersenyum.
“Kalau macam tu, mak pergi dulu ye.” Pn Saerah berpesan dan berlalu pergi.
“Kak Yani ngan Abang Sham pun dah nak keluar ni.” Yani berpaling memandang Ayu dan Asrul dan terus berlalu meninggalkan mereka berdua.
“Kenapa Ayu tak cakap dengan abang MakNgah nak datang hari ni?” Asrul bersuara selepas hanya mereka berdua sahaja yang berada disitu.
“Ayu ingat Makuda dah cakap kat abang.” Ayu membalas tanpa memandang wajah Asrul. Dia menghabiskan baki teh dalam cawannya.
“Kenapa pulak mak yang kena bagitau abang.” Matanya masih memandang tajam wajah Ayu.
“Ayu lupa. Ayu ingat Makuda dah bagitau abang, jadi tak payahlah Ayu bagitau lagi.” Ayu bangun dan mengangkat semua pinggan kotor ke sinki. Tangannya pantas membasuh semua pinggan mangkuk disitu. Sakit hatinya datang balik. Saja nak cari salah aku. Saja nak marahkan aku. Tetapi Ayu hanya diam menyudahkan kerjanya. Malas hendak bergaduh dengan Asrul.
Asrul pula hanya memerhati dari meja makan tingkah laku Ayu. Dia pun sebenarnya masih marahkan Ayu, tetapi marahnya itu telah pun reda sedikit. Tapi pagi ni, Ayu saja je nak menaikkan lagi kemarahannya.
“Pergi bersiap sekarang, ikut abang pergi melawat Kak Lina.” Asrul mengarah.
“Taknak lah. Ayu nak tunggu ibu.” Ayu berdegil. Suka sangat mengarah aku.
“Makngah sampai lambat lagi. Sekarang ni baru pukul sembilan. Kita pergi sekejap je.”
“Takpe lah, abang je lah pergi.” Masih berdalih.
“Ayu, kenapa degil sangat ni. Ayu tahu tak sebab Ayulah, Kak Lina masuk hospital. Dah lah sebabkan Kak Lina sakit, pergi ziarah dia pun taknak. Kalau bukan salah Ayu, KakLina sihat lagi sekarang ni” Asrul meninggikan suara. “Pergi bersiap sekarang. Abang tunggu kat luar.” Asrul mengarah lagi.
Ayu hanya berdiam. Semakin terluka hatinya mendengar kata-kata Asrul. Sebak dadanya. Hampir saja airmatanya gugur tapi cepat-cepat ditahan. Tak mahu Asrul melihatnya menangis. Setelah kerjanya selesai, dia cepat-cepat berlalu ke bilik dan di bilik, airmatanya melimpah jua. Tak tertahan rasa hatinya dan Ayu menangis semahu-mahunya. Memang dia yang bersalah tapi kenapa diungkit kesalahannya. Kenapa tak sudah-sudah Asrul meyakiti hatinya. Lama juga Ayu menangis. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia terus mengurung diri dalam bililk itu. Biarkan Asrul tertunggu-tunggu dia kat bawah, tetapi kemudian apabila memikirkan KakLina yang terlantar di hospital, dia membatalkan hajatnya itu. Kakinya melangkah ke almari pakaian dan mengeluarkan sepasang baju kurung sutera berwarna biru. Tudung yang dipakai diganti dengan yang berwarna biru juga, sepadan dengan baju kurungnya. Ayu bersolek ala kadar.
Dia tahu kenapa Asrul marah sangat bila KakLina kemalangan kerana Asrul memang rapat dengan kakaknya yang sulung itu kalau nak dibandingkan dengan kakaknya yang kedua, Yani. Asrul dan Lina memang rapat sejak kecil lagi. Apa-apa saja yang menyebabkan kakak kesayanganya itu terluka, Asrul pasti akan membalas balik. Sebab itulah Asrul beria-ria marahkan Ayu kerana Ayu yang membahayakan nyawa KakLina dan anak kandungannya. Ayu menarik nafas panjang. Setelah berpuas hati dengan penampilannya Ayu melangkah turun.
Diluar Asrul sedang menunggu didalam kereta. Ayu masuk di tempat duduk hadapan. Diam. Asrul juga tidak bercakap dan terus memulakan perjalanan. Tersentuh lagi hati Ayu. Kenapalah hati perempuan ni selalu sangat tersentuh, Ayu mengeluh.
Asrul yang mendengar keluhan itu, menoleh memandang Ayu disebelahnya.
“Kenapa?” Dia menyoal.
Ayu hanya berdiam diri. Dia dengar soalan Asrul itu, tapi malas dia hendak membalas, takut nanti hatinya terluka lagi.
“Ayu, dengar tak abang tanya ni.” Asrul bersuara lagi tetapi Ayu terus membisu. Pandangannya dihalakan ke luar, langsung tak peduli Asrul memandangnya.
“Ayu...” Asrul tidak mengalah dan tangan kirinya memegang tangan kanan Ayu. Ayu pantas menepis dan melarikan tangannya ke arah lain.
“Ayu taknak cakap dengan abang.” Akhirnya Ayu bersuara juga namun pandangannya tetap dihalakan ke arah luar.
Asrul tersenyum kecil mendengar kata-kata Ayu.
“Merajuk rupanya.” Asrul tersenyum lagi. “Kalau Ayu tak degil cakap abang, tak adalah jadi macam ni. Kalau Ayu dengar cakap abang, tak adalah abang marah Ayu.”
Tengok, kan aku dah cakap. Mesti ada kata-kata yang menyakitkan hati. Ayu menoleh ke kiri, buat-buat tak dengar apa yang diperkatakan Asrul. Lagi-lagi aku yang salah.
Asrul meneruskan pemanduannya, tapi dibibirnya masih terukir sedikit senyuman. Tulah, cepat sangat naik angin, kan dah merajuk tunangnya disebelah itu. Seingatnya Ayu belum pernah merajuk dengan dia sebelum ini. Ayu yang baik itu hanya akan menurut saja apa katanya, tak pernah melawan, tak pernah membantah. Asrul menoleh ke sisinya dan dilihat Ayu masih lagi memandang ke luar. Diam.


“Apa khabar, Kak Lina.” Ayu mengucup tangan Kak Lina. Kak Lina tersenyum melihat pasangan itu.
“Baik ”
“Abang Johan mana, kak?” Asrul pula bersuara.
“Abang Johan keluar sekejap”
“Ayu macam mana?” KakLina menyoal dan kemudian dia memandang Asrul. Asrul hanya berdiri dihadapan katil kakaknya.
“Macam mana apa?” Ayu yang duduk disebalah katil KakLina kebingungan.
“Asrul marah ke sebab Ayu yang drive kereta akak hari tu?” Lina memandang Ayu dan kemudian memandang Asrul.
Ayu yang terkejut dengan soalan itu hanya mampu tersenyum, tidak mampu untuk menjawab.
“Rul, teruk ke kau marah si Ayu ni?” kali ni Asrul pula yang disoal.
“Takde lah, kak. Kalau marah pun, marah sayang. Bukannya marah betul-betul.” Asrul berpeluk tubuh dan tersengih. Matanya dihalakan kearah Ayu. Ayu hanya tunduk.
“Ok, kalau kau dah cakap macam tu, akak nak kat apa lagi. Ayu jangan lah terasa sangat kalau Asrul marah kat Ayu ye. Dia pun dah cakap yang dia marah sebab sayang.” KakLina pula memandang tepat wajah Ayu.
Ayu malu seketika, dipaksakan juga senyuman di wajah. Memanglah KakLina, sebabkan dia sayangkan akak lah, dia sanggup marah Ayu. Hatinya menjerit. Bencinya semakin membuak terhadap Asrul.
“Akak, Ayu mintak maaf pasal sebabkan kemalangan hari tu.” Ayu bersuara bagi meredakan perasaannya.
“Takpe lah, Ayu. Bukan salah Ayu pun. Akak tak marah pun.” Kak Lina memegang bahu Ayu. “Yang akak risau kalau Asrul ni je marahkan Ayu.”
Ayu tersenyum lagi. Kalau dia marahkan Ayu pun, akak bukannya boleh buat apa. Dia tetap marah juga. Hatinya berkata lagi. Begitu rapatnya hubungan Kak Lina dan Asrul sampaikan Asrul marahkan dia pun, Kak Lina tahu. Fikir Ayu. Asrul pula hanya tercegat berpeluk tubuh dipinggir katil.
“Akak tak payahlah risau. Kalau dah buat salah tu, memanglah kena marah.” Asrul bersuara sambil menjeling pada Ayu.
“Kau ni Rul, jangan suka-suka hati je nak marah Ayu.”
“Anak akak mana, kak?” Ayu bersuara perlahan dengan harapan supaya mereka menamatkan perbualan mengenai dirinya. Lantas dia memandang sekeliling mencari katil kecil.
“Ha, abang Johan pergi tengok baby lah tadi tu.”
Ketika itu juga Johan melangkah masuk ke bilik tersebut dan di tangannya mengendong seorang bayi yang begitu kecil. Dia tersenyum. Senyuman seorang ayah.
“Eh, Asrul, Ayu, bila sampai?”
“Baru je abang Johan. Boleh Ayu dukung sekejap.” Ayu berjalan mendekati Johan dan bayi tadi bertukar tangan. Ayu tersenyum lebar sambil memandang wajah comel dihadapannya. Ayu memang suka dengan baby.
“Comelnya, Kak Lina. Dah ada nama ke baby ni.” Ayu berjalan mendekati katil dan menyerahkan bayi itu kepada Kak Lina. Lina hanya tersenyum.
“Belum lagi. Tengah berfikirlah ni nak letak nama apa.”
“Kak, kami tak boleh lama ni. Nak balik rumah. Kejap lagi Mak Ngah nak datang. Nanti takde orang pulak kat rumah.” Asrul yang dari tadi cuma jadi pemerhati bersuara.
“Yelah. Mak dengan abah pergi mana?”
“Pergi pasar. Nanti Rul datang lagi lah, kak. Balik dulu, bang.”
Johan mengantuk.
“Kalau datang lagi nanti, bawalah Ayu sekali, Rul.” Lina berpesan.
“Iya, kak.” Asrul mengukir senyum dan menoleh sekilas mencari wajah Ayu.







------------------------------------

p/s: Salam readers. First, thank you for reading and waiting. Entry ni lebih kepada mereka yang selalu bertanya mana sambungan cerita ni. Sorry guys, keep you waiting.
Okey,one confession to make...sebelum ni saya pernah maklumkan Ayu Khamilia ni ada masalah teknikal sikit. The file had infected by virus. And too sad i couldn't save all of it. I was trying to re-write the story but.. you know, need to refresh and re-type, sedikit leceh. That's why cerita ni tergendala seketika. Very sorry about that. Give me some time, let me finish Chempaka Aleeya first (Chempaka Aleeya dah sampai pertengahan dan saya sedang cuba untuk menamatkannya secepat yang mungkin), then i will focus to finish Ayu Khamilia. A BIG SORRY GUYS!!!!! Jangan pulak ban blog ni ya. TQ.

Chempaka Aleeya - Bab 12

:: Bab 12 ::

Pagi sabtu, ketiga-tiga anak dara tu lepak-lepak buang masa depan televisyen. Lepas sarapan masing-masing duduk mengadap tv. Tupperware besar yang berisi kerepek bawang dengan bungkusan twisties ternganga atas meja. Teh O Limau panas yang kini dah jadi suam-suam kuku dah tinggal separuh dalam jug. Bermalas-malasan dirumah pagi hujung minggu ni memang terasa nikmatnya.
“Kau tak keluar ke hari ni?” Aleeya bersuara. Menjeling sedikit kepada Salina.
“Malas lah. Hari ni nak lepak kat rumah je.” Salina menjawab sambil tangan mencapai twisties.
“Sara?”
“Hari ni tak. Esok kut, nak keluar shopping. Ikut aku nak?”
“Sorry cik kak.. Aku ada hal lain lah.” Aleeya mengeleng.
“Keluar dgn Amir ke Leeya?” Salina menoleh sekilas.
“Tak lah. Amir takde kat sini. Dia pergi Tioman. Kerja pejabat aku bertimbun yang mintak perhatian.”
“Owh….” Maisara yang membentuk mulut tanda faham.
“Kau bawak balik kerja ofis ke?” Salina menyoal lagi.
“Aku dapat projek baru. Nak kena start plan untuk designing. Kat ofis nanti boleh terus develop je. Takde lah sibuk sangat aku nanti.”
“Kerja macam kau ni leeya, pagi petang siang malam duk mengadap komputer jer. Kat pejabat mengadap pc, kat rumah mengadap laptop. Tak penat ker?”
“Dah namanya pun kerja Sara. Nak tak nak kena jugak lah buat. Kalau nak ikutkan penat, kerja apa yang tak penat. Jadi promoter kat shopping compleks pun penat jugak.”
“Memang lah. Tapi kalau asyik mengadap komputer je 24 jam, penatnya lain leeya, penat mata, penat otak, penat badan lagi. Aku yang mengadap komputer sesekali ni pun tak sangggup dah rasanya. Silau mata.” Maisara seorang guru. Kerjanya hanya menjadi model depan anak muridnya. Itu ayat aku yang selalu aku cakap kat Maisara. Bila mengajar kat depan kelas dengan gaya yang tersendiri sambil diperhatikan oleh 30-40 orang pelajar, kan dalam erti kata lain seolah-olah menjadi model…tapi model yang baik untuk masa depan anak murid. Cuma sesekali apabila perlu menyiapkan apa-apa tugasan dia akan menyentuh keyboard komputernya. Itupun hanya boleh bertahan 2-3 jam, lepas tu dia akan mengadu, pening kepala. Aku pulak, memang dah tertulis kerjaya aku sebagai penganalisis sistem. Dari menganalisis sistem yang sedia ada, sampai lah mengkaji keperluan pembangunkan sistem baru, semua dah jadi tanggungjawab aku. Nak tak nak kena jugaklah pagi petang siang malam duduk mengadap skrin monitor jer. Tapi kalau bukan time system developing, kerja aku ringan sikit lah, hanya perlu monitor jer.
“Kebolehan orang masing-masing tak sama, Sara.” Perlahan Aleeya menjawab. Tak perlu salahkan takdir, aku happy dengan kerja aku. Biarlah orang lain cakap aku berkawan dengan monitor jer. Takpe.
“Hmmm….betul lah tu. So kau tak boleh teman aku shopping lah esok.”
“Mintak maap banyak-banyak erk. Kau ajak Lin lah.”
“Lin?” Pandangan Maisara dihalakan tepat pada wajah Salina sambil mempamerkan wajah kasihan.
“Yelah, aku ikut kau.”
“Alrite..” Maisara menayang sengih. Satu kejayaan baginya berjaya mengajak Salina temannya keluar membeli-belah. Biasanya Salina jarang nak keluar bersama-sama dengan mereka. Masa lapangnya banyak dihabiskan bersama tunang tersayang.
“Tapi kau kena belanja aku makan Secret Recipe.”
Hilang terus sengihan Maisara. “Amboiii..teman aku shopping pun kena belanja kau makan?”
“Boleh lah...aku teringin nak makan kek lah.” Salina pula mempamer muka kasihan.
“Yelah.”
Nokia hitam atas meja tepi kotak tisu tiba-tiba berlagu riang. Spontan ketiga-tiga pasang mata menoleh.
“Kau punya..” Disebabkan Salina yang paling dekat dengan meja dia menghulurkan telefon bimbit itu kepada Aleeya
Tangan Aleeya dipanjangkan mencapai telefon berkenaan. Butang hijau ditekan. “Assalamualaikum, mak.”
“Waalaikumusalam, sihat ke?”
“Alhamdulillah. Mak sihat?”
“Alhamdulillah. Sihat. Ni mak nak bagitau, Mak Ngah kamu nak buat kenduri hujung minggu depan. Kalau kamu takde hal, baliklah.”
“Kenduri apa?”
“Kenduri doa selamat, untuk Tarmizi, dia nak pergi belajar kat UK hujung tahun ni. Kalau kamu boleh balik, balik lah. Lepas tu nanti ntah bila tahun pulak baru dia nak balik sini. Kalau kamu tak balik, ntah bila-bila pulak baru kamu nak jumpa dia.”
“Iya ke? Hari tu mak tak cakap pun pasal ni.” Si Tarmizi tu pun takde pun bagitau aku pasal nak pegi sambung belajar.
“Mak pun baru je tau. Petang semalam Mak Ngah datang rumah.”
“Hmm..” Nak pergi luar negara dah sepupu aku tu. Sampai jugak lah cita-cita dia nak jejak negara barat tu. Aleeya tersenyum sendiri, teringatkan sepupunya yang seorang tu.
“Leeya?”
“Ya mak..” Macam tau je mak aku nak tanya pasal apa ni.
“Mak tunggu keputusan kamu ni. Macam mana?”
Kan aku dah agak. “Nanti lah mak. Leeya tak jumpa pun dia lagi.”
“Berkenalan dulu pun susah ke leeya?”
“Mak, leeya tengah cuba lah ni.” Kalau aku tak bermurah hati nak berkenalan dengan dia, takdenya aku nak jawab panggilan telefon dia dulu. Tapi bukan masa dia call hari tu, kau tak kenal ke nombor tu leeya. Kalau kenal for sure kau tak jawab kan. Hmmm…. Apa-apa je lah
“Pagi semalam mak terjumpa Makcik Ani kat pasar besar. Makcik Ani cakap yang Idzuwan kerja luar dua tiga minggu ni. Dia pergi Singapura.”
Owhh…patutlah lepas first call hari tu terus senyap. Takde kat sini rupanya mamat tu.
“Makcik Ani tu macam dah berharap sangat dah Leeya.”
Makcik Ani yang berharap ke mak yang berharap ni. “Kan mak jugak yang cakap hari tu, diorang bagi masa empat bulan. Ni baru sebulan lebih mak.”
“Sebab dah sebulan lebih ni lah, mak nak ingat kan kamu. Kalau kamu buat bodoh jer, empat bulan tu nanti berlalu macam tu jer.”
“Iyalah mak, leeya tahu apa nak buat. Mak tak payah risau.”
“Sukati kamu lah. Mak nak pergi masak ni, dah nak dekat tengah hari.”
“Hmm..” pandangan dibawa ke muka jam. Betul lah, menghampiri tengah hari.
“Kamu jangan lupa balik bulan depan. Apa pulak kata Makngah kamu nanti kalau kamu tak balik.”
“InsyaAllah. Kalau takde hal leeya balik.”
“Assalamualaikum. Jaga diri baik-baik.”
“Waalaikumusalam.” Butang merah ditekan. Menamatkan perbualan. Telefon tadi kembali diletak atas meja.
Salina menjeling Aleeya. “Kenapa leeya?”
“Mak aku suruh balik bulan depan. Makngah aku buat doa selamat.” Bersahaja je dia menjawab. Pandangan dibawa ke muka televisyen. Jerry sedang melarikan diri dari Tom, habis dilanggar segala pinggan mangkuk periuk belanga dalam dapur, pecah berterabur atas lantai. Dalam hati berharap janganlah Salina melanjutkan lagi soalannya. Malas mahu menceritakan perihal insan bernama Idzuwan yang entah jatuh dari dunia mana tiba-tiba sahaja menjadikan hidupnya cukup berserabut. Peringatan dari mak sebentar tadi tambah menyeliratkan masalah sedia ada.
Salina berpaling, kembali tekun menumpukan perhatian ke kaca televisyen. Tapi dalam hati beria-ia dia menegaskan bahawa Aleeya menyembunyikan sesuatu darinya. Dari perbualan dengan emaknya sebentar tadi seperti ada perkara lain yang dibincangkan. Takpe, kalau Aleeya tak mahu berkongsi dia pun tak mahu memaksa. Biarlah, hak dia. Tapi bila Aleeya mencari pendengar, dia selalu setia meminjamkan telinga.
Aleeya menghela nafas lega apabila dilihat Salina kembali tekun memberi tumpuan pada televisyen. Maaf lah Lin, sampai masa aku nak cerita kat kau nanti, aku cerita lah. Sekarang ni nak kena fikir macam mana nak selesaikan masalah aku ni. Teringat pesanan mak tadi. Bukan pesanan, lebih kepada desakan sebenarnya. Dia mengeluh perlahan. Yang sebenarnya, jauh di sudut hati, dia tak bersedia lagi nak adakan pertemuan dengan Idzuwan. Tak tahu kenapa, rasa takut ada, rasa janggal pun ada, rasa macam dia menipu Amir pun ada jugak. Sudahlah tak kenal macam mana rupa mamat tu. Ntah ntah pembunuh bersiri ke. Tak ke saja menempah maut je aku ni.
Tiba-tiba telefon bimbit Aleeya berlagu lagi. Dilihat skrin empat segi tepat itu, nombor yang tidak dikenali. Berkerut dahi dia memerhati. Siapa pulak ni. Tak kan lah ofis panggil kerja hari ni kut.
“Siapa leeya? Jawab je lah.” Maisara menegur bila melihat Aleeya hanya merenung telefonnya.
“Tak tau. Nombor tak kenal.” Teragak-agak pulak dia nak jawab.
“Jawab je lah. Ofis kau kut.”
“Nak jawab lah ni. Aku naik atas lah. Kacau korang je nak tengok tv.” Serentak dia berlalu menaiki anak tangga. Butang hijau ditekan dan telefon dibawa ke telinga. “Assalamualaikum..”
“Waalaikumusalam. Aleeya, apa khabar?”
“Baik. Alhamduliillah.”
“Saya mengganggu awak ke?”
“Err…tak. Kiteorang tengah tengok tv je tadi. Ni siapa ya?”
“Idzuwan. Panggil wan je.”
“Owh….okey. Sorry, saya tak kenal nombor awak.” Mamat ni rupanya. Baru tadi duk teringat pasal dia.
“It’s okay. That day I was using my private number, but this is not. You can keep my number.”
“Yeah, sure.”
“So, awak sibuk ke hari ni.”
“Hari ni..agak sibuk jugak lah. Dah ada kerja yang menunggu.”
“Oh, I see. I was thinking….kalau awak free. You know….just want to know you better. I mean, us. Erm…maksud saya, kalau leeya free, mungkin kita boleh jumpa untuk kenal diri masing-masing.”
“Oowh.. Tapi Idzuwan, hari ni dan mungkin esok memang saya tak free. Sorry.”
“It’s okay. Takpe. Mungkin lain kali. Maaf lah kalau saya agak mendesak. Saya faham kalau leeya tak bersedia lagi nak jumpa saya.”
“Eh…tak…bukan. Hari ni memang saya sibuk sikit. Ada kerja pejabat yang saya kena setllekan.” Macam tau je yang aku memang tak bersedia nak jumpa dia. Tak bersedia dari segi mental dan fizikal.
“Takpe. Tak kisah. Ikutkan, saya pun sekarang ni memang sibuk sikit. Dalam bulan ni saya banyak station kat Singapura. Ada projek kat sana. Hujung minggu je saya balik sini.”
“Hmm…” Tadi mak pun ada cakap.
“So..okaylah. Have a nice day then. Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.” Aleeya termangu sebentar. Diraup mukanya beberapa kali. Sampai bila kau nak lari leeya. InsyaAllah, bila ada kekuatan, akan ada pertemuan.

Chempaka Aleeya bab 11

:: Bab 11 ::

Aleeya menanti di luar lobi. Amir cakap nak time off petang ni. Nak datang sini awal sikit. Ni mana tak nampak batang hidung pun lagi. Pagi tadi dia tumpang Salina sampai stesen LRT je sebab Salina kerja luar, kene tengok site di Mont Kiara. Maisara pulak ada kursus kat Bangi hari ni. Dua-dua tak menghala ke KL. Takde cara lain kene lah naik pengangkutan awam yang terchenta ni sampai ofis. Lepas naik Putra kene tukar Star pulak. Berchenta betul dia kalau naik LRT ni. Sebab tu dia lagi suka memandu je datang pejabat. Tak perlu nak berebut-rebut, berhimpit-himpit. Tapi hari ni sebabkan pakcik Amir Adrizan Sulaiman tu, terpaksa jugak dia main rugby dalam LRT pagi tadi. Elok-elok keluar rumah wangi-wangi, sampai ofis bau macam baru lepas berlari 1000 meter je.
Sedang dia melihat-lihat ke arah jalan raya yang tengah sesak dihadapannya tu, tiba-tiba telefon bimbit berlagu nyaring. Hatinya berdetik. Mesti Amir. Tangan kanan meraba-raba isi handbeg, mencari telefon yang rancak berlagu. Bila dipandang skrin empat segi tepat itu, keningnya terangkat. Siapa pulak ni. Private number. Sejak bila Amir suka tahan-tahan nombor ni. Telefon ditangan dibawa ke telinga.
“Assalamualaikum?”
“Waalaikumusalam. Apa khabar?”
Naik lagi kening Aleeya. Bukan Amir. Siapa ni? “Err…sihat. Emm..nak cakap dengan siapa?”
“Ni Chempaka kan?”
“Aleeya.”
“Right. Chempaka Aleeya.”
Naik kedua-dua belah kening Si Aleeya. Siapa pulak ni. Siap tahu nama penuh aku lagi. “Err…ni siapa ya?”
“Owh..sorry. saya tak perkenalkan diri lagi.”
Tau takpe. Aleeya diam. Memberi ruang pemanggil sebelah sana memperkenalkan diri.
Tapi orang di sebelah sana jugak diam. Senyap.
Apehal pulak ni. Dah dua-dua diam sapa pulak yang nak bercakap. “Err..hello?”
“Ya..sorry. Ada orang ketuk pintu tadi. Saya pergi tengok sekejap.”
Kepala diangguk perlahan. “Awak ni salah nombor kut?”
“Eh..tak lah. Ni betul Aleeya kan. Mana pulak salah nombor. By the way saya Idzuwan. Muhammad Idzuwan Muhammad Zahar.”
Siap nama penuh lagi tuh. No IC taknak bagi. “Ok. Saya kenal awak ke?”
Si pemanggil tersenyum sumbing. Terlepas ketawa halus. “Nope.”
Aleeya menganguk perlahan. “Awak kenal saya ke?”
“Maybe.”
“Owkeyyyy. Sooooo, awak nak apa sebenarnya ya?” Disini aku masih menggunakan bahasa yang paling sopan. Sebelum aku rasa nak matikan aje talian ni, baik lah En Muhammad Idzuwan Muhammad Zahar jangan nak main teka-teki dengan aku.
Pemanggil disebelah sana masih tersenyum. Confirmlah minah ni tak kenal aku. “Aleeya, saya Idzuwan, anak pakcik Zahar kawan ayah awak.”
Hampir terlepas telefon ditangan. Allah..mamat ni ke. Apehal lah yang kau ni slow sangat leeya. Idzuwan, leeya…bakal menantu pilihan mak dengan abah. Tiba-tiba terdengar suara mak.
“…Anak Pakcik Zahar tu namanya Idzuwan …”
“…kawan abah ada datang rumah. Pakcik Zahar…”
“…Idzuwan. Muhammad Idzuwan Muhammad Zahar…”
“…Kalau Idzuwan tu ajak jumpa pergilah…”

Allah…Aleeya mengurut pelipis. Cepatnya mamat ni buat move.

“Err…awak masih kat sana ke?” Idzuwan bersuara teragak-agak.
“Ya.” Aleeya kembali ke alam nyata. Air liur yang ditelan dah rasa macam berpasir. Takpe lah leeya, nak lari sampai bila, esok-esok kene tempuh jugak.
“Kalau leeya free, boleh kita jumpa.”
Seperti yang kujangka. “Bila?”
“Malam ni?”
Cepatnya. “Erm..maaf lah. Malam ni tak boleh. Ada dinner dengan member.”
“Owh..takpe, lain kali lah.”
“Ok.”
“I give you a call.”
“Ok.”
“Assalamualaikum.” Talian dimatikan
Aleeya termangu. Sekurang-kurangnya kali ni boleh lepas. Esok-esok macam mana. Betul ke apa yang kau buat ni leeya. Kau terima dia ke. Baru jawab satu panggilan yang tak disengajakan, itu belum lagi dinamakan aku terima dia.
Bunyi hon di depan perhentian bas di seberang jalan sebelah sana menarik perhatian Aleeya. Dia mengalih pandang. Tangan Amir melambai-lambai keluar dari tingkap. Aleeya senyum segaris. Menghalau semua masalah yang menyesakkan fikiran. Sampai pun. Ingatkan dah tak ingat jalan nak datang sini. Langkah diatur menghala ke arah ke Amir yang menanti.
“Lambatnya awak.” Senyum diukir.
“Hello, cik kak. Saya dah tunggu kat sini 15 minit tau. Awak tu yang tak sedar. Sibuk sangat bergayut. Cakap dengan sape tadi.”
“Err…” Hilang terus senyum dibibir. Macam mana pulak dia boleh nampak aku bergayut. Aleeya garu kepala yang tak gatal. Siapa ya. “Kawan….” Kawan aku ke Idzuwan tu. Kenal pun tidak.
“Hmm?” Amir angkat kening. Kenapa macam teragak-agak je nak jawab ni.
“Err…kawan abah punya anak.” Apa benda yang aku cakap ni. Pandangannya dihala keluar. Kenapa susah je aku nak berterus terang ni.
Amir mencari wajah Aleeya. “Huh?”
“Betul lah. Anak kawan abah saya.”
“Kenapa call awak?”
“Takde apa. Saja tanya khabar.” Wajah kembali dipalingkan ke kiri. Memandang kereta yang menderu laju disebelah. Kalau dipandang wajah Amir ketika itu dengan riak wajahnya sendiri yang tak tahu dah mana rupa, nampak sangat dia menyembunyi kenyataan yang sebenar.
Amir menganguk perlahan. Dijeling Aleeya dengan ekor mata.
Aleeya menghela nafas perlahan. Nasib baik takde lagi soalan yang boleh bagi aku dapat barah otak.
“Nak pergi mana ni?”
“Titiwangsa. Dinner sekali dengan Anna dan bakal tunang dia.”
“Owhhhh. Okey.” Another family gathering.
“Kenapa?”
“Apa yang kenapa?”
“Awaklah. Macam tak suka je nak jumpa adik saya.”
“Eh, takde lah.” Bukan tak suka, tapi saya tak paham. Asal family awak punya gathering saya kena ikut sekali. Apa kena mengena saya dengan family awak?
Memang ada kene mengena. Sebelum awak jadi salah seorang dari family saya, better kalau awak kenal family saya dulu.
Family saya awak tak teringin pun nak berkenalan.
Memang nak berkenalan dengan family awak. Awak je tak pernah nak ajak.

Chempaka Aleeya - Bab 10

:: Bab 10 ::

Aleeya melangkah masuk kedalam rumah, beg kain disebelah kanan diletak ditepi sofa. Beg plastik berisi mangga dan limau bali turut sama diletak ditepi sofa. Tangan kanan menolak daun pintu, lalu ditekan kunci ditombol. Rumah sunyi sepi tak berpenghuni. Salina dan Maisara masih belum pulang, walaupun malam dah menginjak ke jam lapan. Masih dengan langkah yang penat, Aleeya menapak ke dapur, buah-buahan dari RnR Tapah tadi diletak atas kabinet dapur. Dia keluar semula, mencapai beg kain yang sarat dan berlalu ke tingkat atas.
Daun pintu ditolak, suis lampu dan kipas dipetik dan angka tiga pada tiang kipas berdiri itu ditekan. Tudung dikepala dibuka lalu disidai di kerusi dan dia terus saja berbaring atas katil. Aduh, penatnya… Pandangannya dihala menentang siling. Kata-kata mak semasa dia nak bertolak petang tadi terngiang-ngiang di telinga.

“Mak dgn abah tunggu jawapan kamu.”
“Ya mak, nanti leeya pikir.”
“Jangan lambat sangat. Nanti mak dgn abah je yang bagi keputusan bagi pihak kamu.”
“Apa pulak mak. Bagi lah masa leeya pikir dulu.”
“Kalau Idzuwan tu ajak jumpa pergilah jumpa dia, boleh kenal dia macam mana. Kalau jadi hujung tahun ni bertunang. Awal tahun depan kahwin.”
“Mak, mak ni confident je. Ntah-ntah dia tu jahat ke, kaki pukul ke, gangster ke, kongsi gelap ke, apa ke. Mak nak ke menantu macam tu.”
“Kamu jangan nak merepek lah leeya. Mak kenal budak tu, takde nya anak Makcik Ani tu perangai macam tu. Sebab tu mak cakap jumpa dulu.”
“Macam mana mak kenal dia. Lagi pun mak kalau jumpa sekali dua, takkan lah boleh nampak perangai yang sebenar.”
“Leeya, mak pun tak nak anak mak nanti hidup melarat kalau kahwin dengan orang yang ntah hapa-hapa. Cuba dengar cakap mak sekali.”
“Ya lah mak. Leeya dengar. Dah lah mak, leeya balik dulu.” Tangan mak diraih dan dikucup lembut.
“Yelah…hati-hati bawak kereta tu.”

Aleeya menghela nafas panjang. Nampaknya mak aku macam dah berkenan je dengan mamat nama Idzuwan tu. Mak dengan abah sama je. Buat konspirasi tak bagi tau aku. Dah lah konspirasi tu pasal masa depan aku pulak tu. Masa depan aku yang jadi pertaruhan. Astagfirullahalazim….mengucap leeya, pekehalnya yang kau marah mak dengan abah tu. Diorang tu dah cukup baik nak pikirkan masa depan kau leeya. Sepatutnya kau bersyukur. Sudah lah leeya, dah pukul lapan, baik kau pergi solat Maghrib. Minta tenangkan hati, minta petunjuk.
Segera dia bangun dari baring, melangkah kebilik air. Keluar dari bilik air, melangkah masuk semula ke bilik. Sejadah dibentang, telekung disarung. Dia menyembah pada yang Maha Esa. Minta ditenangkan hati, dipermudahkan setiap urusan dan diberikan hidayah ke jalan yang betul. Penuh rendah diri dia sujud berserah pada yang Satu. Selesai salam terakhir, selesai menadah tangan berdoa, sementara menunggu azan Isyak bergema, Aleeya bertakafur seketika. Menyebut nama-nama Allah bagaikan memberi ketenangan pada dirinya. Seletah dua tiga hari kepala asyik runsing memikirkan masalah yang satu itu, dia seolah-olah beroleh kedamaian diatas sejadah ini.
Selesai menunaikan solat Isyak, tiba-tiba telefon Aleeya berlagu.
“Assalamualaikum.” Talian disambut.
“Waalaikumusalam. Apa khabar?” Ceria suara Amir kedengaran di telinganya.
“Baik. Alhamdulillah.” Rasa rindu pulak pada tuan punya suara ni.
“Mak abah dgn adik-adik sihat?”
“Semua sihat.”
“Elok lah tu. Yang awak ni dapat balik kampung, lupa terus kita kat sini ya.”
Aleeya ketawa kecil.
“Bila sampai?”
“Tadi lepas maghrib.”
“Jom keluar dinner.”
Aleeya angkat kening. “Sekarang?” Adusss…malas maa.
“Tak lah. Sabtu malam minggu pertama bulan depan.” Aku dah berjanggut menunggu dia balik sini, lagi nak tanya sekarang ke, esok ke, lusa ke. Tak tau ke saya rindu kat awak sekarang ni.
Aleeya dah tersenyum sumbing. Laa, merajuk pulak ke pakcik ni. “Amir, saya dah makan tadi. Dan kenyang lagi. Hmm… kita keluar esok lah. Boleh?” Bila masanya kau makan Leeya. Semalam?. Takpe. Bohong sunat. Dimaafkan.
Amir diam di sebelah sana. Awak ni leeya, suka betul menguji kesabaran saya kan.
Aleeya resah menunggu Amir bersuara. Apa hal diam pulak ni. “Amir?”
Diam lagi. Geram pun ada dengan kakak sorang ni. Dah lah nak cuti lama hari tu tak bagi tau.
Lah…tak kan dah tido kut. “Amir?”
Senyap lagi.
Aleeya menghela nafas. Tak tau lah aku macam mana nak pujuk pakcik merajuk. “Amir, awak belum makan lagi ke?” Soalan apa yang kau tanya ni leeya. Tak pasal je kena sembur kang.
“Kalau saya dah makan, takde lah saya ajak awak keluar.”
Kan dah kata. Free je kene sembur. Aleeya sengih kelat. Confirm lah pakcik ni merajuk. “Awak, esok…”
“Esok lepas kerja saya ambik awak kat ofis. Dinner sama.” Belum habis ayat Aleeya, Amir dah pantas memotong.
Huh.. ”Habis tu kereta saya macam mana?”
“Masa nak pergi kerja pagi tu awak tumpang lah Salina ke Maisara ke. Petang saya ambik awak.”
“Petang esok saya jumpa awak kat mana-mana lah. Pergi asing-asing. Senang sikit nak...”
“Chempaka Aleeya!! Esok petang saya ambik awak kat ofis. Fullstop.” Naik sikit vocal nya. Sejak bila degil sangat ni.
Aleeya mengetap bibir. Perangai tak pernah nak berubah. Suka paksa-paksa aku.
“Leeya, dengar tak ni.”
Aleeya diam. Nak buat-buat tak dengar boleh tak. Sakit pulak hati melayan pakcik sorang ni.
“Aleeya. Kalau saya ambik awak kan senang. Lepas tu nanti saya boleh terus hantar awak balik.” Ni nak balas dendam dengan aku lah ni. Mogok tak nak bercakap pulak.
Diam lagi.
“Leeya?”
“Awak ni memang suka paksa-paksa saya kan.”
“Dah awak degil sangat sejak akhir-akhir ni.”
Lagi sekali Aleeya mengetap bibir. Aku pulak yang salah.
“Petang esok, no accuse ok. Saya jemput awak.”
“Assalamualaikum” lagi cepat aku tamatkan talian lagi baik.
“Eh..nanti nanti, saya tak abis cakap lagi.”
Apa lagi. Aleeya diam. Memberi ruang pada Amir bersuara.
“Marah dengan saya ke?”
Diam. Dah tau lagi nak tanya.
“Sepatutnya saya yang merajuk dengan awak sebab awak taknak teman saya makan malam. Perut saya dah buat konsert rock tau. Ni kenapa saya pulak yang kene pujuk awak ya?”
Betul jugak tu.
“Senyum sikit leeya. Dah seminggu saya tak tengok awak senyum.”
“Saya senyum bukannya awak nampak pun.”
“That’s why saya ajak awak keluar malam ni. Nak tengok senyuman awak.”
Bibirnya dah terukir senyum segaris. Tu lah leeya, jual mahal sangat.
“Leeya, dah senyum.”
“Hmm..”
“That’s my girl.”
“Correction…I’m not your girl.”
Amir ketawa kecil. Not yet but will be. “You’re my girl. Assalamualaikum..” Terus dia mematikan talian.
Aleeya memandang telefon di tangan. Keningnya dah terangkat dua kali lebih tinggi dari selalu. Dahinya dah berkerut seribu. You’re my girl. Assalamualaikum.. Ternginang-ngiang suara lembut tapi tegas Amir ditelinganya. Lawak peringkat apa yang Amir buat tadi. Ke dia memang bermaksud nak sampaikan apa yang dikata. Nak suruh aku main teka teki lagi ke. Sungguhlah…

Chempaka Aleeya - Bab 9

:: Bab 9 ::

“Termenung!!”
Aleeya pantas berpaling. Tangan kanan mengurut dada. Anissa dah duduk tersengih disebelahnya. Mencerun mata Aleeya memandang Anissa. “Dah tak reti nak bagi salam dulu ke? Main sergah-sergah je…”
“Bagi salam pun along bukan nya dengar. Along buat apa termenung sorang-sorang ni? Teringat pakwe yang call malam tu ek?” sengih Anissa makin melebar.
“Banyak lah pakwe-pakwe.” Pandangan kembali dibawa ke dada langit. Memerhati burung yang berterbangan. Kalau betul aku ada pakwe senang je cerita, bawak je pakwe aku tu mengadap mak. Kan settle masalah aku.
“Dah tu along termenung kenapa? Macam pikir masalah negara je.”
Memang masalah negara pun. Lagi besar dari masalah negara. Masalah negara Aleeya-Idzuwan. Bunyi deruman motorsikal menganggu perbualan Aleeya dan Anissa. Serentak keduanya berpaling.
“Assalamualaikum kekanda dan adindaku..” Hafez tersengih sambil menongkat motorsikalnya sebelum berjalan menghampiri dan mengambil tempat bersebelahan Anissa, menghadap Aleeya.
“Angah ni dari mana. Merayap je dua puluh empat jam.” Anissa memerhati Hafez menanggalkan topi keledarnya.
“Kosong je meja nih. Teh ke, kopi ke, goreng pisang ke, takde ke long.” Soalan nisa tak dijawab, soalan lain pula yang diajukan. Dipandang wajah Aleeya dengan muka kesian.
“Ada, atas meja kat dapur tu. Pegilah sana ambik.”
“Alaa….tak best lah minum dalam rumah, long. Panas. Kat sini kan redup sikit, berangin pulak tu. Nisa, boleh tolong bawakkan angah teh secawan.” Memandang wajah Anissa sambil muka terukir senyum comel. Kot ye…comel lah sangat.
Anissa mencebik. “Eeiii…angah ni pemalas lah.”
“Tolong lah. Anak dara tak boleh pemalas tau, angah takpe anak teruna.”
Anissa mempamir muka tak puas hati. Lambat-lambat Anissa melangkah juga masuk ikut pintu belakang.
“Angah ni dari mana?”
“Pergi Ipoh Parade tadi, jumpa Hisham. Mak dengan abah takde ke.” Baru dia perasan kereta abah takde dalam garaj.
“Mak dengan abah pergi Manjoi. Nenek Limah sakit.”
“Along duk pikir apa ni. Dari tadi berkerut je dahi tu angah tengok.”
“Takde apa lah ngah.”
“Tak yah lah nak tipu long. Pasal kunjungan kawan abah tu ke. Pakcik Zahar suami isteri.”
Aleeya pantas berpusing kepala mencari muka Hafez. Adik aku sorang nilah, tau je baca fikiran orang. “Apa yang angah tau pasal tu?”
“Angah ada kat rumah masa Pakcik Zahar tu datang. Angah dengarlah diorang berkenan nak ambik along jadi menantu pilihan.”
Aleeya menghela nafas panjang. “Angah kenal ke anak Pakcik Zahar tu?”
“Tak lah. Hari tu dia tak datang sekali. Apa yang along susahkan ni. Kalau tak nak cakap jelah tak nak. Mak dengan abah boleh terima kalau alasan along tu munasabah. Tak yah lah nak termenung sana termenung sini. Dari kelmarin lagi angah tengok along ni asyik termenung je.”
“Angah cakap senang lah. Bukan angah yang duk kat tempat along sekarang ni.”
Hafez menarik sengih. Susah jugak kalau aku kena kahwin dengan orang yang tak kenal. Buatnya orang tu jenis yang panas baran, suka berleter, pemalas…hish mintak simpang. “Along buat lah sembahyang mintak petunjuk.”
Aleeya memandang wajah Hafez. Bernas jugak idea tu.
“Ke along dah ada pilihan sendiri?” Hafez menduga.
“Ntah lah ngah.” Aleeya mengeluh. Kalau pilihan sendiri diambil kira, ni dah jadi masalah negara Amir-Aleeya-Idzuwan. Lagi besar masalahnya. Dan aku pulak tersepit kat tengah-tengah. Tapi leeya, pilihan sendiri kau tu terima engkau ke. Ingat leeya, Amir tu teman tapi mesra, bukan teman istimewa. Jadi, Amir boleh tolak tepi. Tapi boleh ke aku bahagia dengan orang lain. Idzuwan tu pun betul ke boleh terima aku. Haila…masalah…masalah…. Aleeya mengeluh lagi.
“Apa lagi yang along menung kan tu.” Tinggi suara Hafez mengejutkan Aleeya.
“Along peliklah. Angah rasa kenapa ya, Idzuwan tu ikut cakap mak ayah dia. Pelajaran tinggi, kerja bagus..tak kan lah girlfriend pun takde. Along risau kalau dia kene paksa dengan mak ayah dia je, tapi yang sebenarnya dia tak boleh pun nak terima along. Macam mana nak berumahtangga kalau macam tu ceritanya.”
“Ntah lah long, yang tu along kena tanya dia sendiri. Along call lah dia ajak jumpa. Bincang.”
“Hish…angah ni. Taknak lah. Along ni perempuan, patutnya dia yang datang cari along. Apehal pulak along yang kena cari dia.”
Hafez menayang sengih lebar. Betul jugak tu. Apa kena lah kau ni Hafez. Terdengar selipar jepun diheret, Hafez berpaling. Lagi lebar sengihnya melihat Anissa menatang dulang. “Baiknya adik angah sorang ni. Terima kasih nissa.”
Anissa mencebik manja sambil tangannya mengagih cawan kearah Aleeya dan Hafez. Hafez mencapai goreng pisang sebelum dibawa kemulut. Aleeya hanya memerhati tingkah adik-adiknya. Bibirnya tersenyum kecil. Mati terus perbualannya dengan Hafez mengenai Idzuwan tadi. Anissa tidak tahu berkenaan perkara itu. Masa kunjungan Pakcik Zahar tempoh hari, Anissa masih disekolah. Hanya Hafez, mak dengan abah yang ada dirumah masa tu. Kebetulan Hafez masih bercuti semester selama tiga bulan. Kalau tidak adiknya yang sorang tu pun tak jejak kaki ke rumah mak abah ni. Sibuk sangat katanya, tambah pula Hafez sekarang ni berada di tahun akhir, lagi lah sibuknya mengalahkan menteri.
“Along ni termenung lagi ke?” Anissa menentang wajah Aleeya. Dahinya berkerut seribu. “Tak paham lah nissa dengan along ni. Asyik termenung je. Mengalahkan PM nak pikirkan masalah.”
“Mana ada along termenung lah..”
“Itu bukan pikir masalah negara nissa, tu tengah pikir masalah masa depan.” Hafez tersengih.
“Ha?” Anissa angkat kening. Dahinya masih berkerut. Tak paham. “Masalah apa?”
“Masalah macam mana nak buat perjanjian damai dengan sapa-sapa yang bakal jadi abang ipar kita.”
Anissa sama menarik sengih. “Owhhh…along gaduh dengan pakwe erk. Tadi nissa tanya along tak ngaku.”
Aleeya ketawa kecil, kepala digeleng perlahan. Ada-ada jelah adinda-adinda aku ni.
Hafez dah menepuk dahi. Haila…. “Sapa pulak cakap pasal pakwe ni?” Adik aku nilah, tak mengikuti perkembangan semasa langsung.
“Dah tu?” dahinya berkerut semula.
“Dah lah nissa, tak payah pahamlah. Awak tu budak-budak lagi.”
“Tak acinya. Teruk lah angah ni.” Anissa menolak bahu Hafez, bibirnya memuncung panjang. “Along!!!!”
“Sudah lah tu nissa. Tak payah layan angah tu.” Aleeya seperti biasa menjadi pendamai keadaan.
“Bila along balik KL?” Hafez buat tak endah dengan munjung Anissa. Lama-lama kang elok lah tu. Biarkan je.
“Esok pagi. Lusa along kerja.”
“Cepatnya along nak balik..” Anissa menyampuk.
“Along dah cuti lama lah nissa. Berapa lama lagi nak cuti. Ingat company along kerja tu along punya ke.”
“Alaa…nak tunggu along balik dah lah setahun sekali. Hari tu along janji nak pergi Bukit Merah pun tak pergi lagi.”
“Dah awak tu bukan tengah cuti, bilanya nak pergi. Nanti lah cuti sekolah hujung tahun ni along janji, kita pergi.”
“Betul?” Sengih mula terukir.
“Betul…tapi dengan syarat, make sure PMR straight A’s.”
“Ok. No problem.”
Aleeya menganguk. Puas hati dengan janji Anissa.
“Sayang along.” Anissa mendakap erat leher Aleeya. Melebar senyum dibibir.
Hafez sengih memandang. Goreng pisang dicapai lagi. Kan aku dah cakap. Sekejap je rajuk adik aku ni.

Salam

Salam semua,
Terima kasih pada pembaca dan minta maaf pada yang menunggu sambungan e-novel. InsyaAllah aleeya akan disambung semula minggu depan. Minggu ni sibuk sikit dengan kursus dotnet, tambah pulak dengan idea pun tak berapa nak datang. So, insyaAllah, minggu depan ya... kalau adalah pengunjung yang ternanti-nanti, kalau tak takpe, abaikan jer entry ni.... :)

~~AriSSa~~

Indahnya Ciptaan Tuhan

Salam semua...
Sebenarnya tengah takde idea nak menaip pasal apa sekarang nih..so kat sini, nak kongsi beberapa keping gambar yang cantik... Subhanallah, indahnya ciptaan Tuhan...









Chempaka Aleeya - Bab 8

“Nak buat apa pucuk ubi ni mak?” daun pucuk ubi dalam besen biru tu ditenung.
“Masak lemak cili api. Yang kamu tercegat kat situ kenapa. Tolong basuhkan pucuk ubi tu pun elok jugak, leeya.”
Aleeya tersengih. “Yelah, mak.” Mak ni memang pantang kalau aku balik tak tolong dia kat dapur. Masak lemak cili api. Hmm…. Sedap. Kalau kat KL mana nak cari masakan macam yang mak masak ni. Perlahan dia membawa besen berisi pucuk ubi tu ke sinki.
“Leeya..” suara mak rendah di hujung meja. Sambil tangannya pantas menghiris bawang.
“Hmm..”
“Minggu lepas kawan abah ada datang rumah. Pakcik Zahar dengan Makcik Ani..”
“Hmm.. Leeya tak kenal.”
“Memang lah kamu tak kenal. Cuba jangan menyampuk masa orang tengah bercakap.” Suara mak dah naik sikit.
Aleeya menarik sengih. Dan kemudian ibunya menyambung bicara.
“Diorang datang bertanyakan kamu.” Suara mak kembali rendah. Tenang je dia menyuarakan hajat tetamu yang bertandang minggu lepas.
Huh? Rahang Aleeya dah jatuh kebawah. Ni lawak versi apa mak aku buat tengah hari ni. Ke aku salah dengar. “Apa dia mak?” Aleeya berpusing mengadap ibunya.
“Kawan abah datang rumah minggu lepas merisik kamu.”
Aleeya terkedu di tepi sinki. Tak tau reaksi apa yang nak dibuat. Betul lah aku tak salah dengar. Elok lagi sound sistem aku ni. Merisik aku? Kawan abah datang rumah minggu lepas merisik aku… ayat mak bagai dirakam dalam kepala. Malapetaka versi apa ni. Oh..tidak.
“Kamu takde kawan lagi kan leeya?” mak mengangkat muka memandang wajah anak sulungnya. Bukan dia tak tahu Aleeya terkejut, tapi tak nak dilayankan sangat. Endah tak endah dia meneruskan bicara. Hampir lima minit, Aleeya diam tak bersuara, mak bersuara lagi. “Leeya, kamu dengar ke tak mak cakap ni?” Tinggi sikit suara yang dilontarkan.
“Huh? Apa dia mak?”
“Mak tanya, kamu tak de kawan lagi kan?”
Kawan? Kawan apa? Kawan aku ramai…Lin, Sara, Sue, Linda, Ana, Ekin…tak kira lagi kawan ofis, kawan yang kat sekolah, kawan yang kat uni, kawan yang kat kolej, kawan yang dah terputus hubungan lagi banyak. Apa yang kau merepek ni leeya. Cuba serius sikit. Mak tu tengah bercakap pasal masa depan. Jangan buat-buat tak paham boleh tak. Hmmm….kawan. kawan yang istimewa ke. Ada ke leeya? Ada. Siapa? Amir. Amir? Amir tu teman tapi mesra leeya, bukan teman istimewa. Hmm..so, tak de ke?
“Astagfirullahallazim…” Panjang dengar suara mak berisgtifar. “Yang kamu ni mengelamun pulak kenapa leeya. Cuba dengar sikit mak cakap ni.” Naik lagi suara mak. Kalau macam ni gayanya Makcik Teh yang kat simpang jalan sana tu pun boleh dengar.
Mana ada orang mengelamun la mak. Ni tengah pikir jawapan untuk soalan mak tadi lah ni. Dah soalan yang mak tanya mengalahkan soalan exam nak masuk uni. Sampai nak jawab pun kena pikir 10 kali. “Mana pulak org mengelamun mak. Leeya dengar lah.”
“Mak dengan abah tak kisah pun kamu dengan sapa leeya. Kalau kamu dah ada kawan, bawak datang jumpa mak dengan abah. Tapi kalau kamu tak de sapa-sapa lagi, apa salah nya kalau berkawan dulu dengan Idzuwan tu. Bukannya mak paksa kamu terima dia. Pilihan kat tangan kamu, mak dengan abah ikut je. Tapi pikir balik lah, kamu tu pun bukannya budak lagi. Dah boleh jadi mak budak dah pun.” Panjang lebar Mak berceramah.
Idzuwan? Idzuwan mana pulak ni? “Idzuwan tu sapa mak?”
“Anak Pakcik Zahar tu namanya Idzuwan. Kerja arkitek kat Shah Alam. Tiga tahun je tua dari kamu.”
Owhhh….. “Mak dengan abah terima ke?” setenang mungkin Aleeya bersuara. Tapi dalam hati dah macam-macam rasa ada. Jangan lah cakap yang mak terima.
“Diorang baru merisik. Bukannya meminang. Baru bertanya kamu tu dah ada yang punya ke belum.”
“Dah tu mak dengan abah cakap apa?” Lagi terasa debaran didada.
“Kamu dah ada pilihan ke?” Wajah diangkat mencari mata sang anak.
“Tak tau la mak. Leeya tak terpikir pun lagi soal ni.” Anak mata dijatuhkan ke besen bekas pucuk ubi apabila mata sang ibu menentang wajahnya.
“Anak-anak kawan mak yang sebaya kamu semuanya dah berumahtangga. Dah ada anak dua tiga orang pun. Anak Mak Jah kamu yang duduk sebelah surau tu, apa namanya..ha..Zurina, minggu lepas baru bersalin lagi anak ketiga. Zurina tu sebaya kamu kan. Yang kamu ni? Seboleh-bolehnya mak dengan abah pun nak tengok kamu ada keluarga kamu sendiri.”
“Zurina tu dulu lepas SPM dia terus kahwin, memang lah..surirumah sepenuh masa pulak tu. Leeya ni, lepas SPM dulu, masuk kolej lah masuk uni lah, lepas tu sekarang dah sibuk kerja pulak. Masa bilanya nak pikir pasal kahwin ni mak.” Mak ni…sejak bila pulak jealous dengan orang lain yang ada cucu ni.
“Cuba jangan menjawab cakap mak leeya. Kamu tu bukannya muda lagi. Fikirlah sikit pasal masa depan.”
Aleeya diam. Mak ni memang pantang je kalau aku menjawab cakap dia. Tapi betullah apa yang aku cakap tu. Nak compare aku dengan budak Zurina tu. Memang lah macam langit ketujuh dengan teras bumi. Dia tu dulu tak abis SPM lagi dah ada orang masuk meminang, tak kisah pun pasal nak sambung belajar, yang dikisahkan budak tu nak membina keluarga. Aku ni pulak masa tu nak mendaki menara gading, mana nak pikir pasal kahwin ni. Nafas ditarik sedalam mungkin. Menjeling sedikit mak yang sedang menumis bawang dalam kuali. Nafas dilepas perlahan. Yelah mak, leeya pikir masa depan ni. “Mak dengan abah cakap apa dengan Pakcik Zahar dengan Makcik Ani tu.”
“Diorang bagi tempoh empat bulan. Kalau kamu rasa nak terima lagi empat bulan nanti baru diorang hantar pinangan. Terpulang lah pada kamu. Mak dengan abah tak kisah pun apa pilihan kamu. Tapi pikir balik abis-abis sebelum buat keputusan tu.”
Aleeya menganguk perlahan. Tak tahu angguk untuk apa. Angguk untuk paham ke atau angguk untuk setuju.

Chempaka Aleeya - Bab 7

Aleeya berbaring atas katil. Penatnya rasa. Dah macam nak tercabut kepala lutut. Kipas dipusing ke angka yang paling tinggi. Perjalanan empat jam dari KL ke Ipoh memang memenatkan. Campur lagi dengan jammed pasal kereta yang berpusu-pusu di tol. Rasa dah macam nak krem je kaki main tekan minyak tekan brek. Nasib baik auto, kalau manual mau tercabut dah rasanye dari lutut sampai bawah kene main dengan cluch sekali. Tepat pukul 5.15 tadi, lepas waktu pejabat cepat je Aleeya bergerak keluar. Kononnya tak nak tersangkut dalam jammed. Ingat kalau keluar awal boleh lah lepas masuk tol Jalan Duta sebelum kereta banyak. Tapi tengok-tengok sama je. Lagi teruk pulak jammed yang dia kene tempuh. Nasib lah, dah namanya kerja kat KL, terima je lah keadaan yang macam tu. Kalau tak nak tempuh jammed, pergi lah kerja kat mana-mana hulu, mana-mana ceruk kampong, yang confirm kenderaan atas jalan raya pun boleh dikira dengan jari. Sampai kat Tapah, lagi sekali tersangkut dalam jam. Kemalangan antara kereta dengan lori yang jadi punca. Lagi sekali sejam lebih dia tersangkut dalam jam. Lagi sekali jugak rasa dah macam nak tercabut kepala lutut.
Keluar tol Ipoh Selatan, kereta yang dipandu membelok ke kiri, menuju ke Tambun. Sampai simpang masuk Kg Tersusun Batu 6, dia membelok ke kiri, ditoleh pandangan ke kanan. Wah meriah nya kedai makan Makcik Ton ni. Siap ada lampu kelip-kelip lagi. Dulu tak de pun. Hmm..nampak sangat memang dah lama kau tak balik Leeya. Aleeya tersengih sendiri. Sampai depan rumah, kelihatan kereta abah elok terparkir dalam garaj. Motorsikal abah dengan motorsikal Hafez pun elok je parking depan porch. Lagenda si Hafez tu siap berselimut lagi. Kereta aku pun tidur tak pernah berselimut. Tiba-tiba kelihatan mak muncul di muka pintu. Agaknya terdengar bunyi enjin kereta aku ni kot. Senyum mak lebar sampai ke telinga menyambut kepulangan anak yang jauh diperantauan.
Aleeya memerhati kipas yang berpusing dikepalanya. Lepas je makan malam tadi, membantu mak mengemas meja terus je dia masuk bilik. Mak abah pun tak menghalang, Paham penat memandu tak abis lagi. Si Hafez kat luar sibuk melayan makwenya yang satu tu, Lagenda kesayangan. Anissa pula dah bersedia menjadi penunggu setia televisyen. Mentang-mentang esok cuti sekolah. Aleeya masih statik merenung siling, kepalanya dah melayang ke alam lain, mata pula dah nak tutup rapat sebelum nyanyian nyaring suara Once memecah suasana. Aleeya tersentak, tertarik ke alam nyata, dia mengurut dada. Semangat, nasib lah aku tak de heart attack, kalau tak arwah dah aku malam ni. Siapa jugaklah yang nak telefon malam-malam ni. Dicapai juga handset dihujung katil.
“Assalamualaikum” lemah je menjawab.
“Walaikumusalam, dah tidur ke?” Amir bersuara dihujung talian.
“Hmm…penatlah.”
“Owh.. Okey. Saya mengejutkan awak ke ni?”
Tau tak pe. Tapi setakat dikerongkong je, yang keluar dimulut.. “Ada apa ni?” Duduknya dibetulkan. Ditarik satu bantal dan diletak dibelakang badan. Dia bersandar dikepala katil. Kang buatnya terlelap lagi, saja je biarkan pakcik ni bercakap sorang-sorang.
“Takde. Saja nak dengar suara.”
Huh? Tak pernah dengar suara aku ke sebelum ni? Awak ni demam ke apa? “Awak ni sihat ke tak?” Aleeya dah mengurut dahi. Ke aku yang tengah bermimpi ni.
“Saya sihat walafiat. Nak bergurau pun tak boleh. Sampai rumah pukul berapa tadi?”
“Pukul 9 lebih. Kereta banyak pulak hari ni. Siap dengan accident lagi.”
“Leeya..”
“Hmm?”
“Apa saya nak buat hujung minggu ni, awak takde?”
Sekali lagi Aleeya mengurut dahi yang berkerut. Sah lah pakcik ni sakit. Short wire kut. “Amir, awak mengarut apa tengah-tengah malam ni.” Gaya bercakap tu macam tiap-tiap minggu je aku teman dia keluar.
“Mengarut apa pulaknya. Saya paham awak penat. Tak yah nak naik angin ok. So, ahad ni awak balik KL, pagi ke petang?”
“Ooppss..sori, saya tak bagitau awak ke saya cuti sampai Rabu. Means that.. saya balik KL petang Rabu.”
“What?” Jatuh rahang Amir disebelah sana. Rabu? Aku yang nak menunggu sabtu ahad ni pun dah tak sanggup rasanya nak menanggung rindu, nak suruh aku tunggu sampai hari Rabu. “Leeya, awak ni bergurau ke apa?”
“Hello, cik abang, saya sekarang ni tengah penat, letih dan mengantuk. Maka nya saya tak rasa nak buat lawak jenaka dengan awak. Ok? Seriously, saya cuti sampai hari Rabu.”
“Lamanya awak cuti. Kenapa saya tak tahu?”
Sengih terukir dibibir. “Sorry. Saya lupa. Saya ingatkan saya dah inform awak.” By the way kenapa saya kena inform awak ya??
“Kenapa mintak cuti lama sangat ni?” Amir dah resah gelisah. Jangan lah bagitau yang awak tu nak bertunang ke nak kahwin ke.
“Yang awak kalut sangat ni kenapa?”
“Jawab dulu soalan saya leeya..” tegas dan tinggi suara disebelah sana.
“Saja. Dah lama saya tak ambik cuti kan. Lagi pun mak dah bising-bising cakap saya dah lama tak balik rumah. Saja lah ambik cuti lama sikit, duduk kampung.”
Amir menghela nafas lega. Bibirnya terukir senyum segaris. “Oklah kalau macam tu. Pergi lah tidur.”
“Saya memang dah tidur tadi. Awak yang kacau mimpi indah saya.”
Sengih Amir terukir tiba-tiba. “Mimpi indah dengan saya ke?” Sempat lagi tu nak mengusik.
“Haha…mimpi la awak. Assalamualaikum.” Talian dimatikan. Dia memeluk bantal dan menarik selimut. Bersedia untuk berlayar sebelum terdengar bunyi ketukan dipintu bilik. Haila…..siapa lagi lah yang nak kacau tidur aku ni. “Masuklah, pintu tak kunci”
Sesaat tersembul wajah Anissa dimuka pintu. Tersengih sambil memeluk patung garfield.
“Nak apa? Kacau lah along nak tidur.” Tak dipedulikan adiknya yang tercegat dipintu, Aleeya menarik semula selimut.
“Ala..long. Nisa tau along tak tidur lagi. Tadi nisa dengar along bercakap kat telefon.” Nissa menarik sedikit selimut yang menutupi muka Aleeya dan dia bersila disebelah kakaknya.
“Tu tadi, sekarang ni along nak tidur dah. Nak apa ni?”
“Tadi along bergayut dengan sapa. Dengan pakwe ek?”
“Nisa jangan kacau lah along nak tidur. Pegi jauh.” Aleeya menarik semula selimut sampai ke kepala. Memberi isyarat dia hendak menyambung pelayaran.
Anissa menarik munjung panjang dan kemudian dia pula merebahkan diri sebelah Aleeya. Aleeya yang terasa seseorang berbaring disebelahnya pantas berkalih. “Hei, ni apa tidur sini ni. Pergi lah masuk bilik sendiri.”
“Takutlah long.”
“Takut apa?”
“Tadi tengok cerita Jangan Pandang Belakang. Takut nak tidur sorang.”
“Hish..dah tahu yang awak tu penakut, yang pegi tengok cerita macam tu kenapa?”
Anissa hanya tersengih mendengar bebelan Aleeya. “Dah la tu long. Tadi cakap nak tidur. Tidurlah”
Aleeya berganjak ke sebelah kanan katil. Memberi ruang yang lebih selesa pada Anissa sebelum dia menarik kembali selimut, mencari bantal dan berdoa supaya tiada lagi yang mengganggu lenanya.