AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ayu Khamilia - Bab 18

Bab 18

“Ayu, kakak kat depan tu nak ros merah sepuluh kuntum. Tolong siapkan. Bouquet yang tadi dah habis lah.” Suara Gee kedengaran dari hadapan gerai. Sejurus kemudian dia kembali sibuk melayan pelanggan yang semakin ramai.

“Okey.” Ayu pantas sahaja mencapai sepuluh tangkai bunga ros berwarna merah yang sedang mekar dari dalam bekas berair, organza berwarna merah jambu dan putih dan juga reben berwarna merah. Tak sampai lima minit jambangan yang diminta dah siap depan mata. Kehandalan Ayu dalam menggubah bunga memang tidak dinafikan. Suraya disebelah kagum sejenak.

“Boleh tahan jugak tangan kau ni, Ayu.”

“Well, tengok orang lah.” Ayu tersengih bangga. Kehandalan jari jemari Ayu adalah diwarisi dari bakat ibu yang gemar menggubah bunga. Jambangan tadi bertukar tangan.

“Sue, minta tolong.” Suara Gee kedengaran lagi. Suraya menoleh, menanti pertuturan Gee yang seterusnya. “Carnation warna pink campur dengan putih, enam kuntum, letak teddy bear kecil sekali ya.”

“Okey, siap.” Tangannya dah mencapai bunya carnation dan teddy bear bersaiz kecil serta organza dan reben. Kemudian semua yang berada ditangannya dibawa pada Ayu. Berkerut dahi Ayu melihat.

“Eh, bukan Gee minta kau siapkan ke?”

“Alaa…aku tak pandai lah nak balut-balut bunga ni. Kau kan pakar, kau je lah siapkan.” Bunga ditangannya tadi diletak atas meja berhadapan Ayu.

“Sue, dah ke?” Suara Gee kedengaran lagi.

“Sekejap, Ayu tengah siapkan ni.” Suraya berpaling semula muka menghadap Ayu. “Cepatlah Ayu. Customer dah tunggu tu.”

“Yelah.” Dan kemudian tangannya cekap bekerja. Seketika, gubahan bunga carnation dan teddy bear ditengah-tengahnya itu cantik terletak atas meja. Suraya tersenyum puas hati dengan hasil kerja tangan Ayu, sambil kaki melangkah ke hadapan gerai.

Tak sampai lima minit dia kembali berdiri disebelah Ayu. “Ayu, kalau aku nak kahwin nanti, aku upah kau je lah gubah kan hantaran aku ya.”

Ayu ketawa. “Huh? Kau ingat aku buka butik pengantin ke.”

“Takde lah. Kau buat kan special untuk aku sorang cukup lah. Tak payah lah sampai nak kena buka butik, baru aku boleh tempah.”

“Kau ni ada-ada je lah Sue. Aku mana reti nak gubah hantaran..” Ayu masih tersenyum. Kadang-kadang idea Suraya memang selalu di peringkat petala kelapan.

“Alah.. Special request untuk sahabat dunia akhirat kau ni, tak kan tak boleh.”

Kepala digeleng perlahan. “Jangan mengarut lah Sue.” Ingat gubah hantaran sama ke macam balut-balut bunga. Masa Kaklong kahwin dulu pun, semua hantaran Ibu tempah dari Mak Cik Zana. Kata ibu gubah hantaran mana sama macam gubah bunga walaupun nampak macam lebih kurang sama, tapi kemahirannya lain.

Menjelang jam lima setengah petang, sesi petang majlis konvokesyen itu tamat dan pelanggan yang datang juga semakin berkurang. Baru lah mereka bertiga boleh bernafas seperti biasa.

“Macam mana Gee. Ada untung tak?” Suraya menghampiri Gee dan Ayu.

“Baru first day Sue, sabar lah dulu.”

“Yelah, ada dua hari lagi kan. Kau ni kira nak untung je.”

“Laaa…dah nama nya pun berniaga. Mesti lah nak untung.”

“Memanglah. Tapi baru first day, mana boleh dapat untung lagi. Kalau dapat pulang modal pun, dah cukup baik dah.”

Suraya mengangguk. Kalau pasal bisnes, Fauziah memang pakar. “Boleh tahan jugak lah sambutan kan.”

“Hmm…betul. Tak menang tangan aku dengan Sue kat belakang tu.” Ayu menyampuk.

“Assalamualaikum.”

Spontan mereka bertiga menoleh. Gee tersenyum ceria, peraturan pertama melayan pelanggan adalah senyuman yang ceria sebagai tanda menyambut kedatangan mereka, itu yang selalu dipesannya kepada Ayu dan Suraya. Suraya tersenyum penuh makna, bagai ada sesuatu maksud tersirat akan kedatangan lelaki ini. Ayu pula sekadar tersenyum maniskan muka, dalam hati dah beristigfar, kenapa lah mana-mana aku pergi mesti ada wajah ini.

“Waalaikumusalam. Masuklah En Shah, nak cari bunga?” Gee yang lebih dahulu menyapa. Melayan pelanggan itu penting. Itu prinsipnya yang kedua selepas mempamirkan senyuman yang ceria.

“Tak lah. Saja datang melawat. Saya lalu sini tadi, tengok gerai you all ni macam meriah je.”

“Memang lah meriah encik, macam-macam jenis bunga ada ni. Cakap je encik nak bunga apa.” Suraya pula menyampuk.

En Shahrul ketawa kecil. Tiada niat pun hendak membeli sebenarnya. “Takpe lah, saya beli pun nak buat apa.”

“Eh, nak buat apa pulak encik. Bagi kat buah hati lah. Kita orang boleh buat special delivery untuk encik, tapi dalam kawasan kampus ni je lah.” Gee masih dengan senyuman ramahnya.

En Shahrul ketawa lagi. “Awak ni, pandai-pandai je.”

“Salah ke saya cakap. Betul lah. Kalau ada kawan-kawan yang konvo hari ni, boleh lah beli untuk dia, tapi kalau takde, boleh beli untuk bagi kat buah hati. Bunga-bunga yang kami jual ni bukan untuk student konvo je.”

Masih dengan senyuman dibibir. “Ada ke bunga yang saya hendak kat sini. Saya tak pandai bagi roses kat orang ni.”

“Bunga apa yang encik nak tu?” Suraya menyoal. Semakin rancak pula dia dan Gee melayan En Shahrul.

“Tulip.”

“Kalau bunga tu mintak maaf lah encik. Tunggu saya balik dari Holland nanti, boleh lah saya bawak kan untuk encik.” Sambil mulut menjawap, mata dah menyoroti Ayu yang diam dari tadi.

En Shahrul ketawa lagi. “Tak pe lah, saya main-main je.”

“Bunga lain tak nak ke encik? Carnation ke?” Gee masih hendak menjual.

“Takpe Fauziah. Minta maaf ya.”

“It’s ok, En Shah”

“Encik memang suka bunga tulip je ke?” Tiba-tiba Suraya menyoal. Bukan niat hendak menjual juga bunga di gerai mereka itu tetapi tak tau lah kenapa hati bagai ditarik-tarik hendak tahu jawapannya.

En Shahrul memandang wajah Suraya. “Awak nak suruh saya beli ros awak jugak ke?”

“Eh, bukan.”

“Takpe lah, kalau awak nak saya beli juga…”

“Tak Encik… Bukan nak suruh encik beli juga, tapi saja tanya. Just general question.”

“Oh. Tak. Saya tak minat bunga. Tadi tu saja je nak mengusik.”

“Owh..” Sedikit hampa sebenarnya mendengar jawapan itu.

“Oklah girls. Saya nak balik dah ni. Pukul berapa you all tutup?”

“Sekejap lagi. Dalam pukul enam. Kita orang pun nak kemas-kemas dulu.”

“Okey. Jalan dulu ya. Assalamualaikum.”

Suraya mengangguk. Gee sekadar menjawab salam dalam hati, dan kemudian dia beredar ke belakang gerai. Suraya datang menghampiri Ayu yang berdiri disebelah besen berair yang berisi bunga-bunga hidup .

“Ayu, kau dengar tak.”

Wajah Suraya direnung. Nak mula lah tu makcik nih.

“Dia pun suka bunga tulip. Kau pun suka tulip jugak kan.”

“Suraya, bukan kau dah janji dengan aku ke?”

“Aku…yaaaa..aku tau.. tapi aku bukannya nak cakap pasal dia datang cari kau ke apa ke. Aku cuma nak cakap yang dia pun suka tulip. Tu je.”

“Apa yang aku dengar tadi. Dia tak cakap pun yang dia suka tulip. Dia cakap macam tu sebab nak mengusik kau, tu je.”

“Maksudnya kau dengar lah.”

“Kau nak mula lagi ke Sue?” Ayu dah angkat kening, mata merenung tajam wajah Suraya.

“Tak.. okey.. sorry. Aku nak tolong Gee kemas kat belakang tu.”

Ayu tarik nafas dan dihela perlahan. Melihat Suraya berlalu pergi. Dan kemudian berpaling semula ke jalan raya, melihat kelibat En Shahrul yang sudah lama menghilang. Kadang-kadang dia pun pelik, bagai ada sesuatu yang misteri berkenaan lelaki itu.



***

“Kau menung apa tu Sue.” Kain telekung ditanggal, dilipat dan digantung dikepala katil.

“Lagi sebulan je kita kat sini kan Ayu.” Menyedari Ayu selesai menunaikan solat Isyak, Suraya bangkit dari baringnya, duduk bersila menghadap katil Ayu. Teddy bear besar dihujung katil ditarik dalam pelukan.

“Ha’ah. Sekejap je kan.” Ayu duduk birai katil, menghadap Suraya.

“Rasa macam baru semalam je aku jejak kaki kat bilik ni.” Suraya menyambung.

“Sudah lah Sue. Yang kau tiba-tiba nak emosi ni apahal.”

“Hmm… ntah lah Ayu. Tiba-tiba rasa sayu pulak hati ni.”

“Alaa.. Kalau kau sayang nak tinggalkan UPM tercinta ni, lepas ni kau sambung lah Master.”

“Tapi dah tak sama Ayu.”

“Apa yang tak sama?”

“Kau dah tak de.”

“Sue, apa pun, hidup kena diteruskan. Tak payah lah fikir benda-benda ni. Biarkan je masa tu berlalu, tapi dalam masa yang sama kau hargai lah setiap detik yang berlalu tu.”

Suraya memandang wajah Ayu. “Dah macam professor je kau ni.”

“Dah kau tak pasal-pasal nak emosi. Aku tahu lah, mesti kau tak sampai hati nak berpisah dengan Shafik kan. Tu yang menung sana menung sini.”

“Apa ke situ pulak kau ni.”

“Dah tu?”

Suraya tarik muncung.

“Laa.. terasa ke? Sori lah cik kak. Eh, sebelum terlupa. Esok aku balik rumah mak saudara aku tau.”

Hilang terus wajah Suraya yang mencuka tadi.

“Kat Klang tu ke?”

“Yup.”

“Kau balik macam mana?”

“Esok petang sepupu aku datang ambik.”

“Hmm…hujung minggu ni aku tinggal sorang lah nampaknya.”

“Ajak lah Gee datang sini.”

“Hmm. Eh, aku dah janji nak jumpa Shafik lah malam ni. Kau nak join aku tak.”

“Tak nak lah. Buat apa aku join orang dating ni.”

“Bukan dating lah. Dia nak pass kat aku minit mesyuarat MPM hari tu. Jom lah turun sekali, dinner.”

“Malas lah Sue. Kau dinner dengan Shafik je lah.”

“Kau nak kirim apa-apa tak?”

“Hmm… kau beli je lah apa-apa.”

“Aku belikan kau Nasi Goreng Pattaya ya.”

“Boleh jugak.”


p/s: Salam semua..
Sorry, update lambat kali ni...mohon ampun banyak-banyak.
So, hope you all enjoy reading dan jangan lupa tinggalkan komen ya.
Terima Kasih
~~SmiLe~~

3 comments:

Anonymous said...

thanks...nice story,continue:-)

aqilah said...

taknaklah si shah tu asyik kacau ayu..............
nak ayu dgn abg sepupu dia tu....................tau!!!!

Anonymous said...

I don't even know how I ended up here, but I thought this post was good. I do not know who you are but certainly you're going to a famous blogger
if you are not already ;) Cheers!
My webpage traderush