AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ayu Khamilia - Bab 8

Bab 8


Suraya termangu. Menopang dagu pada meja makan di depan. Gelas yang berisi Teh O Ais Limau ditolak ke tepi. Dipandang wajah Ayu dihadapannya.

“Ayu, aku dah nak mati kebuluran dah ni.”

“Sabar lah Sue, kau ni kan… Macam orang tak makan sebulan jer.”

Suraya diam, masih menopang dagu dengan wajah yang kelaparan. Ayu menghirup perlahan Carrot Susu didepannya. Gerai No.15 yang menjual masakan kampung itu dipandang lagi. Jam ditangan dikerling. Sembilan empat puluh malam. Bermakna sudah empat puluh minit mereka menunggu. Melampau punya lambat makcik ni. Namun dipujuk juga hati agar bersabar. Sabar itu kan salah satu cabang iman. Teringat kata-kata arwah tok suatu ketika dulu. Orang yang tidak tahu bersabar itu tandanya imannya tidak cukup kuat. Cara paling mudah untuk menguatkan iman ialah belajar bersabar. Dengan bersabar kita dapat mengawal nafsu amarah dari bermaharajalela. Bagai terngiang-ngiang suara arwah tok di cuping telinga.

Wajah Suraya dijeling. Kesian kawan baik aku ni. Memang muka dah tahap kebuluran. Sudahlah tengah hari tadi langsung tak makan apa-apa. Malam ni, order pulak buat hal.

“Maaf dik, lambat sikit.” Tak lama kemudian Makcik tukang masak di Gerai No.15 itu datang menghampiri sambil menatang dulang berisi Nasi Gorang Kampung dan Mihun Sup.

Ayu tersenyum memandang makcik yang menghampiri setengah abad itu.

“Akhirnya…” Suraya menarik pinggan yang berisi Nasi Goreng Kampung menghampirinya.

Ayu tersenyum sumbing. “Itu lah kau. Tengah hari tadi berlagak sangat, tak nak makan. Ni kan dah separuh nyawa kebuluran.”

“Tengah hari tadi bukan aku tak nak makan, tapi tak sempat nak makan.”

“Hai girls….” Satu suara menyapa dari tepi.

Spontan Ayu menoleh dan kemudian tersenyum. “Assalamualaikum.”

Gadis yang menyapa tadi tersipu malu. Sedar kesilapan diri. “Sorry..”

“Dah makan Gee.”

“Dah. Baru lepas. Weh…makan tu tengok lah orang kiri kanan jugak..” Sambil melabuhkan punggung di sebelah Suraya, Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Gee menepuk bahu kanan Suraya.

“Apa kau ni Gee. Nampak tak aku tengah makan ni.”

Ayu hanya mengeleng. “Jangan kacau dia Gee. Tengah kebuluran tu.”

Gee ketawa kecil dan sejurus pandangan dibawa ke wajah Ayu. “Apsal korang masuk lambat kelas pagi tadi?”

“Lupa set alarm. Aku pulak stay up semalam sampai pukul tiga, tidur mati lah jawapnya. Sedar-sedar dah pukul 7.15.” Sudu garpu dipintal pada helaian-helaian mihun yang panjang, kemudian digulung-gulung atas sudu.

“Makcik yang sorang ni pun tak sedar jugak?” Mulut menjuih pada Suraya disebelah.

Ayu menggeleng. “Dia tu lagi lah. Tidur tak ingat dunia.”

“Weyh, korang ni, kot ye pun nak mengutuk, kutuk lah belakang-belakang. Tak nampak ke aku kat sebelah ni.”

“Sape pulak mengutuk kau. Kalau cakap depan-depan bukan mengutuk namanya.” Ayu sengih. “Betul tak Cik Fauziah?” Pandangan dibawa ke wajah Gee.

Gee hanya tersengih. Mengeleng tidak mengangguk pun tidak. Dua orang sahabat baik ni memang begitu. Suka mengusik. Yang Suraya pulak, pantang diusik, mulalah muncung panjang sedepa. Tapi kalau dia tengah makan, usik lah apa sahaja, dia pasti tak kan ambik hati.

“Eh, sebelum aku terlupa. Korang nak join pesta konvokesyen tak?”

“Bila?”

“Hujung bulan ni.”

“Kau bukak booth ke?” Sekilas dipandang wajah Gee di depan sambil tangan sibuk mengasingkan sampah sarap yang penuh dalam mangkuk.

Suraya pula kembali tekun menghadap nasi depan mata. Disebabkan perut dah mula pedih minta perhatian, dan sebelum penyakit gastric nya menjadi-jadi, dia tidak berminat hendak mencampuri perbualan Ayu dan Gee. Hanya mendengar seperti tadi.

“Yup. Plan nak jual bunga. Jom lah, aku tak cukup orang ni.”

“Sibuk lah Gee.”

“Aku pun sibuk jugak. Tapi kalau dah asyik sibuk dengan assignment, dengan kuliah, dengan projek je boleh jadi gila nanti Ayu. Baik kau join aku jual bunga. At least boleh jugak release tension.”

Ayu diam. Ada jugak betulnya kata-kata Gee tu. Bila lagi nak merasa jual bunga masa pesta konvo. Tambah pula ini tahun terakhir mereka disitu.

“Sue, kau tak nak join aku?” Gee memandang pula Suraya.

“Tak kisah. Aku ikut je. Tapi ikutkan aku pun tak lah free sangat sem ni, aktiviti MPM banyak jugak yang menanti. Tapi kalau setakat tolong jual bunga tu, takde hal lah. Boleh je..”

“Alright..” Gee senyum girang. “Ayu?”

“Ok lah.”

“Yes.. sayang korang.”

“Kau ok tak Sue, apsal muka macam pucat je ni..” Ayu menegur Suraya yang sudah pun menghabiskan Nasi Goreng nya.

“Gastrik lah Ayu.”

“Kau tak makan ke tadi?” Gee pula menyoal.

“Baru lepas makan lah ni. Kau tak nampak ke?” Dalam pada perut dah semakin kepedihan, Suraya boleh lagi buat lawak depan Gee.

Gee menahan geram. “Kau ni nak loyar buruk ke.”

Suraya ketawa kecil. “Aku dah ok dah ni. Sikit je.” Tangannya mula mencapai gelas Teh O Ais Limau nya. Tapi belum sempat menghirup, Ayu menepuk tangan Suraya, membuatkan niatnya untuk menghirup air itu terbantut.

“Kau tak tahu ke, kalau gastric tak boleh minum limau. Nanti lagi teruk gastric kau tu.”

“Aku dah ok lah.”

“Takde takde, pergi beli air lain.” Gelas Teh O Ais Limau itu ditarik menjauhi Suraya.

“Betul lah Sue. Kalau gastrik tak boleh minum limau. Air ni biar aku habiskan.” Gee pula menarik gelas itu menghampirinya.

“Hei..habis tu aku nak minum apa ni.”

Gee tersengih. “Aku belikan kau Soya Bean ya. Tunggu jap.”

Suraya memerhati Gee yang sudah berlalu bergerak ke kaunter minuman. Tak berapa lama kemudian tubuh kecil Gee hilang dari pandangan. Suraya membawa pandangan ke sekitar kafe, kemudian pandangannya berhenti pada suatu arah. Dengan pantas di mencuit Ayu.

“Ayu, tengok tu.”

“Hmm.. apa?”

“Sana tu. Meja yang dekat dengan sinki tu.”

Ayu turut sama membawa pandangan. “Kau nampak apa ni?”

“Yang pakai baju hitam tu pensyarah baru kita tadi kan.”

Ayu memerhati. Mencari lelaki yang dikatakan Suraya. Dan apabila pencariannya berakhir, dia memandang lelaki yang sedang menjamu selera itu. Seperti tersedar yang dirinya diperhatikan, lelaki berkenaan mengangkat muka. Tidak semena-mena pandangan mereka bertaut. Lelaki itu melemparkan senyuman padanya, Ayu terkesima dan kemudian sepantas kilat dia mengalih pandang.

“Kau lah ni Sue. Kan dia dah perasan kita tengok dia.”

“Apa dia buat kat sini ya?”

“Mana aku tau.”

“Sue, nah air kau.” Gee kembali ke tempat duduknya. Menyua gelas berisi soya bean seperti yang dijanjikan tadi.

Suraya mencapai gelas itu dan dihirup perlahan. “Gee..”

“Apa?”

“Pensyarah baru kita yang ganti Dr Fatimah tu, apa nama dia?”

“Kalau tak silap aku, En Shahrul. Yup. En Shahrul. Kenapa?”

“Yang pakai baju hitam duduk kat sana tu dia kan.” Suraya menjuih bibirkan ke arah yang sama ditunjuknya pada Ayu tadi.

Gee menoleh dan memanjangkan lehernya, mencari arah yang dimaksudkan Suraya. “Ha’ah. Dia lah tu.”

“Apa dia buat kat sini?”

“Dia duduk kat sini.”

“Apa maksudnya dia duduk kat sini?”

“Dia kan warden baru untuk Kolej 14.”

“Ooo.. ya ke?”

“Yelah.”

“Mana kau tahu?”

“Faizal bagi tahu aku.”

“Ooo…mana Faizal tahu?”

“Cik Suraya, kalau kau perhatikan betul-betul, salah seorang yang duduk semeja dengan En Shahrul tu adalah Faizal, coursemate kita.”

Suraya kembali meneliti meja yang diduduki empat lelaki itu. Ha’ah. “Betul lah. Aku tak perasan tadi.”

“Eh, ok lah korang, aku gerak dulu ya. Dah janji dengan Kak Husna nak jumpa dia depan koperasi jap lagi.”

“Okey.” Ayu dan Suraya membalas serentak. “Eh, Gee!” Ayu menjerit apabila Gee dah mula pantas membuka langkah. Gee kembali berpaling. “Aku lupa nak cakap. Esok, kelas Dr Hasni dah tukar pukul 11 pagi. Tempat biasa.”

“Ha’ah. Aku dah tau dah.”

2 comments:

epy elina said...

hohoho....
sharul 2 mcm knal ayu lak...
sape dia ekk...
curious lak...

sinichies_girl88 said...

ala....
ni yang tak sedap hati ni...huuhuh
tak nk ah ayu ngn shahrul..
nak ayu ngn asrul....
huhuhuhu..
:)