AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Chempaka Aleeya - Bab 6

Bab 6

Keluar dari dapur Aleeya mengambil tempat bersebelahan Maisara. Salina awal-awal tadi dah keluar makan malam dengan Shafik.
“Cerita apa kau tengok ni Sara?” Aleeya dah mula mencapai remote tv. Niat hati nak berhijrah ke channel lain. Tapi sepantas kilat pula Maisara mencapai remote dari tangan Aleeya.
“Kau ni leeya, tak nampak ke aku tengah tengok citer ni. Sukati je nak tukar.”
Aleeya tersengih. Makcik ni kalau pasal Arnold susah-nak-eja tu memang sanggup buat apa saja. Agaknya kalau ada orang masuk nak merompak pun, dia boleh buat derk je kot. Layan sangat lah mamat Arnold tu. Nak tukar ke channel lain pun kene marah.
“Best ke citer yang ko tengok ni Sara.” Ada hati lagi tu nak tengok minah sorang tu naik angin.
“Shush!!” Sepatah je yang keluar dari mulut Sara. Mata masih tak lepas menatap hero pujaan.
Aleeya geleng kepala. Sengihnya tak lekang di bibir. Teruk betul perangai makcik sorang ni. Nak tak nak yang aku ni join lah jugak sekaki, nak naik bilik tak tau nak buat apa, nak tidur mata tak ngantuk lagi. Nak kemas beg, dah 2-3 kali dah dia punggah barang masuk balik tadi. Ada je yang tak muat. Ada je yang terlupa nak masuk. Sampai si Sara pun menegur tadi, nak balik kampung 4-5 hari je, tapi bawa barang macam nak balik terus.
“Hai leeya, kau ni nak balik bercuti ke nak balik terus. Bukan main banyak barang kau.” Sara menghampiri dan duduk di birai katil.
“Dah lama tak balik kan, ni buah tangan untuk adik-adik aku. Yang lain tu baju yang dah tak pakai. Bawak balik lah. Kat sini pun buat penuh kan almari je.”
“Tapi tak kan lah sampai dua beg besar, Leeya. Ni dah macam nak pindah.”
Aleeya dah tarik muka, Suka hati aku lah. Barang aku, nak balik rumah mak aku, bukan aku nak balik rumah mak engkau. “Suka hati aku lah. Kau nih..”
“Yelah. Sukati kau lah Leeya. Baik aku pergi tengok tv. Terminator dah nak start ni.” Sara geleng kepala dan berlalu pergi.
Aleeya kembali menatap mamat terminator T-800 tu. Apa yang menarik sangat citer robot ala-ala manusia ni. Dah lah tak paham hujung pangkal. Tiba-tiba je ada aksi kejar mengejar sambil tembak menembak dengan kaum kerabat M16. Tak de ke adegan yang baik-baik je. Yang tak payah gaduh-gaduh. Berpaling menjeling Maisara, masih seperti tadi, diam tak berkutik. Masalah betul lah makcik nih. Ni kalau aku kacau lagi mau kena pelangkung pulak. Perlahan dia bangun dari sofa itu dan memanjat tangga ke bilik. Layan novel lah kalau tak boleh tidur jugak.
Novel Aku Masih Disini diselak helaian demi helaian. MP3 ditelinga berkumandang suara Diana Ross, When you teel me that you love me. Dengar lagu ala-ala mendayu macam ni memang boleh ubat untuk cepat tidur. Kepala sama dihayun mengikut rentak. Feeling betul lagu ni. Bunyi telefon di sebelah bantal menjerit mengisyaratkan SMS diterima. Aleeya mengalihkan novel ditangan, tangan kiri mencapai telefon. Butang read ditekan. Nama penghantar dilihat sekilas, Amir.

Salam. Dah tido ke. Esok jadi balik Ipoh?

W’salam. Belum lagi. Jadi, bertolak lepas kerja. Knp?

Takde apa. Saje. Drive safely, k. Tidur cepat lah, esok nak drive jauh kan.

Aleeya merenung telefon ditangannya. Apahal mamat ni tiba-tiba berperangai macam abang sulung ambil berat kat adik bongsu pulak ni.
K. Don’t have to worry. I will go and come back safely. Butang send ditekan. I’m a big girl and this is not my fisrt time driving alone going back to my hometown. Ayat yang terakhir itu hanya disambung dikepala. Dengan harapan pakcik di Putrajaya tu faham yang dia tahu bagaimana nak jadi pemandu cermat.

Yeah, makesure that u comes back safely. And makesure u gets enough sleep to nite.

Haila, ingat aku nak pergi berperang pulak ke.
Yes, sir. By the way, I was going back to my hometown, not going join any war. Sooooooo, do not remind me like I want to go to Palestin, fighting for Tebing Gaza. Lagi ayat disambung di dalam kepala. Pelik pulak tiba-tiba perangai mamat sorang ni. Tak pernah dibuat nak ambik berat pasal aku sebelum ni. Tak sampai dua minit telefonnya berbunyi lagi. Laa…ada lagi ke. Ingat kan dah abis.

Saya tau awak tu nak balik kg. Kalau nak blk kg pun tak payah berhati-hati ker? Kalau ada depan mata ni sure tone suara tu dah naik sikit.

Aleeya sengih, paham sangat perangai si Amir tu.

Ok, tak payah risau. Saya tahu jaga diri. Ok lah, saya nak tidur ni. G'nite.

Nite. Esok bangun awal, subuh.

SMS yang terakhir itu dibiar tidak berbalas. Biarlah, SMS penutup tu. Kalau dibalas nanti, lagi panjang pulak pesanan penaja yang diterima.


“Duduklah leeya, buat je macam rumah sendiri. Tak payah malu-malu.” Mak Lang Ema, ibu saudara Amir bersuara.
“Duduklah Kak Leeya” Anna pula bersuara sambil menarik kerusi disebelahnya.
Aleeya hanya menurut. Matanya memerhati meja makan yang boleh memuatkan sepuluh orang itu. Berbagai juadah yang terhidang. Macam ada kenduri kendara je gayanya. Dari hujung sini meja sampai hujung sana, mengalahkan santapan diraja pulak. Mengambil tempat disebelah Anna, Aleeya melabuhkan punggung disitu. Amir pula yang muncul entah dari mana mengambil duduk disebelahnya.
“Makan lah leeya, ambik lauk…tak payah nak segan-segan. Bukan rumah orang lain, bakal keluarga jugak kan.” Pn Mastura yang duduk betul-betul dihadapan menghulurkan piring berisi ikan bakar. Bibirnya terukir senyum memandang Aleeya.
Aleeya tersenyum kelat. Muka macam dah kena simbah dengan minyak panas je rasa. Apahal bonda si Amir ni buat lawak antarabangsa pulak ni. MakLang Ema yang berada disebelahnya juga tersenyum penuh makna mendengar kata-kata Pn Mastura sambil matanya melirik pada wajah Aleeya. PakLang Johar dihujung meja juga tersenyum. Anna disebelahnya ketawa kecil. Shila dan Shira, kembar anak MakLang Ema juga ketawa kecil sambil sesekali memandangnya. Amir disebelah juga tersenyum bagai ada maskud tersirat. Duduknya diperbetulkan. Segan pulak rasa orang-orang dalam rumah ni melayan dia.
“Mula-mula je KakLong, nanti dah lama-lama biasalah tu, kan Leeya.” MakLang Ema masih melirik padanya.
Lagi bertambah minyak panas rasanya disimbah atas muka. Aleeya menampal senyum plastik. Tak tau tak nak jawab apa. Kalau ikut hati memang dah angkat kaki dah balik setiwangsa. Muka sure dah merah macam pakai blusher ni. Aleeya menjeling kesebelahnya, Amir masih dengan senyuman simpul penuh maknanya tu. Mamat nilah, saja je suka tengok aku macam ni kan. Kalau tak ikut datang sini tadi pun takpe.
“Sudah lah tu Ema, KakLong. Tak makan pulak budak tu karang.” PakLang Johar menyampuk meredakan suasana. “Makan leeya, jangan dilayan sangat MakLang dengan ibu Amir ni.”
Aleeya mengangguk kecil. Senyum plastik masih dibibir. Merah blusher juga tak surut lagi. Namun tangannya mencuba sedaya upaya menyuap nasi ke mulut, sopan sekali tingkah laku dikawal. Tak tertelan nasi ditekak rasanya. Macam mana nak makan kalau dah orang sekeliling asyik tersenyum tersengih memerhati. Dah macam makan beradab je kau ni leeya. Cepat lah masa berlalu, aku nak balik..

Aleeya tersenyum sendiri mengingati peristiwa bersejarah yang membuatkan muka dia naik merah macam tomato man. Sejak itu lah Amir bagai berubah tingkah melayan dia. Betul-betul ambil berat macam tunang dia je gayanya. Iya ke ambil berat leeya? Yang titah perintah yang patut dijunjung tu ciri-ciri ambil berat jugak ke?

0 comments: