AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ayu Khamilia - Bab 13

Bab 13


“Abang..” Tanpa sedar sepatah perkataan itu meluncur dari bibirnya.

“Buat apa kat sini?” Wajahnya dah keruh menahan perasaan melihat Ayu disamping lelaki asing yang tidak dikenalinya.

“Beli barang.” Lambat-lambat Ayu menjawab. Macam mana Abang Asrul boleh ada kat sini? Ntah jatuh dari langit mana, tiba-tiba boleh terpacak depan mata aku. Riak terkejut masih terasa.

“Assalamualaikum, saya Shahrul Ammar.” En Shahrul menghulur tangan. Mungin dia menunggu untuk diperkenalkan kepada teman Ayu itu, tapi dari riak wajah Ayu yang terlebih sangat terkejutnya, macam tiada tanda yang mereka akan diperkenalkan. Sudahnya dia menghulur tangan, memperkenalkan diri sendiri.

“Asrul Iskandar.” Lambat-lambat Asrul menyambut huluran itu. Kemudian pandangannya jatuh ke wajah Ayu. “Dah sudah ke? Jom abang hantar balik.”

“Err..Tak pe. Ayu balik sendiri.”

“Abang cakap abang hantar.” Suara Asrul mula kedengaran tegas disitu.

Ayu menentang pandangan tajam Asrul. Terasa keadaan yang tegang ketika itu. Dia ni kan, hari tu dalam phone boleh je cakap baik-baik. Bila berdepan asyik nak naik angin je. Sekilas Ayu memandang En Shahrul. “Encik, saya balik dulu ya.”

“Baru planning nak ajak awak makan. Takpe lah, mungkin lain kali.”

“Tak apa. Terima kasih.” Ayu tersenyum kecil. Menjeling wajah Asrul, wajah itu semakin keruh. Tidak mungkin ada istilah ‘lain kali’ lagi. Dan tak tunggu lama, dia melangkah pergi.
En Shahrul cuma memerhati. Dalam hati dah timbul macam-macam tanda tanya.


***
Suasana dalam kereta ketika itu dingin. Beku. Yang kedengaran hanya lagu I’m Yours dari corong radio yang terpasang. Ayu membuang pandang, melihat kereta yang bertali arus di luar. Dapat dirasakan ketegangan Asrul ketika itu. Ntah apa yang dimarahkannya, dia sendiri tidak tahu.

Kenapa setiap kali berjumpa mesti pertelingkahan yang akan terjadi. Tak boleh ke pertemuan kita berlangsung dalam suasana yang aman damai tenang dan tenteram. Agaknya mungkinkah telah tertulis mereka sahaja satu-satunya pasangan yang tidak pernah bahagia setiap kali berjumpa.

“Kenapa dah lama tak balik rumah mak?” tiba-tiba Asrul bersuara. Memecah kebekuan yang melanda.

Ayu memandang sekilas. “Ayu sibuk. Banyak assignment.”

“Sibuk?” Asrul mendengus. “Keluar ber’dating’ dengan lelaki tadi tu ada masa pulak? Siapa dia tu?” Dah naik seoktaf suara Asrul.

Sepantas mungkin Ayu berpaling mencari wajah Asrul. Dating? Beratnya tuduhan yang dilemparkan padanya. “Apa abang cakap ni. Tadi pagi Ayu keluar dari kolej seorang diri. Kat Mid Valley tadi Ayu terserempak dengan dia. Bukan Ayu berjanji nak keluar berdua dengan dia.”

“Huh…. Mata abang ni belum pandai menipu lagi Ayu. Siapa tu? Kekasih?”

“Abang!!” Ayu menahan debar didada. Apa yang Asrul cakap ni. Hendak menuduh dia berlaku curang. Cepat-cepat dia beristigfar. Dia cuba membina tembok kesabaran. Tak guna kalau dua-dua berapi. Dan kemudian perlahan dia menjawab pertanyaan Asrul. “Dia pensyarah kat fakulti Ayu.”

Asrul diam. Pandangannya masih diatas jalan.

Ayu membisu. Tak ada guna nak mempertahankan diri dalam keadaan macam ni. Cakap lah apa pun, Asrul tak kan dengar. Dihalakan pandangan ke hadapan, baru menyedari jalan yang dilalui mereka bukan jalan menghala ke UPM.

“Nak pergi mana ni?” Soalan diajukan perlahan walaupun dia yakin peratusan untuk dia mendapat jawapan adalah dibawah paras negatif.

Asrul masih senyap. Tak ada tanda yang dia akan menjawab soalan Ayu.

Ayu diam kembali. Kan dah cakap. Ramalanku benar belaka. Asrul tak kan jawab. Dan bila terpandang kereta itu membelok ke suatu persimpangan dengan papan tanda yang tertulis ‘Klang’, Ayu mengangguk sendiri. Tak perlu menyoal buat kali kedua. Dah tahu arah tujuan mereka. Rumah Makuda Saerah.


***
“Duduk lah Ayu. Makan sekali.”

“Banyak nya lauk. Ada apa-apa ke hari ni Makuda.”

“Tak de apa. Saje mak masak banyak hari ni. Dah lama Ayu tak datang sini kan. Eh, duduk lah. Kenapa berdiri lagi tu.” Pn Saerah dah menarik kerusi bertentangan Ayu. “Rul!! mari makan sekali.”

“Maaf lah Makuda. Ayu lama tak datang sini.” Seraya melabuhkan punggung, Ayu mengisi nasi dalam pinggan kosong.

“Tak apa. Mak faham.”

“Tak tunggu abah balik ke mak?” Asrul muncul tiba-tiba dipintu. Kemudian dia sama melabuhkan punggung di sebelah ibunya.

“Abah tak balik tengah hari ni. Ada lunch dengan client katanya.”

Asrul mengangguk. Tangannya menceduk lauk masuk ke dalam pinggan.

“Ayu, ambik lah ikan ni. Penat mak masak.” Pn Saerah menghulur piring yang berisi ikan tiga rasa itu.

“Susah-susah Makuda je masak banyak-banyak macam ni.”

“Takde susah lah Ayu. Mak masak ni semua memang untuk Ayu. Lama mak tak jumpa Ayu kan.”

Ayu memandang Pn Saerah. Serba salah jadinya. “Bukan tak nak datang jenguk Makuda, tapi…”

“Bakal menantu kesayangan mak ni, kalau takde yang menjemput, takde lah dia nak datang sini tengok mak.” Asrul bersuara tiba-tiba.

Dari ekor mata, Ayu menjeling Asrul. Tahu yang Asrul masih marah padanya. Faham kata-kata itu lebih ditujukan kepadanya. Perlahan dia menunduk, memujuk hati.

“Apa cakap macam tu Rul.”

“Tak betul ke Arul cakap?” Slamber jer dia bersuara sebelum tangan membawa nasi ke mulut.

Pn Saerah menggeleng kepala sambil memandang wajah anak lelaki tunggalnya itu. Hati keibuannya mula berdetik. Kemudian pandangan dibawa ke wajah Ayu. “Ayu tidur sini malam ni kan.”

“Eh, tak Makuda. Ayu sehelai sepinggang je ni. Tak bawa apa-apa pun.”

“Laa…kenapa tak bawak baju.”

“Err…” Nak jawab apa ni. Tak kan nak jawab, Ayu sebenarnya bukan nak datang sini Makuda, sebenarnya Ayu hanya nak keluar berjalan-jalan di Mid Valley. Tak sengaja pula terserempak dengan Asrul kat sana. Kemudian tanpa mendapat persetujuan dari Ayu, Asrul membawa Ayu kesini dalam keadaan hati yang membara.

“Arul, kamu tak cakap kat Ayu ke, mak mintak dia tidur sini.”

“Lupa.” Sepatah je dia menjawab. Tangan masih rancak menceduk lauk. Riak mukanya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

“Apa yang kamu ingat. Hmm.. Tak pe lah. Kalau tak tidur sini pun, Ayu balik lepas makan malam ya. Tunggu abah balik kerja.”

Ayu mengangguk. Apa lagi hendak dikata. Kalaulah Pn Saerah tahu yang sebenarnya dia terserempak dengan Asrul di Mid Valley tadi, entah apa pulak yang difikirkan orang tua itu.

Tidak berapa ketika kemudian, Asrul menyudahkan suapannya yang terakhir. Dia bangun menuju ke sinki.

“Dah sudah ke Arul? Sikitnya makan.”

“Dah kenyang lah mak. Arul nak keluar sekejap. Nanti malam Rul balik.” Dia terus berlalu pergi.

“Jangan balik lambat sangat. Makan malam dengan abah sekali nanti.”

“Ya.”

Ayu hanya memerhati. Melihat Asrul berlalu pergi. Luka dalam hati semakin terasa.

“Tambah nasi Ayu..”

“Tak apa Makuda. Ayu pun dah kenyang.”

“Ayu jangan ambil hati dengan Asrul ya. Adalah tu apa-apa yang tak kena, itu yang cakap pun macam nak meledak je.” Faham sangat dia dengan kelakuan anak lelaki tunggalnya itu. Hati tuanya berkata yang pasangan di hadapannya ini sedang berselisih faham.

“Tak lah Makuda, Ayu tak ambil hati pun.”

“Biarkan dia bersendiri dulu. Nanti bila dah sejuk, baik lah dia tu. Mak faham sangat dengan perangai Asrul tu. Marahnya tak lama, sekejap je.” Wajah bersih Ayu dimamah lagi. Senang rasa hati manatap wajah bakal menantunya ini.

Ayu diam. Kata-kata Pn Saerah bagai memujuk hatinya yang terluka. Mungkin juga naluri keibuannya dapat menduga ada yang tak kena pada anaknya itu. Bibir diukir senyum menghantar maksud yang dia tidak ambil hati dengan kelakuan Asrul. Senyumannya sekadar memujuk hati ibu saudaranya itu. Hatinya? Biarlah dia pujuk sendiri.


***

“Makuda, Ayu naik bilik dulu. Nak solat.”

“Pergilah. Ambil telekung dalam almari.”

Selesai membantu Pn Saerah mengemas dapur, Ayu melangkah naik ke tingkat atas. Menuju ke bilik yang biasa didudukinya setiap kali dia bertandang ke rumah ini. Daun pintu ditolak perlahan. Pandangannya jatuh ke segenap arah. Bilik ini sentiasa kemas seperti kali terakhir dia datang dulu. Cuma cadar dan langsir telah bertukar baru. Langkah kaki diatur ke hujung katil, dan dia duduk berteleku disitu.

Telefon bimbit dalam beg sandang dicapai, ditaip mesej untuk Suraya. Sekadar memaklumkan akan kelewatannya pulang malam ini. Nama temannya itu dicari dalam contact list. Setelah ketemu nama Suraya, butang send ditekan.

Telefon bimbit nokia berwarna hitam itu masih dipegangan, dia termangu sejenak. Pertelingkahan yang berlaku dengan Asrul dalam kereta tadi kembali terbayang diruang mata. Terguris hatinya dengan tuduhan Asrul. Sayu rasanya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Dia menahan air mata dari jatuh. Sabarlah hati. Nafas panjang ditarik dalam. Kemudian dilepas perlahan dengan satu hembusan dengan harapan rasa sedihnya pergi juga bersama hembusan itu.

Seboleh mungkin dia cuba meneguhkan lagi tembok kesabaran yang dibina tadi. Agar tidak roboh sebelum perselisihan ini terlerai. Bila tiba masa yang sesuai, akan dileraikan segala salah faham yang berlaku. Ketegangan ini perlu dirungkaikan.




0 comments: