AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ayu Khamilia - Bab 6

Bab 6

Jam loceng kecil disebelah monitor dipaling, jarum pendek di angka tiga manakala jarum panjang menghampiri ke angka duabelas. Ayu menarik nafas panjang dan kemudian dilepas perlahan. Dia menoleh pula ke arah Suraya. Temannya itu sedang nyenyak tidur, melayari bahtera mungkin. Seawal jam 12 tadi memang Suraya telah mula tidur, mengantuk sangat katanya. Pandangan kembali dibawa ke skrin monitor. Tugasan yang menuntut perhatiannya masih banyak lagi yang tergendala. Tangan kanan mengurut belakang leher, penatnya rasa. Ayu bangun perlahan, menyelak langsir dan membuka tingkap. Angin malam menyapu wajah. Pandangan dihala di langit luas, mencari kalau-kalau bulan terang menunjukkan wajah atau bintang-bintang sudi menyinari malam.
Sejenak ingatannya melayang ke rumah Makuda Saerah, semasa cuti dua minggu lalu. Tingkah laku Asrul yang menyakitkan hati pada awalnya, tragedi dia hampir tergelincir dan dengan pantas pula Asrul menyelamatkannya dari berenang bersama-sama flowerhorn Makuda, dan kemudian pertengkarannya dengan Asrul yang membuatkan kali pertama dia mengalirkan air mata depan lelaki itu. Ayu melepas pandang, jauh ke atas sana..peristiwa dua tahun lepas terlintas diruang ingatan tanpa diundang



“Apa ibu cakap ni?” Ayu yang duduk kerusi paling hujung menatap wajah Pn Sariah. Hampir terlepas cawan dipegangan.
“Minggu lepas Makuda Saerah datang bertanyakan Ayu untuk Asrul.” Pn Sariah mengulangi ayatnya.
Ayu masih termangu. Tak dapat nak mencerna dengan sempurna kata-kata ibu.
“Ayu, dulu semasa arwah tok masih hidup, dia ada minta supaya salah seorang anak ibu disatukan dengan salah seorang dari anak Makuda Saerah. Dan sekarang Makuda Saerah datang nak tunaikan permintaan arwah tok dulu. Ibu dengan ayah dah setuju pun. Bulan depan majlis pertunangan. Ni cincin tanya yang Makuda bawah minggu lepas.” Pn Sariah menerangkan oanjang lebar tentang wasiat arwah ibunya, sambil tangan kanan menolak sebentuk cincin kearah Ayu. “Ini cincin merisik, hujung bulan depan InsyaAllah majlis pertunangan pula. Ayu balik cuti ya.”
Ayu memandang wajah ibu. Antara mahu percaya atau tidak apa yang didengari. Selebihnya hati kuat mahu membantah cadangan yang dibangkitkan. “Ibu nak Ayu kahwin dengan abang Asrul? Ayu dengan abang Asrul kan sepupu bu, mana boleh kahwin. Ayah..”
“Takde hukum haram berkahwin sepupu dalam Islam Ayu. Yang ada cuma tidak digalakkan, bukan tak boleh langsung.” En Zakaria bersuara. “Makuda tu dah berkenan sangat nak Ayu jadi menantu dia. Lagipun Ayu dengan Asrul bukan sepupu betul.”
“Ayah, kenapa cakap macam tu?” Pn Sariah pantas menyampuk.
“Apa maksud ayah?” berkerut dahi Ayu memandang wajah ayahnya.
“Takde apa. Ayah tak bermaksud apa-apa. Apa pun ayah dah setuju.”
“Mana boleh ayah. Ayu tak nak.” Nafasnya tiba-tiba sesak. Mana mungkin dia boleh mendirikan rumahtangga saudara sepupu.
“Ayu, jangan degil.” Pn Sariah mendekati Ayu. Tapi Ayu pula tak tunggu lama di situ, terus saja mengatur langkah masuk bilik. Air mata nya tumpah disitu.

Malam itu Sarah sekeluarga tiba dirumah Pn Sariah.
“Kaklong, ini soal masa depan Ayu. Kenapa hidup Ayu yang jadi pertaruhan.” Perkhabaran dari ibu dan ayah pagi tadi benar-benar membuatkan dia hilang punca. Tak pernah terlintas langsung di fikiran yang dia akan sehidup semati dengan sepupu sendiri. Tapi tiba-tiba ibu dan ayah membawa berita pertunangannya dengan Asrul. Bantahan yang diberi depan ibu tadi, sikit pun tak berjaya mengubah keputusan mereka. Sudahnya ayu membawa diri kedalam bilik dan menangis sepuas-puasnya.
Ayu mengesat air mata yang dari tadi menitis. Pandangan dibawa ke wajah Sarah. “Kaklong, kenapa Ayu kena kahwin dengan dia?”
“Ayu tak percaya pada pilihan ibu dan ayah?” Tidak menjawab soalan Ayu, soalan lain pula yang diaju Sarah.
Ayu diam. Tak menjawab. Hanya sendu yang dipamerkan. Meminta simpati kakaknya yang seorang.
“Mungkin Asrul tu pilhan terbaik untuk Ayu, pasangan Ayu dunia akhirat.” Sarah menyambung.
Ayu diam lagi. Tak mahu termakan pujukan Sarah.
“Ayu tak percaya pilihan ibu untuk Ayu?” sekali lagi Sarah menyoal.
“Kenapa Ayu yang kena?”
“Sebab Kaklong lagi tua dari Asrul. Takkan lah Makuda nak jodohkan anak dia dengan orang yang pangkat kakak kepada Asrul. Kalau Kaklong tua sikit dari Asrul, mesti Kaklong yang kena galas tanggungjawab ni..bukan Ayu.” lembut Sarah bersuara.
“Kalau Kaklong kat tempat Ayu, Kaklong setuju dengan semua ni?”
Perlahan Sarah mengangguk. “Mestilah.”
Ayu menatap wajah Sarah. Mencari kebenaran disebalik ketenangan yang terpamer. Mencari keikhlasan dalam jawapan yang diberi. “Kenapa?”
“Sebab Kaklong percaya pilihan ibu dan ayah selalu yang terbaik untuk anak-anak.”
“Kaklong setuju terima dia dalam hidup Kaklong walaupun Kaklong tak kenal hati budi dia. Memang lah Abang Asrul tu sepupu kita, tapi kita pernah jumpa dia berapa kali je setakat ni Kaklong. Kita tak kenal pun macam mana dia sebenarnya. Macam mana Kaklong boleh cakap yang Kaklong setuju dengan cadangan ibu ni.” Ayu semakin tak keruan. Tak masuk diakal baginya keputusan Sarah.
“Ayu, dengar dulu Kaklong cakap. Takde ibu bapa dalam dunia ni yang nak tengok hidup anak diorang merana, derita. Setiap ibu bapa mesti nak anak dia bahagia kan. Jadi mestilah ibu dan ayah dah fikir perkara ni masak-masak sebelum diaorang cakap kat Ayu. Mesti diorang dah timbang betul-betul sebelum buat keputusan. Lagipun kita bukannya tak kenal family Asrul tu. Makuda dengan Pakuda, kita selalu je jumpa kan walaupun jarang-jarang. Kita kenal kan hati budi diorang.” lembut lagi suara Sarah memujuk.
“Kaklong, yang kita biasa jumpa MakUda, Pakuda, Kak Lina dengan Kak Yani. Bukan Abang Asrul. Kalaupun mak ayah dia baik, kalaupun family dia baik-baik, tak semestinya dia tu pun baik Kaklong. Ntah ntah dia tu panas baran ke, kaki pukul ke, apa ke. Kita tak tau.”
“Kenapa cepat sangat hakimi dia. Ayu tak kenal pun dia lagi kan.”
“Apa bezanya kalau Ayu kenal dia?”
“Kenapa fikir yang negative je, Ayu. Kaklong tak rasa yang Asrul tu macam tu.”
Ayu mendengus. Kaki diangkat menghampiri jendela.
“Ayu, Ayu nak jadi anak derhaka ke? Tak nak dengar cakap ibu. Tak dengar cakap ayah. Cakap Kaklong pun Ayu tak nak dengar?” Sarah berdiri berhadapan Ayu.
Ayu menggeleng perlahan. “Bukan macam tu?”
“Habis tu?”
Ayu diam.
Sarah bersuara lagi. “Ayu tak yakin dengan pilihan ibu?”
“Bukan tak yakin”
“Dah tu kenapa?”
“Ayu cuma tak yakin dengan Abang Asrul. Ayu tak yakin dengan hati Ayu. Macam mana Ayu nak hidup dengan orang yang Ayu tak cinta Kaklong?”
“Cinta tu akan datang sendiri Ayu. Beri masa, percaya pada Dia, InsyaAllah Ayu akan bahagia.”
Ayu menatap wajah Sarah. Merenung kedalam mata Sarah. Mencari kebenaran dalam keikhlasan Sarah. Malam itu sepanjang malam dia berfiir, berfikir semasak-masaknya, tentang masa depan dia, tentang segala kemungkinan yang bakal menjelma. Dan setelah yakin kata hati yang satu, esoknya dia memberi kata putus pada Ibu. Menyarung cincin tanya yang dibawa Makuda minggu lepas, dan Ayu tak lepas pandang melihat wajah ibu yang tersenyum gembira. Cuma satu yang dipinta, pertunangan yang sepatutnya berlangsung setahun dipanjangkan sehingga pengajiannya selesai. Biarlah masa yang menentukan, kalau benar jodohnya dengan Asrul, sampai masa mereka akan disatukan juga.



Ayu menarik nafas panjang. Itu kisah dua tahun lalu. Kini dia menghitung hari pada perkara yang dia sendiri tak pasti. Pengajiannya kini hanya tinggal lagi satu semester. apa yang akan berlaku selepas ini, ntah lah. Cuti yang lalu pun ibu sudah membangkitkan soal tarikh perkahwinannya. Persoalannya bersediakah dia hendak menggalas tanggungjawab itu. Bersedia jugakah Asrul untuk sehidup semati dengannya nanti. Kepingan-kepingan kaca di tingkap ditutup perlahan. pandangan sekali lagi dibawa ke muka jam. Tiga empat puluh pagi. Komputer yang terpasang tadi dimatikan, meja tulis dikemas serba sedikit dan lampu belajar turut dipadam.

0 comments: