AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Chempaka Aleeya - Bab 5

Bab 5

Aleeya memandang sekeliling. Rata-rata teman-teman sepejabatnya telah tiada. Hampir kosong pejabat nya itu. Jam ditangan dikerling. Patutlah pun, dah pukul 1.00. memang time makan tengah hari. Macam mana boleh tak perasan ni. Spontan dia memegang perut. Lapar lah pulak tiba-tiba. Tadi tak rasa apa pun. Dia melangkah keluar dari kiubnya. Menjenguk ke kiub sebelah, kosong. Eh, cepatnya minah ni hilang. Tak kan tinggal kan aku kot. Aleeya mula menggaru kepala yang tak gatal. Owh, baru teringat. Suria pergi meeting kat bangunan 3M tadi, mestilah terus kuar lunch tu. Hmm… Leeya, nampaknya engkau sorang-sorang lah tengah hari ni. Nak makan kat kantin ke, malas la pulak kalau sorang-sorang. Perut lapar ni, kalau tak, boleh je diet makan buah tengah hari ni. Aleeya kembali ke tempat duduknya. Keluar lah, cari fast food sambil jalan-jalan menjamu mata. Log off pc, beg tangan dicapai dan pantas sahaja kaki diatur ke pintu utama. Menghala ke litf, elok pulak dan dan dia sampai pintu lift terbuka. Butang B1 ditekan. Terus menuju ke basement, tempat parking.
Sedang langkah diatur ke persona miliknya, telefon bimbit dalam beg menjerit dengan nyanyian lagu Once. Sekilas dipandang sipemanggil. Amir.
“Leeya, dah keluar lunch ke?”
“On the way.”
“On the way? Meaning?”
“On the way nak keluar. Kat tempat parking ni. Dah masuk kereta dah pun.”
“Saya kat depan pejabat awak ni. Jom lah keluar sekali.”
“Huh?”
“Saya kat depan pejabat awak ni. Kat porch depan lobi. Awak datang sini lah. Saya tak boleh lama kat sini.”
“Owh. Ok. Saya datang.”
Keluar dari lobi bangunan KWSP jalan raja laut itu, kelihatan Amir sedia menanti. Berkerut dahi Aleeya. Pelik dengan perangai Amir yang tiba-tiba muncul di pejabatnya. Sejak dua menjak ni tingkah laku Amir memang susah sikit nak diduga. Namun dipercepatkan juga langkah kakinya, taknak Amir lama-lama sangat menunggu disitu. Nanti ada pulak pakcik-pakcik keselamatan yang menegur. Bukan tak boleh, tapi tempat tu sepatutnya tempat mengambil dan menurunkan pegawai-pegawai pangkat CEO je. Dia ni bukan termasuk dalam kategori itu.
Menutup pintu penumpang disebelah Amir, Aleeya melihat Amir tersenyum ceria memandangnya. Apehal ceria semacam je mamat ni.
“Awak buat apa kat sini?”
Perdana itu perlahan bergerak meninggalkan perkarangan bangunan itu.
“Saya ada meeting kat MARA tadi. Alang-alang dah sampai sini, singgah lah sekejap lunch dengan awak.”
“Owh.” Nasib baik alasan munasabah. Kalau tak memang curiga berbakul-bakul berhimpun dalam kepala otaknya. Tak kira lagi yang dihatinya. “Nak pergi lunch kat mana ni?”
“Kita pergi Kg Baru lah. Saya teringin nak makan sweet sour.”
“Tak jauh ke. Tak sempat saya nak balik ofis ni nanti.”
“Dekat je. Kita naik kereta. Bukannya jalan kaki.”
Aleeya diam, pandangan dihala keluar. Tak payah menjawab Leeya. Dah namanya awak tu penumpang. Diam. Ikut je. Kang kalau lagi aku menjawab lagi tinggi pulak tune suara Amir tu. Amir tu sejak akhir-akhir ni memang suka mengeluarkan arahan. Ntah angin monsun apa yang melanda, dia pun tak tau. Ingat lagi kisah terjumpa dan berjumpa dengan ibunya tiga minggu lepas. Sungguh memang dia tak kan lupa sampai bila-bila. Seketika dia menjeling jam di dashboard, 01.15. Takpe, nanti kalau masuk lambat pesan lah pada Suria minta tolong cover kalau bos cari. Dia pujuk diri sendiri.
Amir menjeling sebentar memandang Aleeya. Dia perasan Aleeya menjeling jam di dashboard. Risaulah tu, takut kalau tak sempat masuk ofis pukul 2. Salah engkau jugak Amir, sape suruh pandai-pandai ajak anak dara orang keluar lunch jauh-jauh. Eh, bukan ajak. Tapi bagi arahan suruh ikut. Dah sampai depan lobi baru call suruh turun. Sama macam mengeluarkan titah perintah yang patut dijunjung. Takde langsung ruang untuk Aleeya berfikir sama ada nak ikut atau tidak. Amir tersenyum sendiri. Mengenangkan betapa kejamnya dia pada Aleeya sejak akhir-akhir ni. Dan nasib baik lah setakat ini, Aleeya masih bersedia menjunjung semua titah perintahnya.
“Dah sampai. Jom.”
Cepat sahaja kaki dihayun keluar. Aleeya menuruti dari belakang. Meja dihujung sebelah kanan jadi pilihan, pesanan diberi dan tak sampai lima belas minit kemudian pesanan tadi tiba. Nasib baik pulak tak ramai sangat orang di restoran ni.
“Awak masuk ofis balik ke lepas ni?”
“Ha’ah. Tapi lambat sikit la kot.”
Kuah tomyam dihirup perlahan. Dikaut juga segala jenis udang, sotong, ayam masuk kedalam pinggannya. Berselera je Aleeya menjamu selera. Maklumlah memang tengah lapar. Dapat pulak makan free, lagi lah bertambah berganda-ganda nikmat makan.
“Hujung minggu ni macam mana Leeya?”
“Hmm” Aleeya mengangkat muka. Memandang Amir. Terangkat sikit keningnya. Tanda tak paham. Nak bersuara, nasi penuh dalam mulut.
“Hujung minggu ni. Macam mana? Jadi tak?”
“Apa dia?” Setelah memberi laluan semua makanan dalam mulut masuk ke perut, Aleeya bersuara. Berkerut dahinya. Apa yang macam mana, aku ada janji dengan dia apa-apa ke. Rasa tak ada. Nanti jap. Selongkar balik dalam kotak memori, ada ke dia buat apa-apa janji dengan Amir.
“Awak ni. Lupa lah tu. Memori low sangat. Cepat sangat lupa.”
Aleeya dah tarik muka. Suka-suka je kata memori aku low. Ingat aku ni cpu intel premium II ke, dengan RAM 256, harddisk 2G yang dengan mudah dijangkiti virus. Helloo, ni Aleeya lah, Chempaka Aleeya Hj Zamani tau. Aku pakai windows vista intel Core duo dengan RAM 512 + 512 harddisk 40G ye. Sangat mesra pengguna dan dijamin selamat dari jangkitan virus. Tapi kenapa macam susah je nak proses balik memori aku ni. Agaknye betul kot memari aku dah low. Apa yang kau merepek ni Leeya, cepat ingat balik ada ke kau janji dengan dia apa-apa. Kene guna google search ni, biar laju sikit. Sekali lagi proses penyelongkaran berjalan. Mana aku ada janji apa dengan dia.
“Saya ada janji dengan awak apa-apa ke?” Proses pencarian menunjukkan no file found. Sudahnya dia mengajukan balik soalan pada Amir. Malas dah nak selongkar kotak memori, penat dah otak aku mengingat.
“Hujung minggu ni ofis saya buat annual dinner. Kan saya ajak awak ikut saya.” Amir menjeling Aleeya, tangannya masih seperti tadi. Cekap mengisi pinggan yang hampir kosong. Ni lupa ke buat-buat lupa ni. Kan aku dah dua kali remind kat dia.
Owwwhhhhh. Pasal annual dinner tu ke. Hujung minggu ni? Ingat kan lambat lagi. “Owh. Saya dah ingat. Tapi saya cakap tak sure lagi kan.” Macam mana boleh tak ingat ye. Agaknya memori tu dah terdelete kot.
“So, macam mana. Jadi tak?”
“Tak boleh la awak. Petang esok, lepas kerja saya nak balik Ipoh. Semalam mak call, bising-bising dah lama tak balik.” Memang pun. Teringat kembali mak cakap dah seronok sangat ke duduk KL tu sampai dah tak ingat jalan nak balik rumah. Huhu. Sabar je telinga kene dengar leteran mak dalam telefon.
Amir ketawa kecil. Kalau ikut kan dia pun dah lama tak balik. Tapi logik lah, kampungnya jauh, nun di sarawak. Tak kan nak balik hujung minggu, 2 hari 1 malam. Buat menghabiskan duit je. “Dah berapa lama awak tak balik.”
“Tak delah lama sangat. Tiga bulan lepas kan saya balik.”
“Patut lah pun mak awak bising. Dah lama sangat pun. So, tak jadi lah nak ikut saya ni?”
“Hmm…nampaknya macam tu lah. Sori erk. Awak ajak orang lain je lah Mir.” Aleeya menyuarakan cadangan yang agak-agak bernas difikirannya.
“Siapa saya nak ajak? Saya ada awak sorang je Leeya.” Senyuman dah meleret dibibir. Seperti cuba menyampaikan suatu maksud yang tersirat. Ingat kalau nak pergi annual dinner, boleh main rembat je ke nak ajak sapa-sapa. Mesti lah kene ajak teman yang istimewa ikut bersama. Kang kalau ajak orang lain, jadi gosip hangat pulak kat ofis aku tu nanti.
Aleeya mengangkat muka. Memandang tepat wajah Amir yang bersahaja. Apa maksudnya?? Jantungnya tiba-tiba dah tak bergerak dengan normal. Laju semacam bunyi dug-dag-dug-dag. Kalau buat loudspeaker, mau bergegar restoran ni. Apehal ni. Server down ke? “Laa…Marisha kan ada?” digagahkan juga suara untuk keluar. Cover Leeya, cover. Jangan tak cover.
Bibir yang senyum meleret tadi dah mula ketawa kecil sambil kepalanya digeleng perlahan. Makcik nih, betul lah. Tak paham ke buat buat tak paham. Ke sengaja taknak paham. Tak cukup lagi ke kiasan yang saya bagi. Tak kan tak dapat tangkap lagi maksud aku. Haih.. masalah sungguh melayan kerenah Aleeya. Selalunya orang perempuan cepat je paham maksud-maksud yang tersirat ni, tapi dengan Aleeya, nak kene terang sejelas-jelasnya baru nak paham.
Aleeya pandang semacam muka Amir. Ni nak suruh aku main teka-teki apa ni. Dah lah cakap pakai kias-kias. Pastu gelak-gelak pulak. Tak paham betul lah aku mamat sorang ni. Aku salah cakap ke?
“Dah lah, jom balik. Lambat pulak awak masuk ofis karang.” Amir dah bangun, menuju ke kaunter pembayaran. Aleeya hanya menjeling dan menurut dari belakang tapi dia tak mengikut sampai ke kaunter. Aleeya melangkah keluar dari restoran tu menuju ke kereta.

Tergesa-gesa Aleeya berjalan. Bagai tak cukup tanah dia melangkah. Turun dari kereta Amir tadi, cepat je langkah kaki diatur ke lift. Baru melangkah dua tiga tapak, dia berpusing, mengadap Amir. “Thanks for the lunch.” Tak kan dah tak reti nak berterima kasih. Macam tak beradap je rupanya. Kebetulan tingkap Amir terbuka sampai bawah. Amir mengangguk. Dia tersenyum segaris dan menyambung langkah kaki.
On the way balik dari lunch tadi, Suria call. Ada meeting yang dia kene attend pukul 2.15 petang. Patutnya bukan dia. Tapi menggantikan tempat Kak Marlia. Kak Marlia ambik half day hari ni. Anak demam. Nak tak nak terpaksa lah jugak bersetuju untuk ganti kan tempat Kak Marlia. Jam ditangan dikerling. 2.05 petang. Ya Allah, dah 2.05. Kalau lah aku tau yang aku kene gantikan Kak Marlia meeting petang ni, takde lah aku pergi ikut Amir keluar makan jauh-jauh.
Sampai ditempatnya, Aleeya sign-on pc, check emel. Ha’ah, betul ada invitation meeting pukul 2.15. Tersembul muka Suria dari tempat duduknya.
“Kau dari mana ni Leeya.”
“Keluar lunch lah Sue.” Malas je Aleeya menjawab. Tangannya pantas mencari sesuatu di pc. Baik prepare apa yang nak kene bawak masuk meeting ni. Nasib baik sekarang bendera jepun tengah berkibar. Takde lah kelam kabut nak pergi sembahyang lagi.
“Lunch kat mana. Keluar dengan sapa.”
“Kau ni banyak tanya lah Sue. Aku dah lambat ni.” Aleeya mencapai diary, pen dan helaian kertas yang diprint tadi. Kat mana ya. Dia kembali menatap emel. Owh, bilik mawar. Ok. Handphone jangan lupa. “Aku pergi dulu lah Sue.”
“Hmm.” Hanya pandangan mata Suria yang menghantar langkah kaki Aleeya. Dahinya berkerut memikir. Makcik Aleeya ni macam ada sorok sesuatu je dari aku. Tak pernah-pernah keluar makan tengah hari balik lambat. Ni dah pukul 2.10 baru nampak batang hidung.
Baru tiga empat langkah melangkah, telefonnya berbunyi. Ada sms yang masuk.

Kau keluar mkn dgn sape Leeya. Mesti nk sorok ap-apa2 dari aku ni.
~Suria~


Aku nak msk meeting lah Sue. Kacau je kau ni.

Memang pun, orang tengah kalut macam ni, sibuk je dia nak korek cerita. Seminit, satu lagi sms masuk.

Tak kira, nti kau cer
~Suria~


Sms yang kedua tu, Aleeya biarkan tak berbalas. Pintu bilik mawar itu ditolak perlahan. Bismillahirahmanirahim. Perlahan-lahan dia melangkah masuk. Pfuh, nasib baik belum start. Hanya kelihatan 2 orang di hujung meja. Yang seorang lagi sedang membetulkan sesuatu di projector. Aleeya senyum menegur. Kerusi kedua dari hujung meja panjang itu ditarik dan punggung dilabuh. Belum panas pun kerusi tu, sekali lagi telefonnya berbunyi. Sms masuk lagi. Aduh, si Suria ni lah. Nak apa lagi ni. Sibuk betul lah. Dalam pada hati tu sibuk membebel, button read pada handphone ditekan juga.

Sori buat awk msk ofis lmbt td. Sempat tak msk meeting?
~ Amir ~


Aleeya tersenyum sendiri. Amir rupanya. Tak jadi nak marah. Pantas jari menaip balasan.

It’s ok. Dlm bilik meeting ni. X start pun lagi.

5 minit kemudian seorang demi seorang anggota mula masuk memenuhi bilik mensyuarat itu dan tak sampai 10 minit, mesyuarat bermula.

0 comments: