AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ayu Khamilia - Bab 7

Bab 7

“Ayu, lajunya kau jalan. Slow lah sikit.” Suraya berlari-lari anak menyaingi langkah kaki Ayu. Turun saja dari bas tadi memang Ayu melangkah bagai tak cukup tanah.

“Kau tengok jam dah pukul berapa, Sue. Kita ni dah lambat kau tau tak. Cepat lah sikit jalan tu.”
“Kaki aku dua je Ayu, kau nak suruh aku cepat macam mana lagi.”

Ayu semakin laju melangkah, semakin jauh juga meninggalkan Suraya. Dan Suraya pula termengah-mengah hendak menyaingi langkah Ayu. Kalau bukan sebab dua-dua terlupa kunci alarm malam tadi, takde lah kelam-kabut jadinya pagi ni. Tak cukup dengan itu, bas pulak buat hal. Biasanya waktu puncak macam ni, sekurang-kurangnya enam ke lapan buah bas disediakan untuk kolej mereka, tapi tak tahu kenapa pagi ni hanya tiga buah bas saja yang bergerak dari kolej ke pusat akademik. Lagi lah bertambah kelewatan mereka berdua. Ayu menyelak sedikit hujung lengan baju di pergelangan tangan kanan, mengintai sedikit muka jam, 8.15 pagi. Aduh…
Sampai depan dewan kuliah A1-03, Ayu menolak perlahan daun pintu, dan sesenyap mungkin melangkah masuk lalu mengambil tempat dibaris paling hadapan sebelah kiri. Tempat duduk yang paling hampir dengan pintu masuk tadi. Masuk pun dah lambat, lupakan lah niat nak cari tempat duduk yang best-best. Suraya membontoti dari belakang dan mengambil tempat sebelah Ayu. Serentak dua-dua mengangkat kepala memandang ke hadapan. Dihadapan dewan kuliah ketika itu, kelihatan seorang lelaki yang asing sedang membetulkan sesuatu di komputer. Eh, berkerut dahi Ayu. Berpaling melihat Suraya. Dia juga berkerut seribu.

“Kita salah masuk dewan kuliah ke? Bukan sepatutnya kuliah Dr Fatimah ke?” Suraya lebih dulu membuka mulut berbisik padanya.

Ayu jungkit bahu. Tak kan salah dewan kuliah kut. Perlahan kepala dipusing ke belakang. Melihat pelajar-pelajar lain. Mencari kalau-kalau ada muka yang familiar. Ke memang mereka berdua makhluk asing dalam dewan kuliah itu. Ayu menyiku lengan Suraya sambil mulut berbisik. “Betul lah, kuliah kita ni. Budak-budak lain ramai kat belakang.”

“Habis tu yang kat depan tu siapa?”

Ayu jungkit bahu lagi. Takde idea nak menjawab persoalan Suraya.

Lima minit berlalu, setelah berpuas hati dengan kelengkapan pengajarannya, lelaki di depan itu mencapai mikrofon dan mula bersuara.

“Assalamualaikum dan selamat pagi semua. First of all, biar saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa saya pula yang berada kat sini, bukan Dr Fatimah seperti kebiasaannya. Okey, nama saya Shahrul Ammar Bin Zulkifli. Boleh panggil saya Shahrul, atau Shah saja pun boleh. Saya pensyarah baru bagi kelas Animasi SMM3619 ini menggantikan Dr Fatimah. Mesti ada yang tertanya, Kenapa saya tiba-tiba nak ambil alih kelas ni..” Dia terdiam sebentar dan pandangan dilempar ke serata kelas. “Saya baru pulang ke Malaysia dari Sydney. Disebabkan saya melapor diri sebagai pensyarah setelah semester bermula dan semua kelas lain dah ada pensyarah masing-masing, jadi sukar bagi pihak fakulti mencari kelas baru untuk saya. Jadi Dr Fatimah bermurah hati melepaskan kuliah ini bawah jagaan saya sehingga tamat semester. Sebab itulah saya berdiri disini pagi ini. Saya harap anda semua boleh beri kerjasama dengan saya. Owh, satu lagi saya nak mohon maaf sebab kelewatan yang berlaku hari ini. Salah saya sebab tak lakukan persiapan awal. Saya ingatkan senang je nak cari dewan kuliah ni, tapi tak tahu pulak di Dewan Kuliah Pusat pun ada nama dewan kuliah yang sama. Tapi rasanya bukan saya seorang saja yang masuk lewat hari ni.” Dia terdiam lagi dan matanya menyoroti ke tempat duduk Ayu dan Suraya.

Ayu menunduk sambil tangan kanan membetulkan tudung dikepala. Muka dah rasa macam terkena cili api. Malunya. Suraya pula berpaling pandang. Cantik pulak tiba-tiba dinding sebelah ni. Seboleh mungkin dua-dua berlagak tenang, tapi dalam hati dah rasa macam nak menyorok bawah meja.

En Shahrul tersenyum kecil. “Okeylah kelas. Kita mula kuliah kita sekarang ya. Saya akan sambung kuliah bermula dari kuliah terakhir Dr Fatimah…”

Kemudian kelas berlangsung seperti biasa. Dan apabila jarum jam menginjak ke pukul 9 pagi.

“Sampai sini saja hari ini ya. Minggu depan saya harap semua boleh datang on time, pukul 8 pagi tepat. Bukan 8.10, bukan 8.20. 8 pagi ya. Okey, boleh bersurai semua. Assalamualaikum.”

Ayu pantas saja mengemas nota dan alat tulis atas mejanya.

“Jom lah Ayu, dia ni sindir kita lah.” Seperti dia, Suraya juga berkemas sepantas mungkin.

Tersungging senyum di bibir Ayu. “Kau pun terasa jugak Sue?”

“Dah tu kau ingat aku takde hati ke?”

Terlepas tawa dibibir Ayu.

“Baru first time masuk lambat dah kena perli-perli macam ni. Bukannya kita sengaja nak masuk lambat.” Masam mencuka wajah Suraya.

“Dah memang salah kita pun. Dah lah tu. Jom”

“Kuliah kita lepas ni pukul 10 kan?” Suraya beriringan dengan Ayu melangkah keluar dari Pusat Akademik itu.

“Ha’ah.” Hanya sepatah Ayu menjawab sambil memasukkan handphone ke dalam beg.

“Kelas apa ek?”

“Penyeliaan Personel.”

“Doktor Hasni kan?”

“Hmm…”

“Kat mana? Aku rasa dah tukar tempat baru kan.”

“Yup. Fakulti Pendidikan.”

Suraya mengangguk. “Kita nak lepak mana ni Ayu?”

“Pergi lab lah. Aku nak check emel.”

“Okey. Aku pun ada bahan nak cari ni.”

Mereka berdua memandang kiri kanan sebelum melintas jalan menuju ke Fakulti mereka di seberang sana. Dalam perjalanan menuju ke pintu utama Fakulti, tiba-tiba Suraya menyiku lengan Ayu sambil mulut dan matanya mengarah ke sesuatu atau lebih tepat lagi seseorang. Ayu turut sama berpaling.

“Kenapa dia pandang kita Yu?”

“Ntah. Dia bukan pandang kita lah. Dia tengok benda lain kut.”

“Taklah. Aku tau dia pandang kita. Eh, tak.. Aku rasa dia bukan pandang kita, dia pandang kau sorang.” Suraya bersuara apabila perasan pandangan dari pensyarah muda itu hanya terarah kepada Ayu.

“Apa kau mengarut ni Sue.”

“Kau kenal dia ke Ayu.”

“Bila pulak aku kenal dia.”

“Habis tu kenapa cara dia pandang kau macam kenal je.”

“Mana lah aku tau. Kau nih…banyak tanya lah.” Ayu mencubit lengan Suraya. “Sudah lah tu, yang kau pandang lagi dia tu buat apa.”

“Adoi… Kau ni tangan ketam betul lah Ayu.” Sambil menggosok lengannya yang kemerahan, Suraya berpaling sekali lagi. “Dia pandang kau lagi lah.”

Ayu turut sama berpaling melihat ketingkat tiga Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat itu, benar kata Suraya, pensyarah baru mereka tadi masih tak lepas pandang kearah mereka berdua sambil langkah kaki diatur kebiliknya. Dan seketika apabila dia sampai ke tempat tujuannya, tubuh itu hilang dibalik pintu.

“Peliklah. Kenapa ya dia tengok kau. Nak berkenalan kot?”

“Hisy…jangan mengarut Sue.” Namun dalam fikirannya, dia juga memikirkan perkara yang sama. Aku kenal dia ke sebelum ni. Takde rasanya. Pernah jumpa. Tak juga kut. Kawan lama ke. Lagi lah mustahil. Malas mahu berfikir lagi. Ayu menggeleng perlahan. Biarlah. Langkah kaki diatur menuju ke bilik makmal.

“Kalau betul dia nak berkenalan pun okey jugak Ayu. Aku tengok dia pun handsome jer. Graduate from oversea lagi.”

“Kau tu, semua lelaki kau cakap handsome.”

“Laa….betul lah. Sikit punya macho kan En Shahrul tu tadi.”

“Macho?”

“Ha’ah. Ada gaya kan. Macam..” Suraya berhenti sejenak seperti berfikir sesuatu. Macam siapa ya. “Ha. Macam Seo Jung Woong..” Suraya tersengih

“Haha..” Terlepas ketawa Ayu. “Sue, itu bukan macho. Itu namanya serabai. Okey?” Teringat hero pujaan hati Suraya itu, Ayu menggeleng perlahan. Sampai sekarang dia masih tak paham kenapa Suraya begitu memuja hero Korea yang rambut pun tak pernah bersikat itu. Tapi bak kata Suraya ‘Minat orang lain-lain’. Dan dia terima itu sebagai alasan yang munasabah.

“Kau ni Ayu. Takde taste lah.”

“Hello cik kak, taste aku bukan yang tahap serabai ya.”

“Yelah. Taste kau tu yang jenis smart je.”

“Sudah lah Sue, malas lah aku nak layan kau.”

“Tapi kan… Aku rasa lah, kalau kau tak nak, for sure punya lah mesti beratur student lain yang nak berkenalan dengan dia.”

“Kau cakap pasal apa ni. Berkenalan dengan Seo Jung Woong kau tu.”

“Laa…bukan lah. En Shahrul.. Kalau betul dia nak berkenalan dengan kau, dan kau pulak jual mahal dengan dia…aku rasa ramai lagi student lain yang nak ambil alih tempat kau.”

Ayu menggeleng. “Kau ni banyak sangat mengarut lah Sue. Dia tadi tu bukan pandang kita pun.”

“Aku cakap kalau… Kalau, in English means If..”

“Sue, stop it okey!” Dan apabila Ayu menolak daun pintu makmal komputer itu, Suraya terus senyap dari bersuara lagi.

2 comments:

dinialya said...

wah! .. keluar juga ayu 7 ... lama menanti .. berbaloi ... heee ... suke suke ...

epy elina said...

hohohoho....
sharul ni prnh ada pe2 hbngan ngn ayu ke??
or muka ayu sma ngn someone yg shrul prnh syg....
best2x...