AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ayu Khamilia - Bab 21

Bab 21


Ayu menghadap skrin monitor depan mata. Slide untuk presentation projek tahun akhir nya itu dibaca berulang kali. Bagai ada sesuatu yang kurang. Dia mencapai handout dari dalam fail. Kembali meneliti satu persatu senarai yang dikehendaki telah dimasukkan dalam slide berkenaan.

Tiba-tiba terdengar ketukan dipintu dan sesaat muncul tubuh Gee dari balik pintu. “Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam. Masuk lah.”

“Sorang? Sue mana?”

“Kat dewan. Ada persembahan kebudayaan malam ni kan.”

“Oh. Kau tak turun sekali ke?”

“Malas lah Gee. Kerja aku banyak tak siap lagi ni. Kau cari Sue ke?”

“Tak lah. Aku teman Kak Husna tadi, pergi bilik coursemate dia, kat aras empat. Alang-alang dah sampai sini, singgah lah bilik kau ni sekejap.”

“Owh..”

“Assalamualaikum.” Lagi sekali terdengar suara memberi salam. Ayu menoleh ke muka pintu. Wajah gadis manis bertudung labuh muncul dari balik daun pintu. Ayu tersenyum.

“Waalaikumusalam. Masuk lah kak.”

“Maaf lah. Ganggu ke?” Kak Husna menghampiri katil Ayu dan duduk bersebelahan Gee.

“Tak lah. Tak sibuk pun.”

Kak Husna tersenyum. Gadis ini memang murah dengan senyuman. “Akak ni datang nak menjemput Ayu dengan Suraya.”

“Akak nak buat kenduri ke?”

“Ha’ah. Kenduri kecil je. Lambat lagi sebenarnya, tapi sebab kita pun dah tak lama kat kolej ni kan, sebab tu akak bagi tau sekarang. Kad tak siap lagi, ni akak jemput mulut dulu lah ya.”

“Takpe. Buat majlis kat mana kak?”

“Sebelah akak kat Taiping. Belah lelaki kat Johor Bahru. Nanti akak pos kad pada Ayu. Ayu tolong sampaikan pada Suraya, beritahu dia yang jemput ke kenduri akak nanti. Akak tak sempat nak jumpa dia. Esok akak nak balik kampong dah.”

Ayu mengangguk. “InsyaALLAH, kalau ada rezeki, insyaAllah saya sampai.”

“Ok lah. Minta maaf ya kalau akak ada buat salah silap pada Ayu. Kirim salam pada Suraya.”

Ayu mengangguk lagi. Kak Husna adalah teman sebilik Gee, dan juga ahli jawatankuasa dalam MPM, sekaligus membuatkan dia rapat dengan Suraya. Dan disebabkan Gee dan Suraya adalah teman baiknya, secara tidak langsung dia juga baik dengan Kak Husna, walaupun jarang berjumpa.

Selepas Kak Husna dan Gee beredar dari biliknya, Ayu termangu sendiri. Bercakap soal perkahwinan, baru teringat yang dia masih belum lagi memberi kata putus pada Asrul. Telefon bimbit atas katil dicapai.

“Hello!” Dalam tiga deringan, sudah terdengar suara Asrul dihujung talian.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.”

“Abang, Ayu ni…”

“Ya. Ayu sihat?”

“Alhamdulillah. Abang sibuk ke?”

“Tak lah, baru sampai rumah.”

“Baru sampai?” Jam loceng dihujung meja dikerling, 11.30 malam. Lambatnya.

“Hmm. Ada problem kat site tadi.”

“Selalu ke abang balik lambat?”

“Kenapa?”

“Saja tanya..”

“Kalau ada orang tunggu abang balik, takde lah abang balik lambat..”

Ayu tersipu sendiri. Ini tak lain nak kena kan aku lah ni. Tiba-tiba akal nak menjawab menjelma. “Kalau abang apply transfer ke KL, mesti tiap-tiap hari Makuda tunggu abang balik.”

“Ayu, buat-buat tak faham ya..”

Dia tersengih sendiri. Sengaja tak nak faham. “Abang marah ke?”

“Keputusan kat tangan Ayu kan..kenapa abang nak marah.”

“Ayu call abang ni pasal nak cakap keputusan Ayu lah.”

“Abang ingat Ayu lupa.”

“Ayu tak lupa. Cuma sibuk sikit. Tengah final sekarang ni.”

“Okey… So. Apa keputusan Ayu?”

“Ayu ikut cakap abang.”

“Are you sure?”

“Very sure..”

“Alhamdulillah.” Kedengaran perlahan Asrul mengucap syukur sebelum dia menyambung. “Kenapa tiba-tiba setuju dengan abang?”

“Bukan tiba-tiba, Ayu dah habis fikir. Cepat ke lambat ke esok-esok pun kita kena langsung kan jugak kan.”

“Hmm.. Itu lah yang abang nak Ayu faham. Tapi kalau buat benda baik kan elok disegerakan.”

“Emm..”

“Itu je ke yang Ayu nak cakap.”

“Rasanya itu je..Kenapa?” Ada apa-apa lagi ke yang aku hutang dengan dia?

“Tak nak cakap yang Ayu rindu kat abang?”

Huh… Rindu ke. Tak semena-mena pipi tiba-tiba dah terasa merah.

“Ayu, kenapa senyap ni.”

“Err…”

“Takpe lah. Dah lewat ni, abang nak mandi. Letak telefon ya.”

“Okey..” Merajuk ke?

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam..”

“Ayu….”

“Hmm..”

“Abang sayang Ayu.”

Titt…

Talian dimatikan. Ayu terpana, memandang telefon ditangan. Tak sempat lagi dia hendak membalas, malah belum sempat pun dia mencerna kata-kata itu, Asrul lebih dulu mematikan perbualan. Telefon bimbit ditangan diperhati lagi. Ayu pun sayang abang. Perlahan ayat itu disemat dalam hati.



Lagi sekali pintu bilik dibuka. Segera dia menoleh. Wajah Suraya muncul. “Assalamualaikum. Tak tidur lagi.”

“Dah balik. Lambat nya kau balik.”

“Majlis lambat habis.” Tudung dikepala dah selamat digantung di kepala katil. Dia berbaring menghadap siling.

“Tadi Kak Husna datang. Dia kirim salam pada kau.”

“Ya ke, patut lah tak nampak pun dia kat bawah tadi.”

“Dia sibuk packing barang. Esok dah nak balik kampong.”

Suraya mengangguk.

“Dia jemput kita pergi kenduri kahwin dia nanti. Kad nanti dia pos.”

“Hmm..okey. Dah sampai jodoh dia kan..”

“Sue…” Ayu bangun dari kerusi tempat duduknya, beralih ke atas katil, bertentangan menghadap Suraya. “Sue, aku nak cakap dengan kau ni.”

“Apa?”

“Bulan depan aku pun mungkin akan ikut jejak Kak Husna..”

Suraya pantas bangun dari baring. Pandangan dah merenung wajah Ayu. “Maksud kau?”

“Aku dah bertunang sebelum ni Sue. Bila tamat pengajian aku nanti, aku akan berkahwin pulak.”

“Bila masanya kau bertunang?” Dahi Suraya semakin berkerut.

“Lama dah. Masa cuti semester tahun pertama.”

“Kau tak bagi tahu aku pun.”

“Aku bukan tak nak bagi tau. Tapi aku tak tau nak bagi tau macam mana sebab masa tu aku sendiri pun tak dapat nak terima kenyataan yang aku ni terpaksa bertunang.”

“Terpaksa?”

“Kisah keluarga Sue. Aku pernah cerita dengan kau kan, dalam family aku, bila tiba bab pasangan hidup, ibu dan ayah yang akan buat keputusan.”

“Tapi kau langsung tak cerita kat aku. Aku bukan kawan kau ke?” Suraya bersuara perlahan. Betul-betul dia terasa jauh hati.

“Sue, jangan lah macam ni. Bukan sebab aku tak anggap kau kawan aku. Kau memang kawan aku, kawan yang paling baik. Tapi bab-bab pilihan keluarga ni, aku tak tau nak cerita macam mana. Sue, jangan ambik hati ya. Aku minta maaf.”

Suraya diam. Cuba memujuk hati sendiri. Memang dia teman baik Ayu, tapi kalau fikirkan balik, bukan semua benda sesuai dikongsi bersama. Mungkin bagi Ayu itu adalah urusan keluarganya, tak sesuai dia sebagai orang luar hendak ambil tahu. Dia menarik nafas panjang.

“Sue..” Ayu bersuara lagi. Tangan kanan mencapai tangan Suraya.

Suraya mengukir senyum. “Aku tak ambil hati pun. So, dengan siapa kau bertunang. Patutlah bukan main lagi kau reject En Shah tu ya.”

“Sepupu aku. Kau pernah nampak dia hari tu.”

“Sepupu kau?” Suraya mengamati wajah Ayu. Cuba membayangkan semula gerangan yang dimaksudkan Ayu.

Ayu mengangguk.

“Asrul? Yang datang ambik kau kat kolej hari tu.”

“Yes. That’s him”

“Kau suka dia ke.”

“What do you mean by ‘suka’?”

“Yelah. Maksud aku macam mana kau boleh terima dia.”

“Mula-mula memang susah, yelah sepupu sendiri kan. Tapi aku serah semua tu pada takdir. Perlahan-lahan aku belajar untuk terima keadaan. Even sekarang pun aku masih dalam proses nak terima dia.”

Suraya merenung wajah Ayu. Mencari ketabahan yang tersembunyi. “You know what. Apapun yang kau lalui, you always have my prayer.”

“Thanks Sue. Kau memang kawan aku yang paling baik kan.” Tanpa sedar dia meraih tubuh Suraya dalam pelukannya.

“Eh, kau nak dengar satu berita lagi tak?”

“Ada lagi? Berapa banyak kisah hidup kau yang kau rahsia dari aku ni.”

Ayu ketawa. “Ini kisah lain lah.”

“Apa?”

“Pasal En Shahrul.”

En Shahrul. Macam menarik je kisah ni. “Kenapa dengan dia?”

“Actually, dia tu bukan suka kat aku. So teori kau hari tu 100% is wrong.”

“Owh..” Sebelah keningnya dah terangkat sedikit. “Really? So apa yang betulnya?”

“Dia cakap muka aku sama macam muka arwah kawan baik dia masa dia belajar dulu. So, setiap kali dia pandang aku, actually dia terpandang special friend dia tu.”

Kening Suraya terangkat lebih tinggi dari tadi. “Boleh percaya ke kisah macam ni. Macam drama dalam tv je.”

“Ntah lah Sue. Mulanya aku pun susah jugak nak percaya. Tapi bila dia tunjuk gambar perempuan tu, Nampak cerita dia macam kisah benar. Anyway, kalau dia reka cerita sekali pun, biarlah, aku tak rugi apa pun kan.”

Suraya diam. Cuba mencerna cerita yang disampaikan Ayu tadi.

Ayu pula bangun dari duduknya dan berlalu ke meja studi. Menyambung kembali kerja yang terbengkalai tadi.

“Presentation kau esok pukul berapa Ayu?”

“Pukul sepuluh. Kita sama sesi kan.”

“Yup.. Minta presentation aku esok berjalan lancar lah hendaknya.”

“Amin…”





p/s: Salam,
berkurun dah rasaya tak update blog ni...berhabuk sudaa...huhu...
~~AriSSa~~

5 comments:

mama_ariana09 said...

cpt smbung k

MaY_LiN said...

hihihi..
ayu da bg green light..
nak lagi

aqilah said...

hopefully, semuanya berjalan dgn lancarrrrrrr................nak lagi!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

bila nak smbung x sabarlah nak tahu kisah selanjutnya

Anonymous said...

salam akak bru bc citer ni... best tp cpt la smbung ....