AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Hikmah Disebalik Kejadian

Ini ada satu kisah. Dipetik dari sebuah buku motivasi berjudul, Membina Hati Bahagia hasil tulisan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj.

Kisah bermula di sebuah desa yang amat terpencil di Negara China. Disitu terdapat sebuah keluarga yang amat miskin. Keluarga ini terdiri daripada seorang pemuda bersama dua orang ibu bapanya yang telah tua.

Hidup mereka susah dan pekerjaan utama mereka hanyalah bertani. Oleh sebab terlalu miskin, mereka tiada binatang ternakan untuk dipelihara. Mereka ini bolehlah dikatakan orang yang amat melarat hidupnya di kampung tersebut.

Suatu hari, dengan tidak semena-mena masuklah sekumpulan kuda liar ke kampung berkenaan. Orang ramai menjadi kecoh dan cuba menghalau kuda-kuda berkenaan dari memasuki tanaman masing-masing. Akhirnya kuda-kuda ini masuk ke ladang pemuda berkenaan. Kebetulan ladangnya berpagar, maka sekaligus kuda-kuda itu menjadi miliknya.

Berkata lah bapa si pemuda itu. “Wah, kita sungguh beruntung pada hari ini. Kita mendapat kuda-kuda yang gagah untuk dijinakkan. Tiba-tiba kita menjadi orang kaya. Kekayaan kita sudah tentu melebihi semua orang dalam kampung ini.”

Namun tiada siapa yang tahu perkara yang akan dibawa oleh kuda-kuda itu terhadap kehidupan mereka walaupun seluruh masyarakat desa turut menyatakan mereka telah menjadi kaya dengan sekelip mata.

Suatu hari takkala sedang melatih kuda-kuda untuk dijinakkan, pemuda itu terjatuh lalu kakinya patah. Akibatnya dia tidak boleh bergerak dan terpaksa bertongkat untuk kemana-mana. Bapa kepada pemuda itu berasa amat kecewa sebab itu satu-satu anak lelakinya tempat dia bergantung harap. Maka berkatalah dia, “Alangkah sialnya nasib kita kerana memiliki kuda-kuda itu. Sekarang aku sudah kehilangan tempat bergantung.”

Beberapa bulan kemudian, datanglah sekumpulan askar ke kampung berkenaan. Mereka menggeledah setiap rumah untuk mencari pemuda-pemuda yang gagah untuk menjalani latihan ketenteraan dan berkhidmat kepada raja. Ini bermaksud setiap yang terpilih akan terpaksa berpisah dengan keluarga masing-masing dan mungkin akan mati dalam peperangan melawan orang Monghul.

Apabila sampai ke rumah pemuda itu, mereka dapati pemuda yang kelihatannya perkasa tetapi setelah diamati mereka dapati pemuda itu seorang yang cacat. Kerana itu dia tidak termasuk dalam senarai pemuda-pemuda yang terpaksa berkhidmat kepada raja. Berkatalah lelaki tua itu, “Alangkah bertuahnya kita memiliki kuda-kuda itu. Kalaulah tidak kerana mereka tentu engkau sudah dibawa askar-askar itu menuju kematian.”



So, moral of the story……...renung-renungkan lah sendiri.










p/s :
Salam all… Tiba-tiba rasa macam menulis di blog motivasi pulak. Huhu… Takpe lah, kadang-kadang ingat-mengingati sesama kita itu perlu. Juga sekadar mengingati diri sendiri, bahawasanya setiap kejadian itu ada hikmah yang tersembunyi.
Okey, enough about it..
So, Ayu Khamilia dah ada update. Buah tangan buat semua untuk cuti hujung minggu yang panjang. Enjoy ya..
Salam Sayang,
~AriSSa~

0 comments: