AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ayu Khamilia - Bab 5

Bab 5

“Ayu, barang dah siap?”
“Dah ibu. Dah masuk dalam kereta pun.” Sambil memasukkan beg yang terakhir ke dalam bonet, Ayu berpaling memandang Pn Sariah.
“Nanti bila cuti datang lah sini lagi Ayu. Tak payah lah tunggu mak buat kenduri baru nak datang.” Pn Saerah yang dari tadi sekadar memerhati bersuara.
“Ya Makuda, kalau Ayu cuti, ayu datang lah sini lagi.”
“Datang hujung minggu pun takpe. Boleh bermalam kat sini.”
“Hujung minggu susah sikit lah Makuda. Sekarang ni Ayu tahun akhir, sibuk sikit dengan assigment. Kalau ada cuti tu boleh lah.”
“Hmm..” Pn Saerah mengangguk perlahan. Dia faham sibuknya orang yang tengah belajar, tambah-tambah lagi kalau dah tahun akhir. Dulu anaknya pun semua begitu.
“Kami nak bertolak dah ni Erah. Asrul mana?” Pn Sariah memandang sekeliling mencari kelibat Asrul.
“Ada kat atas kut. Ayu, panggil kan Asrul. Bagitau kita dah nak balik.” En Zakaria mengarah.
Ayu berpaling memandang wajah ayahnya. Tak nak. Hatinya menjerit. Selepas perbualannya dengan Asrul malam tadi, seboleh mungkin dia tak nak bertembung dengan Asrul lagi. Pagi tadi semasa sarapan, sedaya upaya dia cuba melarikan diri dari bertembung dengan Asrul. Tapi sekarang nak kena panggil dia?. Wajah ayah dipandang lagi. Minta simpati.
“Ayu, apa tunggu lagi tu. Pergi lah cepat.” Pn Sariah pulak mengarah bila dilihat Ayu hanya tercegat di situ.
Dalam keadaan hati masih menjerit membantah, Ayu melangkah lemah masuk kedalam rumah naik ke tingkat atas. Sampai depan bilik Asrul, pintu bilik itu diketuk beberapa kali. Tak bersahut. Dalam hati dah berdetik, kalau dia takde dalam bilik ni baik juga. Tapi doanya tak termakbul apabila seketika kemudian tersembul wajah Asrul di muka pintu.
“Ibu panggil turun. Kami dah nak bertolak balik Ipoh.” Senafas dia bersuara. Tak tunggu lama, Ayu menyusun langkah berlalu dari situ. Tapi Asrul pantas pula mencapai lengan Ayu. Ayu berpaling kembali mengadap tuan yang punya tangan menghalang perjalanannya.
“Kalau Ayu boleh tunggu, esok abang hantar Ayu balik Ipoh. Kita balik sama.” Lengan Ayu ditarik lagi semakin hampir dengannya.
“Tak nak lah.”
“Tak nak balik dengan Abang.”
Ayu menggeleng laju. Degup jantung dah berada luar kawalan. Bau haruman Asrul menusuk deria baunya.
“Betul ni?”
Ayu mengangguk pula sambil berusaha melepaskan lengan kanannya dari pegangan Asrul. Hatinya semakin tak keruan.
“Okey. Tapi nanti jangan rindu kat abang sudah lah.” Pandangannya tajam menusuk mata Ayu .
“Tak. Kenapa pulak Ayu nak rindu abang.” Cepat je mulut menjawab walau hati dah berdegup laju dari biasa. Mata dibawa memandang wajah Asrul. Menafikan yang dia sedang berperang dengan perasaan.
“Iya ke. Tapi kenapa mata Ayu macam cakap yang Ayu akan merindui abang.” Perlahan Asrul bersuara sambil mendekatkan lagi wajahnya ke mata Ayu.
“Abang, Ayu nak turun.” Ayu menjarakkan diri Asrul. Pandangan dibawa ke arah lain sambil masih berusaha melepaskan lengannya dari Asrul.
Asrul tersenyum. “Pergilah. Sekejap lagi abang turun.” Lengan Ayu dilepaskan. Dan wajah Ayu yang merona kemerahan itu dipandang lagi.
Tak cukup langkah Ayu menuruni anak tangga. Degupan didada masih tak surut. Dia memegang pipi, dah rasa macam kena siram dengan cili api. Sesampai di luar,
“Mana Asrul..” Soalan ibu yang pertama didengar.
“Siapkan kerja tadi Makngah. Dah nak bertolak ke?” Suara Asrul kedengaran, betul-betul di belakang Ayu. Nasib tak tersungkur dia kehadapan, tangan kanan dah mengurut dada. Bila masa pulak dia ada belakang aku ni. Namun rungutan hanya kedengaran dalam hati, dan kaki pantas diatur menjauhi yang empunya suara. Asrul hanya menjeling dari ekor mata.
“Ha’ah. Dah nak bertolak ni. Sepatutnya Asrul dah kena biasakan diri panggil ibu, bukan Makngah lagi..”
Asrul hanya tersenyum sambil mengangguk. Kemudian bersalaman dengan Pn sariah suami isteri.
Ayu hanya memandang, debar di dada tadi tak surut lagi. Baru beberapa hari dia menginap di rumah mewah ini, tak tahu dah berapa kali jantung dan hatinya berdegup tak sempurna, seperti baru lepas marathon je lagaknya.




“Mama, tengok anak kucing ni..comel kan” Tilla menyua seekor anak kucing ke arah Ayu. Anak kucing berwarna kuning keperakan itu mengerekot seperti kesejukan.
“Mama, tengoklah.” Sekali lagi Tilla menghulur anak kucing di tangannya.
“Mana Tilla ambik anak kucing ni?” Buku ditangan diletak ditepi.
“Tilla jumpa kat bawah pokok sana tadi masa ikut opah kutip daun pandan.” Jari halus si kecil itu ditunjuk ke arah pokok kepala di belakang rumah.
“Kenapa Tilla ambik? Nanti mak dia cari..”
“Mak dia takde pun kat situ.”
“Memang lah. Mak dia pergi cari makanan. Nanti sekejap lagi mak dia balik lah. Dah. Pergi hantar anak kucing ni balik ke tempat Tilla ambik tadi.”
“Alaa...Mama. Kalau Tilla ambik tak boleh ke?” Wajah anak kecil itu memandang wajah Ayu sayu. Mengharap.
“Tak boleh sayang. Anak kucing ni kecil lagi. Dia menyusu dengan mak dia lagi.”
Tilla diam. Tangan kanannya mengusap lembut kepala anak kucing itu.
“Tilla, Tilla dengar cakap mama kan. Jom, mama teman Tilla hantar anak kucing ni balik.”
“Anak kucing ni sejuk ma...”
“Okey. Kita cari kotak kat dalam stor, letak anak kucing ni dalam kotak tu. Tak de lah dia sejuk sangat. Tapi kotak tu kena letak bawak pokok kepala kat sana.”
“Letak dalam rumah kita tak boleh ke?” Tilla masih mengharap.
“Tak boleh sayang. Nanti mak dia cari, tak jumpa..kesian mak dia. Jom.”
Tilla menuruti langkah Ayu, sambil tangan nya masih mendukung anak kucing tadi. Setelah jumpa kotak yang sesuai, Ayu membantu meletakkan anak kucing itu ke dalam kotak berkenaan.
“Okey. Jom masuk.” Ayu menarik tangan Tilla selepas meletakan kotak tadi di tempat yang redup bawah pokok kepala.
“Nanti petang kita datang tengok anak kucing ni ya ma..”
“Iya. Panas lah Tilla, jom masuk. Mama nak tolong opah masak.”
Daun pintu ditolak. Pn Sariah yang sedang membersihkan ikan di sinki menoleh. “Pergi mana ni?”
“Tilla dengan mama pergi hantar balik anak kucing tadi.” Tilla yang lebih menjawab sebelum Ayu buka mulut.
Pn Sariah mengangguk dan kemudian kembali menyambung kerjanya tadi.
“Nak masak apa hari ni bu?”
“Ibu ingat nak masak asam pedas. Sayur kangkung tu tumis cili api je.”
“Ayu siang kangkung ni ya.” Kangkung dalam besen biru dan sebilah pisau dicapai dan dibawa ke meja. “Tilla, janganlah memanjat, duduk elok-elok.” Ayu menegur apabila dilihat Tilla sedang berusaha menaikkan kakinya keatas meja makan. Seketika Tilla hanya berdiri diatas kerusi sambil memerhati Ayu.
“Ibu dengan ayah pergi mana ma?”
“Bawak adik Aiman pergi klinik. Kejap lagi balik lah tu.”
“Tilla pergi cari atuk lah.” Si kecil itu melompat turun dari kerusi dan berlari ke ruang tamu.
“Dah setengah hari Sarah dengan Faizal tu keluar, dia baru perasan ibu ayahnya takde.” Pn Sariah bersuara sambil menghidupkan api di dapur.
“Dah sibuk sangat bermain, mana nak perasan.” Ayu menyahut.
“Ayu pun sama. Manjakan sangat dia.”
“Dia dah macam anak Ayu jugak ibu. Dulu masa Kaklong, Abanglong, ibu dengan ayah pergi mekah, kan Ayu yang jaga Tilla.” Ketika itu Tilla hanya beberapa bulan ketika ditinggalkan bawah jagaan Ayu.
“Hmm...sebab tu tiap kali ayu balik cuti, si Tilla tu tak ingat kat orang lain dah. Nak berketip dengan Ayu je. Balik rumah Sarah tu pun tak nak.”
Ayu ketawa kecil. Kadang-kadang hubungan rapat Ayu dan Tilla menyusahkan orang-orang disekelilingnya. Macam semalam, puas Sarah dan Faizal pujuk Tilla ikut balik ke rumah meraka, tapi Tilla tetap tak mahu berpisah dengan Ayu. Sudahnya Sarah dengan Faizal yang datang ke situ dengan beg pakaian. Walaupun Ayu sudah maklumkan yang dia mampu menjaga Tilla tapi Sarah tak sedap hati nak tinggalkan anaknya disitu.
“Esok Ayu dah nak balik kampus ibu. Hari Isnin dah start kuliah.”
“Iya lah. Sekejap je Ayu balik kali ni.”
“Nak buat macam mana ibu. Cuti pun tak lama.”
“Tahun ni semester terakhir kamu kan Ayu?”
“Ha’ah.”
“Ibu rasa dah boleh tetap kan lah tarikh majlis Ayu dengan Asrul.”
“Huh?” sambil terlepas pisau ditangan. Kenapa tiba-tiba ibu bangkitkan soal ni. “Eh, kan awal lagi. Tunggulah Ayu habis belajar dulu.”
“Kalau buat persiapan cepat pun apa salahnya. Nanti takde lah kelam kabut kalau tunggu nak dekat majlis baru nak buat.”
Ayu garu kepala, pisau dah diletak ditepi. “Ibu, kalau boleh Ayu tak nak fikir lagi lah pasal ni. Ayu nak tumpu pada study dulu.”
“Iya lah. Ibu cakap je. Kalau tunggu Ayu habis belajar pun, kena tetapkan tarikh juga kan. Sama je, sekarang ke nanti ke.”
“Memang lah...” Tutur kata Ayu terhenti disitu. Bersedia ke aku.
“Assalamualaikum.” Sarah melangkah masuk. Ditangan kiri menjinjit beg plastik.
“Dah balik Sarah. Aiman macam mana?”
“Demam biasa je ibu. Ramai sangat orang kat klinik tu tadi. Tu yang lambat ni.”
“Duduk lah Kaklong, nak minum ke?”
“Tak payah lah Ayu. Kaklong ambik sendiri.”
Kehadiran Sarah di situ mematikan terus perbualan berkenaan tarikh majlis Ayu.

2 comments:

Anonymous said...

crita yg mnrik..arap bley post n3 cpt2 ek..im always keep waiting on this story..

Anonymous said...

eh best la crita ni sambung laaaa..