AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ayu Khamilia - Bab 12

Bab 12

Ayu baring memandang siling. Memerhati bilah kipas yang berpusing. Pagi sabtu, biasanya akan jadi pagi yang bosan kalau tidak ada aktiviti yang hendak dibuat. Dia memandang lagi bilah-bilah kipas yang laju berpusing itu sambil kepala berfikir. Hendak buat apa ya hari ni?

Pintu terbuka. Suraya muncul bersama tuala yang membungkus kepala dan baldi berisi barang mandian ditangan.

“Menung apa kau nih?”

“Boring lah Sue. Jom keluar nak. Ke kau ada date hari ni.”

“Minta maap bebanyak Ayu. Aku dah janji nak jumpa Shafik hari ni.”

“Owh. Ada date rupanya..”

Suraya ketawa. “Bukan date lah. Ada hal yang aku nak bincang dengan dia, pasal aktiviti MPM. Bukan dia je, Kak Husna pun ada sekali.”

“Hmm..yelah tu.”

“Kau nak pergi mana?”

“Ingat nak pergi Mid Valley lah.”

“Kau nak keluar sorang ke?”

“Dah aku takde pakwe. Sorang lah jawab nya.”

“Itu lah. Ada orang nak berkenalan, kau jual mahal.” Suraya membuka plag seterika dan mencapai sehelai tudung.

“Kau ni jangan nak buat cerita lah Sue. Siapa yang nak berkenalan dengan aku.”

“Kau lupa ke, buat-buat lupa. Tu si Nazreeq tu, budak engine, masa kita sem dua, ingat?”

Ayu diam, tiba-tiba terlepas ketawa. Nazreeq… yang dikatakan Suraya itu budak aliran kejuruteraan. Jumpa semasa semester kedua, Ayu satu kelas Bahasa Inggeris dengannya. Beria-ia mamat tu minta nombor telefonnya dulu, ingin berkenalan. Suraya pula bersusah payah menjadi orang tengah. Tapi sikit pun Ayu tak layan. Keputusannya muktamad, cuma kawan biasa. Dan di akhir semester, lelaki itu seperti sudah menerima kenyataan yang dia cuma mahu dianggap sebagai kawan biasa. “Cerita lama lah Sue.”

“Takpe ke kau keluar sorang ni Ayu?” Suraya memandang wajah Ayu sambil menyimpan semula seterika setelah kerjanya siap. Tiba-tiba rasa bersalah pula meninggalkan temannya itu keluar seorang.

“Takpe lah, aku bukannya budak-budak.”

“Macam ni lah. Kita keluar minggu depan. Aku teman kan kau.”

“Tak payah lah Sue. Minggu depan tu lambat sangat. Lagipun aku nak cari barang sikit.”

“Takpe ke kau keluar sorang ni?” Suraya kembali memandang wajah Ayu seletah berpuas hati dengan penampilannya.

“Kau tak payah risau lah, aku okey.”

“Sure?”

“Very very sure. Dah, pergilah.”

“Apa-apa hal kau call aku tau.”

“Yer.”

“Jangan balik lambat sangat.”

“Aku tau lah.” Dah macam-macam pesanan penaja yang diterima.

“Aku pergi dulu.” Bersama kata-kata itu, Suraya menghilang di balik pintu. Ayu pula bingkas bangun dan bersiap.


***

Kaki dihayun perlahan melewati deretan-deretan kedai dikiri kanan. Tak berminat hendak masuk singgah, Ayu hanya memerhati dari luar. Sekadar menjamu mata. Tiba-tiba terasa bahunya dicuit dari belakang. Dia pantas menoleh dan senyuman yang menusuk kalbu itu menjengah pemandangannya.

“Ayu Khamilia. Buat apa kat sini?”

Ayu tersenyum, sekadar membalas senyuman empunya suara yang menegur. “Jalan-jalan, sambil-sambil cari barang.” Kenapa lah kat sini pun aku boleh terserempak dengan dia ni.

“Nak buat macam mana. Dunia ni memang kecil kan, selalu je bertembung..”

Ayu tersentap. Dia ni, macam tau je apa yang aku pikir. Namun wajah masih dimaniskan sebaik mungkin. “En Shah buat apa kat sini?”

“Macam awak jugak lah. Jalan-jalan, buang masa. Duduk rumah pun tak tau nak buat apa”

Ayu mengangguk perlahan. Tak tau nak cakap apa.

“Awak sorang ke?” Wajah Ayu ditatap lagi.

“Hmm?” Dia berpaling, mencari wajah En Shahrul. “Ya.”

“Kawan baik awak tak ikut sekali.”

“Siapa? Suraya? Tak, dia hal lain hari ni.”

“Saya pun sorang jugak. Jom lah, jalan sekali.”

“Eh, takpe lah encik.” Ayu semakin tidak selesa, matanya memandang sekeliling. Buatnya ada orang yang kenal aku nampak, tak pasal je.

“Kenapa pulak. Tak sudi nak jalan berdua dengan saya?”

“Bukan.” Kepala digeleng perlahan.

“Takut ada orang marah?”

Ayu ketawa kecil. Siapa? Abang Asrul? Mungkin dia akan marah, kalau dia tahu, tapi dia jauh di selatan. “Takut nanti ada pulak yang cemburu.”

En Shahrul pula yang terlepas tawa. “Kalau itu yang awak risaukan, let me say, there’re no one.”

“Tak apa lah Encik. Kalau ada student encik yang nampak nanti, tak elok pulak kan.”

“Owh…awak takut kena gosip rupanya..”

Ayu ketawa lagi. Gosip? Mungkin juga…

“Marilah. Bukannya buat apa-apa pun. Jalan je. Salah ke.”

“Err…” Ayu masih mahu berdalih.

“Jom lah, bosan jalan sorang-sorang ni. Kalau ada teman, boleh juga berbual.”

“Okey, tapi saya nak balik dah ni.” Dan dia mula mengatur langkah seiringan dengan En Shahrul, namun matanya masih peka memerhati sekeliling. Risau juga kalau ada yang nampak dia berjalan berdua dengan lelaki ini. Tak pasal nanti jadi bahan gossip di kolej.

“Kalau macam tu saya hantar awak balik lah.”

“Eh, tak payah susah-susah.”

“Nak balik macam mana nanti ni?”

“Public transport banyak.”

“Naik cab?”

“Mmm…” Mengangguk. “Dan komuter.”

“Sorang?”

“Emm…” Mengangguk lagi.

“Tak takut ke?”

“Well, I’m a big girl.”

En Shahrul ketawa. Senang mendengar perkataan yang confident dari mulut Ayu itu barangkali. “Sekarang ni jenayah bukan berlaku kat kanak-kanak je.”

“Encik ni nak menakutkan saya ke?”

“Eh, tak.. Jangan salah faham. Saya ni nak mengingatkan je. Jangan terlalu yakin setiap tempat atau setiap keadaan tu selamat walaupun tempat tu tempat yang biasa kita pergi.”

Ayu tersenyum seraya kepala diangguk perlahan. InsyaALLAH. Tuhan itu selalu bersama aku. InsyaAllah aku selamat dibawah lindungan-Nya. Namun mulutnya hanya diam terkunci.

“Saya hantar awak balik ya.”

“Tak payah encik. Betul, saya boleh balik sendiri. Lagi pun menyusahkan encik je, nak hantar saya, pastu nak balik rumah encik pula.”

“Awak duduk kolej 12 kan?”

“Ya.”

“Dekat je lah dengan tempat tinggal saya. Saya duduk dalam kawasan kolej 14.”

Ting! Ayu tiba-tiba tersedar sesuatu. Macam mana boleh terlupa. Kan dulu Gee pernah cakap yang dia ni warden Kolej 14. Apa lagi alasan aku nak bagi ni. Setiap kali berdepan dengan lelaki dihadapannya ini mesti perasaan yang tak keruan timbul dalam diri. Sama macam setiap kali dia berdepan dengan Asrul.

“Ayu!!” tiba-tiba ada satu suara keras yang menegur dari belakang. Serentak Ayu menoleh. Jatuh rahangnya melihat tubuh yang berdiri tegak dihadapannya ketika itu. En Shahrul yang perasan Ayu menoleh ke belakang, turut sama berpaling.

0 comments: