AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ayu Khamilia - Bab 11

Bab 11

Satu gelas milo ais disua depan matanya. “Nah, kau punya milo ais.” Suraya lantas mengambil tempat berhadapan Ayu. “Kau tak pesan makanan kan?”

“Tak. Aku tak lapar.”

“Aku makan ya.” Suraya dah mula menyuap mee goreng.

“Makan lah.” Ayu menghirup perlahan airnya. Dia membuang pandang. Melihat para pelajar yang lalu-lalang. Mungkin ada yang baru habis kuliah. Mungkin ada yang mencari bilik kuliah. Yang keluar masuk ke bilik makmal pun ramai juga.

Tiba-tiba pandangannya jatuh di hujung lobi fakulti, kelihatan seorang lelaki, gaya macam seorang pensyarah dan dua orang perempuan, nampak macam student, sedang berbual-bual dihujung tangga. Mungkin juga sedang membincangkan sesuatu perkara. Seketika kemudian kedua pelajar perempuan itu beredar, pensyarah lelaki itu pula tadi berpusing. Ayu terkesima, terus mengalih pandang. En Shahrul rupanya, patutlah macam kenal.

Dari hujung mata, dia menyedari yang En Shahrul sedang mendaki anak tangga ke tingkat atas. Tidak tahu kenapa sejak kali pertama En Shahrul memerhatinya dulu, ketika dia dan Suraya melintas jalan dari Dewan Kuliah Pusat ke fakulti, dirinya jadi serba tak kena setiap kali terpandang atau berhadapan dengan lelaki itu. Segera pertemuan dia dengan En Shahrul minggu lepas menjelma di ingatan.

“Sue.” Ayu bersuara perlahan.

“Hmm..”

“Sue, kau tahu tak..”

“Apa?” Suraya menoleh sekilas.

“Kau ingat tak minggu lepas, lepas kelas Penyelian Personel yang cancel tu, aku cakap aku nak jumpa Dr Fatimah kan.”

“Ha…kenapa?”

“Dr Fatimah takde.” Dia terdiam sekejap. “Anyway, aku bukan nak cerita pasal Dr Fatimah tu. Aku nak cerita yang aku terserempak dengan En Shahrul masa aku turun tangga dari tingkat atas. Kau tau tak, dia kenal aku dan dia yang tegur aku dulu.” Ayu memandang Suraya. Bersungguh-sungguh bercerita.

“Dia kenal kau?”

“Haah.”

“Dah kita student kelas dia kan? Mesti lah kenal.”

“Tapi dia tahu nama aku Sue. Nama penuh aku.”

“Dia tahu nama penuh kau?” kelihatan Suraya sedikit terkejut.

“Yes.”

“Macam mana dia tahu?” Suraya menolak pinggannya yang telah kosong ke tepi. Wajah Ayu ditatap. Macam menarik je cerita ni.

“Tu yang aku pelik tu.”

“Mungkin dari assignment kut. Biasa kan kita tulis nama dan no matrik pada setiap assignment kita.”

“Tapi aku tak pernah hantar apa-apa assignment lagi dengan dia. Dia baru mengajar kita tiga minggu kan.”

“Dari rekod student, mungkin..”

“Kenapa pulak nak check rekod student. Aku bukannya ada rekod tak baik. Rasanya aku tak pernah ada masalah disiplin atau apa-apa yang sewaktu dengannya.”

Suraya terdiam sejenak seperti berfikir sesuatu sebelum membuka mulut kembali. “Atau mungkin juga…”

“Apa? Kau jangan nak bagi cakap benda merapu.” Dilihat dari sinar mata Suraya yang bercahaya ketika itu, Ayu pasti Suraya sedang berfikri sesuatu yang diluar jangkaannya.

“Aku rasa teori aku hari tu betul lah Ayu.”

“Teori apa pulak kau ni.” Tu nak cakap benda luar petala lah tu.

“Teori Medan Magnet. Medan yang berlawanan arah akan tertarik antara satu sama lain.”
“Sue, kau jangan melalut..boleh tak?”

“Haha” Terlepas ketawa dibibir Suraya. “Kan aku pernah cakap hari tu masa En Shahrul tak lepas dari pandang kau. Dia nak berkenalan dengan kau kot.”

“Jangan mengarut Sue.”

“Ayu, cuba pikir logik sikit. Berapa ramai student yang dia ada? Batch kita je dah seratus lebih. Belum kira batch lain lagi. Junior kita pun beratus jugak. Dia kenal ke setiap student dia? Dia ingat setiap nama student dia ke? Aku tak rasa dia kenal aku. Tapi macam mana dia boleh kenal kau. Kau pernah jumpa dia depan-depan..perkenalkan diri kau kat dia. Pernah?”

“Aku pun tak tahu, okey. Aku tak tau..”

“See…”

“Sue, cukup dengan teori kau. Aku…”

“Assalamualaikum…”

Serentak kedua mereka menoleh. Suraya lebih dulu menjawab salam dan kemudian sengihan terpamer dibibirnya sebelum menjeling Ayu dihadapannya.

Ayu ternganga. Kenapakah?

“Apa yang rancak sangat berbual ni?”

“Tak..saja sembang-sembang kosong. En Shah dari mana.” Seperti biasa Suraya memang ramah nak menjawab.

“Dari bilik tadi. You all takde kelas ke?” En Shahrul memandang mereka berdua silih berganti.
“Ada. Ni tengah tunggu nak masuk kelas lah ni. Pukul sepuluh. Makan dulu. Join us.” Suraya mempelawa. Tiba-tiba terasa ada kaki yang menendang di bawah meja. Wajah Ayu didepan dah keruh semacam.

“Eh, takpe. Saya on the way ke admin. Ada hal sikit. Saja singgah, tengok you all rancak berbual.”

Suraya mengangguk. Seketika apabila En Shahrul mula hendak melangkah pergi, dia berpaling semula menghadap mereka berdua.

“Ah..sebelum terlupa. Khamilia, you punya project macam mana? Dah jumpa Dr Fatimah?” Pandangannya jatuh di wajah Ayu.

Serentak pandangan Suraya juga jatuh ke wajah Ayu dengan mulutnya sedikit ternganga. Khamilia? Sekali lagi Ayu menendang kaki Suraya. Control sikit Sue!

“Err.. Dah jumpa, minggu lepas.”

“So…everything okey?”

“Yeah…okey.”

“Ok. Kalau macam tu, saya gerak dulu ya. Assalamualaikum.”

Setelah En Shahrul menjauh, Suraya memandang tetap mata Ayu. “Ayu!!”

“Yes?” Seraya dia membalas pandangan tajam Suraya. Macam tau je apa yang makcik ni nak tanya.

“Adakah aku salah dengar, atau memang telinga aku ni dengar dia panggil kau Khamilia?”

Kan betul. “Aku pun tengah analisa sama ada memang aku pun dengar macam tu, atau telinga aku yang salah dengar.” Dalam dunia ni belum pernah lagi ada sesiapa yang memanggil dia dengan nama itu walaupun hakikatnya nama tersebut adalah sebahagian dari namanya. Setiap insan yang dia kenal biasanya lebih senang memanggil dia dengan nama Ayu. Jadi bila ada seseorang yang membahasakan dirinya sebagai Khamilia, agak janggal bunyinya di perdengaran.

“Aku serius Yu.”

“Aku pun serius Sue.”

Suraya mengeluh perlahan dan kemudian dia jongket bahu. “You know what, I think my theory is 90% true.”

"Sue, jadi jadi lah tu."

"Atau pun mungkin 95% is true.." Sambil memegang dagu seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Stop it, Sue”

“Kenapa aku macam ada instinct yang sebenarnya En Shahrul tadi tu berhenti sini sebab saja nak tegur engkau.”

“Sue, stop with all your instinct, stop with all your theory…okey.. Aku tak nak dengar apa-apa. Dah, jom..”

“Aku macam rasa…”

“Suraya, I say stop it!” Suara Ayu dah mula meninggi.

Suraya angkat kedua-dua belah tangannya seperti orang yang menyerah kalah. “Okey,” dan kemudian tangan kanannya dibawa kebibir dan dihayun perlahan dari bibir kanan hingga kehujung seperti sedang meng’zip’ sesuatu yang membawa maksud. ‘I keep my mouth shut.’

Ayu senyum segaris seraya menganggukkan kepala. Puas hati. Beg yang terletak elok di kerusi sebelah itu diangkat dan disandang dibahu. Bersedia untuk bergerak. Sambil menjeling Suraya yang sedang memasukkan handphone dalam begnya, hati kecilnya berbisik. Kalaulah kau tahu status aku sekarang ni Sue. Aku tak boleh beri ruang pada orang lain. Kalau Suraya maklum status dia sekarang tentu Suraya tak kan bukak mulut pun berkenaan En Shahrul. Tiba-tiba rasa bersalah datang menghimpit kerana berahsia sesuatu perkara dengan teman baiknya itu. Takpe lah, tiba masa yang sesuai nanti, aku akan berterus terang jugak dengan kau. Dan kaki mula dihayun perlahan.

0 comments: