AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Selamat Tinggal Januari ....

Selamat Tinggal Januari dan Selamat Datang Februari !!!!
Dan tak lupa.. Happy Birthday in advance to my beloved sister (1st Feb).....





"Usia itu bukan apa-apa, hanya sekadar angka yang menunjukkan kematangan kita sebagai hamba-Nya. Semoga dengan bertambahnya angka tersebut, bertambah jugalah iman dan ketaqwaan kita."


Ayu Khamilia - Bab 4

Bab 4


Tengah hari itu En Zakaria dan Pn Sariah tiba di rumah Pn Saerah. Pn Sariah dan Pn Saerah cuma tinggal dua beradik kini kerana abang yang sulung telah meninggal dunia akibat kemalangan motosikal pada usia remaja. Gembira bukan kepalang Ayu menyambut kedatangan ibu dan ayah tercinta. Tersenyum lebar Ayu mendapatkan ibunya dan mengucup pipi orang tua itu.
“Apa khabar, bu.”
“Baik.”
Kemudian Ayu mencapai tangan ayahnya pula. Asrul juga turut berbuat sedemikian.
“Masuklah, Kakngah, Bang Ngah.” Pn Saerah mempelawa.
“Kaklong tak ikut sekali ke Ibu.” Ayu menyoal ketika semua berada di ruang tamu.
“Abang Long kamu tak dapat cuti. Kalau tak memang dia pun nak datang sekali.”
“Lina macam mana, Erah.” Pn Sariah berpaling pada Pn Saerah.
“Takde apa-apa, kakngah. Tapi doktor tak bagi keluar lagi sebab dia kene buat pembedahan masa bersalin. Tu lah, kene tahan dalam dua tiga hari lagi. Dia dapat anak perempuan.” panjang lebar Pn Saerah bercerita.
“Alhamdulillah.”


Pada sebelah malamnya pula, mereka sekeluarga menziarahi Lina dihospital. Tetapi kali ini, Ayu berkeras untuk menaiki kereta bersama ibu dan ayah dan Asrul tidak dapat menghalang.Selama dua hari Pn Sariah berada di rumah adiknya, hubungan Ayu dan Asrul terus dingin. Tapi Ayu tidak lagi bermuram sebaliknya ceria kerana dapat berbual dengan ibunya. Maklumlah Ayu telah lama tidak berjumpa dengan ibu kesayangannya itu. Dan Asrul menyedari keadaan Ayu yang sentiasa gembira itu, tapi masih tidak mahu bercakap dengannya. Tak tahu sampai bila rajuk Ayu akan berlanjutan. Dia menyesali kerana berkata kasar dengan Ayu. Tak tahu kenapa marah membuak-buak pada Ayu ketika itu dan semuanya dilepaskan melalui kata-kata. Tapi jauh disudut hati sayangnya semakin kuat terhadap tunangnya itu. Dan kini, dirinya serba tak kena apabila Ayu langsung tidak menegurnya. Rasa rindu yang menggunung untuk mendengar suara Ayu. Kalau dia menegur Ayu hanya akan buat tak tahu dan sentiasa menjauhkan diri dari Asrul. Pandangannya juga selalu tidak dibalas. Malam itu ketika makan malam, Ayu masih lagi tidak menegurnya.

“Ismail, dah tiga malam kami kat sini. Esok AbangNgah nak nak balik ke Ipoh.” En Zakaria memulakan bicara ketika dimeja makan.
“Cepatnya dah nak balik. Tunggulah lagi sehari dua.” Pn Saerah pula yang menjawab sebelum sempat En Ismail membuka mulut.
“Tak boleh lah, Erah. Lama sangat dah kami kat sini.” Pn Sariah mencelah.
“Tunggu lah dulu sampai Lina keluar dari hospital.” En Ismail pula memujuk.
“Ha’ah. Erah ingat nak buat kenduri untuk cucu sulung kami tu, kakngah. Kakngah duduk lak sini dulu sampai hujung minggu.”
“Eh, budak tu baru usia beberapa hari. Tunggu lah dia besar sikit. Kalau tak pun, tunggu sampai Lina habis pantang.” Pn Sariah berkata.
“Hmm.. betul jugak tu. Tapi Kakngah jangan balik dulu ye.”
“Tak boleh, Saerah. Banyak hal yang tertangguh nanti kalau lagi lama kami kat sini.”
“Kalau macam tu Erah nak cakap apa lagi. Tapi nanti kalau Erah buat kenduri untuk anak Lina, Kakngah dengan abangngah jangan tak datang ye. Kenduri yang lepas ni kakngah tak datang pun.” Pn Saerah akhirnya mengalah.
“Yelah.” Pn Sariah berkata sepatah sambil tangannya mencapai lauk.
Selapas itu, Ayu pula bersuara.
“Ayu pun nak ikut ibu balik kampung esok.”
Terkejut Asrul mendengar kata-kata Ayu itu dan pandangan dihala ke wajah itu. Pn Saerah dan En Ismail juga terkejut sama.
“Ayu pun nak balik juga.” Soal Pn Saerah.
“Ha’ah. Ayu pun dah lama duduk kat sini. Lagipun Ayu dah lama tak balik kampung. Rindu jugak kat kaklong dengan family dia. Minggu depan Ayu dah nak start kuliah, bila lagi nak balik kampung.” Ayu menjawab. Harapannya biarlah Pn Saerah dan En Ismail bersetuju. Mengenai Asrul, dia tidak perlukan persetujuan Asrul. Pandangan tajam mata Asrul masih dihalakan kearahnya dan Ayu hanya memandang sekilas.
“Nanti kalau Ayu senang datanglah sini selalu.” Pn Saerah terpaksa mengalah juga. Lagipun dah lama sangat dia menahan Ayu di rumahnya.
Ayu lega bercampur gembira kata-kata Pn Saerah itu. Dapat melepaskan diri daripada Asrul. Tak perlu sakit hati atau memendam perasaan lagi. Bahagianya rasa.

Selepas itu semuanya berehat diruang tamu menonton televisyen sambil berbual kosong. Pn Saerah menghidangkan minuman dan makanan ringan. Pukul 11 malam ibu dan ayah Ayu meminta diri untuk masuk tidur. Ayu membawa hidangan ringan tadi kedapur untuk dibersihkan. Seketika selepas itu Makuda dan Pakuda pula beransur untuk tidur. Ayu membasuh cawan yang kotor dan menyusun piring dan cawan yang dibasuhnya tadi. Dia mengemas sedikit keadaan dapur supaya lebih bersih. Memang dah menjadi kebiasaan baginya untuk mengemas dapur sebelum masuk tidur.
Ketika dia berpaling untuk naik atas, Asrul kelihatan sedang bediri di pintu dapur. Ayu terkejut sedikit. Asrul kemudian berjalan ke meja makan dan duduk disitu, matanya dihalakan ke arah Ayu. Ayu masih lagi berdiri disitu tidak bersuara, tidak bergerak. Pelik dengan gelagat Asrul. Hatinya tiba-tiba jadi tak keruan. Rasa tak selesa berada berdua dengan Asrul disitu apatah lagi ketika kedua-dua orang tua mereka sedang tidur di tingkat atas. Selebihnya Ayu tak tahu perasaan apa yang menyerang dia ketika itu. Rasa ingin berlari jauh. Tidak tahu kenapa dia tidak lagi rasa hendak berduaan bersama Asrul. Mungkin luka hatinya masih berbaki. Melihat Asrul yang tidak berkata sepatah pun, Ayu melangkah untuk berlalu.
“Nak pergi mana?” Asrul bersuara.
“Tidur ” sepatah je Ayu menjawab dan langkah kaki diteruskan.
“Abang nak cakap sikit. Duduk dulu.” Arah Asrul.
Ayu tak jadi melangkah dan tak mahu juga duduk. Dia hanya tercegat disitu. Hatinya semakin tak keruan. Bergolak-golak bermacam perasaan.
“Abang nak cakap apa. Cakap ajelah.”
“Abang cakap duduk dulu.”
“Ayu nak masuk tidur ni.”
“Abang cakap duduk.” Asrul mengarah lagi. Suaranya sengaja dikeraskan. Kalau berlembut pasti Ayu akan melarikan diri lagi.
Akhirnya nak tak nak, Ayu terpaksa menarik juga kerusi bertentangan dengan Asrul. Punggungnya dilabuhkan disitu dan menanti butir bicara dari Asrul.
“Kenapa tiba-tiba je nak balik kampung.” Asrul memula bicara. Matanya tepat memandang wajah dihadapannya.
“Ayu dah cakap tadi. Dah lama sangat Ayu kat sini. Lagipun dah lama Ayu tak balik rumah ibu.” Ayu melarikan matanya ke arah lain. Tak nak menentang pandangan tajam Asrul.
“Bukan sebab nak larikan diri dari abang.” Asrul menduga.
“Taklah. Ayu memang nak balik.”
“Ye ke? Kenapa abang rasa macam Ayu nak jauhkan diri dari abang.”
Ayu membisu. Apa lagi nak dikata kalau Asrul dah rasa macam tu.
“Abang bercakap dengan Ayu, bukan bercakap dengan kerusi.”
“Ayu tak boleh nak cakap apa kalau abang dah rasa macam tu.”
“Oo..Okey, abang tahu Ayu masih merajuk dengan abang sebab abang marahkan Ayu hari tu, kan. Ok lah abang maafkan Ayu pasal kejadian tempoh hari.”
“Bila masa pulak Ayu mintak maaf. Ayu tak mintak maaf dengan abang.”
“Amboi. Dah pandai menjawab.” Asrul tersenyum. Sah, memang dia merajuk dengan aku.
Ayu diam dan mukanya dipalingkan ke arah lain.
“Habis tu, abang ke yang kena mintak maaf.”
Ayu membisu lagi.
“Salah abang ke kalau Ayu yang cuai pandu kereta sampai sebabkan kemalangan. Salah abang ke kalau Ayu yang degil tak dengar cakap abang. Ha? Salah abang jugak ke kalau Ayu yang menyebabkan KakLina terlantar kat hospital sekarang ni. Huh?”
Tiba-tiba Ayu jadi sebak. Tak habis-habis perkara tu jugak yang diungkitnya. KakLina dengan Abang Johan pun tak salahkan dia. Makuda dan Pakuda pun diam tak kata apa. Asrul pula yang lebih-lebih marahkan dia. Hati Ayu terguris lagi. Hampir saja menitis airmata tapi ditahan supaya tidak tumpah. Nasib baik rumah MakUda ni besar. Mereka yang berada ditingkat atas pasti tidak akan mendengar perbualan orang ditingkat bawah.
“Kenapa diam.”
“Memang salah Ayu. Abang tak salah. Ayu je yang salah. Ayu mintak maaf.”
“Jadi salah ke kalau abang tegur kesalahan Ayu tu.”
“Tak. Abang memang selalu betul. Ayu je yang salah.” Ayu bingkas bangun sebelum airmatanya menitis jatuh.
“Nak ke mana tu ”
“Tidur ”
“Abang tak habis cakap lagi”
Ayu tidak mempedulikan kata-kata Asrul dan bangun juga. Tetapi Asrul lebih dulu mencapai tangan Ayu supaya dia tidak dapat berlalu.
“Lepaskan tangan Ayu.”
“Abang tak habis cakap lagi. Duduk.”
“Tak habis lagi ke abang nak sakitkan hati Ayu.” Airmatanya tidak dapat dibendung lagi dan melimpah jua akhirnya. Terkedu Asrul melihat Ayu menangis tapi pegangan tangannya tidak dilepaskan. Rasa simpati membukit. Rasa bersalah menggunung.
“Abang bukan nak sakitkan hati Ayu. Duduk dulu. Abang cuma nak selesaikan perselisihan faham antara kita ” Lembut sedikit suara Asrul.
Ayu masih tersedu menangis tetapi akhirnya akur untuk duduk. Wajahnya ditoleh ke arah lain. Malu rasanya Asrul melihatnya menangis sebegitu.
“Ok. Abang mintak maaf sebab berkasar dengan Ayu. Abang mintak maaf sebab sakitkan hati Ayu.” Asrul berlembut sedikit.
Ayu hanya membisu. Asrul menarik wajah Ayu untuk menoleh memandangnya dan airmata dipipi Ayu dikesat dengan jari.
“Abang takde niat nak sakitkan hati Ayu. Hari tu abang tak dapat kawal perasaan marah abang. Kalau abang marah pun hari tu sebab abang sayangkan Ayu.” Lembut Asrul bersuara. Reda sikit tangisan Ayu. Lega sikit rasa hatinya. Dia memandang wajah Asrul seimbas tetapi masih membisu.
“Tapi…lepas ni abang nak Ayu janji dengan abang jangan pandu kereta lagi.”
“Kenapa pulak?” Ayu bersoal.
“Siapa lagi yang Ayu nak tengok terlantar kat hospital. Abang taknak lepas ni Ayu pulak yang kemalangan. Janji dengan abang yang Ayu tak akan pandu kereta lagi lepas ni.”
“Ayu taknak janji apa-apa.”
“Sejak bila Ayu pandai melawan cakap abang ni. Kenapa tiba-tiba degil sangat ni.”
“Apa guna Ayu ambik lesen kalau Ayu tak guna.”
Asrul berdiam melihat tingkah Ayu. Pandangannya tajam menusuk mata Ayu.
“Kenapa Ayu degil sangat ni?” akhirnya dia bersuara setelah membisu seketika. “Abang taknak Ayu pandu kereta lagi lepas ni.” Sambungnya.
“Ayu nak masuk tidur.” Ayu bingkas bangun. Asrul hanya memerhati. Tidak lagi menahan seperti tadi. Ayu meneruskan langkah menuju ke biliknya.

Chempaka Aleeya - Bab 17

:: Bab 17 - END ::

“Gementar lah kak.”
“Laa…relaks lah. Takde apa lah.” Aleeya mencapai tangan Anna. Ya Allah, sejuknya. Takut sangat ke budak ni.
“Diorang tengah bincang apa kat depan tu kak.”
“Ntah lah Anna. Akak tak dengar sangat.” Memang tak dengar pun apa yang dibincangkan oleh kedua-dua keluarga diluar tu. Tambah pulak bilik itu terletak jauh sikit dari ruang tamu. Dalam bilik ketika itu hanya Anna yang telah siap didandan cantik menunggu cincin disarung oleh bakal mertua dan dirinya yang menemani bakal adik ipar.
“Nanti diorang masuk bilik kan nak sarung cincin?” Wajah Aleleya dipandang lagi.
“Kalau tak silap tadi ibu Anna cakap macam tu lah. Ibu Azlan akan masuk sini nanti.” Aleeya tersenyum memandang wajah Anna. Tangan Anna diusap perlahan. “Kenapa sejuk sangat ni. Tak payah lah takut sangat. Ibu dia nak sarung cincin je.” Cuba meredakan sedikit rasa gementar dihati gadis itu.
Serentak Anna ketawa perlahan. Cuba menutup gusar dihati mungkin. “Ntah lah kak, rasa berdebar semacam je.” Tisu ditangan diusap perlahan didahi. Kipas yang berpusing laju tak mampu menghilangkan debar dihati. “Akak dulu tak berdebar ke?” Dipandang lembut wajah Aleeya disebelah.
Aleeya pula ketawa kecil. Mengimbas kembali detik ikatan hubungannya dengan Amir. Maunya tak berdebar. Salina dengan Maisara yang menemaninya ketika itu pun turut terkena tempiasnya. Apapun, syukur yang tak terhingga kerana urusannya dipermudahkan. Semua berjalan lancar.


“Kamu pasti ke dengan keputusan kamu ni.” Tenang mak bertanyakan keputusannya. Lewat petang itu hanya mereka bertiga diruang tamu. Anissa masih belum pulang dari rumah kawannya. Hafez pula semakin sibuk dengan kuliahnya.
“InsyaAllah mak. Dia pilihan Leeya. InsyaAllah Leeya boleh bahagia dengan dia.”
Mak menarik nafas perlahan. Abah tenang meneguk kopi. “Kalau dah macam tu kata kamu, suruhlah dia bawak keluarga dia datang rumah.” Tenang juga abah bersuara.
Aleeya mengganguk perlahan. “Hujung minggu ni memang dia nak datang sini, jumpa mak dengan abah.”
Mak mengangguk. Abah diam.
“Mak..” terdiam sekejap. Macam mana nak cakap ya. “Pasal Idzuwan…”
“Tak payah lah kamu risau pasal Idzuwan. Nanti tahu lah kami bercakap dengan Pakcik Zahar tu.” Sebelum sempat dia menghabiskan ayat, abah lebih dulu menyelesaikan kekusutan.
“Harapnya mereka faham lah. Kita pun tak pernah berjanji apa-apa.” Mak pula menyambung.
Alhamdulillah, mak boleh terima keputusannya dengan Amir bukan Idzuwan. Dan mak dengan abah juga sanggup berdepan menerangkan keadaan yang sebenar pada Pakcik Zahar dan Makcik Ani. Tapi tak sedap pulak kalau mak dengan abah je yang bersemuka dengan mak ayah Idzuwan. Sudahnya malam itu, dia mencemar duli memberanikan diri mendail nombor telefon lelaki itu. Dan Alhamdulillah, Idzuwan juga faham akan keputusannya.
“Minta maaf lah rancangan ibu bapa kita tak kesampaian.”
Terdengar ketawa kecil di hujung talian. “Kenapa pulak awak nak minta maaf. Tak perlu. Kita pun baru je berkenalan kan. Tak jauh lagi pun hubungan tu.”
“Hmm… minta maaf kalau saya kecewa kan awak” tak tahu kenapa dia perlu menanggung rasa bersalah ni.
Lagi terdengar ketawa Idzuwan di sana. “Leeya, apa awak cakap ni. Saya tak kecewa pun. Pasangan hidup saya bukan awak. Ada orang lain diluar sana.”
“Ya. Ada yang lebih baik untuk awak.”
“Yup. Kita kena percaya tu. So, mungkin kita boleh berkawan kan.”
“Sure.”
“Nanti bila buat kenduri jangan lupa pulak jemput saya.”
“InsyaAllah.”


Dan seminggu selepas itu, rombongan Amir datang merisik. Alhamduliilah, mak dan abah beul-betul senang dengan Amir. Dan minggu depannya sekali lagi rombongan yang sama datang membawa cincin tunang. Majlis pertunangannya ringkas sahaja kerana masa yang ada untuk membuat persiapan tidak begitu mengizinkan, tapi syukurlah semua berjalan sempurna. Rupanya Amir telah membuat persiapan dari awal, cuma tunggu masa untuk melamarnya sahaja. Dan dipihak dia, mak dah buat persiapan serba sedikit untuk majlis pertunangannya dengan Idzuwan. Cuma majlis tersebut bukan pertunangannya dengan Idzuwan tapi dengan Amir.
“Takpa lah mak, majlis ni masih majlis pertunangan Leeya kan.” Mak senyum bila dia berkata begitu saat membantu mak menyusun sihir dalam tepak sihir sehari sebelum majlis bersejarah tu berlangsung. “Mak marah leeya ke tak dapat nak berbesan dengan Makcik Ani.” Aleeya bersuara lagi bila melihat mak hanya berdiam.
“Apa benda kamu mengarut ni leeya. Kenapa pulak mak nak marah kamu.”
“Yelah..mungkin sebab mak kecewa ke Idzuwan tak jadi menantu mak.”
“Leeya, kan mak pernah cakap dengan kamu dulu. Mak tak kisah pun sapa pilihan kamu. Kalau kamu boleh bahagia dengan Amir, mak doakan kamu bahagia sepanjang hayat kamu.”
“Terima kasih mak.”


“Ibu doakan Leeya bahagia dengan anak ibu.” Wajah lembut Pn Mastura, ibu Amir menyapanya selepas cincin disarung dijari manis. Kemudian kedua-dua belah pipinya dikucup perlahan. Aleeya tersenyum bahagia. Semoga doa ibu termakbul. Dan kemudian,
“Tahniah, Kak Leeya. Welcome to our family.” Anna pula memeluknya erat. Senyuman ceria terukir di wajah gadis itu.


Petangnya selepas rombongan lelaki berangkat pulang, semasa Aleeya membantu membersihkan dapur. Tarmizi datang menghampiri,
“That guy…yang kita jumpa kat sogo hari tu kan?”
Tercetus tawa Aleeya sebelum kepala diangguk mengiakan.
“Hmm…betul lah kau ada apa-apa dengan dia. Hari tu aku tanya beria-ia kau cakap takde apa-apa.”
“Sebelum ni aku memang takde apa-apa lah dengan dia. Kawan biasa je.”
Tarmizi diam berpeluk tubuh sambil bersandar ditepi sinki.
“Kau ni kenapa? Marah kat aku tak terima kawan kau eh?”
“Takde lah marah. Aku takde hak kan nak tentukan kau dengan siapa.”
“Betul. Dah tu, kenapa yang muka tu semacam je.”
Diam lagi.
“Mizi, soal hati dan perasan. Soal kasih dan sayang tak boleh nak diaturkan. Tak boleh nak ditentukan dengan siapa kau kena jatuh cinta, dengan siapa kau kena sayang. Benda tu semua datang dengan sendiri. Kau tak sedar pun. Aku dah cuba nak terima kawan kau tu, tapi hati aku kat orang lain. Kahwin bukan hal main-main, Mizi. Kau kena hidup dengan dia sampai mati. Aku rasa macam aku tipu diri aku sendiri kalau aku pilih Idzuwan. Kau faham tak.” Panjang lebar dia menerangkan.
“Aku faham lah Leeya. Aku tak terkilan pun. Idzuwan pun faham.”
“Habis, apa lagi yang kau tak puas hati ni?”
Nafas ditarik dan dihela perlahan. Tak kisah lah dengan siapa pun Aleeya bersama, janji sepupunya itu bahagia. “So, when the big days?”
“Kau janji kau balik nanti.”
Senyuman ikhlas diukir diwajah Tarmizi.
Enam bulan dari sekarang, sekiranya dipermudahkan segalanya, insyaAllah, ikatan pernikahan pula akan berlangsung.


Kini, Aleeya setia menemani Anna, bakal adik iparnya menempuh saat yang pernah dilaluinya dua minggu lalu. Rasa indah, bahagia, gembira, berdebar, gementar, semua bercampur menjadi satu. Pada mulanya niat nak datang ke rumah bakal mertua nya ini sekadar memenuhi permintaan Anna, tapi kemudian dia merasakan satu kewajipan pulak untuk turut serta bersama-sama melalui hari-hari yang bermakna dalam keluarga bakal mertuanya ini. Wajah manis gadis disebelah dipandang lagi. Jelas terbayang perasan tak keruan diwajah gadis itu. Dah macam menunggu masa dipanggil masuk ke bilik temuduga je lagaknya.
“Kak, tak selesai lagi ke perbincangan kat luar tu.”
“Sabarlah Anna. Akak rasa nak selesai dah tu.”
Lima minit kemudian, ibu Amir muncul dimuka pintu. “Anna, dah ready. Ibu Azlan nak masuk sarung cincin dah tu.”
“Ya, bu.” Anna membetulkan duduknya. Aleeya pula membetulkan kain Anna yang berjuntaian ditepi katil. Sesaat terdengar suara salam diberi sebelum wajah Pn Kamsiah muncul dibalik tirai. Disisinya dua wanita muda mengiringi. Seorang darinya membawa dulang berisi cincin pertunangan. Masing-masing tersenyum ceria.
Pn Mastura tersenyum senang melihat cincin disarung dijari manis anak gadisnya. “Lepas ni Anna dah kena ready lah nak jadi isteri orang.” Setelah Pn Kamsiah beredar dari bilik itu, Pn Mastura mendekap erat tubuh Anna.
Mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Pn Mastura, Aleeya pulak yang terasa ayat itu ditujukan juga kepadanya. Ya, dia pun perlu mempersiapkan diri untuk menjadi isteri yang baik. Bukan isteri je, menantu dan juga ibu yang baik kelak. Pandangan dilemparkan keluar, dari tingkap bilik Anna dapat dilihat rombongan keluarga lelaki tadi sedang menjamu selera. Dan matanya juga tak lepas pandang dari memerhatikan Amir yang turut sama sibuk melayan tetamu. Bagaikan terasa ada mata yang memandang, Amir menoleh. Serentak pandangan mereka bertaut. Aleeya mengukir senyuman, senyuman yang paling manis dihantar pada pemilik hatinya. Dan Amir juga turut membalas senyuman Aleeya. Tiba-tiba terasa bagai ada semangat yang membuatkan dia bersedia menggalas tanggungjawab yang bakal dilaluinya kekal.



-TAMAT-





Salam readers...as usual, Thank you for reading...
Fisrt of all...sori sangat-sangat sebab lambat update cerita ni. Tak tahu dan takde idea nak endingkan cerita ni macam mana. Cerita ni cerita yang simple je, takde apa yang nak disampaikan pun sebenarnya. Mulanya saja suka nak menaip. Apapun, cerita ni dah abis...terima kasih pada yang membaca.
:)SmILe...

~AriSSa~