AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Ayu Khamilia - Bab 23

Bab 23

Pandangan dilemparkan ke segenap penjuru bilik itu. Melihat buat kali terakhir bilik yang diduduki sepanjang tiga tahun dia disini. Bilik yang banyak menyimpan suka duka, susah senang yang dia lalui dalam proses menuntut ilmu. Pandangannya jatuh pula pada kerusi dan meja yang digunakan selama ini. Ada rasa sayu yang bertandang dihati. Tiga tahun selesai berlalu sudah, bilik ini akan menerima penghuni baru tak lama lagi.

“Ayu!”

“Sue, sedih rasanya nak tinggalkan tempat ni.”

“Aku pun. But, life must go on right.”

“Yup…”

“Barang kau dah siap.”

“Barang aku beg ni je. Barang yang lain ayah aku dah ambil kelmarin kan. Kau? Dah packing semua ke?”

“Dah. Mama aku dah tunggu kat bawah tu. Jomlah turun jumpa mama aku sekejap.”

“Okey..” Mereka beriringan menuruni tangga. Rata-rata hari itu kebanyakan mahasiswa akan meninggalkan kolej untuk memulakan cuti semester. Tapi bagi mereka berdua, tiada istilah cuti semester lagi. Pemergian dia dari kolej ini, adalah pemergian yang kekal. Mustahil dia akan kembali lagi. Kalau kembali pun, mungkin bukan lagi sebagai seorang mahasiswi.

“Ayu, sana..” Suraya menunjuk ke suatu arah. Kelihatan seorang wanita separuh usia sedang berdiri ditepi Honda City hitam metalik. Wanita itu tersenyum menyedari ada gadis yang mendekati.

“Apa khabar makcik?” Ayu mengucup tangan ibu Suraya. Tiga tahun berkongsi bilik dengan Suraya menyebabkan dia bukan sahaja mengenali Suraya tetapi turut mengenali wanita dihadapannya ini juga, Pn Julia.

“Khabar baik. Ayu apa khabar?”

“Sihat. Alhamdulillah.”

“Ibu dengan ayah dah sampai?”

“Ibu dengan ayah dah datang kelmarin, ambil barang. Hari ni Ayu balik rumah Mak Saudara dulu, hujung minggu ni baru balik Ipoh.” Mungkin Pn Julia menyangka yang ibu dan ayah akan menjemputnya seperti selalu setiap kali cuti semester bermula.

“Owh… Nanti sampaikan salam Makcik pada ibu Ayu ya.”

“InsyaAllah.”

“Suraya cakap Ayu nak kahwin tak lama lagi.”

Ayu tersenyum. Pipi dah mula merah. Segan pula rasanya bercakap soal perkahwinan depan orang yang lebih berusia ni. “InsyaAllah, kalau semua berjalan lancar.”

“Alhamdulillah. Bagus lah tu. Orang perempuan ni tak elok kahwin lambat-lambat. Mendirikan masjid tu satu ibadah kan.” Pn Julia tersenyum.

Ayu mengangguk. “Nanti jemput lah datang makcik. Tarikh tak tetap lagi, tapi nanti saya beritahu Suraya.”

“InsyaAllah. Makcik doakan Ayu bahagia.”

“Terima kasih makcik.”

“Mudah-mudahan lepas ni makcik pun dapat terima menantu.” Pn Julia menjeling Suraya disebelahnya.

“Eh, apa ni mama. Sue muda lagi lah. Tak nak fikir soal kahwin ni lagi.”

“Masa muda lah kena fikir Sue, bukan bila dah tua baru nak fikir soal kahwin.”

Ayu ketawa kecil melihat telatah dua beranak dihadapannya itu. “Kalau macam tu makcik kena suruh Sue datang rumah Ayu tiga hari sebelum majlis. Ambil berkat. Mudah-mudahan lepas tu dia pula boleh naik pelamin.”

“Betul tu Ayu.”

“Mama…”

“Semua barang dah masuk dalam kereta ke. Mama pergi tengok papa kat sana sekejap.”
Sebaik Pn Julia berlalu, Suraya memandang tajam wajah Ayu. “Ayu, kau pun sama nak berkomplot dengan mama aku ya.” Wajah Suraya dah mencuka.

“Aku mendoakan yang terbaik untuk kau, tak salah kan.”

“I’m only twenty-two.”

“Aku pun twenty-two juga Sue. Tapi aku bakal menempuh alam baru dalam masa sebulan ni.”

“Kau lain. Sekarang ni aku nak cari kerja dulu, nak bina karier dulu, lepas tu baru nak fikir pasal nak mendirikan rumahtangga ke nak kahwin ke apa ke.”

“Okey Sue. Aku tak nak bertekak dengan kau last day kita kat sini.”

“Tau takpe. Dah nak berpisah pun, nak bergaduh jugak.”

Ayu tersengih. Salah dia juga sebenarnya. Yang pandai-pandai menyokong usul Pn Julia tadi tu kenapa. “Nanti kau jangan tak datang majlis aku ya.” Dia mengubah topik.

“Jangan risaulah. Kawan baik aku kahwin, mana boleh aku tak datang.”

“Ajak Gee sekali. Aku dah jumpa dia semalam. Dia cakap kalau tak ada hal nanti dia datang.”

“Okey.”

“Jadi pengapit aku.”

“For sure.”

“Sue, kita bertolak ya.” Pn Julia muncul kembali disisi Suraya. “Ayu, makcik nak balik dah. Jaga diri ya.”

“Baik Makcik.” Tangan wanita itu sekali lagi dikucup.

“Ayu, take care k.” Suraya memeluk erat tubuh Ayu.

“Ok. Kau pun take care. Jangan lupa aku.” Ada rasa sebak dalam hati.


***

Sebaik keluarga Suraya berlalu meninggalkan kawasan kolej ini, Ayu melangkah menaiki anak tangga menuju ke biliknya semula. Kembali menjejak kaki dibilik itu, hatinya dihambat sayu lagi. Kenangan demi kenangan datang menjelma dalam benak. Dia tersenyum sendiri. Semua itu mengajarnya erti kehidupan. Satu pengalaman yang sangat berharga untuk dilupakan.
Melihat jam dipergelangan. Menghampiri tiga petang. Beg sandang dicapai. Disangkut ke bahu. Dia juga perlu untuk bergerak segera. Takut nanti lambat pula sampai ke rumah Pn Saerah. Sudah lah kali ini, kepulangannya bersendirian. Tidak ada sesiapa yang akan menjemputnya disitu.

Itu kehendaknya sendiri semasa berbual dengan Pn Saerah di telefon malam tadi. Asalnya En Ismail hendak menjemputnya di kolej. Tapi dia menolak dengan cara baik. Tak perlu lah menyusahkan bapa saudaranya itu. Dia bukan budak kecil yang tidak tahu menaiki kenderaan awam.

“Petang esok, abah jemput Ayu di kolej ya. Mak tak boleh ikut sama, dah janji dengan Yani nak pergi ambil tempahan hantaran petang esok.” Itu yang dimaklumkan Pn Saerah semalam apabila Ayu bersetuju untuk pulang ke rumahnya dahulu sebelum pulang bercuti ke kampung.

“Tak payah susah-susah lah mak. Ayu boleh balik sendiri. Cakap dengan abah tak payah jemput Ayu.” Dia tahu hati wanita itu gembira menyambut kepulangannya.

“Tak apa ke Ayu balik seorang?”

“Tak apa. Mak jangan risau ya.”

“Kalau abah jemput kan senang sikit.”

“Tak usah lah mak. Menyusahkan abah je. Abah kan kerja esok.”

“Hmm.. kalau Ayu dah cakap macam tu. Tak apa lah. Ayu jaga diri ya.”

“Ya.”

Sebaik dia menamatkan perbualan, Kak Lina pula menghubungi.

“Ayu nak akak jemput Ayu ke?” Kak Lina juga bercakap perkara yang sama.

“Tak payah lah kak. Akak tak kerja ke esok.” Kenapa dia orang semua ni. Tak percaya ke yang aku boleh balik sendiri?

“Kerja. Tapi akak boleh ambil half day.”

“Tak apa lah kak. Menyusahkan akak je.”

“Kesian pula kat Ayu kena balik sendiri. Nak bawa beg kain baju lagi.”

“Barang Ayu tak banyak pun kak. Barang yang lain, ayah dah datang ambil semalam.”

“Sure ke boleh balik sendiri ni?”

“Ya kak. Jangan risau.”

“Okey. Esok kalau apa-apa call akak ya. Kalau hujan ke, akak jemput Ayu kat sana.”

“Okey.”

Dan kini, dia berdiri tegak melihat hari yang tadinya cerah sudah mula berubah corak. Kata-kata Kak Lina malam tadi nampaknya menjadi kenyataan. Bagai doa yang termakbul. Titis-titis gerimis sudah mula menyembah bumi. Mungkin dalam beberapa minit titis-titis ini akan bertukar pada gerimis kasar pula.

Ayu mengeluh sendiri. Apa aku nak buat ni. Sudah lah payung pun tiada. Nak telefon Kak Lina minta datang jemput. Tak payah lah, tak elok menyusahkan orang Ayu. Dan apa pilihan yang dia ada, melainkan meredah titis gerimis yang semakin galak kasarnya itu.

Gerak langkah kaki dihayun laju menuju ke perhentian bas yang terletak diluar kawasan kolej. Perjalanan dari blok kediamannya menuju ke perhentian bas yang sepatutnya memakan masa lebih kurang lima minit dirasakan seperti lima puluh lima minit jauh perjalanannya.

Sesampai di perhentian bas, dirinya sudah separuh lencun. Air hujan yang menimpa kepala terasa meresap kedalam tudung dan membasahi kulit kepala. Dan serentak kepalanya mula terasa berdenyut. Ah…sudah. Janganlah waktu ni nak sakit. Sebelah tangan memegang kepala, dan sebelah lagi berpaut pada tiang di tepi bangku. Penglihatannya mula berpinar. Ayu berishtigfar dalam hati. Mohon pertolongan dari Tuhan.

Hujan adalah suatu kepantangan baginya. Pernah suatu ketika dulu, dia jatuh demam sampai seminggu akibat terkena hujan. Selama seminggu juga ibu bersengkang mata menjaganya siang malam. Tak semena-mena wajah ibu terbayang diruang mata. Ibu, tolong Ayu… Dalam hati dia merintih.

Saat ini, doanya tak putus. Pada yang Maha Esa dipohon semoga perjalanannya selamat. Semoga dia selamat sampai ke rumah Pn Saerah.

Pautan pada tiang perhentian bas itu diperkemaskan. Dia berganjak berdiri kebahagian tengah, mengelak diri dari terkena tempias hujan yang semakin lebat. Rasa denyutan dikepala semakin menjadi-jadi. Ya Allah…

“Ayu! Kenapa ni?”





p/s : Salam,
Mohon ampun..lambat sangat update n3 baru..

Ayu Khamilia - Bab 22

Bab 22

Bayu petang yang bertiup lembut itu memberikan ketenangan yang bukan sedikit. Ditambah dengan kicauan burung yang berlagu riang serta dedaun pohon kepala yang melambai-lambai, betul-betul menyamankan hati yang gundah.

Kepulangan mereka sekeluarga ke sini adalah atas permintaan tok. Ntah urusan apa yang ingin disampaikan oleh tok, dia sendiri tidak tahu. Yang dia tahu panggilan telefon dari tok tempoh hari meminta mereka sekeluarga pulang ke kampung hari ini. Perbualan diantara ibu dengan tok sebentar tadi kembali terngiang di telinga.

“Mak bukan apa, Yah. Kalau boleh mak nak keluarga kita ni terus bersatu. Mak tak nak nanti, bila mak dah takde, kamu semua dah tak nak ambil tahu soal adik beradik.”

“Kenapa mak cakap macam ni.”

“Nanti mak akan cakap juga perkara yang sama pada Erah. Mak harap sangat kamu semua faham. Mak nak ikatan keluarga kita kekal sampai bila-bila.”

“Mak, kalau pun mak tak suruh buat macam ni, Yah tak kan putus hubungan kekeluargaan ni mak. Siapa lagi yang Yah ada, mak dengan Erah je lah keluarga Yah sekarang.”

“Mak tahu, tapi mak berharap sangat ada ikatan yang lebih kukuh antara kamu semua. Mak tak kisah, siapa pun yang kamu nak pilih. Ayu ke Sarah ke, mak tak kisah.”

“Sarah tak boleh Mak. Sarah dah nak bertunang bulan depan. Kalau Ayu, Yah tak kisah.”

Mendengar namanya disebut, hatinya bagai dipalu. Tiba-tiba terasa dadanya berdegup kencang. Perancangan apa? Bukan niatnya untuk mencuri dengar perbualan ibu dan tok, tapi yang sebetulnya dia terdengar perbualan tersebut semasa melintas dapur untuk ke bilik air.
Pandangan dilempar jauh ke seberang tali air sana. Kelihatan beberapa anak kecil sedang meniti jambatan atau lebih tepat lagi titi yang hanya diperbuat daripada batang pohon kepala.

“Ayu!”

Terdengar namanya dipanggil, serentak dia menoleh dan senyum nipis diukir segaris. “Kaklong, duduk lah.”

“Buat apa?” Sarah mengambil tempat bersebelahan Ayu.

“Saja ambil angin.”

“Kaklong tengok jauh Ayu mengelamun.”

Ayu diam.

“Fikir apa?”

“Tadi Ayu terdengar ibu bersembang dengan tok kat dapur. Tok cakap pasal keluarga kita, tok sebut nama Ayu, nama Kaklong, tentang sesuatu. Kaklong tahu pasal apa?” dia melahirkan rasa gundah dihati.

Sarah diam. Dahi mula berkerut. Dan kemudian dia menggeleng.

“Ayu tak sedap hati lah Kaklong.”

“Kenapa pula ni.”

“Tak tahu kenapa. Ibu dengan tok macam merancang sesuatu untuk kita.”

“Jangan fikir lah Ayu. Biarlah. Urusan orang tua, kita yang anak-anak ni tak elok masuk campur.”

Betul. Kenapa dia pula yang sibuk nak fikir. Biar lah. Apapun, tak kan lah Ibu nak buat sesuatu keputsuan yang tidak baik untuk anak-anaknya. Dia menarik nafas panjang, dan dilepaskan perlahan. Apa yang difikirkannya sebentar tadi dilepaskan juga bersama dengan hembusan itu.

“Sarah, Ayu. Buat apa kat sini.” Tok datang menghampiri dengan senyuman terukir dibibir.

Sarah turut sama tersenyum. “Saja ambil angin petang tok.”

“Ha’ah. Best lah petang-petang kat sini tok. Nyaman je rasa.” Ayu bersuara menjawab soalan tok tadi

“Dah namanya pun kampung Ayu, memang lah macam ni keadaan nya.”

Ayu tersenyum. Betul kata tok. Tambah pula kampung ini belum lagi tercemar, masih lagi kekal dengan udaranya yang bersih, airnya yang jernih dan juga suasana yang tenang.

“Sudah lah. Jom masuk, dah nak dekat maghrib ni.”

“Tok dengan Kaklong masuk dulu lah, sekejap lagi Ayu masuk.”

“Tak elok anak dara duduk luar rumah nak dekat maghrib ni. Jom, kita masuk sama-sama.” Lembut suara tok mengajaknya masuk.

“Ya lah.” Dalam paksa dia bangun juga. Itu juga lagi satu adat yang belum tercemar disini. Anak dara tak baik keluar rumah bila hari dah gelap.

Baru beberapa langkah mereka bertiga bergerak, sebuah kereta Toyota Avanza menyusur masuk ke laman rumah tok. Wajah tok tersenyum gembira menyambut kedatangan keluarga Makuda. Tapi bukan semua ahli keluarga Makuda ada bersama. Hanya Makuda, Pakuda, Kak Lina dan Kak Yani. Abang Asrul? Seperti biasa kehadiran dia memang amat jarang sekali. Kadang-kadang dia hampir terlupa akan kewujudan lelaki itu dalam keluarga Makuda.

“Dah besar dah anak saudara Makuda ni.” Ketika dia bersalaman dengan Pn Saerah, wanita itu memeluknya. Ayu hanya senyum tersipu. Menginjak ke usia tujuh-belas-tahun, ya memang dia sudah besar.

“Erah, Asrul tak balik sekali?”

“Pagi esok dia sampai mak. Malam ni dia naik kapal terbang dari Amerika.”

“Alhamdulillah. Sampai juga hajat mak nak tengok semua anak cucu mak berkumpul.” Senyuman bahagia terukir diwajah tua itu.


***
Seperti yang dikatakan Makuda petang semalam, pagi ini Asrul tiba dirumah tok. Wajah tok kelihatan gembira yang teramat menyambut kepulangan cucu lelaki tunggalnya. Tubuh Asrul dipeluk erat seperti tidak mahu dilepaskan. Air mata mula bergenang di wajah tua itu.

“Lama tok tak jumpa Arul.” Wajah Asrul diusap perlahan. “Tok risau kalau-kalau tok tak sempat nak tatap wajah Arul.”

“Tok, apa tok cakap ni. Tak mau lah sedih-sedih. Kan Arul dah balik jumpa tok sekarang.” Asrul mengucup dahi tok.

Tok tersenyum menatap wajah cucu lelakinya. “Ya, Arul dah balik.”

“Dah lah tok. Dah tak lawa dah tok Arul sedih-sedih macam ni.”

Tok ketawa perlahan, sambil mengesat air matanya dari berlinangan. Asrul memang pandai ambil hati. Selalu buat hati tuanya gembira.

Ayu tersenyum memerhati situasi itu dari atas tangga. Asrul adalah cucu kesayangan tok. Kenyataan itu memang semua sedia maklum. Keakraban tok dengan Asrul juga memang tidak dapat dinafikan. Memang Asrul amat jarang pulang ke kampung, tapi Asrul tidak pernah lupa untuk menghubungi tok walaupun sekadar bertanya khabar.


***

“Lama abang tak jumpa Ayu. Apa khabar?” Ketika Ayu melintas ruang dapur untuk keluar rumah, Asrul menegur.

Ayu tersipu. Janggal sebenarnya berbual berdua dengan Asrul. “Baik. Alhamdulillah.”

Asrul mengangguk sambil bibirnya terukir senyuman. “Nak pergi mana?”

“Kenapa berbual depan pintu ni. Punya lah besar rumah tok ni, tengah-tengah laluan orang ni yang korang buat tempat bersembang.” Belum sempat Ayu menjawab soalan Asrul, Sarah lebih dulu menyampuk.

“Kaklong ni nak ke mana pula?” Soalan yang tadinya diaju pada Ayu, diajukan pula pada Sarah.

“Nak keluar makan buah mangga muda. Ayu, jom. Arul marilah makan sekali.”

“Buah mangga muda?”

“Alah, tak kan lah dah lama sangat duduk kat negara orang tu, sampai buah mangga muda pun dah tak kenal.”

“Mana pulak Arul cakap tak kenal, Kaklong.”

Sarah ketawa. “Kaklong mengusik je lah. Lama ke balik cuti?”

“Sampai awal bulan depan.”

“Elok lah tu, boleh datang majlis Kaklong nanti.”

“Majlis pertunangan Kaklong ya. Mak pun ada cakap hari tu. InsyaAllah, Arul datang.”

Sudahnya Sarah yang berbual berdua dengan Asrul. Ayu hanya menjadi pendengar.

Di pangkin bawah pohon mangga itu, Lina dan Yani sudah sedia menunggu. Melihat Asrul, Sarah dan Ayu menghampiri, mereka tersenyum. “Arul, tolong lah kaitkan mangga untuk akak. Tinggi sangat lah, tak sampai akak nak kait.” Kak Lina lebih dulu bersuara.

“Ini nak ajak makan sekali ke nak minta tolong kaitkan.”

Sarah ketawa. Tadi memang dia yang mengajak Asrul bersama.

“Alah, dah alang-alang kau ada kat sini, tolong lah sekejap.” Kak Yani pula bersuara.

“Apa yang bising-bising ni?” Lima pasang mata yang berada disitu menoleh. Tok datang menghampiri mereka.

“Tok, kalau dapat makan mangga muda cecah dengan kicap campur gula dengan cili api sikit, sedap kan tok.” Sarah memeluk erat lengan tok sambil menarik wanita itu duduk disebelahnya.

“Ha’ah. Tok pun dah lama tak makan mangga muda. Kalau makan ramai-ramai macam ni seronok juga.”

“Ha, betul. Kicap campur dengan gula dan cili api Lina dah siapkan, cuma buah mangga je tak berjaya nak kait lagi tok.”

“Laa..kenapa tak bagi tahu. Arul, bawah rumah belakang sana ada galah, tolong kaitkan Rul.”

“Tok….” Asrul dah buat muka. Tok pun sama berpakat dengan kakak-kakak aku ni.

Serentak Lina, Yani dan Sarah ketawa. Ayu hanya tersenyum. Tak sampai hati pula nak ketawa sama. Kesian melihat wajah lelaki itu yang dah kelat semacam.

“Itulah, tadi orang minta tolong, tak nak. Kan dah dapat arahan dari tok.” Kak Lina menyampuk.

“Pergilah cepat Rul. Apa lagi tunggu tu.” Tok memberi arahan lagi.

Rela atau tidak, Asrul berlalu juga menuju ke bawah rumah. Mencari galah panjang yang diminta tok.


***

Dua hari mereka di kampung, menghabiskan masa bersama. Keesokkan paginya, selepas sembahyang subuh, mereka semua dikejutkan dengan berita pemergian tok. Tok pergi dalam keadaan sujud menghadap penciptanya, semasa sedang menunaikan kewajipan solat subuh dipermulaan pagi Jumaat.

Hampir rebah Ayu mendengar berita yang disampaikan Makuda. Makuda insan pertama yang menyedari permergian tok. Semasa ingin mengejutkan tok pagi itu, Makuda melihat tok diam tak bergerak dalam sujudnya. Patutlah tok beria minta semua anak, menantu dan cucunya pulang, rupanya ini pertemuan yang terakhir antara tok dan semua ahli keluarga yang lain.
Ayu menahan esakan. Tubuh Sarah dah sedia dalam pelukan. Sarah kelihatan kebingungan sejenak. Sukar baginya menerima berita yang terlalu mendadak itu. Baru semalam mereka semua bersama tok bergurau senda sambil menjamah mangga muda di laman belakang rumah tok. Baru semalam mereka melihat tok yang sihat walafiat bergelak ketawa mengimbas kembali zaman kanak-kanak mereka di kampung. Dan pagi ini, hanya jasad tok yang ada depan mata. Benarlah janji Tuhan, kita tidak akan tahu bila masanya kita akan pergi meninggalkan dunia sementara ini.


***

Malam itu, selepas majlis tahlil awah tok selesai, Ibu, Ayah, Makuda dan Pakuda duduk berkumpul diruang tamu. Suasana hiba masih menyelubungi setiap dari mereka. Abang Asrul hilang entah kemana. Mungkin membawa diri merawat hati yang kesedihan. Ayu yang ketika itu hendak mengangkat kaki menyertai Kak Lina, Kak Yani dan Kaklong yang berada didapur, terdengar butir bicara dari mulut Makuda.

“Arwah ada tinggalkan wasiat.” Itu ayat pertama yang dia dengar. Bukan sengaja hendak mencuri dengar, tetapi seperti tempoh hari, tak sengaja terdengar.

“Kakngah tahu. Erah dengan Ismail macam mana?” Suara Ibu pula kedengaran.

“Kami tak kisah Kakngah. Kami pun suka dengan Ayu. Sekarang terpulang pada Kakngah dan Abang Ngah.” Pakuda menyahut walau perlahan.

“Kami pun tak ada masalah nak tunaikan wasiat arwah mak. Tapi kalau boleh tunggu lah Ayu tu besar sikit Erah.” Terdengar lagi suara ibu.

“Bukan lah sekarang Kakngah, Erah pun faham.”

Dadanya mula berdegup laju. Wasiat?


***

Ayu menarik nafas panjang. Itu kisah lima tahun dulu. Semasa hayat arwah tok masih ada. Kini, dia bersedia untuk menunaikan wasiat tok yang satu, supaya dia disatukan dengan Asrul.
Persetujuannya telah dimaklumkan pada ibu dan ayah di Ipoh dua hari lepas dan dari suara Ibu yang didengar, dia tahu Ibu gembira dengan kesediaannya itu. Dia bahagia andai dia boleh buat Ibu bahagia. Tentang kebahagiaan dia, insyaAllah.. dia yakin dengan ketentuan Tuhan. Dia yakin dengan takdir yang telah tertulis buatnya.