AsSaLaMuALaikUm SeMuA....

First of all....pada semua pengunjung yang terlintas kat sini, atau yang tersesat masuk sini atau secara tak sengaja terlajak kesini atau yang memang dengan senang hati mengunjungi laman ini, saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah. Saya mengalu-alukan komen dari anda para pembaca..tintakan apa sahaja; komen, kritikan, pendapat, pandangan.. insyaAllah semuanya saya terima sebagai galakan yang membina.
~~AriSSa~~
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

Cinta

Kata orang cinta itu ada, tetapi mesti ada usaha untuk mendapatkannya..harus bagaimana
Kata orang cinta itu pasti, janji tuhan itu pasti, tetapi sehingga saat ini hati selalu tertanya sendiri..harus kenapa
Kata orang cinta itu anugerah, tetapi kenapa anugerah ini selalu menyakitkan.. harus bagaimana
Kata orang cinta itu bahagia, tetapi sering kali sahaja air mata peneman setia..harus kenapa
Kata orang cinta itu indah, tetapi selalu sahaja awan mendung datang menjengah..harus bagaimana
Kata orang cinta itu gembira, tetapi hati sering kali menangis hiba..harus kenapa
Kata orang cinta itu seperti sebuah taman, tetapi kenapa taman ini bunganya seperti tidak mahu mekar
Kata orang cinta itu seperti pelangi, tetapi bukankah pelangi indahnya hanya dipandang dari jauh, apabila dekat tiada apa yang terlihat

Lalu apa sebenarnya makna cinta…



-Nieya Zulaikha -










ps: Salam.. Berkurun sudah tak masuk sini.. sedang dalam usaha menyambung penulisan yang tertanggguh.. kepada yang bertanya, mohon ampun, mohon maaf.. insyaAllah, saya akan tamatkan juga kisah yang tergantung..semoga dapat memulakan kisah baru...


Luv,
~AriSSa~

0 comments: