Indah Cahaya Fatihah
I
Suka
tak semestinya cinta,
Cinta
tak semestinya memiliki,
Memiliki
tak semestinya kekal selama-lamanya,
Lalu
ada apa pada cinta, jika yang indah itu tidak pernah sempurna..
“Indah.”
“Indah..?? Apa yang indah?” Lelaki
itu terpinga sendiri.
“Indah Cahaya Fatihah.”
“Cahaya apa yang indah..??” Lagi
terpinga-pinga jadinya lelaki yang sedang berdiri tegak dihadapan itu. Dia
menoleh ke luar, melihat melalui tingkap yang luas.. cahaya matahari ke..
Tanpa
sedar Indah sudah tertawa geli hati. Walau bukan sekali dia melihat reaksi
sebegitu, takkala namanya diperkenalkan, namun reaksi yang ditunjukkan oleh
lelaki itu sangat-sangat mencuit hati. Comel, hatinya mengiyakan.
Melihat
gadis itu ketawa tiba-tiba, lagi membuat dia tidak mengerti apa yang sedang
berlaku. Apa yang kelakar. “Err…maaf.” Sangat perlu rasanya membuat gadis manis
itu berhenti bersuka-hati.
“Owh…sorry.”
Indah berdehem perlahan. Memperbaiki reaksi. Sedar kesilapan diri.
“Saya
Adam Luqman Iskandar. Boleh panggil Luqman je.”
“Nama
saya Indah Cahaya Fatihah Mohamad Fadzil.”
“Owh..so
yang indah-indah tadi tu nama awak ke?”
“Yup.”
Indah senyum. Menyembunyi rasa lucu yang masih berbaki.
“Nak
panggil apa?”
“Indah.”
“Memang
indah.”
“Apa
yang indah.” Dia pula kembali menyoal.
“Sinar
cahaya matahari hari ini, sangat indah.” Bersama senyum sungging dihujung
bibir, Luqman meninggalkan Indah disitu.
Spontan
Indah kembali mengukir senyum.
Perkenalan
yang indah itu berlaku setahun yang lalu. Saat mula-mula dia menjejak kaki di
bangunan pejabat ini. Saat dia mula menjadi sebahagian dari keluarga yang besar
ini.
Dari jauh dia melihat abang Luqman berjalan
mendekati meja yang sedang didudukinya sambil membawa dua gelas air tembikai.
“Nak
makan apa?”
Dia
geleng. “Kenyang lagi.”
“Tak
nak makan langsung ke?”
Geleng
lagi. “Tak nak lah. Minum je.”
“Nanti
jam 4 jangan mengadu dengan abang cakap lapar pulak.”
Dia
sengih. Abang Luqman memang faham dengan perangainya. Masa rehat tengah hari
tidak mahu makan, nanti petang baru dia bising mengadu kelaparan. Dan yang
selalu menjadi mangsa mendengar rintihannya, tak lain abang Luqman yang
sentiasa ada walau dalam keadaan apa pun.
Abang
Luqman yang selalu ambil berat soal dirinya. Abang Luqman yang selalu ada bila
diperlukan. Abang Luqman yang selalu prihatin dengan dirinya. Abang Luqman yang
selalu membuat hati kecilnya berbisik bahagia. Indah memandang lelaki dihadapannya
itu menjamu selera.
“Amboi..bahagianya
merpati dua sejoli ni.”
Terlihat
Kak Mas yang menegur, Indah melempar senyum. “Duduklah kak, makan sekali.”
“Boleh
juga.” Kak Mas menarik kerusi.
“Akak
dengan siapa lagi.”
“Akak
seorang je. Biasa makan dengan Suzana. Tapi Suzana cuti pulak hari ni.”
“Ohh..”
“Kamu
tak makan Indah.”
“Pagi
tadi dah makan berat. Rasa kenyang lagi.”
“Akak
tengok kamu berdua ni rapat sangat. Macam belangkas. Mana ada Luqman, adalah
Indah. Mana ada Indah, adalah si Luqman ni.”
“Mana
pulak kak. Biasa saya makan dengan Mira, tapi hari ni Mira ada meeting kat
luar, tak masuk office..itu yang berdua je dengan abang Luqman ni.”
“Haah
Kak Mas.. Kita orang takde la rapat mana pun. Dengan staff lain pun rapat
jugak.” Abang Luqman pulak menyokong.
“Hmm…ye
lah. Akak ni lagi dulu makan garam dari korang. Akak doakan korang bahagia
berdua.”
Abang
Luqman menjeling Indah dihadapan. Indah yang faham akan jelingan itu sekadar
mengangkat kening sambil kembali menghirup air yang masih berbaki. Menikmati
air tembikai dalam keadaan cuaca yang panas ini lebih memberi manfaat dari
menyangkal gosip liar teman sepejabatnya.
Indah
sedar bukan sekali dua dirinya dikaitkan dengan abang Luqman. Bukan sekali dua juga
dirinya soalan mengenai hubungan rapatnya dengan Abang Luqman diperkatakan. Telah
berkali-kali. Dan telah berkali-kali juga dia sedar abang Luqman tidak selesa
dengan keadaan itu.
Tapi
bagi dirinya, dia selesa dengan keperihatinan abang Luqman. Dia tidak pernah
kisah apabila ada sahaja insan yang mempersoalkan akan hubungan mereka.
Sebaliknya setiap soalan itu diiringi dengan doa semoga hubungan yang terbina
bukan sekadar teman baik semata-mata.
*****
“In kat mana ni?” terdengar suara
cemas abang Luqman, di suatu lewat petang.
“Stuck
di office.” Lemah dia menjawab. Melihat hujan yang bersungguh-sunguh turun
menimpa ke bumi, hatinya turut sama menangis.
“Kenapa tak balik lagi.”
“Hujan.”
Hanya itu jawapan yang mampu diberi. Dia kembali melihat ke dada langit. Bagai
tidak ada tanda hujan yang menggila ini akan berhenti. Semakin sedih apabila
mengenangkan dirinya akan pulang menaiki tren. Kalau tahu akan hujan selebat
ini, sudah pasti mirage kesayangan tidak akan ditinggalkan dirumah. Alahai,
hati kembali menangis.
Untuk
menaiki tren, dia perlu berjalan sekurang-kurangnya 10 minit ke stesen
berhampiran. Dan perjalanan selama 10 minit itu, dalam keadaan hujan yang
menggila ini bermaksud mengundang demam selama seminggu. Aduhai.. sang hati
mengeluh lagi.
“Datang kerja tadi naik apa?”
“Tren.”
“Lah..kenapa tak bawak kereta?”
“Malas nak drive.”
“Hmm.” Terdengar keluhan abang
Luqman.
Hmmmm.. dan lagi panjang keluhan dia apabila
terlihat dari jauh bumbung stesen LRT yang sepatunya dituju.
“Tunggu situ, abang datang.”
“Sungguh ke?” bagai kanak-kanak yang
dapat gula-gula, dia gembira seperti tidak percaya. “Sungguh ke abang nak
datang..?” baiknya abang Luqman, dan hatinya jatuh buat kali yang ke sembilan
puluh sembilan.
Lima puluh minit kemudian, Indah
selamat tiba dirumah. Setelah memberi ucapan terima kasih yang panjang, dia
menghantar abang Luqman pulang dengan pandangan yang sungguh terharu. Hatinya
berbunga melangkah masuk ke dalam rumah.
“Kau baru balik ke In?” Mira menegur
sebaik Indah menutup pintu.
“Hmm..” Indah merebahkan diri di
sofa bertentangan dengan teman serumahnya.
“Abang Luqman hantar?”
“Hmm. Aku tak bawak kereta pagi tadi
kan. Aku ingat kau masuk office, boleh balik dengan kau je.”
“Tak. Meeting habis lewat tadi. Aku
terus balik.”
Indah diam. Teringat kan abang
Luqman, senyum terukir dibawah sedar.
“Dah kau kenapa pulak senyum
sorang-sorang ni.” Mira pandang pelik.
Lagi mekar senyum yang terlihat.
“Ntah la Mira. Teringat kat abang Luqman.”
Kening Mira terangkat sebelah.
“Explain please.”
“I think…” Dia diam sejenak. Mencari
ayat yang sesuai.
Lagi tinggi kening Mira menyoal. “I cannot read your mind In. Describe in word
please.”
Indah membawa pandang ke wajah Mira.
“I think I like him.” Senafas dia
bersuara.
“Owwhhh…” Panjang mulut Mira
membentuk huruf ‘O’. “In which way..?”
“Don’t
know. Hard to explain.” Senyum simpul tidak lekang dari bibir. Rasa bahagia
berbunga-bunga.
“Elok la tu. Aku tengok dia pun
ambik berat dengan kau. Kalau bukan sebab ada perasaan kat kau, tak kan dia
layan kau macam tu kan.”
“Kau rasa pun macam tu ke..?”
Mira mengangguk perlahan. “Aku
doakan yang baik-baik je untuk kau.”
“Thanks Mira..” Harapannya setinggi
gunung agar bahagia yang dirasai kekal bersamanya.
0 comments:
Post a Comment